Followers

Saturday, January 2, 2010

"Di ambang tahun baru"

Saya menjengah ke blog-blog yang ada, tidak sedikit yang membicarakan tentang tahun baru, azam baru, diari  hidup sepanjang 2009 yang telah berlalu, muhasabah, dan sebagainya.

Semoga azam baru bukan sekadar azam, tetapi disertai dengan tekad dan semangat ke arah pelaksanaannya, disertai dengan usaha untuk mencapainya. Muhasabah bukan sekadar merenung dan menyesali, tetapi berusaha untuk mengubah diri menjadi lebih baik.

Selamat tahun baru hijrah (walaupun dah setengah bulan berlalu) dan selamat tahun baru masihi untuk semua.

Aktiviti XPDC dakwah malam tahun baru...
-31 Dis 2007: KLCC
-31 Dis 2008: Taman Tasik Titiwangsa
-31 Dis 2009: Dataran Merdeka

Pengalaman yang saya lalui, mencipta seribu satu pengalaman, memberi seribu satu pengajaran.
Juga belajar tentang kehidupan, realiti masyarakat sekarang. Apakah peranan kita sebagai mahasiswa, sebagai anak muda, sebagai da'ie? Sama-sama kita fikirkan.

No comments: