.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Rabu, 23 Januari 2013

I'm in Love












[ 9 Rabi'ul Awwal 1434 H ]

Kita mengaku kita cintakannya
Tetapi kurang pada pembuktiannya
Kalau kita mengaku di bibir
Tapi tiada pada tingkah
Apa tujuan kita sebenarnya?

Kita mengaku rindukannya
Tapi tiada pada rintihnya
Tiada derai air mata
Tiada esak suara
Pagi bersilih malam sepi tanpa salawat
Aduh, malulah wahai diri 
(..Sollu 'alannabiy..)

Kita tahu tapi tiada mahu
Tahu mimpikannya itu amat indah tapi kurang pada mahunya
Tahu sunnahnya itu mulia tapi kurang pada mahu ambil tahu
Tahu susah payahnya baginda utk kebahagian ummatnya, tapi kurang pada mahu meneruskan jalan jerih perih baginda

Arakian,
Menemui tanggal 12 Rabi'ul Awwal 1434 H jadikanlah ia titik perubahan
Menyusuli jalan kekasih Allah, ya...kekasih Allah..
Jadikan detik dunia cara melempias cinta Allah & cinta Rasul,
Supaya di "sana" kan melihat akan keagungan keduanya.

Mendambakan cintaMu&cintamu ya Rasulullah,
Mahirah A Rashid
Isnin / 9 Rabi'ul Awwal 1434 H


Tiada ulasan: