Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 22 Jun 2012

Vietnam Day 1 ~ Restoren Halal Saigon

Assalamu'alaikum,

Masih lagi di hari pertama..Masa ni kamera ada banyak bateri lagi & hormon keterujaan masih tinggi, pasai tulah ada banyak gambar..hari kedua, makin kurang, hari ketiga takde langsung! HAHAHA Saper suruh tertinggal universal plug kat rumah so tak dapatlah nak charge bateri kamera T_____T

Ok, lepas je check in, kami ambil teksi ke salah satu tempat makan halal di Vietnam iaitu Halal Saigon..Nama lagi halal kan..so mari kita makan tanpa rasa was-was:P

Halal Saigon ni terletak di Jalan Dong Du (bertentangan dengan masjid), kalau nak ke sana..bagitahu dekat teksi nak ke Hotel Sheraton, baru diorang tahu..kalau cakap Halal Saigon rasanya diorang tak tahu..Gittewwwwww!


Aku sebenarnya nak ambil gambar abang yang jual berus (macam sponge mandian tu) hak dibuat dari sabut (kot) tapi tak dan nak ambil gambar penuh dia..hehehe


Jangan terkejut kalau singgah kedai gambar ada gambar bogel..orang lelaki sukalah tewwwwww



nilah masjidnya


Restoren Bombay tu pon halal juga, siapa nak makan kari mamak, silalah ke sini yaaaaa


ni suasana dalam Halal Saigon, ramai sungguh pelanggan kat sini..yang pakai sari tulah ownernya; Indian, doktor gigi yang bertugas di sana..yang penting dia orang Malaysia..eh! eh! takde ke orang Melayu nak buka restoren kat sana??

Owner restoren ni peramah juga, siap datang ke meja kami & minta maaf atas kelewatan memandangkan ramai pekerja dia keluar sembahyang Jumaat..bagus kan??

Tengoklah Vietnam dulu-dulu kala..penuh dengan basikal uolssssss..sekarang je dah moden sket; naik motosikal..hehehe


muka-muka maintain kelaparan..gambar gegar ni kakak ipar aku yang snap..baru lepas makan dalam flight dah lapar balik?? hehehe

ni gambar aku ambik..cantik kan? cantik kan? macam tukang ambik gambar tulah


kedai ni 2 tingkat, dekat atas ada lagi tempat makan..ramai juga pelanggan kat sini..entah apa menu yang sedap tu aku tak tahu sebab bagi aku rasanya biasa-biasa sahaja..


Owh! owh! terjumpa dengan Hajah Basiroh (owner kedai hak jual telekung tu). Mama (ketua kumpulan tali barut kami) memang kenal dengan Hajah so sempatlah berbincang tentang muslim tour yang kami nak ambil keesokan harinya..Nak menyusuri Sungai Mekong hajatnya! Kebetulan Hajah pon bawa rombongan Che Kiah makan di sini. Meriah restoren tu dengan oghang Malaysia aje!


Kak Ni (yang tengah) ni datang dari Kelantan lagi..sangat suka menjaga kecantikan..tengoklah muka beliau..pakai TABITA youuuuuu..jangan memain tau..

Pelbagai pilihan menu yang ada di sini..tunjuk-tunjuk je bayar...Macam kami ni, ketua kumpulan yang pegang duit so setiapkali untuk makan dah memang ada budget siap-siap dah..so mari kita order sahaja...


teringin nak makan shrimp steamed in young coconut..tapi tak berpeluang order hak ni..takpelah..next time jelah:P


harga makanan kat sini aku rasa standard dah..kalau makan ramai-ramai lagi murah (kot)

Oleh kerana kami ni baru pertama kali datang ke sini, so kami serahkan tugas mengorder makanan pada Mama..so mari kita lihat apa yang kami makan;

ice lemon tea..kat sini air gula diberikan dalam bekas yang asing..so tambahlah sendiri nak manis tahap mana yaaa tuan-tuan fuan-fuan

ni jus kalamansi..tak sedap!


ini adalah tauhu goreng bercili (kot) rasanya agak tawar..biasa-biasa jer


ni kangkung belacan..mak aih..kangkungnya panjang-panjang..macam lembu dah aku rasa bila makan sayur ni:P


ni macam kerabu udang dengan umbuk kelapa..alaaa tak tahulah namanya apa..tapi rasa dia sedap juga, manis-manis masam gittewww


ini keropok (pada yang tak tahu)

kalau nak canggih, mama tu ajar kami makan macam ni..so kami semua pakat mengikut jelah ajaran mama tuuu


ni makanan tempatan orang Vietnam..sayur ape ntah..macam pucuk gitu, aku membayangkan rasanya pahit-pahit tapi tidaklah pahit tapi tetap aku tak boleh telan..huhuhu

eh eh udang lagi


ni nasi mak buyong, makan banyak tambah tenaga untuk berjalan nanti:P


ini pula popia berintikan udang (lagi) & ada bihun dalam tu..dimakan dengan sos pencicah kaler coklat..diorang cakap macam kuah petis tapi tak tahulah aku sebab aku tak boleh makan dah..

aku ambil ratah udang sajork...Korang perasan tak semua menu ada udang?? fresh-fresh lak tu udang-udangnya..Tapi adik ipar aku komplen juga, makan udang & sayur semata je ke?? Huhuhu tetibe jadi vegetarian sat:P

total bil adalah USD53.87 (x3.2) = RM172.38 bahagi dengan 6 jatuh dalam RM28.70/seorang..standard makan restoren mahal di Malaysia lah tewwwww


jalan sket jumpa Hotel Sheraton..oklah, sambung next entry..pas makan sesi berjalan pecahkan lemak pulaaaaa..& sesi shopping! bye!

4 ulasan:

Iela Fazielah berkata...

wah..gi vietnam....bestnyer.. gi ngan family or ngan kwn opis?? mkn udang je semua ea

Ernie Khairina berkata...

nampak sedap makanan tu..bestnya zaila, saya pun teringin nak g vietnam ni utk beli barang bisnes. bolehla kongsi2 ilmu ye

kasihredha berkata...

banyaknya menu
sedap2 nampaknya...
kenapa le x potong kecik2 kangkung tu dok..biar sene sikit nok make...hihi

jakun kejap tengok sayur hijau macam kuncup bunga tu :)

mummY daniSha berkata...

amboi kak.....seronoknye berjalan eh hehee...mas dah pergi repot kad tu...teacher kata danisha okla cuma senang hilang tumpuan heeee...kene latih die bg lebih fokusla pasni huhu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^