Thursday, 13 August 2015

Aku Mahu Jadi Ibu Yang Hebat

Aku seorang anak, dan seorang ibu.
Aku simpan cita-cita yang tinggi untuk menjadi seorang anak yang hebat pada ibubapa aku, dan sekarang aku mahu menjadi seorang ibu yang hebat buat anak-anak aku.

Kehidupan diperantuan amat terasing bila disitu aku tidak punya saudara mara atau kenalan. Kalu ada pun kenalan di negeri itu semua kenalan sudah berhijrah.Keran berkahwin atau tuntutan kerja.

Semua benda nampak terasing bagi aku,tapi bukan bagi anak-anak yang belum tahu erti perantauan. Semua indah pada mereka,janji mereka ada mama dan papa, dunia ibarat syurga bagi mereka.

Petang ni aktiviti aku bersama anak adalah ke pantai Tanjung Balau. Jarak dari rumah dalam 20minit berkerete. Alhamdulillah anak-anak bagi kerja sama yang baik sepanjang perjalanan.
Sampai je di pantai mereka berdua menolong aku dengan membawa barang yang ringan iaitu mainan mereka.Aku bekalkan mereka dengan cekodok,kerepek dan ikan celup tepung. Alhamdulillah semua habis di makan sambil main pasir.

Aku gembira walaupun berkelah cuma bertiga.Suka bila tengok mereka menjerit kegembiraan dapat keluar bebas bermain pasir.

Hari hampir petang kami berkemas untuk balik,sekali lagi mereka memberi kerjasama yang baik,apabila di ajak balik mereka bersetuju,tanda mereka puas bermain.Tak ada yang protes tak mau balik hehe.

Agaknya penat berkejaran mereka berdua terlelap dalam perjalanan balik sehinggala samapi.
Itula aktiviti kami bertiga. Mama mahu jadi hebat buat kamu anakku. Walaupun tidak pada orang lain.

No comments:

Post a Comment