BAB 27
Balik Shah Alam. Tapi
kali ni balik rumah ibu dan papa Izz. Bila Izz ajak aku balik rumah orang tua
dia, takut jugak aku. Sebabnya, aku pernah nak terajang Izz pada malam sejarah
hitam tu depan mereka. Dan yang keduanya, sejak aku kahwin dengan Izz, mana
pernah aku balik rumah mereka. Aku tak tahu persepsi dorang kat aku macam mana.
Buatnya jadi drama Ibu Mertuaku depan pintu rumah, macam mana? Tak ke haru?
Kalau dorang tak terima aku, apa aku nak buat?
Tapi,
keluarga Izz terlalu baik denganku. Aunty
Fatmah dan layaknya aku panggil ibu sekarang ni masih sama macam yang pernah
aku kenal dulu. Lembut dan baik orangnya. Papa jugak macam tu. Bila aku sampai
je depan rumah, ibu menyambutku macam aku ni dah lama jadi sebahagian daripada
keluarga mereka. Papa pun sama. Senyum menyambut kepulangan kami. Dan takde
seorang pun pernah membangkitkan peristiwa malam tu. Makin aku rasa bersalah
sebab tak pernah pulang ke rumah mereka sepanjang aku bergelar menantu mereka.
Kali ni pun, kalau bukan sebab Hafiy berada di rumah mereka, mungkin aku tak
akan balik rumah mereka.
Tapi,
kalau rumah orang tu, rumah orang jugaklah. Serius aku janggal gila. Rasa macam
aku sorang-sorang je kat rumah ni. Izz entah ke mana. Hafiy pun seronok main
dengan pak su dia kat luar. Aku tercengang-cengang kat dalam rumah ni tak tahu
nak buat apa. Nak tidur dalam bilik, dah petang sangat. Tak bagus
(mentang-mentang kat rumah orang. Kalau rumah sendiri, memang membuta jugak.
Hehe). Dahlah dalam bilik Izz. Memang tak la. Meskipun aku dah biasa dengan
rumah ni, tapi sekarang ni semuanya berbeza. Aku sekarang ni dah jadi menantu
rumah ni. Bukan lagi bibik separuh masa.
Akhirnya
aku keluar ke taman rumah. Taman kesayangan ibu. Aku tengok bunga-bunga kat
sini makin bertambah. Baru je beberapa bulan aku aku tinggalkan rumah ni, dah
macam-macam berubah. Kalau dulu, rajin je aku tolong ibu siram pokok bunga.
Aku
berjalan pulak ke kerusi batu yang berada dekat dengan taman tu. Aku duduk di
atas salah satu kerusi batu. Kat sini aku selalu tunggu abang petang-petang
macam ni. Aku terpandang pokok jambu. Terus teringat kembali kenangan lama.
Bila ingat-ingat balik, kelakar. Aku yang otai ni boleh jatuh pokok? Adoyai…
“Apa
yang senyum sorang-sorang ni?” Entah dari mana, Izz menyampuk. Terus mati
senyum aku. Potong stim betul!
“Teringat
kenangan lama. Saya jatuh pokok sebab awak.” Izz turut senyum.
“Dan
abang jugaklah yang selamatkan Sya daripada jatuh.” Ya.. dia nak sambut aku
yang jatuh. Tapi, tersalah timing,
akhirnya dua-dua sembah bumi.
“Selamatkan
apa? Berbalut kaki saya tak pasal-pasal. Awak tahu, teruk saya kena bebel
dengan mama malam tu. Memang tadah je telinga,” ungkitku sambil cebikkan bibir.
Macam salah Izz sorang je aku jatuh pokok.
“Abang
pun kena teruk tahu? Bahu abang habis lebam sebab Sya jatuh atas abang. Mahu
seminggu abang menderita kat pejabat.” Dia turut mengungkit. Siap tumbuk-tumbuk
bahu kanan dia lagi. Nak tunjuk kat situ la lebamnya sebelum ni.
“Awak
pun sakit jugak ke?” Aku terkejut. Kenyataan yang tak pernah aku tahu sebelum
ni. Prihatin.
“Dah..
ingat abang ni robot ke apa kalau berat tong gas jatuh atas abang, tak rasa
sakit?”
“Apa?
Tong gas?” Terbang terus rasa prihatin aku. Cis! Kurang asam betul! Samakan aku
dengan tong gas? Sangat tak patut!
“Tong
gas pun empat belas kilo je tahu? Sya lebih berat daripada tong gas.” Dia bukak
mulut lagi. Bukannya makin memyenangkan hati. Sengaja nak cari gaduh dengan
aku.
“Yala…
saya minta maaf. Sebab saya yang lebih berat daripada tong gas ni jatuh atas
awak, badan kesayangan awak tu sakit,” sindirku geram. Nak merajuk!
“Takpe..
Sakit yang berbaloi sebab abang boleh kenal Sya.” Dia senyum. Grr.. Apa ni? Tadi cakap lain, sekarang
cakap lain? Dia bagi penyakit, dia jugak yang bagi penawarnya?
“Mummy.. daddy..” Terus aku dan Izz keluar daripada memori semalam. Dari
kejauhan Hafiy menjerit memanggil aku dan Izz. Tangan melambai-lambai ke arah
kami. Aku turut membalasnya.
“Hafiy..
tengok depanlah. Pak Su lepas karang, baru tahu!” Aku dengar suara Hakimi
menjerit.
Aku
dan Izz ketawa. Kelakar bila tengok Hakimi ajar Hafiy naik basikal. Seronok
sakan Hafiy bila datuknya belikan dia basikal baru.
“Tengok
Kimi. Tak lama lagi, naik angin la tu,” komen Izz sambil melihat ke arah Hafiy
dan Hakimi.
“Hafiy..
kan Pak Su cakap jangan berhenti kayuh. Hish..
budak ni!” Izz betul. Tak sampai sepuluh saat, suara Hakimi naik memarahi
Hafiy. Aku dan Izz ketawa. Pagi tadi, bukan main bersemangat si Hakimi nak
mengajar Hafiy naik basikal. Hangat-hangat tahi ayam betul. Baru je beberapa
kali mengajar, dah nampak dah muka mengaku kalah Hakimi.
“Dia
tu tunggu masa nak panggil abang je tu.” Izz teruskan lagi andaiannya.
“Ngah..
sini kejap!” Sejurus selepas itu, Hakimi menjerit sambil menggamit tangan ke
arah kami.
“Haa..
kan abang dah cakap.”
Aku
ketawa. Memang betul apa yang Izz cakap. Memang dia kenal betul dengan adiknya.
Izz bangun untuk berlalu ke arah Hakimi. Aku turut mengekori Izz. Bosan pulak
dok kat sini sorang-sorang. Baik aku tengok Hafiy belajar naik basikal baru.
“Mesti
dia nak abang yang take over ajar
Hafiy,” kata Izz lagi bila masa kami berjalan.
“Ada
apa?” soal Izz kepada adiknya.
“Ajar
Hafiy naik basikal. Aku dah penat dah.” Aku pandang Izz. Betullah. Aku ketawa
lagi.
“Mana
tak penat kalau asyik menjerit je kerjanya,” sindir Izz. Hakimi tersengih.
“Menguji
kesabaran wei. Mana tak naik pitching
suara? Memang tak layaklah aku jadi cikgu. Asyik nak maki budak-budak je.”
“Bukan
fail cikgu je. Nak jadi bapak orang
pun fail. Dah, Hafiy. Biar daddy ajar pulak.”
“Yay.. daddy ajar. Pak Su garanglah, daddy.
Asyik nak marah Hafiy je,” adu Hafiy sambil tarik muka masam.
“Budak
ni..” Hakimi buat gaya macam nak cekik Hafiy. Aku ketawa melihat gelagat
mereka.
Kemudian,
basikal Hafiy bertukar tangan. Kini, Izz pulak yang ambil alih untuk ajar Hafiy
cara-cara naik basikal.
“Hafiy..
Hafiy terus kayuh, tahu? Jangan berhenti. Nanti jatuh. Hafiy taknak jatuh,
kan?” lembut Izz mengajar.
“Hafiy
takut jatuh.”
“Daddy ada kat belakang ni. Jangan takut.
Nak belajar sesuatu kena berani. Nak pandai ke tak?”
“Daddy jangan lepas, okay?”
“Ya..
ya.. daddy tak lepas.” Aku cuma
tengok perilaku dua beranak itu. Nak gelak pun ada. Macam mana nak pandai kalau
Izz tak lepas? Hafiy.. Hafiy.. penakut jugak rupanya.
“Hafiy..
all the best!” laungku. Bagi
semangat.
Aku
tengok Hafiy kayuh basikal. Nasib baik kawasan lapang rumah ni luas. Takdelah
terhad sangat kawasan Hafiy nak belajar naik basikal. Hafiy nampaknya dah ada
kemajuan. Bila Hafiy agak leka, Izz lepaskan pegangannya.
“Daddy.. daddy cakap taknak lepas. Daddy
tipu.” Hafiy sedar yang Izz dah lepaskan pegangannya. Hafiy hilang keseimbangan
dan hampir jatuh. Nasib baik Izz sempat menahannya.
“Iya…
iya.. daddy tak lepas.” Izz kembali
berjanji.
Aku
dan Hakimi yang melihat ketawa melihat gelagat mereka. Macam-macam si Hafiy ni.
“Sabar
betul Izz ajar Hafiy,” pujiku. Sikit pun tak naik suaranya bila dia ajar Hafiy.
Berbeza betul dengan Hakimi.
“Sebab
tu saya dan abang Ngah berbeza.”
“Memang..
tengok pun dah tahu.” Aku mencebik.
“Abang
Ngah tu terlalu baik orangnya. Mesti awak selalu buli dia, kan?” tuduh Hakimi.
“Mana
adalah!” balasku geram. Suka hati je nak tuduh orang. Macam aku ni jahat
sangat. Ada aku buli Izz ke?
“Haha..
saya tahu abang Ngah selalu kena buli kat rumah. Kalau tak, takde la dia nak
komplain macam-macam kat pejabat.”
“Izz
komplain apa?” tanyaku tak senang hati. Tajam aku tengok Hakimi yang
tersengih-sengih kat sebelah. Belakang aku seronok kutuk-kutuk aku ya?
“Jangan
la tengok saya macam tu, Kak Ngah. Takut saya tengok muka Kak Ngah yang garang
tu.” Hakimi buat muka. Buatkan aku yang nak marah pun tak jadi. Kak Ngah..
mula-mula dia panggil dulu, terangkat jugak aku. Sebab aku tak suka. Macam tua
je aku sedangkan aku lagi muda daripada Hakimi. Tapi, biasalah. Adik Izz Haikal
ni memang tak makan saman macam abangnya jugak. Aku akhirnya dah lali dah
dengan panggilan tu.
“Cakap..
kat pejabat, awak dengan Izz ada mengumpat saya, ya?” Aku desak Hakimi untuk
buka mulut.
“Kalau
saya taknak cakap, awak nak buat apa?” Dia bagaikan cuba naikkan darah aku.
“Kalau
awak taknak cakap, saya letak ubat julap dalam makanan awak malam ni. Biar awak
cirit-birit besok.”
Hakimi
ketawa. “Bagus jugak. Tak pernah saya rasa ubat julap tu macam mana. Letak
banyak-banyak, tahu?”
Haha..
dia sambung ketawa sebelum blah masuk rumah. Sengaja nak cabar aku. Aku letak
karang, tak cukup tanah berkejar ke tandaslah kau. Daripada aku layan perangai
tiga suku Hakimi, baik aku tengok Hafiy yang tengah gigih belajar naik basikal.
Pandanganku
kembali terarah kepada Izz dan Hafiy yang tak habis-habis lagi dengan basikal.
Aku jalan ke arah mereka.
“Hafiy..
bila nak pandai ni? Tak macho la
lelaki tak pandai naik basikal. Mummy
dulu empat tahun dah reti naik basikal, tahu?” kataku. Aku tipu yang bahagian
empat tahun tu. Aku pun tak ingat bila aku pandai naik basikal. Tapi, yang
pasti bukan empat tahun la.
“Hafiy
takut daddy lepas.” Hafiy pandang ke
arah Izz. “Daddy.. jangan la lepas.”
Hafiy dah macam nak nangis.
“Mana
ada daddy lepaslah. Daddy tengah pegang ni.” Izz yang baru
berura-ura untuk lepaskan pegangannya terus tak jadi. Aku ketawa. Kelakar
melihat situasi itu. Penyabar sungguh Izz. Kalau aku, rasanya dah lama dah naik
suara. Geram!
“Dah..
tengok depan, terus kayuh laju-laju. Mummy
nak tengok Hafiy pandai naik basikal. Cepat.. kayuh sampai tempat mummy berdiri ni.” Aku bagi semangat
lagi.
Hafiy
ikut cakapku. Dia mengayuh basikal ke arahku.
“Daddy.. daddy pegang, kan?”
“Ya..
daddy peganglah ni.” Masa tu Izz dah lepaskan
pegangannya.
“Cepat,
Hafiy. Cuba kejar mummy.” Aku tepuk
tangan sambil menambah jarak antaraku dengan Hafiy. Taknak bagi Hafiy berpaling
ke belakang.
“Daddy.. jangan lepas.” Tak habis-habis
Hafiy menyuruh Izz supaya jangan lepaskannya. Tapi, dia tak sedar yang Izz dah
lama lepaskan pegangannya.
“Daddy tahulah,” jawab Izz. Kaki masih
mengejar basikal Hafiy. Bersedia untuk menyambut Hafiy kalau-kalau kejadian
yang tak diingini berlaku.
“Hafiy..
Hafiy dah pandai naik basikal,” jeritku sambil menepuk tangan beberapa kali.
Terlebih excited la pulak aku ni.
“Hoorey.. Hafiy dah boleh naik basikal
sendiri.” Hafiy turut gembira bila sedar yang Izz dah lepaskan pegangannya. Izz
yang dari tadi berlari mengejar Hafiy pun turut berhenti. Yakin yang Hafiy dah
cukup pandai.
“Adoi..
penat daddy ajar Hafiy.” Izz turut
senang melihat Hafiy meskipun rasa penat.
Hafiy
bukan main seronok lagi. Dia mengayuh basikal mengelilingi kawasan itu. Tak
berapa lama lepas tu, Hafiy jatuh basikal.
“Hafiy!”
Aku dan Izz sama-sama jerit nama Hafiy. Sama-sama berlari ke arah Hafiy.
Izz
angkat basikal yang menindih Hafiy. Hafiy jatuh tertiarap. Aku mengangkat Hafiy
sebelum memeriksa keadaan Hafiy. Hafiy dah nangis.
“Hafiy,
Hafiy okay?” soalku.
“Sakit..”
Dalam air mata Hafiy tunjukkan lututnya yang dah berdarah. Nasib baik sikit je.
Aku lap air mata Hafiy.
“Dah..
dah.. jangan nangis lagi. Buruklah Hafiy nangis. Kalau Hafiy nangis, lutut
makin sakit. Lepas tu makin banyak darah keluar. Hafiy taknak sakit, kan?”
pujukku sambil menakut-nakutkan dia supaya dia berhenti menangis. Entah teori
daripada pakar perubatan mana yang aku ambik. Daripada doktor Qisya Iris la, daripada
siapa lagi?
“Daddy bawak Hafiy masuk dalam rumah ya?
Kita letak ubat kat luka tu. Okay,
sayang? Jangan nangis lagi. Dah… jom, masuk,” pujuk Izz pula. Tubuh kecil Hafiy
yang masih duduk di atas jalan itu didukungnya.
“Sya
bawak basikal tu masuk,” arah Izz. Aku cuma angguk.
------
“Dah.. siap.” Izz
tampal plaster pada luka di lutut Hafiy. Daripada mula-mula Hafiy dibawa masuk
sehinggalah Hafiy habis dirawat, kerja aku adalah sebagai pemerhati. Aku hanya
memerhati tingkah laku Izz yang membawa kotak first aid, kemudiannya merawat luka Hafiy, kemudiannya memujuk
Hafiy supaya menahan sakit dan jangan menangis. Semuanya Izz lakukan tanpa
sikit pun rasa kekok dan canggung. Semuanya buatkan Izz terserlah dengan sifat
kebapaannya.
Aku
pandang muka Izz. Macam yang Hakimi cakap, Izz terlalu baik.
“Dah..
sekarang ni, jom daddy mandikan
Hafiy. Hafiy busuklah.” Izz dukung Hafiy.
“Sya..
abang mandikan Hafiy dulu, ya? Tolong simpan kotak first aid, boleh?” Izz
mintak tolong aku.
“Hah?
Oh, okay,” jawabku gabra. Bimbang
jugak dia perasan yang aku sedari tadi lagi dok usha wajahnya.
Izz
senyum manis ke arahku. “Thanks.” Izz
mendukung Hafiy untuk naik ke tingkat atas. Mata memandang langkah Izz yang
semakin jauh.
Fuh,
lega! Tak tahu kenapa boleh rasa semput tiba-tiba. Senyuman manisnya tadi,
bukan kali pertama aku lihat. Tapi kenapa hatiku berdebar bila tengok senyuman
versi pencair hati dia tadi? Aku pegang dadaku. Hati.. jangan kau tergugat! Aku
cuba kawal perasaan.
Kembali
ke alam yang nyata. Izz memang macam tu. Senyum dia untuk orang lain pun macam
tu jugak. Apa ada pada senyuman? Senyuman je pun. Tapi, bukanke a smile is a curve that will bring things
straight? Cewah.. mana pulak aku dapat english
quote ni? Tiba-tiba je boleh
terlintas dalam kepala.
Aku
bawa kotak first aid tu ke tempatnya sebelum kepala berkhayal benda lain lagi.
“Ibu,
nak masak apa?” Aku soal ibu yang tengah sibuk keluarkan barang dari peti
sejuk. Turut membantu seorang bibik Indonesia yang tak pernah aku tengok
sebelum ni. Hakimi panggil dia Bik Aini. Pengganti Mak Mah la kut sebab Mak
Mahkan sekarang ni bekerja kat rumah Izz.
“Ibu
nak masak mi sup untuk dinner malam
nanti. Papa tu dah lama mengidam nak makan mi sup.”
“Boleh
Qisya tolong?” Aku minta izin daripada ibu. Almaklumlah.. ibukan memang dah
hafal dah ‘kepakaran’ aku dalam memasak ni. Sebab tu la kena tanya dulu sebelum
bukak langkah. Hehe..
“Boleh..
tolonglah. Tolong potong sayur.” Ibu memberi izin.
Aku
patuh. Bekas berisi sayur-sayuran itu aku capai sebelum basuh. Sebilah pisau di
dalam bekas pisau aku ambik. Mula dengan sayur sawi, dan kemudiannya kobis dan
kobis bunga. Aku potong ikut saiz yang sesuai. Buah tomato pulak aku potong
empat.
Seronok
jugak masak mi sup. Meskipun cuma jadi assistant
berjaya, aku puas hati bila dapat membantu. Kagum aku tengok ibu memasak.
Campak itu, campak ini dalam kuali besar. Bila rasa, perghh.. terangkat! Macam chef wo.. Memang thumbs up la.
Memasak
benda ni memang kejap. Tak sampai setengah jam pun, sup dah masak. Cuma mi
belum dicampurkan lagi. Kata ibu, mi akan dicampurkan bila nak makan nanti.
Kalau masukkan sekarang, nanti mi jadi kembang sebab masa makan biasanya lepas
maghrib ataupun isyak.
“Terima
kasih, Sya,” ucap ibu. Aku senyum. Tak payah nak terima kasih sangat la. Segan
aku. Macam la aku ni banyak menolong sangat.
“Setakat
Sya potong sayur, tolong jadi tukang kacau, tukang basuh pinggan tu tak
payahlah ibu nak berterima kasih. Bukannya berat pun.”
“Ibu
berterima kasih bukan sebab tu. Ibu berterima kasih sebab Sya sudi terima Izz
dan Hafiy seikhlasnya. Ibu boleh nampak yang Sya dah belajar untuk terima Izz
dan Hafiy dengan sepenuh hati.”
Aku
terdiam. Sedikit segan. Setakat aku sudi untuk hidup dengan Izz dan Hafiy tu,
tak payahlah nak berterima kasih. Sepatutnya aku kena berterima kasih dengan
Izz dan Hafiy yang sudi terima aku sedangkan aku dah banyak mengguris hati
mereka.
“Sya
dah ikhlas, ibu. Jujur.. Sya memang tengah belajar untuk terima Izz sebagai
suami Sya sepenuhnya. Tapi, Sya perlukan masa. Soal hati dan perasaan tak boleh
dipaksa. Dan sekarang, Sya masih belum cintakan Izz. Perasaan tu belum datang
lagi, ibu. Sya pun tak tahu perasaan Izz pada Sya sebenarnya apa.” Aku
berterus-terang dengan ibu.
Serius
aku tak tahu perasaan Izz padaku apa. Dia selalu cakap dia sayangkan aku.
Cintakan aku. Tapi, aku masih tak percaya. Aku takut apa yang Izz cakap
semata-mata kerana Hafiy tak mahu lepaskan aku. Ataupun sebab kami dah kahwin
jadi dia memang dah setkan hati dia untuk cintakan aku sedangkan sebenarnya
mungkin dia cintakan orang lain. Dalam erti kata lain, sebab kami dah kahwin,
dia paksa hati dia untuk cintakan aku padahal jika diberi pilihan, mungkin dia
takkan memilih aku.
Atau
mungkin jugak kalau aku cakap Izz paksa hati dia sebab tanggungjawab dia yang
dah menikahi aku?
“Izz
baik orangnya..”
Ya..
Izz sangat baik. Terlalu baik yang sebabkan aku rasa bersalah kalau aku pernah
menjadi pernghalang cintanya dengan perempuan lain. Perkahwinan yang terjadi
mungkin sebab terpaksa. Dan kebaikan Izz jugaklah yang buatkan aku makin lupa
tentang punca macam mana kami terpaksa disatukan.
“..Dan
ibu rasa yang Izz betul-betul sayangkan Sya. Apa yang naluri ibu cakap,
daripada kali pertama Izz jumpa Sya lagi dia dah sukakan Sya,” kata ibu lagi.
Aku
tak berani nak komen lagi. Tak mahu isu ni melarat-larat pulak.
-----
Kali pertama makan
malam dengan keluarga Izz. Aku turun awal lepas solat isyak untuk menolong ibu
mengangkat pinggan ke ruang makan. Aku tolong sendukkan mi sup ke dalam mangkuk
untuk setiap orang. Bau yang menusuk hidung, makin lapar aku jadinya.
Aku
mengambil tempat di tepi Hafiy. Izz pulak duduk tepi Hafiy sebelah satu lagi.
Maknanya, Hafiy duduk antara aku dengan Izz. Di bahagian bertentangan pulak
tempat ibu dan Hakimi.
Lepas
semua orang berkumpul, Hafiy baca doa makan.
“Waa..
nenek, sedapnya!” Hafiy hirup kuah sup. Hafiy ni memang. Apa-apa jenis sup dia
suka.
“Makan,
Qisya. Jangan malu-malu. Sedap tak ibu masak?”
“Sedap,
papa,” jawabku jujur. Aku suap sesudu mi ke dalam mulut.
Nampak
Hafiy terkial-kial nak kopek kulit udang guna sudu dan garfu.
“Meh
mummy kopekkan kulit udang untuk
Hafiy.” Aku terus ambik udang dalam mangkuk Hafiy. Macam yang selalu aku buat
kat rumah bila makan udang. Tak sampai seminit, aku letakkan balik udang tanpa
kulit ke dalam mangkuk Hafiy. Budak tu memang suka udang.
“Mummy.. nak udang lagi.” Hafiy buat muka
kesian sambil muncungkan mulutnya ke arah mangkukku. Tak cukup lagi? Hafiy..
Hafiy.. suka sangat dengan udang sampai-sampai aku punya pun nak dikautnya
sekali?
Tapi
tak kisah. Aku bukannya suka sangat pun udang ni. Aku kopek dulu sebelum letak
dalam mangkuknya. Aku sambung makan. Ish.. banyak sangat la pulak sayur dalam
mangkuk aku ni. Aku kuis-kuis ke tepi.
“Izz..”
Dan macam biasalah, mestilah Izz yang aku cari tengah-tengah situasi macam ni.
“Sayur,
nak?” Aku tunjukkan mangkukku. Sengih nak ambik hati.
“Tak
berubah-ubah. Asyik abang je yang kena habiskan sayur,” rungut Izz. Tapi,
tangan tetap sudukan sayur dalam mangkuk aku.
“Tak
baik membazir,” balasku. Sengih makin lebar.
“Dah
tahu tak baik membazir, bukannya nak belajar makan.” Izz membebel lagi.
“Belum
dapat hidayah lagi. Ni.. kat tepi ni, ada lagi,” kataku. Habis licin mangkukku
tanpa sayar. Terima kasih pada Izz.
“Daddy.. Hafiy pun taknak sayur.” Hafiy
pulak menunjukkan mangkuknya.
“Adoi..
sama je la dua orang ni. Kalau macam ni, memang boleh jadi vegie kut!”
Aku
dan Hafiy ketawa lepas Izz cakap macam tu. Kelakar. Seronok kami berdua buli
Izz. Buli? Teringat pulak kata-kata Hakimi petang tadi.
Bila
bangkitkan nama Hakimi, aku bagaikan teringat sesuatu. Ni bukannya rumah kami!
Aku pandang depan. Tiga pasang mata tak berkelip pandang kami. Macam tengah
tengok filem kat Golden Screen Cinema pun ada.
Huk!
Terus terhenti ketawaku. Diserbu perasaan malu tiba-tiba. Macam mana aku boleh
lupa yang kami sekarang ada kat rumah ibu? Adoyai..
malu. Malu. Aku buat selamba sebelum suap mi ke dalam mulut.
“Amboi,
mesranya! Jealous aku tengok. Bahagia
rupanya abang aku sekarang ni. Tak gitu, Qisya?” Hakimi bersuara sambil
tersengih.
Aku
buat tak layan.
“Elele..
Kak Ngah malu la tu,” usik Hakimi lagi. Nak kena lempang dengan aku agaknya
mamat ni. Aku bagi makal botol kicap malam ni baru tahu! Ke nak aku betul-betul
letak ubat julap dalam mi dia?
“Dah..
dah.. jangan kacau Qisya makan, Kimi.” Ibu jadi orang tengah.
Tapi..
ibu senyum! Waa.. malunya. Aku jamin semuanya sekepala dengan Hakimi. Tak
kisahlah. Sebab.. memang kemesraan tadi, serius aku cakap berlaku spontan
seratus peratus. Langsung tiada niat nak berlakon ke apa. Ataupun sengaja nak
menunjuk-nunjuk kemesraan depan orang.
--------
Aku masuk awal ke dalam
bilik. Perkara pertama aku buat, bukak tudung. Adoi.. sebab serumah dengan
Hakimi, aku terpaksa bertudung jugak dalam rumah. Rimas jugak. Tapi, apa boleh
buat? Dia bukan mahramku. Kamcing tak kamcing, adik ipar tak adik ipar, aurat
kena jaga.
Aku
ambik laptop dan duduk bersila atas
katil. Ada kerja yang harus aku siapkan. Kena hantar isnin nanti. Memang
terkejar-kejarlah aku. Nasib baik kerja kumpulan. Empat orang satu kumpulan.
Tugas dah dibahagi-bahagi tapi tetap jugak melambak. Nasib baik la kerja aku
dah sembilan puluh peratus siap.
Izz
jugak masuk awal. Bila dia bukak laptop,
memang aku tahulah dia nak buat apa. Buat kerja dia la tu. Workaholic betul.
“Sya
buat apa?”
“Assignment. Awak buat apa?”
“Siapkan
paperwork. Ada presentation isnin depan.”
“Oo..” Tu je yang aku cakap. Sebenarnya
aku nak tanya. Penolong pengarah pun kena buat paperwork ke? Kena buat presentation
ke? Ingatkan serahkan kepada anak buah je. Tapi, sebab aku malas nak dengar dia
berceramah panjang pasal kerja, baik aku jangan bukak mulut.
“Sya
stay up ke?” soal Izz lagi.
“InsyaAllah.
Sebab kalau boleh saya nak siapkan kerja malam ni jugak.”
“Kalau
macam tu, abang pun nak stay up sekali la.”
Aku
sambung buat kerja. Aku atas katil. Izz kat sofa. Ketukk.. ketakk.. Bunyi keyboard ditekan je yang kedengaran.
Berselang-seli dengan Izz. Senyap antara kami. Masing-masing khusyuk dengan
kerja masing-masing.
Lebih
kurang dalam pukul sepuluh malam, Hafiy datang ke bilik kami.
“Daddy..” panggil Hafiy.
“Kenapa
tak tidur lagi ni?” soal Izz.
“Hafiy
takut nak tidur sorang-sorang dalam bilik. Ada hantu. Hafiy nak tidur sini,
boleh?”
“Ni
mesti sebab tengok cerita hantu dengan Pak Su tadi, kan? Kan daddy dah cakap jangan tengok. Degil.
Tengok.. dah takut sekarang ni,” bebel Izz.
“Mummy.. Hafiy nak tidur sini dengan mummy.” Bila dengan daddy dia tak jalan, dia merengek dengan aku pulak.
Aku
pandang Hafiy. Dah siap tarik selimut dengan patung arnab kesayangannya tu,
memang dah nekad nak berkampung dalam bilik ni la tu. Memang dah takde harapan
dah nak usir Hafiy balik bilik dia melainkan bergegar rumah ni dengan tangisan
Hafiy. Percayalah apa yang aku cakap.
“Mummy.. daddy.. please.. kali ni
je. Hafiy tak pernah tidur sekali dengan mummy,
dengan daddy,” rayu Hafiy lagi. Bila
Hafiy tayang muka comel dia, ni yang aku lemah ni. Dan aku tahu ni pun
kelemahan Izz jugak.
Aku
dan Izz berpandangan.
“Hmm.. yalah. Malam ni je, tahu?” Izz
mengalah akhirnya.
“Dah..
pergi tidur atas katil dulu. Mummy
dengan daddy ada kerja nak disiapkan.
Don’t disturb us. Understand?” tegas
Izz.
“Okeh, sir. I won’t disturb both of
you. Promise.” Hafiy melompat
suka sebelum panjat tengah-tengah katil. Aku mengensot ke tepi sikit, memberi
ruang kepada Hafiy untuk tidur. Kepala digeleng-gelengkan beberapa kali. Tak
berapa yakin dengan janji Hafiy. Dan aku rasa Izz pun rasa apa yang aku rasa.
Senyap
balik bilik tu. Hafiy mengiring ke kiri. Mengiring ke kanan. Kemudian pandang
aku.
“Mummy..” bisik Hafiy.
“Apa
dia?”
“Hafiy
bukan nak kacau mummy. Tapi, Hafiy nak
tanya soalan.” Nak tergelak dengan Hafiy. Bukan nak kacau, tapi nak tanya
soalan. Ada beza ke? Macam-macam budak ni.
“Apa
dia?” Aku layan jugak Hafiy.
“Mummy malam ni tidur sebelah Hafiy,
kan?” soalnya. Pelik bila dia tanya macam tu.
“Kenapa
tanya macam tu?”
“Sebab..
kat rumahkan mummy dengan daddy tidur bilik lain-lain. Malam ni, mummy tidur bilik lain jugak ke?”
Erk?!
Rasa macam ada mentol lampu kat kerongkong. Tak sangka Hafiy cakap macam tu.
Nasib baik kami bertiga je. Kalau depan ibu dengan papa? Mampus aku! Bahaya ni!
Aku lupa yang Hafiy ni ada mata dan ada mulut. Aku pandang Izz. Dia pandang ke
arah kami. Nampaknya dia dengar pertanyaan polos Hafiy.
Apa
aku nak jawab ni?
“Ah..
tiba-tiba rasa mengantuk pulak.” Tiba-tiba Izz bersuara.
Aku
pandang Izz. Izz dah tutup laptopnya
sebelum atur langkah ke sisi katil. Dia duduk di sebelah Hafiy.
“Daddy dah ngantuklah, Hafiy. Kita tidur,
jom.” Izz baring sebelum tarik gebar menutupi separuh badannya.
“Sya..
taknak tidur lagi ke?” Izz pandang aku. Isyarat mata supaya aku turut sama
tidur sebelum Hafiy jaja cerita macam-macam besok.
“Aa..
ya.. mummy pun ngantuk jugak. Nak tidur.”
Aku turut tutup laptopku sebelum
letak di atas meja kecil tepi katil.
Aku
baring di sebelah Hafiy. Gebar turut ditarik melepasi tubuhku.
“Yay.. Hafiy boleh tidur sekali dengan mummy dengan daddy.” Hafiy bersorak.
“Good night
kiss. Night mummy, night daddy.” Hafiy cium pipi aku dan kemudiannya pipi
Izz. Kemudian kami sama-sama cium pipi Hafiy. Macam yang selalu dibuat kat
rumah tiap-tiap malam.
Aku
betul-betulkan gebar yang menutupi Hafiy.
“Mummy dengan daddy tak kiss good night
ke?” Nasib aku tak bersilat lepas dengar soalan luar syllabus Hafiy tu. Aku dan Izz saling berpandangan.
“Oh,
lupa! Night, Sya,” ucap Izz. Aku
tergamam bila rasa bibir Izz menyentuh pipi kiriku lembut. Naik semua darahku
ke muka.
“Mummy?”
“Hah?”
Aku
pandang wajah Izz. Muka aku rasanya dah merah gila sekarang ni, sanggup ke aku
nak bagi kononnya good night kiss kat
Izz? Tak pernah-pernah aku bagi dia good
night kiss sebelum ni, tapi malam ni tiba-tiba pulak kena.
Aku
pandang Hafiy. Hai.. terpaksalah..
“Good night, Izz.” Aku cium pipi kanan
Izz.
Waaa..
aku rasa kaki aku dah takde darah sekarang ni sebab semuanya dah naik ke muka.
Memang aku dah tak sanggup nak tengok wajah Izz sekarang ni. Sejarah tercipta!
Malam ni merupakan kali pertama bibir Qisya Iris mendarat di pipi lelaki!
Dah,
tidur! Aku terus baring dan tutup mata. Semoga salur darah kat muka aku ni
cepat-cepat mengecut balik. Yang pasti, aku tak sanggup nak pandang Izz. Aku
dan Izz yang kononnya nak stay up, terus syahid sampai pagi.