Bismillah...
Saja nak update pengalaman yang lepas. Biarpun PRU dah lepas.
Sekali-sekala mengimbau masa silam (masa silam la sangat) dan mengenang memori lalu.
:P
Episod flashmob.
Dua hari ber flashmob di sekitar bandar kuantan bersama suami dan sahabat-sahabat lain. Buat pertama kalinya berpanas di tengah traffic light sambil memegang bendera di sekitar bandar kuantan. Peluh mencurah-curah, bahang matahari memang terasa. Tapi puas hati bila melihat bendera berkibar & orang yang lalu-lalang memberi sokongan sambil membunyikan hon kereta.
Bukan setakat kereta, driver lori & bas turut membunyikan hon tanda setuju, tanda sokongan, penumpang-penumpang juga buat "thumbs up" untuk kami. Ada seorang makcik yang menghulurkan air dalam botol besar. Masa tu traffic light dah hijau, kereta dah nak bergerak, mukanya begitu bersungguh-sungguh mahu kami mengambil air tersebut, sambil menghulurkan melalui cermin kereta.
Pengalaman berharga! Dan semoga usaha yang kecil dan sedikit ini ada nilainya di sisi Allah. Bukan hanya di kuantan, bahkan di seluruh negara flashmob diadakan. Tanda anak muda dan rakyat mahukan perubahan.
Kali pertama mengundi.
Encik zauj mengundi di Jengka, saya di Pasir Pekan. Berpisah seketika demi sebuah kewajipan dan tanggungjawab. :)
Encik zauj mengundi di Jengka, saya di Pasir Pekan. Berpisah seketika demi sebuah kewajipan dan tanggungjawab. :)
Saya ke tempat pengundian dengan adik, naik motor. Kira-kira setengah jam beratur. Dalam hati agak risau kalau-kalau perlu buka niqab. Encik zauj juga ada bertanya, kalau perlu buka untuk pengecaman, bukalah. Tapi saya berharap sangat tak perlu buka, melainkan petugas di situ dan orang-orang di sekitar situ perempuan sahaja.
Sewaktu melangkah masuk, berdebar pun ada. Tangan ni rasa macam dah menggigil. Macam nak kawen pulak nervous nya. :P Alhamdulillah tak perlu buka niqab, dan langsung tidak ditanya apa-apa. Saya seorang yang berniqab, full hitam, sebab lupa bawa balik tudung dengan purdah biasa yang berwarna cerah. Sebelum pangkah, "Bismillah...Ya Allah, menangkanlah Islam..."
Keputusan PRU.
Saya lebih suka memerhati secara online berbanding menanti keputusan di kaca TV. Sehari selepas pilihanraya, awal pagi sudah online.
Rata-rata masih lagi meng update tentang keputusan PRU. Masing-masing dengan komen dan ulasan tersendiri, dengan gaya bahasa yang tersendiri. Bukan sedikit yang tidak berpuas hati. Rakyat mampu dan tahu menilai sendiri. Apa pun yang berlaku, ingatlah kita ada Allah. Dia yang akan menghakimi segalanya di akhirat kelak.
1 comment:
Alhamdulillah, pengalaman pertama ana mengundi juga agak mendebarkan.. bilamana ana terfikir adakah ana perlu membuka niqab, tp Alhamdulillah dr awal proses penyemakan ic hingga proses mengundi ana tida perlu menanggalkan niqab..Alhamdulillah
Post a Comment