Skip to main content

Posts

Perunding Imej Bertauliah @ CPIC

 Alhamdulillah. Pentauliahan untuk lebih maju ke hadapan, untuk membina kredibiliti. Sebuah sijil yang penuh cerita suka dan duka.  Kenangan yang tak mungkin dilupa bila arwah suami mengizinkan aku mengambil sijil ini dengan mendahulukan wangnya dan kejayaan ini aku kecap tanpa dia di sisi.  Sijil yang biasa bagi orang yang tak mengerti, tapi besar ertinya untuk orang yang tahu menghargai.  Certified Professional Image Consultant @ CPIC di bawah bimbingan Puan Mary Anne.  Semoga terbang lebih tinggi dan sentiasa melihat ke bawah.                                              
Recent posts

Tahun Baru ~ Status Baru ~ Semangat Baru

 Hari ini 28 Rejab 1445H, 39 hari tahun 2024 telah berlalu dan hampir 33 hari menjelang Ramadan.  Pejam celik, pejam celik sekejap saja masa berlalu. Yang kecil meningkat remaja, yang muda menjadi berusia, yang tua menanti senja. Yang solo menjadi pasangan, yang berpasangan kembali solo, yang solo terus solo dan yang berpasangan masih mempunyai pasangan.  Yang berkeluarga kehilangan yang tersayang - lumrah yang tidak dijangkakan.  Aku? Aku si pemegang status balu.  Bila memikul status baru ini, aku kini jadi lebih malu sendiri. Agak janggal untuk memperkenalkan kepada ramai siapa aku dan apa latarbelakang aku bila melibatkan keluarga, aku lebih gemar untuk tidak bercerita kepada stranger.  Aku juga mudah cepat tersinggung dan adakalanya rasa marah bila pengacara ingin memperkenalkan siapa aku melalui latarbelakang keluarga. Kita bila nak perkenalkan seseorang penceramah atau speaker dalam sesuatu acara cukup perkenalkan kredibiliti dirinya tentang kerjaya d...

SELAMAT TINGGAL SAYANG

 Tanggal 7 Mac 2023 jam 3.30 pagi, suami yang tercinta telah pergi menemui Pencipta Abadi di  Zon Merah Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom Kluang Johor. Perginya tanpa ku jangka dalam keadaan mengejut, walau aku tahu derita sakitnya yang sekian lama memungkinkan perginya tanpa dijangka.  Aku bawa dia ke Hospital berpunca dari dia demam, dan dia masih keadaan ok saja, aku cuma bayangkan yang aku hanya membawanya untuk mendapatkan rawatan dan bukannya membawa balik jasadnya tanpa nyawa. Tapi sudah ketentuan Ilahi, ajalnya telah tiba. Airmata aku tidak sederas air hujan bilamana dirinya aku redha akan perginya. Sungguh aku tidak menangis beriya, sekadar mengalir tanda sedih sahaja.  Jasadnya aku kebumikan di Kampung Melayu Kluang, di kampung halamanku. Kini hampir 11 bulan tanpanya di sisi, aku masih tidak betah. Masakan tidak hampir 20 tahun bersama, dia sentiasa disisi menemani saat suka dan duka bersama, ketawa dan air mata, susah dan senang. Janggal yang aku rasa c...

PENINGGALAN BEKAS ISTERI

Assalamualaikum,  Salam 8 Syawal 1441H. Perkongsian ini buat renungan dan pedoman pembaca budiman. Ingatlah apa yang kita lakukan ke atas anak-anak atau ahli keluarga, kelak balasannya jika tidak di dunia pasti di akhirat.  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Terkesan aku setelah menonton cereka ‘Peninggalan Arwah’, sarat dengan pengajaran dan cerita teladan untuk kita mengambil ibrah. Hakikatnya cerita seperti itu masih berlaku sehingga hari ini. Paparlah pelbagai drama dan lakonan semula mengenai kesan pengabaian anak yatim atau memakan harta anak yatim, semua itu tidak akan memberi kesan jika hati telah hitam dek hasutan syaitan atau hidayah untuk mereka belum Allah hadirkan. Teringat aku kisah dua hari lepas, tatkala aku di stesen Petronas ingin mengeluarkan wang, jam menunjukkan tepat pukul 6.15 petang. Dalam hujan renyai-renyai yang membasahi bumi. Saat aku memakirkan kereta di tepi kotak pos laju aku terpandang sesusuk tubuh ke...

Bila Kena Hentak Meja

Assalamualaikum, Rindu nak menaip!! Semalam dah miss satu hari menaip, ni curi masa rehat sekejap menaip. What a stress day begin today. Huhuhuhuuu... Ai ni dari kecil berangan nak jadi pegawai psikologi/kaunseling penah bercita-cita sebab macam best kot jadi pendengar masalah orang dan kemudian kaunselingkan mereka dengan perkara-perkara baik saja. Hahahaha kelakar kan? Tapi perancangan Allah hebat dan lagi baik rasanya, sebab Ai ni bukan ditakdirkan untuk jadi sebegitu rupa, sendiri pun banyak masalah oii ada hati nak kaunselingkan orang hahahaha. Tapi disebabkan tugas dan tanggungjawab, jadi peranan dalam kerja sekarang ni ada la sikit sebanyak sebaagai pegawai kaunseling tak bertauliah, ye lah mana nak handle staff-staff bermasalah jadi kenalah tau latarbelakang di dulu baru boleh buat tindakan. :) Nak jadi cerita hari ni, waktu masuk kerja tadi pagi dah panggil sorang staff ni yang boleh dikira ada masalah attitude. Tapi dia ni kalau kena dengan cara dan layanan dia ok je...