Assalamualaikum,
Kali ni aku nak bagi review sedikit tentang hotel yang kami menginap semasa berada di Cameron Highland tempohari. Memandangkan last minute punya plan untuk bercuti di sana, pagi tu en suami bookingkan hotel melalui Agoda.com iaitu Superior Room check in pada 15/11/2012 hingga 16/11/2012. Jumlah yang dibayar adalah RM270.00 termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Anak-anak di bawah 5 tahun adalah percuma *selamat duit haku*
So ini antara sedikit sebanyak review aku tentang hotel ini :
- Terletak di Jalan Gereja, Tanah Rata. Lokasi sangat strategik di mana selepas sahaja bandar Tanah Rata terus akan nampak signboard hotel. Kedudukan hotel adalah di atas bukit, mempunyai banyak deretan apartmen & lobi hotel adalah di bangunan atas. Sekiranya ingin menetap di sini, pastikan tiba di Tanah Rata sebelum tengahari untuk check in sekiranya tidak mahu terperangkap di dalam jem sepanjang jalan dari Berinchang ke Tanah Rata (gara-gara pasar malam di Pekan Berinchang)
- Lokasi berdekatan dengan tempat makan. Terdapat banyak deretan kedai makan yang menyediakan masakan panas & steamboat di malam hari & kebanyakannya Halal. Terdapat juga deretan kedai menjual baju & barangan cenderahati Cameron Highland. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan & berdekatan juga dengan pekan Tanah Rata di mana ada restoran seperti Marry Brown & StarBucks juga ada di sini:)
- Kami dapat bilik di tingkat 2; agak kecewa dengan keadaan bilik di mana bau hapak dari karpet begitu ketara semasa buka pintu. Bilik agak luas tapi hanya terdapat satu katil King sahaja. Pada mereka yang beranak ramai bolehlah bawa tilam sendiri (nampak ada seorang penginap bawa toto sendiri masuk hotel), kalau tak bolehlah tambah extra bed memandangkan keadaan bilik yang agak besar. Segala perabut di dalam bilik adalah kelihatan usang kecuali TV yang telah ditukar kepada LCD.
- Toilet bersih, mempunyai tab mandi, tiada wayar pili air tapi ada timba kecil disediakan bagi mereka yang tidak biasa beristinjak dengan tisu:P LOL
- Bilik kami mempunyai balkoni tapi sayangnya tiada kerusi disediakan di luar balkoni untuk menikmati pemandangan di luar semasa terbit matahari / terbenam matahari
- Internet wifi hanya terdapat di lobi hotel sahaja. Patutlah ada banyak disediakan kerusi di lobi, rupanya dalam bilik tak boleh nak surf internet *sigh*
- Sarapan bermula dari 7.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Pelbagai pilihan makanan & rasa yang boleh tahan juga kena dengan selera kami:)
Alhamdulillah bilik kami berdekatan dengan lobi..Takderlah nak berjalan jauh dari parking:)
Pemandangan di malam hari
Memang banyak disediakan sofa yang empuks macam ni di lobi hotel
Menu terdiri dari makanan timur & barat..semua ada!
Ini adalah pinggan kedua mak buyong..Pinggan pertama adalah nasi lemak berlauk kari ayam:)
Menu kami pagi tersebut ada nasi lemak, kari ayam, kuew teow goreng, baked beans, kentang bakar, tomato bakar, beacons, chicken hams, roti, bubur nasi, mee & bihun sup, omelette, salad, bijirin, muffin & puding roti
Sampai tak habis makan..Nak buat macamana..pagi-pagi perut tak boleh sumbat penuh sangat:P
Boleh buat pilihan hendak bersarapan di dalam atau di luar (menikmati udara yang segar & pemandangan hijau yang menyegarkan!)
Buah-buahan & salad antara kegemaran aku tapi tak sempat nak ambil..Al maklumler..tekak Melayu mesti cari nasi dulu:P
Setelah siap bersarapan, lepak sekejap di lobi hotel & kami terus keluar mencari strawberry. Musim cuti sekolah kena keluar awal supaya tak bersesak-sesak mencari parking nanti.
- Lokasi hotel berdekatan juga dengan Ladang Teh. Kalau ingin ke Ladang Strawberry harus keluar awal supaya dapat merasai pengalaman memetik sendiri buah strawberry. Note : kalau musim cuti sekolah, jangan harap tuan empunya ladang nak bagi semua orang petik buah strawberry tu..huhu
- Boleh juga mengambil pakej tour Cameron dengan pihak hotel.
Secara keseluruhannya aku puas hati je dengan hotel ni..Bersyukur sangat-sangat dapat keluar dari rumah walau sehari dua..Al maklumler surirumah pon nak juga merasa angin luar, asyik treperap dalam rumah pon tak elok juga kan:P Tapi disebabkan en suami ni yang terlampau sibuk dengan kerjayanya so marilah kita berdikari keluar dengan anak-anak sajork..Next time mungkin ada rezeki kita keluar jalan-jalan seisi keluarga pula..Insya Allah:)
Jangan lupa like page kedai-kedai aku di bawah:
Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
6 ulasan:
Gud review!!at least ade idea jugak nak stay mana once sampai cameron nanti...Hotel nampak cantik dari luar...
eh..pegi cameron ni en hubby x ikut skali eh..tkg sponsor jelah ya..hehehe..
hotel dari luar nampak lawa :)
bila ntah aku nak jejak sini jugak. laki aku asyik bz manjang. cuti plak sket. seb baik ofiz punya family day nanti dia sudi nak cuti.
nanti nak semula2 ajak i ye..mcm best je mknanan kat hotel tu..kikiki..
MommyAida,
thanks..akak ni benda remeh pon nak review kan..memang sungguh kebloggeran:P
Lily,
A'a, banyak kali dah en suami tak dapat ikut disebabkan busy kerja..masa g Labuan haritu pon sama..nak buat camne, dia p outstation pon tak bawa kami so kira adillah kan dia tukang sponsor:P
Ermayum,
inilah yang dinamakan "indah khabar dari rupa"
Eliss Mie,
Kalau nak g kena g time BUKAN cuti umum, kalo tak..kebaslah bontot dok dalam jem:P
Mokla,
Ok, In Shaa Allah kalu ada rezeki lagi kita g sekali..haritu kan mokla busy ngan interview:)
Catat Ulasan