Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Home. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Home. Papar semua catatan

Khamis, 20 Ogos 2015

Beli Rak Buku Murah Di Ikea

Assalamualaikum,

Hujung minggu yang lepas aku pergi Ikea. Yang kelakarnya dalam fikiran aku memang nak ajak en suami ke Ikea dan rupa-rupanya en suami pun sama terfikir mahu bawa aku ke Ikea sebab nak bagi mak buyung ni ceria sedikit :) Paling kelakar bila tiba-tiba abang aku dari Bera telefon cakap macamana nak pergi Ikea? Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, memang menjadi lah "plan" kami untuk ke Ikea :)

Kami berjanji untuk berjumpa di Ikea. Macam bagus je aku pesan dekat abang aku supaya datang awal pagi lagi (kalau boleh selepas subuh) kerana tak nak bersesak berebut parking. Akhirnya kami yang sampai lewat. Dalam pukul 11 pagi lebih baru terhegeh-hegeh nak cari parking. Ha ha ha Aku memang FAILED bab bersiap awal, walaupun bangun awal pagi tapi ada sahaja perkara yang hendak disetelkan. Tambah-tambah hari cuti selalunya en suami akan pergi ke surau solat subuh dan balik tu baru kami bersarapan. Kena pastikan perut masing-masing kenyang kerana apabila sampai di sana faham-faham lah nak kejar anak-anak dan berjalan jauh tawaf bilik pameran dia, mahu ada yang bertukar jadi mak ghimau nanti :P

Panjang pula mukadimah aku ya. Kebetulan pergi Ikea waktu tengah SALE. Memang ramai dan rambang mata tapi faham-faham je lah pergi waktu poket nipis hanya mampu tengok-tengok sahaja. He he he Tapi tersambar juga rak buku LAIVA ni. Itupun sebab harga RM59. Walaupun hati berkenan pada siri BILLY tapi redhokan aje sebab duit tak berapa nak ada ni haaa. Terima kasih en suami sebab bayarkan ya :)
Maka gigihlah aku pasang berpandukan manual yang diberikan. Mula-mula tu tak yakin juga tapi dek kerana tak sabar aku cuba juga pasang. Alhamdulillah, dengan kuasa yang ada berjaya juga memasangnya tanpa rosak :P Fikir-fikir baik letak dalam bilik anak-anak memandangkan bilik mereka masih belum ada rak buku. Masa tu Haziq & Husna ke sekolah jadi aku saje lah konon nak buat kejutan :)


Ashraf tolong mama kemaskan buku. Tapi tak banyak pun buku anak-anak aku ni. Hari tu ajak juga en suami pergi MPH beli buku tapi dia buat tak layan T___T" Takpe, kita usaha lagi kalau tak kita beli online. Opsss


Bekas fail tu dulu aku letak atas meja anak-anak tapi sekarang pindah sini. Dah hampir setahun anak-anak aku sekolah dah memang takde rupa dah fail tu. Buku-buku pun main sumbat aje. Isy budak-budak ni memanglah jenis tak suka kemas *sama lah macam mama mereka*

Boleh baca entri ini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2015/01/kemas-bilik-anak-sekolah-dah-bermula-hoi.html



Aku dah banyak kali make over bilik ni dah. Meja biru tu dah dipindahkan pastu aku letak rak buku LAIVA tu di situ. Kabinet putih pun dah letak sebelah meja anak-anak. Kipas tu dah takde memandangkan bilik ni dah dipasang penghawa dingin. Haziq & Ashraf yang tidur dalam bilik ni manakala Husna tidur bilik kecil bersama Aini. Tunggu ada duit lebih sikit cadangnya nak pasang penghawa dingin juga bilik tu dan buat make over sikit. Buat masa sekarang bersabar aje dengan mana yang ada. Inipun syukur anak-anak sudah tahu tidur dalam bilik masing-masing. Misi nak suruh Azzam sertai abang-abang mereka aje masih belum berjaya lagi. Aaliyah masih tidur bersama dengan aku memandangkan dia masih menyusu badan. Kena sabar sikit je lagi.

Masa pergi Ikea tu berkenan juga dengan katil 2 tingkat yang dijual. Harga pun ada yang bermula RM500 tapi tulah kalau bilik anak-anak ni macam dah penuh sebab katil sudah tersedia. Kita tengok ajelah idea-idea dekorasi bilik yang aku ambil dari laman Ikea ni








Kita berangan aje lah sementara tunggu dapat pindah ke rumah yang lebih besar *entah bila lah tu*

Bye!

========================================================================

DAFTAR SEGERA UNTUK KELAS ASAS BLOG FANPAGE & BERIKLAN DI INSTAGRAM

Saya Faten. Seorang yang masih belajar mengenai kehidupan dan keadaan sekeliling. Suka menggunakan khidmat Pak Cik ‘Google’ untuk mengetahui mengenai apa sahaja. Dan melalui khidmat Google jugalah saya sampai ke blog Puan Zaila Mohamad.

Sejujurnya, saya telah membaca entri-entri yang terdapat dalam blog Pn. Zaila. Segala perkongsian dan pengalaman beliau selama ini. Kemudian, saya beranikan diri untuk menghubungi beliau dan bertanyakan mengenai Kelas Asas Blog & Fanpage ini.

Alhamdulillah, rezeki saya apabila dapat bertemu Pn Zaila sendiri ketika beliau balik bercuti ke Kelantan. Banyak sebenarnya yang saya telah belajar tapi masih banyak juga yang perlu saya belajar mengenai blog dan fanpage. Seronok sebenarnya apabila dapat belajar benda baharu dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan serta potensi diri.

Sudah 2 minggu saya menyertai keluarga besar Working At Home Mom (WHAM) ini. Takut sebenarnya untuk menyertai kelas ini kerana saya menyangka bahawa ini hanya untuk para ibu sahaja. Ternyata saya silap, semua orang boleh sertai kelas ini. Tak kira anda bergelar ibu  atau tidak. 

Melalui Kelas Asas Blog & Fanpage ini, saya mengenali ramai orang. Apa sahaja soalan atau masalah, kami kongsi dan bincang bersama. Walau tidak pernah berjumpa, tapi kami seperti sahabat yang telah lama berkenalan. Saya benar-benar rasa bertuah untuk mengenali semua ahli Kelas Asas Blog & Fanpage di bawah kelolaan Pn. Zaila.

Kelas Asas Blog & Fanpage ini boleh diikuti oleh semua orang. Tak kira anda siapa dan di mana anda berada. Kelas berjalan secara online dan mendapat tunjur ajar berterusan dari cikgu yang berpengalaman. Jika anda SURI RUMAH yang ingin membantu MENAMBAH PENDAPATAN keluarga, SERTAI kelas ini. Anda seorang GRADUAN yang masih mencari apa yang perlu dilakukan, SERTAI kelas ini. Anda ingin belajar bagaimana MEMBINA BLOG dan ingin mendapat tunjuk ajar dari  ‘blogger’ yang lebih ‘senior’? SERTAI kami di Kelas Asas Blog & Fanpage ini. Anda TIDAK akan MENYESAL.

Ya, saya masih baru dalam dunia blog ini. Masih banyak yang perlu saya belajar. Tapi saya yakin, rakan-rakan yang saya kenal dari Kelas Asas Blog & Fanpage ini akan terus membantu saya untuk maju dan menyokong segala usaha saya.

Sumber : http://fatenfattah.blogspot.com/2015/06/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage.html

Rabu, 5 Ogos 2015

Idea Deko Raya Bersama Ikea & Tirai Deco

Assalamualaikum,

Rata-rata sekarang ni mood rumah terbuka kan? Kalau sesiapa yang tinggal di bandar tu mesti tahu betapa meriahnya kalau ada rumah terbuka. Selain dari juadah makanan yang sedap-sedap, ramai juga yang akan berdeko-deko rumah. Tak kisahlah sikit ke banyak semuanya bergantung kepada kemampuan. Bagi aku, hanya mampu melihat aje, nak deko-deko rumah ni macam takde mood dah sangat. Maklumlah makin hari rasa macam makin sempit aje rumah ni T____T" (agaknya sebab bilangan penghuni pun sudah bertambah). Tahun ini kami tak buat open house yaaa :P

Jom layan gambar-gambar yang aku ambil dari website Ikea & laman facebook Ikea


Kalau tengok gambar dalam website Ikea memang semua lawa sampaikan letak kuih atau roti dalam dulang macam tu pun nampak unik, cuba kalau gambar sendiri yang ambil; kalau tak bergegar pun kain senget-benget. Tipikal!

Tapi gambar-gambar di bawah ini adalah dari pelanggan Ikea. Agaknya tangan mereka ni ada sentuhan tangan designer kot, buat apa pun berseni & ada style aje T____T




Gambar-gambar makanan macam kat atas tu dipanggil apa ya? "Food Flatlays" kan? Jenis ambil gambar susunan makanan atas meja ni. Orang berseni buatlah macamana pun nampak lawo tapi kalau aku buat, hampeh nampak macam pelik :P

Ok sambung cuci mata lagi dengan deko-deko dari Ikea









Sebenarnya dah lama teringinkan almari kaca dan set meja makan baru tapi daaaaah lama juga duit tabungan tak cukup-cukup. Ha ha ha Maklumlah kerja sendiri ni tak boleh nak ikut nafsu sangat apabila berbelanja. Kalau ada tabungan pun kena dahulukan mana yang penting, sekarang ini yang penting adalah masa depan anak-anak aku jadi tak mengapa lah rumah kekal "corak lama" asalkan pendidikan anak-anak tidak terabai. Eh melalut sampai ke situ lah pula ya.

Tapi sebenarnya ada banyak cara untuk menaikkan seri rumah. Bergantung kepada kekreatifan idea dan susun atur kediaman. Kadang-kadang dengan hanya menambahkan bantal / sarung bantal baru pun dah boleh menaikkan seri sofa lama. Tak pun dengan kehadiran gubahan bunga plastik atau bunga segar di meja makan pun dapat menutup kesan calar di meja makan lama. Sekarang ini konsep rumah aku adalah lebih baik takde dari ada. Ha ha ha Bukan apa, tak tahan nak mengemas dan tambah pula anak-anak sedang lasak, baik bersabar sedikit tunggu mereka dah besar boleh lah nak deko-deko gaya Eric Leong ke Rizalman ke boleh lah belasah ikut suka :)

Tapi kan, tahun ini rumah kita ada langsir baru tau. Langsir raya yang dibeli sebelum raya lagi. Terima kasih kepada Kak Rusliza Mustapa dan abang Tengku yang sangat berbaik hati poskan beberapa hari sebelum aku balik bercuti raya. Sudahlah beli langsir murah dapat lagi kopi percuma. Mak aih memang terbaiklah layanan dari tauke Tirai Deko ni. Bagi yang berminat boleh hubungi nombor di bawah nanti ya :


Facebook : Langsir Ready Made atau hubungi Pn Rusliza di 019-622 8072. Insya Allah layanan terbaik dan harga boleh runding lagi :)

Ok lah selamat berdeko-deko semua. Bye!

Khamis, 23 April 2015

Beli Aircond Dapat Bekas Air, Bagus tak?


Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur pada Allah setelah hampir sebulan berpanas-panas di dalam rumah, akhirnya en suami berbaik hati untuk membelikan kediaman kami penghawa dingin. HAHA Bukan apa, sepanjang berpindah hampir 5 tahun di rumah ini mana ada kami pasang mana-mana penghawa dingin lagi kecuali ada satu penghawa dingin yang ditinggalkan oleh pemilik lama rumah kami. Itupun hanya di dalam bilik tidur kami :) (baik kan pemilik rumah lama kami ni seorang "non muslim" tapi masa kami beli rumah ini semua dilengkapi dengan kabinet dapur, kipas lampu semua ada, sampaikan rel langsir pun mereka bagi).

Ok nak dijadikan cerita pada awal bulan April yang lepas penghawa dingin bilik kami rosak. Al kepuflah sebab agaknya dah lama sangat dan bila pasang pun bukannya sejuk pun bilik tu. HAHA Sudahlah sejak dua menjak ni cuaca panas kan? Jadinya terpaksa lah tidur malam pasang kipas sampai nombor 5 rasa macam nak terbang je semua barang dalam bilik tidur tu :P Bilik anak-anak lagilah kasihan, sampaikan malam-malam si Haziq dan Husna basahkan kepala sebab nak bagi sejuk.

Alhamdulillah rezeki en suami bulan ini dapat duit kutu, jangan ingat orang perempuan aje yang main kutu ya, lelaki pun sama. Jadi, merasa juga tukar dan tambah penghawa dingin di rumah ni. Bukan 1 tapi terus 3. Lagi bertambah-tambah suka bila dapat pula bekas air macam dalam gambar tu, bukan 1 tapi 3 lah sebab percuma bagi setiap penghawa dingin. Alhamdulillah rezeki kan :)

Sehingga berjumpa lagi. Aku pun ada beberapa barang yang nak bagi tawaran ni. Beli pemproses makanan (FOOD PROCESSOR) akan percuma set sudu. HAAAA Macam menarik kan? Nantilah aku buat entri lain. Doakan semoga kerajinan itu akan meninggi setinggi gunung EVEREST :)

Assalamualaikum.

Khamis, 7 November 2013

Idea Dekorasi Ruang Sempit

Assalamualaikum,

Sambungan dari entri semalam (manfaatkan-hari-cuti-bersama-keluarga) petang tu aku meminta en suami memasang rak yang kami beli di Ikea tempohari.

Masalah aku seorang surirumah kepada ramai rakyat jelata ini adalah selalu kehilangan sikat. Selalunya aku dah letak satu tempat tapi mesti akan terjumpa di mana-mana celah dalam rumah ini. Kadang-kadang terjumpa bawah meja, celah sofa dan macam-macam tempat lagilah. Nak buat macamana, banyak sangat tangan-tangan kecil yang tidak bertanggungjawab meletakkan balik di tempat asal. Paling kritikal bila waktu pagi di mana en suami mahu bersiap untuk ke pejabat. Bila hilang sikat boleh mendatangkan tekanan juga, jadi boleh meruntuhkan "moral" seorang isteri juga tu. HAHAHA

Jadi penyelesaian kepada masalah aku ini adalah dengan membina rak yang lebih tinggi dan bebas dari capaian askar-askar kecil rumah ini. Sebab itulah aku ke Ikea, kerana di sana ada pelbagai pilihan rak pasang sendiri (DIY) yang sesuai untuk dipasang di kediaman kami. Memandangkan ruang yang agak terhad juga, aku rasa cara ini dapan menjadikan ruang ini lebih berfungsi. Sekarang ini ia sudah menjadi hentian sementara kepada en suami bersiap sebelum ke pajabat di mana aku letakkan cermin dan sikat di sini. Teleklah muka tu puas-puas ya yang:)


Kabinet hitam di bawah itu sebenarnya kabinet TV tapi sebab dah ada kabinet baru aku pindahkan naik ke atas. Boleh jadikan tempat simpanan barang seperti majalah atau tuala.

Alhamdulillah sudah menyelesaikan masalah sikat hilang dah:)

Bagi mereka yang memiliki ruang bilik yang terhad, pemasangan rak seprti ini memang sangat-sangat membantu. Kalau tak mahu letak cermin pun tidak mengapa kerana kita boleh letakkan bingkai gambar keluarga atau jambangan bunga.

Melihatkan harga rumah sekarang memang cukup menyesakkan dada kan? Alhamdulillah kami dulu sempat juga membeli kediaman ini pada harga yang sangat murah. Walaupun tidaklah sebesar kediaman orang lain tidak mengapa, yang penting pengisian di dalam kediaman ini. Semoga dapat menjadi rumahku syurgaku:)

Kelas asas blog & fanpage masih lagi menerima pelajar. Daftar sekarang supaya kita juga boleh membina platform/tapak yang kukuh sebelum berhenti kerja.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Rabu, 30 Oktober 2013

Idea Dekorasi Dapur Idaman

Assalamualaikum,

Semalam agaknya hari yang lenang bagiku (ok aku tipu, mana ada masa untuk bersenang-lenang sekarang ni) tapi sempatlah termenung seorang diri berkhayal "kalau aku ada banyak duit, aku nak pecahkan dapur dan buat macam ni dan macam ni". Amboi, berangan seorang diri ajelah sebab jika diberitahu en suami bukannya dia nak layan kehendak isterinya ini, dia cakap "laye bola lagi beh" huhu

Biasalah kan, setiap suri mesti mahukan sebuah dapur impian yang selesa dengan dirinya. Maklumlah hampir setiap masa sang suri akan berada di dapur menyediakan sarapan, makanan tengahari dan makan malam. Jadi sudah pasti mahukan sebuah dapur yang besar dan mudah untuk setiap pergerakan. Buat masa sekarang kami masih tidak mampu untuk mengubah bahagian dapur kediaman memandangkan baru sahaja mengubah pelan asal anjung rumah kami. Jadi, kena bersabarlah dahulu, kalau ada duit berkepuk-kepuk sudah lama aku panggil kontraktor datang buat :)

Oleh itu marilah kita berangan dahulu yaa


memang teringin sangat nak dapur luas macam ni, siap ada "kitchen island" besar macam ni, kat bawah tu boleh letak pinggan mangkuk dan boleh bersarapan terus di situ. Kat bahagian atas tu boleh gantung segala periuk-periuk tembaga *jangan ada yang jatuh atas kepala sudahlah*


ini pula sangat praktikal bagi ruang dapur yang sempit macam dapur rumah aku ni, cuma dapur ini nampak lebih ceria sedikit berbanding dapur aku:P


sangat-sangat sukakan idea kabinet dari atas sampai bawah dan terus macam ini, senang untuk simpan segala koleksi pinggan mangkuk (macamlah banyak sangat koleksinya)


Sunguh moden dan sungguh-sungguh aku nak dapur macam ini


ataupun buat macam dapur dalam siri Tyler's Ultimate ini, jenis ruang terbuka senang nak capai periuk kalau nak masak..HAHA


atau dapur Ina Garten dalam siri Barefoot Contessa ni

Oh! Berangan itu percuma tapi jomlah kita berusaha dengan lebih kuat supaya cepat-cepat dapat dapur impian.

Antara ciri-ciri dapur impian aku :

- Kalau boleh tak nak dah kabinet yang bertutup sebab dengan keadaan cuaca di negara kita ni, ada banyak haiwan yang suka menumpang sama bersembunyi di dalam tu (baca : lipas, tikus dan semut)

- Mahu ada 2 bahagian iaitu dapur basah dan dapur kering. Dapur basah kalau boleh tingkap terbuka supaya cahaya boleh masuk terang ke dalam rumah. Dapur kering tempat lepak-lepak minum petang (cewah!)

- Mahu ada pantri macam kat bawah ini untuk simpan segala barangan rumah. Haaa lepas tu mulalah malas masak dan kebanyakannya buang sebab dah tamat tempoh :P


Biasalah kan, berangan sahaja..Apa-apa pun, akan aku usahakan semoga impian untuk memiliki dapur idaman tercapai. Kalau bukan di rumah sekarang mungkin di rumah kami yang lain (amboi berangan lagi)

Oklah, apa pula dapur impian kawan-kawan semua?

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Khamis, 24 Oktober 2013

Tips Sebelum Membeli Mesin Basuh


gambar koleksi peribadi bulan Disember 2012 di mana aku berpeluang merasai kehebatan mesin basuh Samsung Eco Bubble (boleh baca entri ini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2012/12/akhirnya-mesin-samsung-eco-bubble.html)

Assalamualaikum,

Sudah masuk 4 hari "teman baik" seorang suri pergi meninggalkan aku. Iya, bukanlah siapa-siapa pun cuma hanyalah mesin basuh kesayangan kami yang sudah menamatkan perkhidmatannya pada hari Isnin yang lepas. Setakat ini masih belum menukarkan dengan yang baru kerana en suami yang selalu balik lambat sahaja, masih belum berpeluang untuk ke kedai menjenguk mesin basuh idaman hati.

Setelah hampir 6 tahun berkhidmat, kami rasa sudah tiba masanya kami menukar kepada mesin basuh yang baru. Terima kasih mesin basuhku yang lama jenama Samsung beroperasi secara automatik sepenuhnya, jasa kamu sungguh banyak kepada kami cuma sekarang muatan kamu yang 7kg sudah tidak sesuai lagi dengan kapasiti keluarga kami.

Alhamdulillah nikmat menjadi seorang blogger di mana aku diberikan peluang mencuba produk mesin basuh terbaru keluaran Samsung iaitu Samsung Eco-Bubble. Berikut aku kongsikan beberapa tips yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sebuah mesin basuh (bagi mereka yang jenis berkira macam aku, nak beli mesin basuh pun kena fikir dua tiga empat kali, tapi bagi orang kaya yang tak berkira apa susah masuk aje kedai letrik terus bayar)

1) Fungsi : adakah automatik atau separa automatik. Untuk lebih memudahkan elok dibeli yang boleh berfungsi secara automatik sepenuhnya. Kemudian apa lagi fungsi sampingan yang bagus seperti boleh menjimatkan tenaga elektrik atau boleh mencuci dengan mengeringkan sekali.

2) Kapasiti : bagi keluarga yang besar seperti keluarga kami, boleh dikatakan setiap hari aku membasuh baju, jadi seeloknya kapasiti muatan mesin basuh adalah 10kg ke atas supaya tidak perlu membasuh berulang kali

3) Jenama : apabila bertanyakan tentang jenama, setiap orang sudah pasti ada jenama pilihan masing-masing. Apa yang penting banyakkan bertanya pendapat kawan-kawan dahulu. Selain itu boleh juga pertimbangkan pendapat dari jurujual kedai. Pendapat peribadi aku mengatakan jenama Samsung adalah terbaik tetapi ada juga yang mencadangkan Toshiba atau Electrolux. Jadi, kena bertanya pada yang pakar iaitu jurujual kedai elektrik:)

4) Harga : sudah tentulah harga memainkan peranan yang penting juga. Bagi aku biar mahal sedikit asalkan berkualiti. Jadi, apabila sudah mengetahui harga senang sedikit untuk kita membuat kiraan samaada mahu beli secara tunai ataupun secara ansuran.

Itu sahaja perkongsian dariku. Insya Allah bila sudah beli mesin basuh baru nanti akan diberitahu sebabnya kenapa dan mengapa kami memilih jenama tersebut. Bagi mereka yang ingin berkongsi pendapat atau tips dalam memilih mesin basuh, boleh kongsikan di sini juga :)

Daftar kelas asas blog & fanpage dan aku akan bagi tunjuk ajar bagaimana memulakan perniagaan online.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Isnin, 30 September 2013

Diari Suri Bekerja Di Rumah : Ilham SOHO Buat Suri Yang Bekerja Di Rumah

Assalamualaikum,

Ramai yang bertanyakan macamana mahu bina sebuah bilik untuk dijadikan ruangan pejabat di rumah (SOHO : Small Office Home Office). Ada yang memberikan alasan rumah yang kecil tiada bilik yang sesuai dan ada juga yang menyatakan rasa kecewa sebab tiada kelengkapan yang sesuai.

Jangan salah faham dengan entri ini : Ilham SOHO Dari Ikea kerana setiap orang keperluan dan kehendaknya berbeza. Di sini aku kongsikan beberapa tips untuk wujudkan ruang SOHO yang fleksibel untuk diri kita & anak-anak juga.

1) Penuhi yang asas dahulu : sebagai suri yang bekerja di rumah sudah tentulah kita memerlukan sebuah komputer peribadi dan talian internet. Bagi mereka yang ada kemudahan wifi di rumah lagi senang, SOHO boleh berubah-ubah ikut masa dan kehendak. Kalau mahu memasak, bawa sahaja ke dapur. Sambil goreng ikan boleh chat bersama pelanggan ataupun kemaskini status fanpage;)

2) Bilik Tidur : Tidak kisahlah bilik anak-anak mahupun bilik sendiri, senang sekiranya ada ruangan SOHO di situ kerana? Apabila anak-anak tidur, kita boleh bangun semula menyiapkan tugasan. Setiap masa kita bersama anak-anak, melihat mereka bermain dan tidur tapi dalam masa yang sama melakukan tugasan kita juga.

3) Ruang Selamat : Kalau ada anak-anak kecil pastikan ada hamparan permaidani mahupun tikar yang lembut di sekitar SOHO kita. Biarkan anak-anak bermain sambil kita melakukan kerja.

4) Peralatan Tambahan : Apabila bisnes sudah maju atau memerlukan kita untuk merekod segala urusan jual beli, bolehlah melabur sedikit dengan menyediakan ruangan yang lebih selesa dan praktikal. Contohnya menambahkan kabinet untuk simpanan fail-fail, menambahkan peralatan elekrtik seperti mesin faks, mesin pencetak mahupun sesuatu yang berkaitan dengan kerja kita.

5) Beri Ganjaran : Penting juga memberikan ganjaran untuk diri sendiri sekiranya berjaya melakukan sesuatu. Sebagai motivasi agar lebih bersemangat untuk berusaha. Antaranya bolehlah membelikan perabut idaman hati mahupun buku-buku motivasi sebagai pemangkin semangat suri untuk bekerja lebih kuat lagi.

Jom lihat beberapa ilham dekorasi SOHO yang sesuai dipraktikkan sekiranya mampu :-








Ini pula keadaan di dalam bilik SOHOku, anak-anak bebas bermain di dalam bilik tapi siapa yang bising atau buat sepah haaa kenalah nanti dengan mama nya..hihi Selalunya Haziq & Husna ditugaskan menjaga si kecil supaya tidak memakan atau mengutip barangan di atas lantai. Alhamdulillah, bak kata orang tua-tua nak seribu daya tak nak seribu alasan.

Jadi mulakan langkah dengan mewujudkan pejabat kecil di rumah yang fleksibel dengan anak-anak dan waktu bekerja kita. Aku memilih bilik tidur sebab kalau penat mata boleh baring terus..Hihihi Kalau di dapur pula senang bawa handset sahaja. Sambil-sambil masak sambil jawab pertanyaan pelanggan. Cewah!

Hingga bertemu lagi dengan perkongsian yang lain.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Khamis, 29 Ogos 2013

Tips Bagi Mereka Yang Ingin Membuat Majlis Makan-Makan Sendiri Tanpa Gunakan Khidmat Katering

Assalamualaikum,

Masih lagi cerita tentang rumah terbuka. Maklumlah raya kan sebulan, kalau di sini (Shah Alam & Kuala Lumpur), sampai tengah malam pun ada yang akan bertandang. Sungguh berbeza dengan budaya kami di Kelantan yang hanya menyambut raya Aidilfitri pada hari raya pertama dan kedua sahaja.

Tapi bukan tak elok tau, bagus juga sebab musim inilah kita nak saling kunjung mengunjungi. Bulan inilah biskut raya akan sentiasa terhidang di atas meja (errr tapi bukan rumah aku ya, rumah aku takde biskut raya tapi ada kerepek raya..ngeeee). Kalau bulan inilah tuan rumah tak akan marah kalau tetamu nak bertandang ke rumah. Insya Allah, tetamu datang rumah kan bawa berkat jadinya kenalah bersyukur tau;)

Oklah, ada  ramai juga kawan-kawan yang bertanya macamana caranya untuk mengadakan majlis makan-makan tanpa menggunakan khidmat tempahan catering. Ada orang memang puas hati kalau masak sendiri dan ada juga lebih suka tempah dengan katering kerana senang & tidak memenatkan. Aku ni tergolong dalam golongan yang suka sediakan sendiri semua menu, jadinya di sini aku kongsikan beberapa tips yang selalunya aku buat sebelum & selepas majlis.

1) Selalunya idea nak buat rumah terbuka datang secara spontan. Kadang-kadang mula-mula tu hanya ada seorang dua kawan yang mahu bertandang ke rumah tapi selepas itu bila difikirkan kembali, baik masak lebih sedikit dan ajak kawan-kawan yang lain. Jadinya aku akan menghantar whats app jemputan beraya kepada no telefon kawan-kawan. Pastikan kita tanya samaada mereka boleh hadir atau tidak..hihihi Kawan aku cakap dah gaya hotel aje nak kena balas jemputan tapi dengan buat macam ni sekurang-kurangnya kita sudah boleh bersedia untuk membuat kiraan berapa bahan mentah yang perlu dibeli. Kalau terlebih congak tak apa, jangan terkurang!

2) Kalau dulu masa bekerja aku akan pastikan tarikh yang dipilih pada hari Sabtu jadinya Jumaat aku akan ambil cuti atau kalau buat hari Ahad, Isnin aku akan ambil cuti. Bukan apa, penat juga untuk kemas segala sampah sarap yang terhasil..hihi Oh! Kalau boleh carilah bantuan bibik eh! bukan..carilah pembantu seperti kaum keluarga terdekat supaya nanti kita tidak kelam kabut untuk menyiapkan semua benda. Selalunya sehari sebelum tu aku akan upah acik cleaner datang bersihkan rumah dahulu. Kemudian en suami pula ditugaskan membeli barangan (kena buat senarai siap-siap) dan bila adik-adik ipar datang, silalah bagi senarai tugasan yang perlu dibuat..HAHAHA kejam tak? kejam tak? :P

3) Selalunya bergantung kepada menu apa yang ingin dihidangkan. Malam tu aku akan siapkan sebahagian lauk-pauk yang senang untuk dibuat. Contohnya kalau laksam tu bolehlah buat kuah dahulu pada malam harinya kerana esok tinggal nak panaskan sahaja. Tahun ini aku beli laksam & laksa yang telah siap dijual di Pasar Borong Selangor (errr sebenarnya adik ipar aku yang tolong belikan) hihihi Kalau buat menu nasi berlauk pun, kalau boleh siapkan dulu sebahagian lauk-lauk yang senang. Oh! Malam tu juga aku perapkan ayam dengan rempah ratus untuk dijadikan ayam berempah.

4) Pastikan bekas-bekas yang nak digunakan untuk menghidang lauk-pauk kepada tetamu telah siap dibasuh. Selalunya bekas-bekas ini aku aku bungkus dalam plastik hitam dan bila nak pakai hanya keluarkan sahaja, tak payah nak basuh lagi kerana ianya sudah bebas dari kotoran dan debu. Tapi kalau pinggan mangkuk dalam kabinet kenalah basuh balik kerana ada banyak lipas dalam tu..huhuhu

5) Waktu pagi tu kenalah siapkan apa-apa yang patut seperti sediakan tempat untuk meletak makanan, goreng ayam, susun meja dan kerusi & kena siapkan sejam sebelum tetamu tiba. Tapi kes aku ni dalam jemputan tulis pukul 2 petang tapi dalam pukul 11 pagi dah ada yang datang :) Kelam kabut nak bersiap..hihi Takpelah, bukan selalu orang datang rumah kita tak mandi lagi:P LOL

6) Sebelum majlis bermula pastikan juga segala pinggan, cawan, sudu, garfu dan plastik sampah mencukupi. Hihihi Haritu en suami terbeli plastik sampah yang kecil lepas tu kelam kabut dia pergi kedai beli yang lain..Herm, memang macam tulah perangai suami aku..huhuhu Suka sangat singgah tabur duit di Econsave tu :P

7) Kalau nak tambah menu contohnya kuih-muih ke, kek ke, pastikan kita tempah dengan mereka yang boleh membuat penghantaran terus ke rumah. Bukan apa, pernah terjadi pada aku pada hari kejadian kelam kabut nak ke rumah tukang buat kek sebab nak ambil kek, agak memenatkan di situ. Jadi, ada baiknya kita bayar mahal sedikit tapi kita dah tak payah nak keluar, start enjin kereta dan pergi mengambil tempahan di rumah si pembuat!

8) Semasa majlis berlangsung memang kena selalu tengok apa yang ada, apa yang perlu ditambah, pendek kata memang tak sempatlah tuan rumah nak berborak panjang. Memang kasihan dengan tetamu tapi nak buat macamana, apa-apa kelemahan yang datang dai tuan rumah harus di abaikan. Hihihi

9) Sentiasa bersiap sedia dengan "back up plan" sekiranya berlaku pertambahan tetamu tanpa diduga, selalunya aku akan beli sesuatu yang senang untuk disediakan dalam masa yang cepat. Contohnya mee goreng atau spaghetti segera:) Kalau untuk kanak-kanak pula boleh sediakan nugget atau kepak ayam buat mereka:)

10) Apabila majlis sudah tamat, memang memenatkan jadi segarakan mengemas apa yang patut dahulu. Selalunya aku akan mengemas dan membasuh bekas-bekas yang digunakan sedikit demi sedikit, maklumlah kena jaga seisi rumah jadinya kena pandai curi-curi masa setelkan apa yang perlu di selesaikan dahulu.

Oklah, itu sahaja agaknya tips-tips yang boleh dikongsikan. Pada yang bertanya macamana nak congak makanan berdasarkan tetamu, aku guna pakai tips ini ; mula-mula tu masak nasi untuk seperiuk elektrik (dalam 8 cawan) kemudian apabila nasi sudah separuh, kalau masih tengahari tambah lagi masak nasi dalam kuantiti yang sama, lepas itu kalau sudah melepasi pukul 4 petang, sekiranya nasi sudah tinggal sedikit, masak lagi cuma kurangkan kuantitinya kerana bila menganjak malam, tetamu akan mula berkurangan dan mereka pun rata-rata sudah ramai yang kekenyangan juga:)

Jom layan gambar-gambar yang sempat aku ambil masa awal-awal majlis. Niat dihati konon nak bergambar dengan semua tetamu yang datang terkubur begitu sahaja memandangkan aku yang suka buat-buat sibuk..Hihihi Lagipun badan dah GEMS (singakatan gemuk) lagi membuatkan diri ini tak suka bergambar:P


Inilah dia tetamu terhormat yang mula-mula mencemar duli, Pn Rokiah & juga kak Ann yang merupakan protege kelas asas blog & fanpage aku. Dari jauh mereka datang dihidangkan dengan nasi kerabu dan laksam, semoga kenyang hendaknya!


Ini pula kawan-kawan di zaman matrikulasi dahulu (tahun 2000) iaitu di KTT, Dungun. Lama betul tak jumpa, masing-masing sudah beristeri dah!


Ini pun sama, presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KTT Dungun & isterinya Dr. Murni yang merupakan teman sebilik aku di sana. Alhamdulillah percintaan di alam pengajian matrikulasi membawa kepada alam perkahwinan. Malas nak cerita lebih-lebih, nanti #laritutupmuka pula kawan aku ni :P

Selepas itu menyusul datang kawan-kawan sepejabat en suami. Dari pagi sampai ke petang ada tetamu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih buat tetamu yang hadir dan juga adik-adik ipar yang datang menolong. Tanpa korang tak berjaya majlis ini:)

Oklah, lepas ni sedang merancang majlis untuk sanak saudara pula, hermmm rasa macam nak buat bbq sahaja..Bestnya! Tata

Salam kasih sayang buat semua

Ruang pengiklanan di SOHO Directory masih lagi dibuka. Sebanyak lebih kurang 100 blog (dan akan bertambah) yang akan menyiarkan iklan anda. Tempah sekarang dengan hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
whats app / sms : 012-3228651
facebook : zaila mohamad

Isnin, 22 Julai 2013

Iftar Bersama Keluarga

Assalamualaikum,

Pertama sekali mohon maaf andai gambar makanan ini bisa menggugat puasa kalian:P Jangan tenung lama-lama gambar ini hanyalah sekadar hiasan penyeri kepada kisah ini sahaja. Tanggal Sabtu yang lepas, Alhamdulillah dengan izin Allah, rumah kami berjaya menjadi tempat berkumpulnya adik beradik belah en suami. Penuh satu rumah dengan kehadiran keluarga Abang Sir dari Kuala Selangor, Kak Ani dari Karak, Abang Yi dari Bandar Kinrara, Jamal juga dari Kinrara & adik-adik ipar kesayangan yang senantiasa ringan tulang membantu aku dalam menyiapkan juadah berbuka.

Menu pilihan hari tu adalah nasi daging, gulai daging, acar timun, ayam sambal, ikan bakar & air asam, bbq ayam & sedikit kuih muih seperti pisang goreng dan tepung pelita pemberian dari Kak Mar & Abang Yi.


Bila terlampau banyak menu, sampai ada juga yang tak sempat untuk dirasa. Kebiasaannya aku hanya masak 2 menu untuk berbuka tapi kali ni sediakan lebih untuk tetamu-tetamu yang datang. Alhamdulillah nasi ada lebih sedikit sahaja & lauk pun cukup untuk kami makan sahur keesokan harinya. Kak Ni sekeluarga memang bermalam di rumah aku. Anak-anaklah yang terlebih suka bilamana dapat berkumpul bersama sepupu-sepupu. Bezanya anak-anak Kak Ni (yang bongsu sebaya dengan Haziq) sudah pun berpuasa penuh tapi Haziq ni masih lagi culas dalam berpuasa. Tapi mana ada si Haziq ni nak malu dengan sepupu-sepupunya..isy isy isy..anak siapalah tu ya?? :P


En suami macam biasalah; tugasan utama adalah "jong bakar" (jurubakar) bagilah kepak ayam ke peha ayam ke, kompem hangits akan dibakar! Haritu aku sediakan ikan talapia..Ya Allah sedapnya isi ikan, segar dan manis..Sampai tak cukup dibuatnya!


Petang tu kami terpaksa berbuka di anjung rumah memandangkan kawasan dalam rumah tak mengizinkan. Dah rasa macam buat open house pula haritu..hihi Nasib baik jiran kami bukan Islam, kalau tak memang malu lah sebab di waktu Maghrib pun bising dengan suara-suara kami meminta makanan:P


Adik ipar sedang bertugas menyiapkan pinggan nasi & lauk-lauk. Alhamdulillah, semua dapat merasa masakan air tangan masterchef yang tak berapa nak pandai masak ni..hihi Harap jangan ada yang sakit perut bila balik nanti sudahler


Bila dah azan, masing-masing makan tak toleh kiri kanan dah..Masing-masing bertambah! Memang suka bila tengok gelagat masing-masing. Yang lelaki sibuk dukung baby, yang perempuan sibuk jaga anak yang lain. Kelam kabut tapi nasib baik semua cukup makan, err terlebih makan adalah! Lepas makan, kaum lelaki solat maghrib jemaah berimamkan Abang Sir yang sudi menjadi imam solat Isya' & terawih juga. Besar jasa Abang Sir sebab malam tu sanggup batalkan jadual kuliah (Abang Sir merupakan seorang Ustaz yang selalu beri tazkirah di sekitar Kuala Selangor) semata-mata untuk bersama dengan adik beradik.

Kaum Hawa pula lepas solat sambung berborak depan anjung lagi..Bila habis teraweh pakat-pakat makan durian & nangka..hihi Memang dasar kuat makan lah diorang ni (cecece tak nak mengaku diri sendiri pon sama juga)

Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa yaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan zikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya. “Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. iaitu berbahagia dikala berbuka dan dikala bertemu Allah,” kata Rasul dalam hadits riwayat imam Muslim.

Sumber dari sini (10 keistimewaan orang yang berpuasa)

Oklah, minggu ini cuti 3 hari memang penuh dengan aktiviti berbuka puasa jemputan kawan-kawan. Bestnya dapat makan free..hihi

Bye, selamat berbuka puasa, lap ailio yang menitis tu :P

Jumaat, 31 Mei 2013

Aktiviti Musim Cuti Sekolah~Jom Main Khemah-Khemah

Assalamualaikum,

Teringat kenangan masa kecil dulu. Kalau cuti sekolah of courselah aku suka kan sebab tak payah pergi sekolah & boleh tengok TV rancangan kartun / movie sempena cuti sekolah. Zaman dulu-dulu mana ada Astro lagi, tengok citer Barbie kat TV3 pon dah buat aku happy:))

Kalau sepupu aku datang rumah, kitorang selalu main pondok-pondok tepi rumah. Kalau dulu kat belakang rumah aku, kitorang main camping-camping & part paling best masak Megi dengan hidupkan api guna kayu-kayu kutip kat belakang rumah tu. Kalau nak cepat, masuk dapur masak guna dapur gas. Nasib baik sepupu aku dulu ada basikal so dia lah tukang jadi mangsa g beli Megi dekat kedai..hihi Sekarang ni masing-masing dah besar & dah ada anak sendiri dah pon..

Cuti sekolah ni aku pon tumpang happy sebab tak payah nak siapkan Haziq & Husna ke sekolah. Paling best bila celik mata tengok diorang ada bersama aku:)) En suami haritu ingat nak hantar Haziq & Husna balik kampung ikut Mok Ra dia, tapi nasib baiklah Mok Ra ada hal yang tak dapat dielakkan so tak jadi..Mama dia suka je sebab kalau 2 orang tu takde, sunyilah hidup aku *ececece* padahal takde asisten nak suruh-suruh..HAHAHA

Kalau cuti sekolah memang pening & stress sikit bila diorang ada di rumah. Memang mencabar tahap kesabaran jugalah tapi biaserlah tu budak-budak..Aku dulu pon lebih kurang macam anak-anak aku sekarang juga, tahu main aje tapi kemasnya tak nak! Kesian mak aku dulu, patutlah rumah sepah sokmo:P

So cuti kali ni saje je nak mengembalikan kenangan main khemah-khemah masa kecik-kecik. Dulu-dulu main khemah guna selimut je takpon aku guna bantal-bantal kusyen yang empat segi tu buat kubu pertahanan (rumah sape ada kerusi kayu yang kusyennya 4 segi & sarungnya dari kain baldu?) HAHA sungguh vintage kan? Rumah aku dulu kerusi macam tu lah, perabot zaman dulu tahan sampai sekarang pon masih kukuh lagi!

Teringin juga nak beli khemah yang macam dalam gambar kat bawah ni; tapi aku kenal sangat anak-anak aku tu, so rasanya khemah macam ni tak akan bertahan lama so simpan sahaja niat nak beli..hehe

So mama pon fikir punya fikir punya fikir....JAdilah khemah sementara macam kat bawha ni;-


Guna selimut #vantagezamananakdaracilukdarirumahmakdikampung lagi untuk buat khemah tu. Ikat-ikat kat mana-mana penjuru & yes!! anak-anak aku happy je boleh duduk bawah tu..Kalau malam-malam, tutp lampu & pasang lampu kecil sambil baca buku..Tapi sekejap je tahan sebab lepas tu cakap panas..HAHA

Oklah, itu salah satu idea nak luangkan masa bersama anak-anak! Cuti sekolah ni pening juga nak fikir aktiviti mereka memandangkan kami takde nak bercuti ke mana-mana. Moga aku tabah menjadi tukang masak, tukang kemas, tukang gaji sepanjang masa! HAHA

Tata!

Isnin, 15 April 2013

Hari Minggu Kami

Assalamualaikum,

Salam Isnin semua, macam biasalah 2 hari cuti mesti hari ni masing-masing lemau nak kerja kan? Well aku yang tak kerja ni pon tumpang lemau sama:P Bestnya kalau hari-hari boleh luangkan masa dengan en suami & anak-anak..Hihi Tapi angan-angan je tu, mana boleh nak berkepit selalu kan? Duduk sekejap dengan anak-anak pun rumah dah macam tongkang pecah, kalaulah setiap masa diorang ada di rumah..huhuhu tak boleh bayangkan macamana rupanya rumah ni:P So bersyukurlah kita hanya diberikan 2 hari untuk berehat bersama-sama dengan yang tercinta!!

Hujung minggu yang lepas kami sekeluarga ke Ikea pada hari Sabtunya. Biaserlah nak pelepas angin anak-anak:D Tapi yang terlebih excitednya sudah pastilah mama diorang kan..Tapi kali ni g Ikea jalan-jalan cuci mata sahaja sebabnya takde benda yang nak dibeli pon..Anak-anak suka aje sebab kat sini diorang suka makan ais krim Ikea:) ANak-anak aku ni bawaklah g mana-mana pon konpem happy, sebab itulah hujung minggu kami mesti keluar; bawa pergi Econsave depan rumah pon dah terloncat-loncat keriangan, apatah pula ke Ikea..HAHAHA

Sorry takde gambar pon. Sekarang ni memang malas nak keluarkan handset nak ambil gambar budak-budak ni. Bukan apa, masing-masing tersangat excited sampai hiper aktif, nak tangkap gambar pon tak boleh..terloncat sana terloncat sini..huhu

Hari Ahad pula hari mendobi & duduk di rumah sahaja, tapi pagi tu sempatler ke Econsave beli barang-barang rumah. Ada orang hanya sang suami je yang keluar beli barang-barang dapur sebab leceh nak bawa anak-anak ni tapi bagi aku, mesti nak ikut sama sebab bosanlah duduk rumah layan budak-budak ni..lagipon masa ni lah nak buat terapi hilang stress dengan shopping barang-barang dapur..HAHAHA sungguh seorang surirumah yang terdesak bunyinya kan? :P

Petang tu en suami merajinkan diri buat bbq untuk anak-anak. Hihi Walaupun hanya bakar 5,6 ketul kepak ayam sahaja tapi cukup membuatkan anak-anak gembira! Kami bentang tikar duduk bersila kat depan rumah..hihihi Nasib baiklah jiran sebelah tak ada, kalau ada pun pedulikan mereka:P



Pasni boleh belajar cara-cara buat sate..hihihi Bolehlah buar part time meniaga sate ayam di pasar malam..hik hik


Sebelum tu aku buat pulut mangga untuk en suami. Kebetulan beli mangga (orang Klate panggil buah pauh je) dekat Econsave, best sebab semuanya manis-manis! Tanak pulut, masak santan bersama sedikit gula & hidang..Alhamdulillah anak-anak pun suka. Husna suka makan dengan pulut, Ashraf & Haziq pula suka makan mangga sahaja. Macam-macam karenah anak aku ni..

Oklah..itu sahaja coretan hari minggu kami. Satu hari keluar berjalan duit habis macam air & satu hari duduk rumah makan apa yang ada dalam peti..HAHAHA Uols pula ke mana?

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^