Assalamualaikum semua...
Malam ni cuba melawan virus M yang datang menyerang... cuba jugak update blog, masukkan tentang n3 pai yang virusnya kembali menyerang....
sebenarnya 40 biji semuanya pai ayam, ditempah oleh Kartini.... pertama kali menempah dengan akak selepas makan masa mesyuarat koperasi hari tu...
ini pulak 9 biji pai ayam dan 9 biji pai nenas yang ditempah oleh Kak Endon...
Untuk yang ingin mencuba akak masukkan sekali lagi resepinya kat sini....
Bahan-bahan pastri:
250 gm tepung - guna tepung gandum
50 gm gula icing ( akak guna 20 gm sahaja)
150 gm mentega tanpa garam
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 boleh kepal)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang ( akak tak letak)
Cara-cara
· U ntuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gal ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan kuning telur dan air. Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan di dalam peti sejuk selama sejam.
· Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan ke dalam acuan tat yang bersaiz besar, ( ukuran dasarnya 5cm dan atasnya 7.5cm). Tekan2 supaya nipis, potong sekelilingnya dan cucukkan dasarnya dengan garfu. Bakar selama lebih kurang 15-20 minit.
ini acuan yang akak guna untuk memotong penutup atasnya, untuk bahagian bawah akak gunakan saiz yang lebih besar untuk memotongnya
inilah acuan tat tadi....
Untuk intinya
Inti Pai Ayam
Bahan-bahannya
- 1 paket ayam kisar jenama Ramly
- 1 tin cendawan butang di potong
- 1 tin sup cendawan
- 3 labu bawang besar didadu
- 2 biji kentang didadu dan digoreng sebentar
- tepung gandum dan air untuk memekatkan ( 2 @ 3 sudu besar tepung)
- sedikit serbuk lada hitam
- sedikit butter untuk menumis.
Cara-caranya
- Panaskan butter dan tumiskan bawang besar yang didadu hingga layu.
- Masukkan isi ayam dan kacau sehingga kering
- Masukkan sup cendawan yang telah dikacau dengan sedikit air.
- Masukkan cendawan yang telah dipotong dan kemudian kentang.
- Masukkan serbuk lada hitam mengikut selera, boleh tambah garam mengikut selera.
- Masukkan tepung gandum yang telah dikacau dengan air untuk memekatkan.
- Sejukkan dan sedia untuk diisi ke dalam pastry.
Kulit pai tak perlu keluarkan dari acuan tadi, masukkan inti dan tutup bahagian atasnya, tekan bahagian tepinya dengan garfu dan cucuk-cucukkan atasnya menggunakan pisau.
Sapu bahagian atasnya dengan kuning telur dan kemudian bakar selama 30 minit.
Ini pulak koleh kacang yang ditempah oleh Azmar dan Zawiyah... nak resepi klik
di sini...