Izz menghantar aku ke
klinik terlebih dahulu untuk diperiksa. Puas aku menolak, dia pun puas memaksa.
Akhirnya aku mengalah bila Aunty Fatmah masuk campur. Aunty Fatmah pun membebel
jugak. Membebel sayang. Tapi bebelannya takdelah sampai sepanjang kereta api
macam mama.
Bila ke klinik, macam yang aku agak, aku
cuma terseliuh kaki. Hafiy pun ikut sama. Nasib baik jugak ada Hafiy. Takdelah
canggung sangat aku dengan Izz. Izz dan Hafiy ikut sekali aku ke bilik rawatan.
Aku dah halang, tapi Izz selamba menjawab yang tak gentlemen tinggalkan orang
sakit sorang-sorang. Aku malas nak layan akhirnya membiarkannya sahaja. Sakit
kaki je pun.
“Macam mana boleh jadi macam ni?” selidik
doktor muda itu. Hai.. aku nak cakap pun segan!
“Kakak jatuh pokok. Nasib baik daddy ada.
Kakak jatuh atas daddy.” Tu dia.. Saksi dah beri keterangan! Malunya aku rasa.
Apatah lagi doktor itu tersenyum sedikit. Pehallah si Hafiy ni terlebih mesra
pulak ni?
“Kaki dia macam mana?” kali ini Izz pulak
bertanya.
“Ankle sprain. Dalam beberapa hari nanti
boleh sembuh. Tapi, kalau dah sembuh, jangan biarkan dia panjat pokok lagi,
ya?” sempat doktor tu bergurau. Aku rasa kata-kata itu semacam khas ditujukan
untuk Izz je. Izz ketawa. Geramnya aku! Doktor ni tak tahu lagi agaknya aku ni
macam mana orangnya. Kalau nak ankle sprain, cakap je. Bila-bila masa aku boleh
bagi la. Sabo.. sabo..
“Nothing serious, right?” Kali ni baru aku
bersuara. Doktor itu senyum.
“Nope. Tapi.. kalau puan mengandung, parah
jugak. Boleh sebabkan keguguran.” Aku terlopong mendengarnya. Puan? Mengandung?
Wei.. sejak bila pulak aku dah ada suami ni? Kalaupun aku mengandung, takdelah
gila sangat aku nak panjat pokok. Tak sayang nyawa namanya tu! Lagi, perempuan
gila mana yang nak meroyan panjat pokok? Aku pandang Izz di sebelah. Sahlah doktor
ni salah faham. Nampak gayanya Izz pun tercengang-cengang.
“Saya bukan suami dia, doktor.” Izz
jelaskan perkara sebenar. Doktor tu nampak macam terkejut.
“Oh, ya ke? Maaf.. Maaf.”
Doktor ni pekak agaknya. Tak dengar ke
Hafiy panggil aku kakak, panggil Izz, daddy? Kalau datang dengan lelaki memang
disalah sangka suami isteri ke? Kenapalah bukan diangggap adik abang? Tapi
kalau orang tengok aku dan Izz memang konfom la takkan dianggap adik-beradi.
Tengok mata pun dah tahu.
Aku keluar daripada klinik dengan kaki
yang berbalut. Izz akan menghantarku pulang ke rumah. Balik awal lagi aku hari
ni. Hmm.. telinga aku dah bersedia dengan apa yang bakal mama bebelkan nanti.
-----------
“Assalamualaikum, mama,
papa.” Aku tegur mama dan papa yang sedang berehat di kerusi taman. Sedang minum
petang. Awal pulak papa balik hari ni. Aku sengih selebar mungkin kat mama dan
papa. Nak tutup kesalahanla kononnya.
Izz salam papa.
“Kaki kamu kenapa, Sya?” Mama lebih cekap. Mama
dah bangun meluru ke arah aku. Kaki yang berbalut dibelek-belek.
“Kakak jatuh pokok, nek. Kitorang nak
panjat pokok jambu. Lepas tu, kakak jatuh.” Hafiy sekali lagi menjadi tukang
cerita.
“Jatuh pokok?” suara mama agak kuat. Terkejut
semestinya. Dia menjelingku. Aku tahu maksudnya. Maksudnya, bersedialah aku
lepas ni nak dibebel dan dimarah!
“Saya dah hantar Sya pergi klinik tadi. Takde
apa-apa yang teruk, aunty. Ankle sprain je.” Izz yang berdiam diri sejak tadi
akhirnya bersuara.
“Anak ni saper?” soal papa. Izz senyum.
“Saya Izz, daddy Hafiy.” Izz memperkenalkan
diri.
“Ooo.. ni rupanya anak Fatmah. Baru sekarang
sempat nak jumpa. Ni yang sulung tu, ya?” Mood mama dah berubah sebaik sahaja
tahu siapa Izz. Aku menarik nafas lega. Lega untuk sekarang.
“Bukan, aunty. Saya yang tengah.”
“Kalau macam tu, duduklah dulu. Kita minum
petang dulu,” pelawa papa.
Dalam hati aku berdoa Izz bersetuju. Sekurang-kurangnya
masa untuk aku dibebel mama dapat ditangguhkan dulu. Izz pandang jam sebelum
pandang aku.
“Hmm… kalau kita duduk kejap kat sini,
Hafiy nak tak?” Izz mintak pandangan anaknya.
“Nak.. nak.. Boleh Hafiy main dengan
kakak.”
---------------
Macam yang aku cakap, membebel panjang mama bila dapat
tahu yang aku jatuh pokok. Ni semuanya gara-gara mulut Hafiy yang bercerita
dengan becoknya. Banyak cakap pulak dia bercerita itu dan ini. Macam tak
percaya, dalam masa dua hari je aku boleh rapat dengan Hafiy.
“Apa Sya ni? Bagi pengaruh buruk kat
budak-budak. Ada ke patut ajar budak macam mana nak panjat pokok. Bukannya nak
ajar ABC atau 123. Kalau si Hafiy tu ikut, macam mana? Dahlah budak tu dah
memang jenis lasak.” Mama menggeleng kepala.
“Ala, ma.. Sya tahu apa yang Sya buat ma.
Risiko pun Sya sanggup tanggung. Sya nak ajar dia je la, mama.” Aku membela
diri. Tak sukanya aku kena bebel ni.
Kaki sakit. Telinga pulak, nak taknak kena tahan sakit.
“Budak ni.. orang suruh jaga si Hafiy,
bukannya suruh ikut kepala budak tu.”
“Mama ingat senang ke nak dekat dengan
Hafiy tu? Kira berbaloi la jatuh pokok boleh dekat dengan Hafiy,” balasku.
“Hish.. peninglah cakap dengan budak ni.
Orang cakap macam ni, dia cakap macam tu.” Mama dah naik angin.
“Awak tu sudah-sudahlah marahkan si Sya
tu. Orang tengah sakit, awak tambah pulak sakit dia tu.” Papa dah mula
bersuara.
“Saya bukannya apa, bang. Geram sangat.
Malu saya bila orang tahu anak dara saya jatuh pokok. Tak padan dengan
perempuan nak tunjuk stunt. Kalau orang tahu ni, kempunan saya nak ada menantu
lelaki, tahu tak?”
Apa mama ni. Sampai hal menantu pun
dikaitkan. Kalau nak menantu, suruhlah abang kahwin dulu. Abang ni pulak,
bukannya reti nak balik bela adinda dia. Dah malam pun tak sampai-sampai rumah
lagi. Keluar dating la tu. Ni semua idea falsampah dia la ni. Huhu.. aku
salahkan abang pulak.
“Anak awak ni ikut awak la, Nisah oi. Awak
tak ingat ke masa awak merajuk sebab salah sangka saya nak dijodohkan dengan
sepupu awak dulu. Awak lari atas pokok rambutan. Jenuh saya nak pujuk awak
turun. Awak tak ingat ke? Asal merajuk, pokok rambutan yang dicari.
Mentang-mentang saya tak reti panjat pokok masa tu.” Papa membuka cerita.
“Hish.. abang ni!” Mama malu bila
tersingkapnya kisah lamanya. Aku pulak tergelak sama. Caya ah mama! Otai jugak
ek zaman muda-muda dulu. Baru aku tahu daripada siapa aku warisi sikap macam
ni.
“Lepas tu papa? Apa jadi? Bila mama
merajuk apa yang papa buat?” Aku nak korek rahsia. Cerita kat abang ni memang
tergolek-golek dia ketawa. Kenapalah abang boleh terlepas cerita sensasi macam
ni?
“Sayang punya pasal, papa pujuklah dia.
Dia cabar papa suruh panjat pokok. Bukannya dia tak tahu papa gayat kalau di
tempat tinggi. Papa sahut cabaran. Papa try panjat pokok. Thanks to mama Sya.
Kalau bukan sebab dia, mesti sampai sekarang papa tak reti panjat pokok. Sampai
sekarang agaknya rasa gayat papa tak hilang-hilang,” cerita papa lagi.
“Abang ni… ada ke patut bukak cerita lama.
Malulah saya. Apalah abang ni,” mama pura-pura marah papa. Aku dan papa
tergelak sama.
“Dah, Sya. Pergi naik berehat. Tak
payahlah Sya pergi rumah Aunty Fatmah beberapa hari ni. Berehat.” Mama
keluarkan arahan.
“Tapi, ma.. saper nak ganti tempat Sya?
Kesian Aunty Fatmah pulak.” Aku berat hati. Dulu bukan main susah nak
bersetuju, sekarang ni macam liat je nak lepaskan semuanya.
“Takpe.. nanti mak suruh Mak Su gantikan
kejap. Rumah ni, mamakan ada. insyaAllah mama larat. Bukannya ada apa-apa
sangat kat rumah ni.”
“Hafiy macam mana? Kesian mak su nanti.”
Bukan aku tak tahu perangai Hafiy macam mana. Bertahan ke mak su?
“Nak
buat macam mana. Dah terpaksa.”
-----------
Pintu bilikku diketuk
beberapa kali. Setelah aku mengizinkan, baru abang Qairul masuk. Hai.. sopan
pulak kakandaku hari ni. Biasanya main redah je. Aku terbaring sambil membaca
majalah Mangga. Abang duduk di tepi katil.
“Mama cakap Sya jatuh pokok, betul ke?”
soal abang.
“Hmm.. nak bukti? Tu ha..” aku
memuncungkan mulut pada kaki kanan aku. Tengok gaya balut nampak macam aku nak
hilang kaki je. Abang ketawa. Masam muka aku bila kena gelak. Sejak kaki
terseliuh ni, hati makin sensitif ni.
“Dah puas ketawa?” Abang sengih.
“Dah. Sorry. Tak boleh tahan.”
“Orang sakit, dia boleh gelak pulak. Kecik
pancrease ni, tahu tak?” Aku buat-buat merajuk.
“Ala busuk-busuk.. merajuk pulak adinda
ni. Kakanda cuma pelik. Macam mana adinda ni boleh terjatuh? Bukanke kalau
bab-bab memanjat, beruk pun boleh tabik hormat. Monyet pun segan nak lalu.”
Kurang asam betul! Ada ke panggil
bandingkan aku dengan monyet dan beruk. Tak comel lansung. Bagila haiwan comel
yang reti memanjat yang lain. Tupai ke. Kucing ke.
“Sya plan nak buat-buat jatuh je. Kasi
Hafiy serik sikit. Nak bagi pengajaran la konon-kononya. Tapi lain pulak
jadinya. Tengah nak turun pokok, masa tu la daddy Hafiy sergah. Mana tak
terkejut? Lepas tu jatuhla.” Aku menceritakan balik semuanya. Cuma tak masukkan
kisah aku jatuh atas dada daddy Hafiy je. Tak penting pun. Paling tak pun mati
aku kena gelak dengan abang.
“Tinggi tak masa jatuh tu?” soal abang
lagi.
“Tinggi.. nasib baik tak jadi arwah adik
abang ni.” Bersungguh-sungguh aku bercerita.
Abang berkerut kening.
“Ya ke ni? Tak patah kaki tangan pun?”
Eee.. abang ni! Ada ke patut cakap macam
tu. Nak sangat aku patah tangan.
“Melampau la dia ni. Bukannya bersyukur
orang tak hilang kaki tangan. Sya tak tipulah. Memang tinggilah Sya jatuh lepas
daddy Hafiy tu sergah. Kira bersyukur la dapat kaki terseliuh je. Ni namanya
Allah nak lindung.”
“Daddy Hafiy. Hmm.. handsome tak? Macam
mana orangnya?” tanya abang tiba-tiba. Apa abang ni. Orang tengah
bersungguh-sungguh bercerita, dia boleh tanya macam tu.
“Dia adalah salah satu spesis homo sapien
yang ada dua mata, satu hidung, dua ulas bibir dan satu muka.” Aku berloyar
buruk dengan abang.
“Dan dia juga ada dua tangan, dua kaki, satu
badan dan rambut tak sempat nak kira berapa helai?” Abang pulak menambah. Aku
ketawa. Aku memang kalahlah kalau nak lawan loyar buruk abang ni. Memang angkat
bendera putihlah.
“Cakaplah betul-betul.” Abang berminat nak
tahu.
Betullah apa yang aku cakap tadi. Punya
dua mata yang lembut dan boleh mencairkan hati semua gadis. Punya satu hidung
yang cukup mancung, warisan daripada Uncle Manaf. Punya dua ulas bibir yang
merah mungkin sebagai petanda yang dia tidak merokok. Dan punya satu raut wajah
yang tampan. Ecehh.. sempat pulak aku usha mamat tu. Nak mati cakap macam ni
kat abang? Setahun aku menderita sebab kena gula dek abang. Takpun sebab kena
cop minah sastera.
“Hmm.. you must see Hafiy first. Then, you
can conclude how Hafiy’s daddy looks like.” Jawapan paling selamat aku berikan.
“Since I had seen Hafiy before, I can
conclude that his father is absolutely handsome?” Abang keluarkan andaiannya.
Aku malas nak puja-puja orang sangat. Lelaki pulak tu.
“Abang tengoklah sendiri nanti.” Aku
putuskan.
“Dia umur berapa?” soal abang.
“Entah. Dia cakap kat mama tadi dia yang
tengah.”
“Oo.. kalau yang kedua, rasanya sama umur
dengan abang la kan?” Aku angkat bahu.
“Ke yang sorang lagi, ek?” Kali ni abang
macam bercakap sendiri.
“Manalah Sya tahu. Hari ni baru jumpa.
Takkanlah Sya nak tanya umur pulak?”
“Rasanya mama ada cakap yang anak kawan
dia ada tiga orang. Tiga puluh lebih something sorang, sama tua dengan abang
sorang, tua setahun daripada Sya sorang.” Abang macam cuba mengingat.
Sama umur dengan abang? Abang baru berumur
27 tahun. Takkanlah Izz berumur 27 tahun juga? Hafiy dah besar. Mesti umur dia
dah masuk tiga puluhan. Haa.. mesti Izz yang umur tiga puluh lebih tu. Tapi,
bukanke Izz cakap dia yang kedua? Takkanlah dia nak menipu mama? Lagipun aku
tengok dia pun macam tak sampai tiga puluh lagi. Ke dia kahwin awal masa study
dulu? Aku dah buat andaiaan sendiri.
Abang cakap ada sorang lagi umur setahun
lebih tua daripada aku. Takkan Izz kot? Tak logic.. tak logic.. Adik Izz? Tapi,
kenapa aku tak pernah nampak orang lain pun? Hish.. banyak rahsia betul. Kena
korek ni.
Jadi, misi aku bila naik kerja nanti
adalah, mengorek rahsia tentang keluarga Aunty Fatmah. Nak korek daripada
saper, ek? Mestilah Bik Santi. Allah.. lupa pulak Bik Santi dah balik dah esok.
Sepatutnya aku korek lagi awal. Dah terlambat. Kena aturkan plan B pulak ni!
------
Bosannya. Laptop depan
mata dah tak menarik. Layan game facebook pun dah hilang keseronokannya. Nak
stalk wall facebook orang pun rasa macam takde mood. Nak layan Running Man pun
malas. Arghh.. rindu betul nak berkejaran dengan Hafiy. Tiba-tiba aku teringat
wajah comel Hafiy. Apalah yang Hafiy tengah buat sekarang ni? Tengah main PSIII
agaknya. Rindu betul. Padahal baru dua hari je tak jumpa Hafiy.
“Mama.. boringla pulak!” aduku pada mama
yang sedang mencantas pokok bunga kertas. Aku duduk di atas kerusi di taman.
Kakiku makin sembuh, tapi pergerakanku masih terhad. Masih rasa sakitnya.
“Habis tu nak buat apa? Nak panjat pokok
delima depan rumah tu? Nak seliuhkan kaki sebelah kiri pulak?” sindir mama. Muncung
aku seketika.
Okeh.. dalam rumah aku ni, kalau bab loyar
buruk, bagi kat abang. Kalau bab menyindir, mama memang jaguh. Papa? Neutral kot.
Tapi, kalau dah datang angin monsoon tropika dia, memang menikus semuanya.
“Rendah sangat la, mama. Tak cukup syarat
buat panjat,” jawabku.
Dan dalam rumah ni, akulah yang paling terror
menjawab. Haha..
“Tak syok aa. Nak keluar pun tak boleh,”
rungutku. Kalau kakiku tak sakit ni, memang aku dah ajak Syuk keluar ronda KL.
Syuk adalah bestfriend aku. Nama dia Syukriah. Perempuan, okey. Mak su pun
takde buat teman berbual.
“Awak tu sakit. Cubalah dok diam-diam sikit. Berehat kat rumah,” mama
membebel.
Lambatnya kau sembuh wahai kaki. Aku
dengar telefon rumah berbunyi. Dengan kaki yang terhincut-hincut aku ke ruang
tamu untuk mengangkat telefon.
“Hello, assalamualaikum,” sapaku.
“Waalaikummussalam, Sya.” Aku dengar macam
suara mak su. Mak su call?
“Nak cakap dengan kakak. Nak cakap dengan
kakak. Cepatlah..” sayup-sayup aku dengar suara Hafiy di sebelah Mak su.
“Hello, kakak. Hafiy ni,” riang Hafiy
menegurku.
“Hello, Hafiy. Hafiy sihat?” soalku.
Terlerai rindu aku padanya.
“Kakak.. bila kakak nak datang? Hafiy
boringlah kakak takde. Nek su tak best la,” rungut Hafiy. Aku ketawa. Kau tu
memang semua tak best, Hafiy.
“Kaki kakak sakit lagi. Kakak tak boleh
nak main dengan Hafiy. Nanti kaki kakak dah tak sakit, kakak promise akan main
dengan Hafiy lagi.”
“Kakak.. nanti kita nak main apa? Kita
main bola sepak nak?”
Aku ketawa. Kaki kakak belum sembuh lagi,
Hafiy oi. Nak kena parang dengan mama kakak ke kalau kakak main bola sepak?
“Ya.. nanti kita main bola sepak.” Aku
berjanji. Tapi bukan dalam masa terdekat.
“Hafiy jangan nakal-nakal, ya? Kesian
nenek dengan Nek su,” aku beri nasihat.
“Hafiy tak nakal la kakak. Hafiy budak
baik.”
Aku ketawa lagi. Tak nakal sangat la kan
sampai-sampai mak su mengeluh panjang jaga dia kelmarin. Dengar-dengar pinggan
antic Aunty Fatmah pecah bila Hafiy buat pinggan tu ala-ala piring terbang.
Terkejut aku mendengarnya. Entah dari mana pulak dia tengok benda tu.
“Ya la tu.”
“Bye, kakak. Hafiy nak main PS lepas ni.”
“Bye..”
Talian diputuskan. Aku tersenyum sendiri.
Sedikit sebanyak hari aku dihiburkan oleh Hafiy. Tak sabarnya aku nak jumpa
Hafiy balik.