Bismillah...
Alhamdulillah masih punya kesempatan dan ruang waktu untuk ke majlis-majlis ilmu selepas berkahwin. Jujurnya, saya merindukan majlis-majlis ilmu dan program-program ilmiah sewaktu berada di UIA Gombak. UIA Gombak sangat 'meriah' dengan pelbagai program yang tak pernah putus.
Selepas berkahwin, tinggal di Kuantan bersama suami. Adakalanya, saya ke program di UIA Kuantan. Walaupun tidaklah se'meriah' dan se rancak program di UIA Gombak, tapi alhamdulillah masih ada. Sekurang-kurangnya dapat mengisi kekosongan jiwa. :)
Januari yang lalu, saya ke k-fiqh wanita dan Islam, bertempat di Serdang. Saya lah yang semangat dan beria2 mengajak suami. Siap tolong bayarkan yuran (online) lagi. Program dua hari, dari pagi sampai petang. Kami menumpang di rumah ibu saudara suami di Bangi.
Awal februari ada ceramah Ustaz Azhar Idrus di stadium kuantan. Ribuan manusia membanjiri majlis ilmu di stadium. Bersesak-sesak. Nasib baik dekat dengan rumah, tempat parking pun penuh. Kami parking jauh sikit dari tempat ceramah, berjalan kaki ke sana.
Baru-baru ni ada beberapa siri ceramah dan forum di UIA Kuantan sempena CAMPRO (Campus Da'wah Project), juga ada IIUM Kuantan Berselawat, dan program anjuran mahallah. Sangat mahu update, cerita dan berkongsi satu persatu tentang pengisian di sana, tapi...err, mood menulis turun naik? ~~"
Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi tak semua tempat program yang saya pergi, saya ambil gambar. Ada yang cuma duduk dengar. Tak sempat dan tak terfikir nak ambil gambar. Khusyuk sangat mendengar la tu. ;)
Jiwa kita memang sentiasa perlu diisi, dengan pengisian yang bermanfaat, dengan menghadiri majlis-majlis ilmu. Raudhah min raudhatil jannah. Salah satu dari taman-taman syurga. Seronok kan? Lagi-lagi bila berteman, bonus lah kat situ. Sebab si dia pun sefikrah, sehaluan, dan senang untuk diajak ke program sebegini. Kadang-kadang, suami yang maklumkan dan ajak saya ke sebarang ceramah atau kuliyah. Ingat dating tu kat taman bunga dan tepi pantai je ke? :P
Pesan pada diri, jom semarakkan budaya cintakan ulama' dan ilmu. :)
No comments:
Post a Comment