Assalamualaikum semua...
Selamat berhujung minggu...
Hari ini akak masukkan tempahan sepanjang cuti... Esok dah buka sekolah,jadi dapur Antan Bertingkah kuranglah berasapnya...
Chocolate Sponge Cake ni ditempah oleh Sal dari SMKTA... sebenarnya tempahan ni akak terima sebelum cuti hari tu.... Terima kasih Sal... walaupun baru kenal akak beberapa jam aje...
RVC ni pulak tempahan Su dari SMK Astana...katanya sebagai upah untuk anaknya yang ditinggalkan ketika dia ke Bandung..
Talam Cendol ni tempahan daripada kakak kawan sepersekolahan akak...Kak Ngah ni pertama kali menempah... harap berpuas hati.
Kek Karamel ni pulak ditempah oleh Kak Nor Faizah
Bersama-sama dengan cupcakes ni..
Ini pulak tempahan Talam Suji dan pai ayam oleh Teh Azhua
Kek Karamel ini pulak ditempah oleh Masliraini
bersama-sama dengan Chocolate Cheese Brownies ni, sempena hari jadi anaknya Sarah hari ini..