Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)
Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Wednesday, April 16, 2014

Atkins Menu: Murtabak Atkins


MURTABAK ATKINS


RESEPI **dgn konsep cari bahan2 tersembunyi ;)**
  • bancuh 2 biji telur dgn seketul sardin + bunga kobis yg disanggat + 2 biji cili api + 1/2 biji bwg besar + secubit garam + sedikit lada sulah
  • panaskan magic pan @ non-stick pan dgn butter, dan bakar/goreng tanpa minyak bancuhan. Siap! :) 





Wednesday, March 19, 2014

Breakfast & Lunch Boxes: Cheesy Egg & Grill Chicken Kampung Style





Cheesy Egg:
  • panaskan magic pan atau non-stick pan, pecahkan 2 biji telur, agak2 nak masak... letak sekeping cheese dan lipat. siap! 

Grill Chicken Kampung Style:
  • perap ayam dgn 2 ulas bawang putih, bawang besar, serai, halia, garam & kunyit sikit (semuanya tumbuk) serta olive oil.
  • panaskan magic pan dgn butter / olive oil, then kasik lepak itu ayam. setel! saya suka mkn ngan nandos sos.

    **ayam biasa saya perap malam, esok pagi just grill jer. hidangan pantas utk ber-bento ke kantor. ;)



Wednesday, March 12, 2014

Bekal ke kantor (Atkins menu) : Egg Sardine Roll & Grill Lamb




Bekalan ke kantor hari ni.
egg sardine roll for breakfast.
grill lamb + mix vege + buffalo's eye egg (hahhaaa...) for lunch.


EGG SARDINE ROLL:
resepi dah bagi. tapi takpelah.. saje taip lagi skali kot2 boleh runcing jemari montok gua nih. :p
  • 2 biji telur dibasuh, pukul dgn secubit garam dan goreng tanpa minyak dlm magic pan atau non-stick pan (letak butter atau olive oil) - siap dan ketepikan.
  • gaulkan sardin tanpa kuah dgn cili api, bawang besar (sikit), perahan limau dan sedikit cili sos/ nandos sos utk atikners.
  • ambik telur tadi, letakkan moyonis, sardin, salad, timun, tomato dan cheese... kemudian roll-kan. siap!
padahal sama jer dgn resepi Telur Sardin tu. saje gedix variasikan nama kasik boom kunun mcm... ehhhhh... ko terer la masak. padahal?! sedih! :p


GRILL LAMB:
  • perap daging kambing dgn sos tiram, lada hitam, serbuk pati ayam, garam dan olive oil.
  • saya grill dgn magic pan.


MIX VEGE:
  • panaskan sesudu olive oil, tumis sebijik garlic dan beberapa hiris bawang besar, serbuk cukup rasa maggi. kemudian masukkan sayuran, chili flakes dan oregano. gaul2 manja dan siap.

telur mata kerbau nak jugak ker resepinya?! :p



malam tadi punya dinner. pon grill lamb jugak. :)





Thursday, February 6, 2014

Atkins menu: Telur sardin


- sardin tanpa kuah, diperah limau n sebiji cili api.
- Dadarkan 2 biji telur dgn secubit garam.
- Bila telur masak, letak mayonis, sardin, salad, zucchini, bawang 2 3 hiris, dan sekeping cheese.

Ngap! :)

Atkins boleh… tak atkins pon layan… ;)

Tuesday, October 29, 2013

Atkins Menu: Egg tart




Pepandai jer letak nama egg tart bagai. takde iras egg tart langsung. macam cara berlauk ader la...
ala, belasah lah labu. apa ada pada nama kan... :p

kawan kite yg share menu/resipi/idea egg tag versi atkins ni sebenarnya. tapi kite derhaka resipi asal. sangatlah hang jebat kan. 

Resipi (4 cups):
  • pukul 3 biji telur bersama chicken ball 2 biji (nak guna sausage ker setengah batang, terpulang yer!), udang (di cincang/potong kecil), daun kucai, garam sikit, oregano, black pepper, cajun spice dan mayo. 
  • masukkan ke dlm cups, masak dlm magic pan. Bila keras sikit, letak prawn sekor (berekor ekor lagi best pastinya), cili merah dan cheese.
  • nak makan, letak mayonis atau nandos sos. yummmyyyyyy~~~ :)


Sunday, October 20, 2013

Atkins Menu: Pelbagai menu berasaskan telur



Saya sebenarnya tak suka sgt makan telur. specially telur rebus. mmg cannot go. kalau telur mata, boleh la telan... tapi kena cicah cili sos. bila dah terjebak dgn ATKINS diet, telur tu dah macam makanan asasi kot.

tak pernah lg dlm umur hidup beli telur sepapan. kali ni barulah pecah rekod kehidupan 30 thn. 
lps tu ada tanya, tak bahaya ker mkn telur hari2? saya engineer... bukan doktor. so, bg doktor punya jawapan la yer...

Dr fb DR HAMID ARHSAT: 
Ada orang yang takut makan telor , kononya ia meningkatkan cholesterol dan menambah risiko sakit jantong. Ada pula pantang makan telor lepas pembedahan dan lepas bersalin kerana ditakuti luka bernanah. Kesemua itu tidak betul kerana banyak kajian yang menunjukkan tiada kaitan makan telor dengan cholesterol malah ada kajian yang 1-2 biji setiap hari melindungi kesihatan mata,jantung dan otak sebab kandungan amino acid - choline. Kandungan nitrogen dalam telor membantu pemulihan/healing lepas bedah dan trauma. Kandungan vitamin D3 dan sulphur juga jadi pelindung penyakit kanser. Satu kajian keatas wanita2 yang makan 1-2 biji telor setiap hari bolih menurunkan risiko kanser payudara dengan kadar 44%.

lepas tu ramai atkiners merungut bosan makan telur rebus dan telur mata hari2... yg pergi rebus hari2 tu knape? ;) variasikanlah telur tu. jadikan spinach omelette ker... egg-chicken foldover ker... egg-sardine roll ker... egg bla2 ker... egg bla3 ker... :p

ok, sini saya share pelbagai telur yg telah divariasikan utk breakfast dan kadang2 kalo malas nak masak beria utk dinner, boleh jugak ngap telur lagi. tapi setakat ni, paling banyak saya mkn telur dalam sehari adalah 4 biji. tu sekali sekala sgt la... biasa 2-3 biji. bukan hari2... bak kata, takut muntah telur. hazab lagi, kentut bau telur. hazab ooooo... sekampung bau! hahahaaa...

 telur mata dgn oregano + black pepper crush dan seasoning.
masa ni tak tahu cili sos takleh makan masa induction.
dingap bersama fresh salad with olive oil + oregano + black pepper


egg-sardine roll. ni sedap!
masak sardin > dadarkan telur, letak moyanis dan sardin + salad + zucchini + tomato + cili merah dan roll kan. 

 ulang tayang menu sama utk 2 -3 kali sebab sedap. time ni sayuran habis stock.


yang ni pagi tadi punya sarapan. istimewa sikit,
biasa 2 bijik telur... ni 3 biji telur, ada cheese dan extra mayonis. 
well, dah habis induction bleh mkn mayonis lebih sikit. :p


egg chicken foldover. 
lebih kurang egg-sardine roll tu jugak, cuma ganti dgn grill chicken. yang ni letak mayonis + nandos sos.


spinach + broccoli omelette.
saya suka letak cili kasik pedas2 sikit.


 egg-pizza.
dadarkan telur, letak spaghetti sos, dan utk topping letakla sausage + capsicum + tomato + bla3 (suka2 hati, masak dari iman), kemudian letak mayonis n mozzarella cheese. lepas tu kasik lepak dlm oven kejap. siap! ni hidangan breakfast di hujung minggu. dgn laki cekeding gua sekali gua jamu atkins menu.


 cheesy sausage omelette.


spinach ommelette lagi. duet dgn cheesy broccoli. yummmehhh...


telur lagi...
dah tak tahu nak letak nama ape dah. :p


yo yo o jerkan... nama menu berbagai... bagi nama tak bleh blah...
padahal... tetaplah telur! 
takper... nama kasik up! presentation kasik umph!
biar selera sikit walopon hari2 hadap telur. :p


sekarang, i am enjoying my diet journey.
lebih semangat utk berketung ketang di dapur.
excited mencuba menu2 baru... dan perah otak bagi nama kat masakan sendiri. :p
sampai laki cakap: abang makin tak reti nak sebut nama2 menu isteri ni. 
hahahahahaa...




Wednesday, October 16, 2013

Atkins Menu: Veggie Omelette

Assalamualaikum bibik gojes kesayangan sekalian.

taknak taip ayat ulang tayang modal sama tiap kali taip entry baru lepas lama giler tak up entry baru: "eh, blog sape lah bersawang ni?!" *eh, tertaip! tapi ni contoh yer... contoh!

skrg ni taknaklah buat janji manis palsuku kata nak update blog anak tiri ni selalu, tapi sebab gua skrg on DIET ATKINS (jgn gelak ha... doktor suruh turunkan berat badan kalau taknak sakit lutut! adoiii... malu tau nak taip gini tapi takper ah, sharing is caring kan... ;p ), gua akan share menu2 ringkas, pantas dan tuntas versi org malas kat sini sbg perkongsian utk rakan2 diet dan sbg rujukan diri sendiri kot2 dah kurus, lupa diri... lepas tu makan lupa diri.... gemuk balik... baru hegeh2 nak diet balik, masa tu gua rujuk blog sendiri jer. :p

sebagai mukaddimah menu diet ni, gua share resipi asasi DIET ATKIN iaitu berasaskan telur paling mudah. memang ginilah weiiii, hari2 telur. sampai tahap kentut bau telur dah kekdahnya.


Veggie Omelette

  • kacau 2 biji telur dibasuh bersama sayuran pilihan (gua guna spinach dan broccoli), cili besar + cili api sikit, oregano, black pepper crush dan secubit kecil garam.
  • panaskan pan dgn sedikit olive oil (nk guna butter boleh... nak guna minyak masak cap buruh pon boleh. suka hati), dan dadarkan telur tadi dgn api perlahan.
  • dah siap dan gua ngap bersama sos nandos (sebab chili sos x halal utk atkins) bersama mayonis low carb.


ini antara menu pantas tuntas dan malas yang selalu menjadi bekal breakfast ke office. :)






Thursday, August 11, 2011

Telur Bungkus



gara2 nak buat telur bungkus ni, saya berjaya sepahkan dapur ngan jayanya sampai achik cakap  

"sedap telur bungkus ni... abang nak lagi tapi tunggu sampai abang kuat sikit..."

"kenapa?"

"sebab kite tak larat nak kemas dapur yg berkecah giler!"

hehehheheee... mana tak nya...
1kuali utk goreng daging cincang sampai kering air
pastu guna kuali lain utk tumis bawang segala utk buat inti tu plak.
guna ceper utk buat telurnya... sekali telurnya hangus sebab lupa nak kecikkan api. 
terus tukar kuali lain utk buat telurnya lagi sekali.
see... 4 bijik kuali utk sebijik telur bungkus! hahahahhaaaa... mau tak serik mamat tu!
sila jangan contohi perkara di atas yer puan2 gojes sekalian...


RESIPI ASAL: My Resipi
  • Daging cincang - anggaran segenggam tgn dewasa
  • Mix veggie - saya guna carrot, kacang panjang, capsicum & tomato (dipotong dadu/potong kecik2)
  • 1 biji bawang besar - saya guna bawang merah bersaiz besar :)
  • 2 biji bawang putih - dicincang kasar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap - saya tak letak
  • 2 biji telur - dipukul sedikit
  • Garam & gula - secukup rasa
  • Lada sulah - secukup rasa
  • Minyak utk menumis 

Cara-cara:
  1. Perap daging cincang bersama-sama dgn garam, gula & lada sulah dlm 10-15minit. Kemudian goreng daging t'sebut (goreng di sini maksudnya goreng tanpa minyak)
  2. tumis bawang putih + merah sampai garing, then masukkan daging tadi. 
  3. kemudian masukkan kesemua sos 3-4 beradik tu.Kacau sampai sebati.
  4. Kemudian masukkan sayuran. dah agak sayuran tu masak, tutup la api. kira siap ler ni intinya.
  5. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak & tuangkan telur yg dipukul. Seratakan telur ditepi kuali supaya boleh meliputi daging tadi.
  6. Letak daging cincang yg tlh dimasak ditengah2 kuali.Lipat telur t'sebut & letak piring. T'langkupkan kuali & telur bungkus sedia dihidang.SIAP!!!


 Juadah berbuka di Ramadhan ke-9. makan bersama Daging Singgang.