TEASER
Pagi itu, aku menyimpan segala barangku ke
dalam kereta untuk dibawa balik ke rumah sewaku. Hampir seminggu aku habiskan
masa di kampung, berfikir tanpa gangguan. Sekarang tengah cuti semester. Tapi
cuti kali ini aku tak boleh nak bercuti sangat. Aku punya Mathematical Project
yang perlu disiapkan. Itu adalah untuk subjek semester depan. Tapi memang semua
bertungkus-lumus bermula dari semester lima lagi.
“Kakak..” Aku nampak umi di muka pintu. Kemudian
berlari-lari anak turun anak tangga menuju ke arahku. Riak wajahnya agak cemas.
Sebenarnya, aku sudah jangkakan reaksi umi itu. Tapi aku cuma berdiam diri.
Umi merapatiku yang berdiri di bahagian bonet
kereta. Ada satu kotak kecil jernih dalam genggaman umi. Terbuka dan menunjukkan
isinya yang kosong.
“Kenapa, umi?” soalku.
“Kakak, cincin Hilman hilang. Kotak..” Kata-kata umi
tergantung di situ sebaik sahaja matanya menangkap kilauan pada jari manisku.
Matanya sedikit meluas sebelum senyum menjadi lebar. Hilang segala rasa
cemasnya tadi.
“Ya, umi. Cincin yang umi cari tu ada pada jari
kakak,” kataku sebelum umi buka mulut. Aku tunjukkan jari manisku yang
tersarung cincin Hilman. Senyap-senyap aku seludup masuk bilik umi. Saja nak bikin havoc, curi cincin tunang sendiri.
Haha.
“Kakak terima Hilman?” soal umi teruja. Masih tak
percaya agaknya.
Aku cuma angguk seraya senyum kecil.
“Alhamdulillah. Umi dah agak dah. Kakak pasti akan
terima Hilman. Umi gembira sangat-sangat.”
Tubuhku terus dipeluk erat-erat. Umi betul-betul
gembira nampaknya. Masa aku bertunang dengan Iwan pun, senyuman umi tak selebar
ini. Mungkin kerana tercapai juga hasratnya mahu bermenantukan Hilman dan
berbesan dengan kawan baiknya itu.
Umi rungkaikan pelukannya.
“Kakak yakin?” Umi minta kepastian. Mungkin dia
takut aku akan menyesal. Hakikatnya aku sendiri takut aku akan menyesal.
Jauhkanlah syaitan yang berbisik segala keraguan ke dalam hatiku. Aku berdoa.
“ Insya-Allah yakin,” jawabku. Pasrah.
Aku tunduk pandang cincin emas itu. Sangat ringkas. Cincin yang menggantikan cincin Iwan yang
dulu. Betul-betul muat dengan jari runcingku. Tertanya-tanya juga aku macam
mana Hilman boleh tahu saiz jariku?
Sekali lagi aku bergelar tunangan orang. Aku harap
inilah kali terakhir.
“Umi yakin Hilman adalah yang terbaik untuk kakak
dan boleh bahagiakan kakak. Tak sabarnya nak beritahu Lyn.” Umi teruja lagi.
“Umi, tolong jangan bagi tahu Hilman. Kakak sendiri
nak cakap kat dia,” pintaku kepada umi. Salah satu sebab aku mahu pulang awal
ke kampus adalah kerana Hilman. Kali terakhir kami berhubung adalah ketika di
pantai dulu. Setelah itu, dia betul-betul beri masa kepadaku untuk berfikir.
Dia hormatkan permintaanku.
Dan untuk itu, aku rasa selayaknya aku sendiri yang
mengkhabarkan berita ini. Sekurang-kurangnya semuanya berbaloi dengan usaha dan
penantiannya.
“Okey. Umi takkan cakap pada Hilman. Nanti umi suruh
Lyn rahsiakan daripada Hilman.” Dengan senyuman lebar yang tak hilang-hilang
lagi, umi menjawab.
“Kakak dah nak balik ke?” soal umi lagi apabila
menjenguk ke dalam bonet kereta yang terisi beg komputer ribaku.
Aku angguk. Bonet kereta terus ditutup rapat. Dah
tiada barang untuk diangkut lagi.
“Haah umi. Kakak balik dulu. Kalau kakak tak ada
apa-apa, lusa kakak balik sini.”
Aku hulurkan tangan untuk bersalam dengan umi.
Terasa malas sebenarnya nak balik ke rumah sewaku. Tapi demi projek tahun
akhirku, terpaksalah aku berkorban.
“Hati-hati drive.
Jangan lupa baca doa naik kenderaan.” Pesanan wajib umi setiap kali aku mahu
pulang ke rumah sewaku.
-----------
Jari
telunjuk mengetuk-ngetuk bekas plastik berlambangkan Starbucks itu. Espresso.
Kalau dah namanya espresso, tentu sajalah bukan untukku. Aku memang tak suka
kopi. Pahit! Ini adalah untuk Hilman. Patutkah aku cakap, tunangku?
Tunang. Rasa janggal pula rasanya. Padahal hampir
setahun aku memegang status itu kerana Iwan. Dan apabila bertukar orang, rasa
semacam la pulak. Entahlah. Aku cuba tepis jauh-jauh perasaan itu. Mungkin
lama-kelamaan aku akan biasa.
Setelah hampir dua minit menunggu, pintu lif
terbuka. Ruangan lobi bangunan pejabat pensyarah itu agak sepi. Cuma aku
seorang yang berada di dalam kotak besi itu. Aku ke sini pun sebenarnya bukan
mahu berjumpa Hilman semata. Aku mahu bertemu Dr. Rina untuk berbincang tentang
projek tahun akhirku.
Alang-alang satu aras dengan Hilman, aku membuat
keputusan untuk bertemu Hilman dahulu. Mahu bertanya khabar. Seminggu lebih
terputus hubungan dengannya, jujur aku rasa rindu untuk dengar suaranya. Kalau
aku dah bersedia, mungkin juga aku akan mengkhabarkan tentang berita itu.
Dada rasa rancak berdetak sebaik kaki makin
menghampiri bilik Hilman. Lama tak berjumpa dia, entah kenapa boleh rasa nervous pulak. Tapi aku cuba bertenang.
Berlagak selamba. Tayang muka selamba.
Beberapa meter sebelum aku tiba di depan bilik
Hilman, aku nampak pintu biliknya sedikit terkuak. Apa yang aku nampak buatkan
aku rasa nak baling espresso masuk tong sampah. Oh, silap! Buatkan aku rasa nak
simbah ke muka Hilman. Dan Nayla.
Ya.. sekarang ni, Hilman sedang duduk berdua dengan
si salmonella tu! Aku tak dengar apa
yang mereka bualkan dan aku tak lalu nak dengar. Entah kenapa juga aku rasa
macam ada sesuatu yang mencengkam dadaku kuat-kuat. Sakit.
Kemudian tersedar sesuatu. Bodoh kau, Hazel! Aku
tahu yang semuanya terlalu sempurna untuk menjadi satu kenyataan. Hilman tipu
aku! Dia cakap dia dah tak ada apa-apa hubungan lagi dengan Nayla, tapi
sekarang ni apa? Dasar lelaki!
Dengan wajah yang masam, aku tarik cincin di jari
manisku dengan kasar. Berbirat juga rasa. Tapi tak sesakit hatiku sekarang ni.
Aku pandang cincin itu lama-lama. Menyesal aku setuju. Kalau ikutkan hati
marahku, memang aku buang terus. Tapi aku ada niat lagi murni. Aku nak jual.
Nanti dapat duit. Barulah rasa puas hati sikit!
Lagi lama aku berdiri, lagi rasa darah mendidih. Malas
aku nak sakit hati sendiri, aku mula mengatur langkah untuk ke bilik Dr. Rina.
Huh.. rosak mood baik aku hari ni.
Ikutkan hati, nak terus balik rumah. Tapi, aku dah janji dengan Dr. Rina.
Ketika aku berjalan ke bilik Dr. Rina, tiba-tiba aku
bertembung dengan seorang lelaki. Aku pernah nampak dia ketika aku temankan
Sabiha ke mesyuarat persatuan. Dia adalah pelajar diploma. Kalau tak salah,
Naim namanya. Timbalan presiden aka
orang kanan Sabiha.
Lalu kusekat langkahnya. Aku rasa aku tahu tujuannya
ke aras ini.
“Naimkan?” tegurku.
“Ya, saya. Kak Hazel?” tekanya. Aku angguk.
“Nak pergi mana?”
“Nak jumpa Dr. Hilman. Nak minta dia signkan surat
penting.” Macam yang aku agak, mesti nak jumpa Dr. Hilman. Sebab sekarang Dr.
Hilman dah dilantik menjadi penasihat persatuan yang baru.
Bagus sangatlah kalau si Naim ni nak jumpa Hilman.
“Good.
Ni.. bagi ni kat Dr. Hilman. Kalau dia tanya siapa bagi, jangan cakap akak yang
bagi. Cakap jatuh dari langit,” kataku dengan suara ditahan-tahan.
Naim pandang aku macam aku ni makhluk Zuhal yang
baru menjelma jadi manusia. Aku buat tak tahu.
“Terima kasih,” kataku sebelum buka langkah.
------------
Hampir
sejam aku bertemu dengan Dr. Rina, akhirnya supervisorku
itu melepaskanku pulang. Allah saja yang tahu betapa bersyukurnya aku selepas
perkataan keramat itu keluar dari mulutnya. Dengan mood yang merudum gara-gara Hilman tadi, tambah pulak sejam bersengkang
mata di depan jurnal hard copies
milik Dr. Rina, serius aku rasa nak cari katil sekarang ni. Tak pun cari askrim
Magnum Almond. Nak turunkan kadar stres.
Aku simpan komputer riba di dalam beg galasku
terlebih dahulu. Kemudian aku bersalam dan berterima kasih kepada Dr. Rina.
Pertemuan kami sudah tentu diakhiri dengan set tarikh temu janji untuk sesi
seterusnya.
Aku capai telefon pintar dari poket seluar jeansku. Mahu
melihat jam. Tepat-tepat pukul tiga petang. Aku mengeluh kecil. Malas-malas aku
mengatur langkah ke tengah-tengah aras di mana terletaknya lif. Cuma aku
sendirian yang menunggu di tingkat sepuluh itu. Bangunan pejabat pensyarah
memang sunyi. Apatah lagi sekarang ni pelajar ijazah sedang bercuti semester.
Sememangnya pelajar ijazah lebih ramai daripada pelajar diploma.
Ting!
Bunyi lif terbuka. Cepat pula lif sampai kali ini. Terus aku mengatur langkah
untuk masuk ke dalam lif. Punat bulat yang tertera huruf G ditekan. Menunggu
pintu lif untuk terkatup. Kepala disandar pada dinding lif. Penat.
“Hold the
elevator!” Aku dengar ada suara dari luar. Terus tegak tubuhku. Tangan
automatik tekan butang buka supaya orang di luar sempat untuk masuk ke dalam
lif ini.
Namun apabila pemilik suara itu menerobos masuk,
rasa menyesal tak sudah-sudah! Menyumpah tangan sendiri yang gatal menekan
butang buka tadi. Juga geram sebab tak cam awal-awal suara machonya. Tak
pasal-pasal aku terperangkap berdua dengannya.
“Helo, Hazel! Terima kasih sebab tolong tahan lif
tadi.” Suara yang aku rindui. Tapi aku juga masih marah. Buat tak endah dengan
kehadirannya. Cepatlah sampai ke tingkat G.
Dia berdiri di sebelahku. Kakiku automatik berundur
beberapa langkah menjauhinya. Enggan dekat dengannya.
Sabarlah, Hazel. Kejap aje. Tak sampai seminit
nanti, sampailah ke tingkat G. Aku cuba memujuk diri sendiri.
Namun apa yang aku impikan itu terbang ke laut
semuanya bila jari Hilman dengan rasa tak bersalahnya menekan butang 9 8 7 6 5
4 3 2 1. Hampir terkeluar mataku melihatnya. Aku mendengus kecil. Jenuhlah aku
nak tunggu kalau dah tiap-tiap aras lif nak berhenti!
“Kenapa tekan semua tu?” marahku geram. Dahlah masuk
tanpa diundang. Apa motif dia tekan semua punat tu?
Dia cuma mengangkat sebelah bahu. Sebelah tangan
dimasukkan ke dalam kocek seluar slack hitamnya.
“Saya nak duduk lama-lama dengan awak dalam ni,”
jawabnya.
Sekali lagi aku mendengus. Lebih kuat. Sihat ke tak
mamat ni?
“Nak apa?” soalku malas. Tawar hati dengan Hilman.
Ting!
Tingkat tujuh. Aku berdoa semoga ada sesiapa yang masuk. Malah.. tiap kali lif
berhenti pada setiap aras, aku berdoa supaya ada orang masuk. Tapi hampa bila
pintu kembali tertutup.
Hilman cuma diam. Matanya merayap pada tanganku.
Terusku berpeluk tubuh.
“Mana cincin saya?” Soalannya hampir buatkan aku
rebah. Macam mana dia tahu?
Wajah selamba ditayang.
“Entah. Manalah saya tahu. Tengah bergimrama dalam
tasik agaknya. Awak nak apa ni?” soalku sekali lagi.
“Nak jumpa tunang saya.”
Aku mendengus lagi. Tunang? Malasnya aku nak layan.
Ting!
Tingkat empat. Tak adalah penat sangat kalau aku turun ke tingkat G pakai
tangga. Baik aku cepat-cepat keluar sebelum pintu lif kembali tertutup.
Namun Hilman lebih bijak membacaku. Belum sempat aku
nak lari keluar, dia tegak berdiri di depanku. Kedua-dua kening diangkat untuk
mencabarku supaya melepasinya. Aku telan liur. Sudahnya, pintu lif kembali
terkatup.
“Siapa nak jadi tunang awak? Bila masa saya setuju?”
Aku agak marah. Marah sebab dia berjaya buatkan aku tunduk dengan kemahuannya.
“Awak datang nak jumpa saya. Mesti awak nak cakap
yang awak terima lamaran saya.”
Aku hamburkan ketawa. Dibuat-buat. Kenapa senang
sangat dia baca aku?
“That
confident, huh?”
“Of course!”
Aku pulak yang sakit hati mendengar keyakinan Hilman
itu.
Ting!
Tingkat G. Alhamdulillah. Akhirnya! Berkobar-kobar semangat aku nak keluar dari
tempat sempit ni. Sesak nafas aku terperangkap dengan Hilman ni. Baru sahaja
aku mahu keluar, sekali lagi Hilman bertindak lebih cepat. Tegak dia berdiri di
depan pintu lif, lalu butang tutup lif ditekan beberapa kali. Dan bila pintu
lif kembali rapat, punat 18 ditekan. Tingkat paling atas.
Sekali lagi aku ternganga bila terasa lif mula kembali
naik.
“Hilman! Saya nak balik. Awak ni kenapa? Dah tak ada
kerja ke main naik turun lif ni? Dah nak tukar profesyen jadi lift boy pulak ke?” marahku kegeraman.
Nak main, main sorang-sorang. Tak payah ajak aku!
“Answer me,
Hazel. Awak nak jumpa saya, tapi kenapa awak tak datang jumpa saya?”
Suaranya penuh authority, mahukan
jawapan. Bersandar pada dinding lif sambil tepat memandangku.
“Bila masa saya nak jumpa awak? Awak ada bukti?”
cabarku pula.
“Ada orang hantar espresso kepada saya.”
“So, kalau
awak dapat espresso, sayalah orangnya? Manalah tahu, entah-entah espresso tu sebenarnya
jatuh dari langit.” Marah! Sepatutnya aku letak salmonella sesudu dalam espresso tu dulu, barulah penat dia nak bermaraton
ke tandas.
Hilman senyum lucu. “Well.. that was what Naim said. Jatuh dari langit. So, it was really you.”
Aku gigit bibir bawah. Dalam hati rasa nak lempang
muka sendiri yang tak berapa cerdik bila berhujah dengan Hilman. Kantoi tak
pasal-pasal.
“Lagipun sweetheart,
hanya seorang saja yang saya pernah bagi tahu yang saya suka espresso. Dan
orang itu adalah tunang kesayangan saya, Hazel.”
“Iya? Bukan salmonella?”
Niat asal nak menyindir. Tapi sudahnya sekali lagi
aku rasa nak lempang muka sendiri. Apatah lagi melihat senyuman nakal yang
memekar di bibir Hilman. Sekali lagi kantoi.
“You saw it.”
Bukan satu soalan tapi satu kenyataan.
Aku angkat kedua-dua bahu. Kononnya tak kisah. “Well.. benda free nak tonton, siapa tak nak tengok?”
“Are you
jealous, Hazel?” usik Hilman.
Tapi aku rasa marah. Mukaku menjeruk.
“I’m not
jealous. I’m rethinking. Mata saya tiba-tiba terbuka,” ujarku serius. Wajah
juga serius.
Dan dengan itu, luntur terus segala senyuman Hilman.
Puas hati juga aku melihatnya. Apatah lagi matanya terbias sesuatu. Takut.
Namun cepat saja semuanya dikaburi dengan muka berkeyakinannya. Dia memang
pakar kalau bab-bab menyorok rahsia hati.
Diam.
Ting!
Tingkat lapan belas. Apabila pintu kembali rapat, sekali lagi Hilman tekan
semua butang bermula dari 17 hingga ke G. Aku julingkan mata ke atas. Betul ke
pensyarahku yang berstatus doktor falsafah berdiri di depanku ni? Macam
budak-budak!
“Dia datang jumpa saya hari ni. Dia mahu sambung
hubungan kami. She was so persistent. But
I said no. Saya cakap saya dah bertunang,” cerita Hilman.
Aku pandang dalam-dalam anak matanya. Mahu mengesan
kalau dia menipu. Tapi dia nampak yakin dan jujur.
“So?” Acuh
tak acuh soalanku.
“So, I’m
telling you the truth. I don’t want
her. I want you.” Jantung terus berdetak laju gara-gara Hilman terlajak
jujur. Hampir saja aku tersengih sebab gembira. Nasib baik aku cepat kawal.
“Macam mana saya nak tahu awak tak tipu saya?”
“Saya takkan menipu orang yang penting dalam hidup
saya. Pernah ke saya menipu awak?” soalnya balik.
Terdiam. Kalau ikutkan, memang tak pernah. Dia
selalu jujur denganku. Itulah orang kata, berkata benarlah walaupun pahit.
Pahit sangat sampaikan kadang-kadang kejujurannya buatkan aku mahu layang
penampar sebiji.
“Jadi, betullah awak datang jumpa saya sebab awak
dah terima saya?” Dia bertanya lagi bila aku senyap.
Jujur aje la, Hazel!
Muka tiba-tiba rasa macam dipanggang. Entah kenapa
rasa segan pula. Kemudian, lambat-lambat kepala diangguk. Tak berani aku nak
bersuara. Takut tergagap, bikin malu aje.
Dari hujung mata, aku nampak Hilman tersenyum lebar.
Melihat dia gembira, entah kenapa hatiku turut berasa senang.
“Mana cincinnya? Saya nak tengok awak pakai cincin
tu.”
Aku seluk poket seluar sebelah kiri. Nasib baiklah
aku tak baling betul-betul masuk tong sampah tadi. Aku tarik balik keputusanku.
Tak jadi nak jual. Pakai di jariku, lagi cantik rasanya. Terus aku sarungkan
pada jari manisku.
“Puas hati?” sindirku seraya tayang jemariku di
depannya.
Dengan Iwan dulu, bukan main ikut adat. Rombongan
mengalahkan nak kahwin. Barang hantaran berbalas-balas. Baju siap ditempah.
Pelamin dah macam akad nikah. Bergambar berkeping-keping semasa mama Iwan
sarungkan cincin. Last-last putus
juga.
Dengan Hilman kali ini, aku sarung sendiri. Dalam
lif pulak tu. Tiada saksi melainkan pak
guard agaknya sebab di dalam lif ini ada CCTV. Tak perlu membazir
banyak-banyak. Ringkas. Mudah. Dan aku dah tak kisah.
“Awak dah jadi tunang saya. And one day, you’ll be mine completely.”
Teguk liur aku mendengarnya. Bagaikan satu janji
yang bakal dilaksanakan. Bakal menjadi nyata dalam lebih kurang empat bulan
lagi. Itu adalah pelan asalku dan Iwan.
OMG! Empat bulan aje lagi kami bakal berkahwin.
Tiba-tiba rasa berdebar.
“Awak gembira?” soalku pelik. Lagaknya macam lepas
duit sepuluh juta jatuh gedebuk atas muka.
Senyum Hilman makin lebar.
“Of course I’m
happy. I’m engaged now.” Itu jawapannya.
Aku geleng-geleng kepala. Tak faham kenapa dia
gembira sangat.
“Jangan nak gembira dulu. Apa-apa boleh jadi lepas
ni.” Aku ingatkan dia. Takut sejarah kembali berulang.
“Saya bukan Iwan. Apa-apa pun yang terjadi pada
awak, saya takkan berundur. Itu janji saya. Unless
death does us apart.” Suaranya nekad.
Dan aku percaya.
“Iwan-Hazel. Haa.. kan tak sedap tu. Tulis dalam kad
kahwin pun tak cantik. Cuba Hilman-Hazel. Baru sebut huruf pertama pun orang
dah rasa macam pinang dibelah dua. Sangat serasi.”
“Iya? Kalau Hilman-Salmonella jadi apa? Macam pinang
kene gelek kereta kebal?” sinisku balik. Sakit hati lagi dengan kemunculan
Nayla.
Hilman ketawa mendengarnya. Dibiarkan bersepi tanpa
jawapan.
“Saya tak nak kahwin dengan orang yang saya tak cinta.”
“Oh, don’t
worry, sweetheart! Four months are more than enough to charm you. I’m good at charming women.” Dia kenyit
mata. “Dan bila kita dah nikah, jangan
terkejut pulak kalau hanya saya aje dalam kepala awak,” sambungnya lagi.
“Mana aci. Kalau saya sorang yang gila bayang tapi
awak tak pun, kesian la saya nanti.” Suara tak puas hati.
Hilman senyum senget. Tegakkan tubuhnya dan
melangkah setapak ke arahku. Automatik kakiku berundur. Pap! Beg galasku kena dinding besi itu. Dah tak boleh lari.
Haa.. nak buat apa ni! Aku paling tak suka kalau dia
dah senyum spesis cenggitu. Dada mula
berdebar. Nafas mula tersekat.
“Well.. I told
you before. It’s your job to make me fall in love with you.” Hilman
tundukkan kepala sehingga bibirnya berada beberapa inci dari telinga kananku.
“Seduce me,”
bisiknya.
Ting!
Hilman terus tegakkan tubuhnya dan berundur beberapa langkah. Berjaga-jaga
andai ada orang lain yang sedia menunggu di luar pintu lif. Aku juga turut menghela
nafas panjang-panjang. Lega.
Pintu lif mula melebar. Kosong. Tapi dah sampai
tingkat G. Akhirnya! Dah boleh bernafas dengan normal. Dah tak payah senaman
jantung depan Hilman. Aku mula mengatur langkah untuk keluar. Kali ini Hilman
tak lagi menghalangku.
“Be careful,
sweetheart!” Aku dengar dia melaung dari dalam lif.
Aku geleng kepala. Cakap tak pandang-pandang. Nasib
baik tak ada orang. Tapi kalau ada orang dengar pun, anggap aje la Hilman cakap
dengan telefon!