BAB 12
Nurin buka purdah yang menutup mukanya.
Baru dapat cukup oksigen rasanya. Dari tadi lagi rasa nafas tersekat-sekat.
Nak-nak lagi lepas tengok muka Harraz.
Harraz. Macam mana mamat tu boleh ada?
Nurin tak faham. Cukuplah hari-hari biasa dia terseksa dengan Harraz. Hari
minggu pun kena jumpa dia jugak ke? Haish!
Nurin pandang wajahnya di balik cermin
dalam tandas. Sangat lain sekali bila dikenakan mekap. Dia sendiri
nyaris-nyaris tak kenal diri sendiri. Keningnya ditebalkan sedikit dan mata
besarnya nampak makin besar dan bercahaya. Pandai betul tukang mekap dia ni.
Huh.. itu semua sementara. Semuanya akan
lenyap nanti. Muka rasa panas. Ikutkan hati nak je basuh laju-laju muka dia
dengan air. Biar segar sikit. Tapi, nanti rosak pula mekap dia. Dia kena bertahan
sampai habis majlis ni.
Nurin mengeluh lagi. Apalah nasib aku
ni? Dahlah kena paksa jadi model tak bertauliah, jumpa mamat singa tu pulak.
Adoi.. harap-haraplah dia tak bertemu Harraz lepas ni. Nasib baik jugaklah
Harraz tak cam dia tadi.
Nurin tutup balik muka dia. Dia kena
keluar dari sini. Mesti Lee tengah cari dia sekarang ni.
Nurin keluar dari tandas. Dengan heels
yang lebih sejengkal tu, langkah diatur seayu mungkin. Silap langkah, memang
sujud ke bumi. Kalau siput tengah jalan tepi dia sekarang ni, dia rasa siput
lagi laju.
“Adoi!” Nurin berlaga dengan seseorang
di persimpangan jalan. Dia hampir jatuh, namun sempat disambar oleh manusia di
depannya.
“Sorry.. sorry.. I tak perasan.”
Suara garau itu meminta maaf.
Cepat saja Nurin angkat kepala. Bukan
sebab terkejut yang tengah pegang bahu dia sekarang ni lelaki. Tapi terkejut
sebab di depannya sekarang ni Harraz. Ya.. Harraz Naufal, bosnya yang sengal
tu! Terus Nurin tundukkan wajah. Takut Harraz perasan.
Nurin tolak tangan Harraz yang tengah
pegang bahu kiri dia. Entah siapa bagi izin Harraz sentuh bahu dia. Kalau kat
pejabat ni, makan siku dah mamat tu.
Nurin buat isyarat it’s okay
dengan tangannya. Mulut memang diam habis. Tiba-tiba kotak suara hilang fungsi.
Dia takut Harraz cam suara dia.
Nurin ingin berlalu. Tapi, dia harus
melalui Harraz. Pada masa yang sama, dia taknak berlaku persentuhan antara dia
dan Harraz. Nurin bagi isyarat minta laluan dengan tangannya.
“Oh, sorry.” Harraz sedar apa
yang diinginkan wanita di depannya sekarang ni. Dia mendepakan tangan. Dengan
lagak paling gentleman, dia memberi ruang untuk Nurin lalu.
Nurin tundukkan kepala tanda terima
kasih. Nurin menapak selangkah. Namun tersilap langkah bila kaki kirinya
tiba-tiba terpijak hujung jubah yang dipakainya. Buatkan Nurin hampir terjatuh.
“Umi!” jerit Nurin perlahan bila rasa
badan hilang keseimbangan. Takut betul kalau jatuh.
Tindakan refleks Harraz lebih cepat
bertindak. Terus tubuh Nurin dirangkulnya untuk mengelakkan wanita itu daripada
menyembah bumi. Nurin tergamam bila rasa tangan Harraz pada pinggangnya. Nurin
pula sempat berpaut pada lengan Harraz. Jarak mereka sangat dekat sehinggakan
dada mereka hampir bersentuhan. Terus dia pandang mata cantik Harraz. Harraz
pula semestinya tengah pandang tepat padanya.
Nurin cepat-cepat bangun dan tolak badan
Harraz. Malunya. Malunya! Muka Nurin dah rasa macam tengah digoreng. Panas. Tak
sanggup dia tengok muka Harraz. Waa… kenapa kena sekarang nak jatuh bagai? Arghh.. drama sangat!
Ikutkan hati, rasa macam nak sumpah diri
sendiri jadi gambar kuda yang ada kat sebelah sebab malu. Dada pula entah
kenapa tiba-tiba berdebar. Mana tak berdebar kalau itu kali pertama dia sedekat
itu dengan lelaki bukan mahram. Dengan Harraz pulak tu!
“You okay, miss?” soal Harraz.
Cuba pandang mata wanita di depannya. Cuma mata sahaja yang dapat dilihat, tapi
kenapa dia rasa tertarik?
Nurin cuma angguk tanpa pandang wajah
Harraz. Lantaklah kalau Harraz cakap dia tak kenang budi ke, biadap ke, dia
peduli apa.
“You model tadi kan?” soal Harraz
walaupun dah tahu. Cari modal untuk berbual dengan wanita itu. Ini bulan jatuh
ke riba namanya. Bukan selalu benda ni terjadi walaupun dia memang tiada niat
untuk melanggar wanita itu. Semua ni kebetulan. Adakah ini memang takdir untuk
dia berjumpa wanita ini?
Nurin angguk lagi.
“I’m Harraz Naufal Tan Sri Mukhriz.
The CEO of Harraz Holdings.” Harraz menghulurkan tangan untuk berkenalan.
Amboi.. dah mula jual minyak nampaknya
mamat depan dia ni. Dah mula dah taktik buaya darat nak berkenalan. Siap sebut
pangkat lagi. Jerat paling berkesan untuk memancing perempuan. Hai.. patutlah
ramai boleh sangkut dengan mamat ni. Kalau perempuan lain ni, rasanya dah
sengih sampai koyak mulut sebab kena ngorat dengan anak Tan Sri.
Tapi, bukan Nurin Areesa la weh! Kau
sebut la nombor IC ke, alamat rumah ke, jumlah asset harta kau ke, aku tak
tertarik sikit pun la kalau dah Harraz Naufal! Eleh.. kau ingat aku nak kenal
sangat dengan kau? Kalau tiada purdah yang menutup wajahnya, mesti Harraz
nampak mulut dia tengah senget mencebik.
Nurin menunjukkan isyarat yang dia
betul-betul kena pergi menggunakan tangan. Dah macam orang bisu dah dia rasa.
Tanpa menghiraukan salam Harraz, Nurin angkat kaki. Tak peduli dah dengan
tanggapan Harraz padanya. Sombong ke, berlagak ke, jual mahal ke. Sebab Harraz
takkan kenal dia.
Kaki cuba melangkah selaju mungkin. Yang
pasti, dia takkan pandang belakang. Bila ingat-ingat balik, Nurin rasa nak
sumpah-seranah diri sendiri. Waa.. Harraz dah pegang bahu aku. Harraz dah peluk
aku. Dan aku pun dengan rela hati pergi peluk mamat tu. Kenapa ramai-ramai
lelaki kat tempat ni, Harraz insan bertuah tu? Malang betul rasa diri ini.
Harraz pula cuma melihat wanita itu
berlalu. Bisu ke perempuan tu? Main cakap guna bahasa isyarat. Nasib baiklah
dia ni faham jugak apa yang dicakap perempuan tu walaupun tak pernah belajar.
Tapi, rasanya telinganya tak salah dengar masa perempuan tu jerit tadi. Dua
kali. Ke dia segan dengan aku? Yalah.. bila Harraz cuba pandang mata perempuan
tu tadi, perempuan tu lebih suka tundukkan pandangannya.
Harraz berfikir lagi. Mencari-cari siapa
yang punya mata cantik seperti wanita itu. Wanita bermata cantik itu pernah
hadir dalam hidup dia ke? Pernah menjadi salah seorang bekas wanitanya ke? Harraz
tak dapat nak ingat.
----------------
“Kau kenapa, Nurin? Macam kena kejar
hantu je?”
Nurin pegang dadanya sebab terkejut bila
nampak Lee. Tapi, lega sebab Lee. Nurin pandang sekeliling dewan yang ramai
itu. Takut terjumpa orang dalam kepalanya. Siapa lagi kalau bukan Harraz.
“Shh..” Nurin letak jari ke mulutnya.
Pelik Lee tengok Nurin. Lepas buat
jenayah undang-undang ke apa minah ni?
“Kau jangan panggil nama aku, Lee. Lepas
tu kau jangan cakap siapa aku kalau orang tanya.”
“Kenapa? Apa dah jadi?” Lee lagi pelik.
“Aku nampak Harraz. Kau ingatkan aku
cerita pasal Harraz hari tu? Aku jumpa dia tadi,” cerita Nurin. Kembali terbayang
macam mana dia dan Harraz berpelukan tadi. Arghh.. bencinya!
“Alah… no worry la. Dia tak kenal
kau kan?” balas Lee yakin. Kenyataannya Nurin sangat cantik malam ni. Dah macam
model-model yang berpengalaman dah. Tambah pulak dengan Nurin yang menutup separuh
wajahnya.
Memanglah Harraz tak kenal dia. Tapi,
entah kenapa Nurin tetap takut.
“Weh, Lee! Tugas aku dah habis kan? Aku
nak balik boleh?” Nurin minta izin.
“Eh, tunggulah sampai habis majlis ni.
Sikit je lagi.”
“Please, Lee. Aku taknak
jumpa Harraz. Aku nak balik. Dah macam pembunuh dikehendaki polis dah aku rasa
sekarang ni.” Pandang kiri kanan kut-kut ada Harraz, tak pun Farhan.
“Kalau macam tu, yalah. Kau baliklah. Thanks
a lot for today, Rin. Anything happens, call me. Someday, I’ll repay you,”
ucap Lee.
Nurin cuma senyum walaupun Lee tak
nampak. Itulah namanya demi sahabat. Satu hari nanti, siapa tahu dia pula yang
akan minta tolong daripada Lee.
“No hal la, kawan. Kalau aku tak
tolong kau, aku rasa mahu aku kena kapak dengan Intan,” gurau Nurin.
Lee ketawa.
-----------
“Nashrain Lee..” Lee berpaling apabila
namanya dipanggil.
Dua lelaki segak mendekatinya. Dia kenal
kedua-duanya. Senyuman manis dihulurkan. Kemudian pandang ke arah pintu keluar
dewan. Bayang Nurin dah hilang. Nasib baik.
“Congratulation for today. You are
great.” Farhan hulurkan salam tahniah kepada Lee sebelum Lee menyambutnya.
“Terima kasih, Farhan. A big
gratitude is for your mom,” balas Lee. Dia kenal Farhan. Farhan merupakan
anak kepada penaja hari ni, Datin Awin.
“Oh, before I forget. This is my
cousin. Harraz Naufal.” Farhan kenalkan mereka berdua.
“Hi.. I’m Harraz.”
“Lee.” Mereka berdua bertukar salam dan
senyuman.
“I kenal you. You pemilik Harraz
Holdings yang hebat tu kan? Salah seorang pekerja I pernah sebut pasal you.”
“Yup. But not that great.” Harraz
masih merendah diri meskipun dia dah mencapai tahap hebat itu.
“You berdua cakap la dulu. Mama is
calling me.” Farhan meminta izin.
Bagi peluang lelaki berdua ni berbicara.
Habis sudah peranannya memperkenalkan Harraz dengan Lee. Beria-ia si Harraz ni
nak berkenalan dengan Lee. Tak lain tak bukan, nak korek pasal model tadi la
tu. Takpelah. Asalkan sepupunya tu bahagia.
Maka, tinggallah Harraz berdua dengan
Lee.
“How’s your opinion about this
afternoon event?” Lee mengemukakan soalan. Nak tahu juga pendapat orang
hebat macam Harraz tentang majlis ni.
“Excellent. That’s the best word to
describe. I tak tahu sangat pasal fesyen-fesyen ni. My aunt
kumpulkan the best designers. Mestilah semuanya superb,” puji
Harraz ikhlas.
“Err.. sorry to ask. Siapa model
terakhir yang peragakan last outfit dengan you tu ya?” soal
Harraz lagi. Dia nak tahu sangat.
Lee pandang Harraz. Terkejut dengan
soalan Harraz. Dia cari Nurin? Nasib baik Nurin dah balik.
“Kenapa ya?” Lee bertanya.
“Because she seems like someone I
know. I know those eyes. Macam seseorang yang I kenal. She’s someone around me? Tapi, siapa?” Sakit lagi kepala Harraz
sebab mengingat pemilik mata itu. Kenapa dia tak ingat-ingat lagi? Tulah..
pasang perempuan ramai sangat. Kan dah tak ingat.
Dada Lee berdebar entah kenapa. Patutlah
Nurin tak senang duduk tadi. Harraz cam Nurin ke? Eh, takkan la! Nurinkan tutup
separuh muka dia tadi.
“You salah kut, Harraz. Tak mungkin la.
Dia baru balik dari oversea. Tak mungkin you kenal dia,” tipu Lee.
“Eh, ada orang panggil I. I gotta go.
Sorry.” Lee cari akal untuk lari dari Harraz bila Nur menggamit tangan
memanggil dia. Takut Harraz terlebih korek nanti, terpecah pula pasal Nurin.
“Nice to know a great person like
you, Harraz.”
“I
hope to see you again next time.” Harraz membalas.
“A
pleasure.” Mereka bersalaman.
--------
“Weh, Nurin. Kau betullah. Harraz cari
kau tadi,” lapor Lee melalui panggilan telefon. Ketika itu, Nurin sedang dalam
perjalanan pulang ke rumahnya.
“Habis tu, macam mana?” Nurin dah
gelabah. Nasib baik dia cabut cepat-cepat tadi.
Sangat betul tindakannya kali ni.
Kalaulah dia bersemuka dengan Harraz tadi, memang jadi filem bisu untuk
tontonan umumlah. Memang haramlah dia nak keluarkan suara.
“Apa lagi? Aku cakap la tu kau.”
“Lee!!” jerit Nurin. Kalau Lee depan
mata sekarang, dah dicekik sampai biru.
Lee ketawa.
“Aku gurau je la. Takkanlah aku nak
cakap.” Lega Nurin dengar.
“Kenapa dia cari aku?” Nurin pelik.
“Manalah aku tahu. Dia dah jatuh hati
dengan kau kut,” usik Lee. Dia ketawa lagi.
“Waklu.. jatuh hati kejadahnya. Bukannya
dia nampak muka aku tadi.” Merepek betul si Lee ni!
“Why not? Dia dah terpanah dengan
mata kau kut. Apa orang kata? Dari mana datangnya cinta? Dari mata, turun ke
hati.” Seronok Lee kenakan Nurin. Makin galak dia ketawa.
“Turun ke bawah lagi, aku bagi kaki,”
balas Nurin. Ya.. orang yang kena kaki tu tak lain dan tak bukan mestilah Lee.
Geram betul. Bukannya dia tak pernah cerita betapa dia berselisih bulu dengan
lelaki bernama Harraz tu.
“Haha. You better be careful, Nurin.
Harraz cakap dia macam kenal kau. Someone he gets used to see everyday.”
Lee sempat berpesan. Nurin diam. Agak risau. Dia cam ke?
“Dia takkan pernah fikir tu aku.
Percayalah.” Nurin yakin. Sedapkan hati sendiri. Pandailah dia buat muka tak
tahu depan Harraz nanti.
“Ingat, Lee. Jangan pernah cakap kat
sesiapa pun yang tu aku. Faham?” Seiring waktu, mesti Harraz dah tak ingat dah
semua ni. Mesti ramai lagi wanita cantik yang bakal muncul dalam hidup Harraz.
“Yalah.. yalah..” janji Lee.
-------------
“Dapat korek tak tu siapa?” Farhan
berminat untuk tahu.
Harraz geleng kepala. Agak kecewa juga
sebenarnya. Sekurang-kurangnya tahu nama. Tapi, Lee agak sibuk tadi dan dia
pula tidak mahu menghalang kerja Lee.
“No idea.”
“Bukan rezeki kau la tu. Rilekslah, bro.
Bunga bukan sekuntum.” Farhan ketawa. Tanpa mengetahui hati Harraz yang tengah
kecewa.
“Agaknya dia tak tahu kau Harraz Naufal.
Kalau dia tahu, mesti dia dah cari kau, kan?” Farhan seakan-akan memujuk
Harraz. Bahu sepupunya itu ditepuk-tepuk. Apalah sangat seorang perempuan?
Pergi sorang, sepuluh yang datang cari Harraz.
Tapi, dia dah cakap dia Harraz Naufal. Perempuan
itu tahu dia siapa tapi kenapa tetap pergi tanpa berpaling tadi? Dan sekarang
terus lesap tanpa jejak. Misteri.
“Aku rasa aku pernah jumpa la dia. I
know those eyes. Kenapa aku rasa dia kenal aku?” Harraz kembali kepada
teori asalnya. Entah kenapa dia begitu yakin yang dia kenal wanita itu. Dan
wanita itu juga bagaikan tahu dia siapa.
“Kau nampak mata dia je, Harraz. Belum
tentu wajahnya sama dengan orang yang kau kenal. Tak mungkin la kau kenal dia.
Kau salah orang kut,” kata Farhan. Macam Lee.
“Yang pasti, I want to know her.
Hati aku takkan tenang selagi aku tak tahu dia siapa,” balas Harraz. Apa pun
yang dikatakan oleh Farhan, dia yakin dengan firasatnya. Aneh perasaan ini. Tak
pernah dia rasa berminat dengan seorang perempuan macam ni. Adakah sebab
perempuan tu lain daripada yang lain? Pertama kali perempuan tak endahkannya
walaupun tahu dia siapa.
Mata melilau sekeliling dewan. Mencari
susuk wanita misteri itu. Tiada. Entah kenapa, Harraz rasa hampa yang amat.