First of all, kawan-kawan haruslah mempunyai produk untuk dijual. Zaila pernah bercerita tentang bagaimana memulakan perniagaan online di entri ini, so harap kawan-kawan baca dulu apa yang perlu ada untuk memulakan bisnes online ni k..Macam Zaila, produk yang Zaila jual adalah barangan muslimah seperti pelbagai jenis tudung, kain ela & aksesori wanita. Dekat internet ni macam-macam boleh kita niagakan seperti kain baju, tepung kek, cupcakes, ikan pekasam, sos cili, macam-macamlah..Naseb baik mak ngan ayah je takde lagi orang jual kat internet ni..hehehehee
Pastu kita kenalah ada medium untuk memaparkan barangan kita tu. Ada orang pilih blog sebagai kedai alam maya mereka, ada juga yang suka kalau ada laman web sendiri (supaya nampak gah di mata pelanggan), ada juga yang suka meniaga di forum-forum dan tak lupa juga di laman Mudah.my, facebook & juga Tweeter. Walau macamana pun cara kita memaparkan produk kita, perkara penting yang harus diingat adalah kita kenalah pastikan barang yang kita jual tu adalah asli (kalau barang imitation janganlah dikatakan 100% genuine pula) & barang tu wujud (jangan letak gambar lain tapi bila hantar lain) atau dalam erti kata lain kita tidak menipu pelanggan
Bila dah ada medium untuk menjual barangan, kawan-kawan kenalah sediakan maklumat yang mencukupi seperti letakkan kod item, penerangan tentang barangan tersebut, nombor akaun bank & paling penting adalah harga barangan yang dijual (kalau boleh highlight besar-besar) & nanti letaklah borang pesanan, alamat email & contact nombor supaya senang pelanggan menghubungi kawan-kawan nanti;)
Selain daripada itu, pastikan peralatan adalah mencukupi. Di antaranya adalah pita pelekat, kertas minyak, plastik & benda yang kawan-kawan rasa perlu diletakkan bersama barangan yang telah dibeli. Sebagai contoh, Zaila akan lipat tudung yang telah diorder cantik-cantik & letak ke dalam plastik & sealed dengan pita pelekat macam gambar kat bawah ni;-
kemudian dibalut dengan kertas minyak & ditulis nama & alamat siap-siap sebelum dipos
Bila dah siap semuanya, bolehlah kawan-kawan pos semua parcel tersebut. Mudah bukan??
Ops, lagi satu make sure kita ada online internet banking seperti Maybank2u atau CIMB clicks supaya apabila pelanggan membuat pembayaran, kita boleh melihat transaksi pada hari tersebut tanpa perlu bergegas ke bank semata-mata untuk melihat baki akaun bank kita;) Tapi kita juga harus berhati-hati dengan setiap urusan internet banking kita seperti jangan sesekali memberitahu password internet banking kita kepada orang yang kita tidak kenali & mendedahkan akaun kita kepada umum.
Akhir sekali adalah promosi, ya..promosi juga tersangatlah penting. Kalau nak tahu macamana Zaila promote barangan jualan Zaila, kenalah tunggu di next entry pula ya;)
Semua cara-cara yang Zaila cerita di atas adalah melalui pengalaman Zaila sendiri yang berniaga hampir setahun di alam maya ini. Kalau kawan-kawan ada cara yang lagi bagus, sudikanlah untuk berkongsi ilmu agar kita semua dapat memantapkan lagi bisnes kita yang ada niskemanya ayatku ni
Ops, lagi satu make sure kita ada online internet banking seperti Maybank2u atau CIMB clicks supaya apabila pelanggan membuat pembayaran, kita boleh melihat transaksi pada hari tersebut tanpa perlu bergegas ke bank semata-mata untuk melihat baki akaun bank kita;) Tapi kita juga harus berhati-hati dengan setiap urusan internet banking kita seperti jangan sesekali memberitahu password internet banking kita kepada orang yang kita tidak kenali & mendedahkan akaun kita kepada umum.
Akhir sekali adalah promosi, ya..promosi juga tersangatlah penting. Kalau nak tahu macamana Zaila promote barangan jualan Zaila, kenalah tunggu di next entry pula ya;)
Semua cara-cara yang Zaila cerita di atas adalah melalui pengalaman Zaila sendiri yang berniaga hampir setahun di alam maya ini. Kalau kawan-kawan ada cara yang lagi bagus, sudikanlah untuk berkongsi ilmu agar kita semua dapat memantapkan lagi bisnes kita yang ada ni
18 ulasan:
bagus zaila tulis pasal ni..nak tambah kalau nak berniaga online jugak kena sentiasa bg feedback kat customer melalui email,sms or chatting,so customer akan suka dengan service kita so diorang tak lari..btw tak tahan tgk blog baru 'glamarous zaila'..chantek!!
Zaila memang rajin..elok je bungkusan tuh dihantar..semoga Zaila sentiasa sukses dengan bisnes neh :) InsyaAlllah..
Thanx Zaila for sharing the tips..act kakak sy tgh bercadang nak biz online jugak nih..die housewife so sesuai sgtla nk mula kan..so bolehla share tips ni ngan die nanti..=D
zaila memang businesswoman yang bersemangat... bagus cara zaila ni... semoga zaila success..
Mrs Adam, agree with you!! Zaila ada juga customer yang dari tahun lepas lagi dok beli tudung ngan Zaila. Alhamdulillah dia puas hati ngan servis Zaila;)
Nanie, nak kena bungkus lawa-lawa, nanti customer complaint!!
thanks Nanie;)
Mama Zara, baguslah..jangan lupa promote habis2san;)
Lady, harap-harap semangat Zaila tak luntur ya;)
Bagus zaila ni, berkongsi idea yang bernas..semuga berjaya Insya-Allah.. :)
Tihara, sharing is caring kan;)
salam .. maaf ye ..nak tanya sikit ..
agak II berapa modal nak berniaga di alam maya nie ??
macam mana pula dengan sumber produk ??dapat kat mana ??
jawab dengan segera ye ?? terdesak ..hee
saya pn baru nak start niaga online.hope semua ok
Sy de meniaga di fb..tp xtau npe xdpt sambutan..sy meniaga kain..cm ne ye?blh bantu?
jom singgah http://lovelynurzarra.blogspot.com/
TQ bangat2 dgnn idea..n pnerangan zaila.. ni lah namanya..x kedekut ilmu. TQ zaila
ada sesiapa berminat untuk menjual Smart Watch x?boleh wasap/wechat/sms sy utk detail2 Smart Watch tersebut... :)
mintak tunjuk ajar ku sifu... hehe. kita baru nak merangkak kak... doakan kita yaa... :D
Berminat untuk jana pendapatan melalui program komuniti keusahawanan??dptkan info di blog sy..puteripastel.blogspot.com..tw
Catat Ulasan