Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Tuesday, November 26, 2013

Fried Chicken Salad. Tak ATKINS boleh... ATKINS lagi boleh! :)



FRESH CHICKEN SALAD

buat ATKINers, ni breakfast sempoi sedap baik punyer kalau dah bosan menelor.
yang tak ATKINS pown boleh... sihat aper!
lagi best dari nasik lemak ayam berempah (tipu! ni saje nak pujuk diri sendiri!)


nak taip perkataan RESIPI pon segan mak! 
tapi takperlah... bagi jugak walopon resipi ala2 ajer. huhuuuu...

- ayam gaul garam kunyit (potong kecik2) - gorengkan - toskan minyak.- kemudian mkn dgn fresh salad + timun jepun. 

= sajian malas, pantas dan tuntas. thumbs up! 


Wednesday, November 13, 2013

Atkins Menu: Ayam Percik halal ATKINS



Juadah bersahur di hari pertama berpuasa dgn ATKINS.
sedap wooo... 2 ketul tak cukup, tambah lagi seketul bahagian suami.
ko mampu telan ayam pepagi buat berketul-ketul?! :p

Resepinya:

AYAM:
  • memula ayam tu basuh sampai pucat ;p... gaul garam + kunyit + bawang putih + halia + sekeping asam keping...
  • then rebus bersama santan dan air. rebus sampai masak yer... dah masak, setel dulu pasal ayam ni... kite buat kuah perciknya pulak.

KUAH PERCIK:
  • blend kan 2-3 biji bwg merah saiz besar + 1-2 btg serai + 2-3 ulas bwg putih + seketul halia sebasa ibu jari saya (:p) + seketul kunyit hidup + beberapa tangkai cili kering (kuantiti ikut tahap kepedasan yg diingini. saya suka pedas2 sikit) > blend sampai lumat (saya suka blend pakai santan)
  • masukkan bahan2 yg di blend tadi ke dalam santan yg telah dipanaskan, sekeping dua asam keping dan garam (jgn letak gula langsung). kacau hingga menggelegak dan seakan pecah minyak. siap.

>> bila nak makan, masa untuk memanggang versi KL iaitu: panaskan pan atas dapur gas, letak ayam yg dah siap direbus dan curahkan kuah percik menggunakan api yg sederhana besar. sedap woooooo~~~ kalah yg beli kat param (pasar ramadhan).


tapi idoklah saya ni gigih bangun subuh hari baru nak masak ayam... nak buat kuah perciknya. saya masak malam banyak2 dan peram dalam esbok. boleh wak sahur... dan berbuka esoknya. 




bersedia untuk lepak dalam esbok barang sehari dua. :)








Monday, November 11, 2013

Atkins Menu: Fried prawn with mix vege



hidangan pantas dan tuntas utk santapan di suatu hari di tengah hari di hari minggu...



Fried prawn:
gaul udang dgn kunyit, garam, oregano dan black pepper crush
goreng dgn cara deep fried (minyak banyak)

Mix vege:
tumiskan bawang putih dan bawang merah, masukkan cili merah dan letak sos tiram sikit. Then masukkan sayuran. Siap!



Friday, November 8, 2013

Atkins Menu: Cauliflower chicken patty


Cauliflower chicken patty.


Resepi sempoi saya:

  • rebus cauliflower dan lenyekkan. Tekan2 kasik kluar ais.
  • Lps tu masukkan minced chicken (saya guna ramly), oregano, blackpepper, mixed herbs, garam sikit dan olive oil. 
  • Goreng boleh… grill boleh.


Saya buat byk sikit dan frozenkan.


 dinner plate di hari minggu...