Bismillah…
Sebenarnya dah lama terfikir untuk buat contest atau
peraduan. Tapi tak tau nak buat peraduan apa. Asalnya, nak buat pertandingan design
cover photo untuk Sufy Solehah Collection. Kebanyakan page memang buat contest
begini. Tapi, encik zauj dah buat lukisan untuk cover page, dan saya sangat
suka serta puas hati dengan hasilnya, jadi tak perlu lah buat contest lagi.
Tapi, rasa macam nak buat jugak. :P Bukan seorang dua
pelanggan yang membeli tudung labuh adalah seorang yang bertudung labuh atau
berpurdah. Ada yang baru berhijrah, ada yang baru berjinak-jinak dan mahu mencuba, ada yang
mahu kembali bertudung labuh. Tapi, tak semua mampu beli dan tak semua pandai
jahit sendiri.
Jadi, pihak kami mengambil inisiatif untuk menghadiahkan
tudung labuh secara PERCUMA kepada anda yang bertuah. Mahu tahu bagaimana? Jom
baca syarat-sayarat di bawah. :)
Syarat-syarat penyertaan:
1) Baca bismillah, niatkan kerana Allah.
3) Ceritakan PENGALAMAN bagaimana anda boleh bertudung
labuh , atau kenapa anda ingin bertudung labuh (bagi yang baru berjinak-jinak untuk bertudung labuh).
*TAMBAHAN: Bagi yang berPURDAH, juga boleh ceritakan
pengalaman anda. Insyaallah pemenang yang bertuah akan mendapat satu set tudung
labuh+purdah.
4) Karya anda mestilah ASLI dan bukan COPY PASTE. Penggunaan dialog
atau monolog adalah digalakkan. Contoh boleh refer
kisah ini.
5) Sila gunakan kreativiti anda dalam menghuraikan
cerita. Boleh juga disertakan tips/panduan/inspirasi/motivasi/kesedaran/galakan untuk menutup aurat dengan sempurna.
6) Gunakan EJAAN PENUH dan bukan bahasa SMS.
7) Tarikh penyertaan bermula pada 11 Mei 2013 dan
berakhir pada 31 Mei 2013.
8) Setiap orang layak menghantar SATU penyertaan
sahaja.
9) Hantarkan penyertaan anda ke inbox page Sufy
Solehah Collection dan sertakan link blog untuk entri ini (jika anda mempunyai blog).
10) Pemenang akan diumumkan di blog dan wall page
Sufy Solehah Collection.
Pihak
kami masih belum memutuskan berapa orang pemenang bertuah yang akan
dipilih. Jika ramai dan mendapat sambutan, insyaallah beberapa orang
pemenang akan dipilih berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Tiada had khusus untuk jumlah perkataan, tapi janganlah buat novel pula
ye! :D
~Semoga anda terpilih untuk
menjadi pemenang yang bertuah!~
No comments:
Post a Comment