Saya diamanahkan untuk mengendalikan bengkel adik-adik team A (13-15 tahun). Nama kumpulan kami “Rabi’atul Adawiyah”, kesemua nama-nama kumpulan diberi berdasarkan nama-nama srikandi islam seperti nailah al-farafishah, nusaibah, Fatimah az-zahra, dan lain-lain. Team B pulak, kategori adik-adik yang berusia 16-18 tahun. Alhamdulillah adik-adik memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang teen circle bersama fasilitator, walaupun mereka dah exhausted dan mengantuk disebabkan terlalu banyak aktiviti outdoor. (Memang sangat banyak pun) Jadi, boleh kata sepanjang masa pakai sport attire je, dengan sport shoes sekali.
Antara slot dan pengisian dalam program ini ialah sesi Simpulan Kasih, ICE Breaking (Peserta brsama AJK & facilitator), penyediaan ruangan tazkirah 3 hari 2 malam dengan pengisian “Scan Hati & Toup Iman”, “Activate Amal & Reload Taqwa”, “Cita vs Cinta”, Pemantapan Kendiri dengan ”Modul Iman Inside”, “I Love ISLAM”, “Impak Muslimah (Muslimah Power)”, “Explorasi Minda”, “Connecting Ummah”, “Di mana bumi kupijak, di situ Islam kujunjung “ dan pelbagai modul yang sememangnya best. Nak cerita satu-satu memang panjang.
Saya ke sana memang takde kawan pun, Cuma kenal aqilah dan amirah je, sahabat dari uitm. Itu pun baru kenal tak sampai sebulan, masa pergi program baktisiswa awal bulan hari tu. Seronok dapat ramai sahabat-sahabat baru di kalangan fasi dari pelbagai kampus dan juga kakak-kakak yang dah berkerjaya. Alhamdulillah masing-masing tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri. Kami juga ada briefing dan taaruf ringkas sebelum memulakan aktiviti.
Memang penat, letih, mencabar, tapi sangat seronok. Banyak yang saya belajar walaupun ke sana sebagai fasi bukan peserta. Tak nak tulis panjang-panjang, walaupun banyak sangat yang nak dikongsi sebenarnya. Syabas dan tahniah untuk urusetia dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Moga segala penat lelah kita dinilai sebagai ibadah di sisi Allah.
Untuk sahabt-sahabat fasilitator, antunna semua memang best! Love You all lillahi ta’ala. (^_~)
p/s: boleh rujuk blog k.su, lagi banyak gambar. & blog nisa'selangor.
3 comments:
salam..kak ji sy dtg lg..hehe..em lama x jadi fasi tok program nisa'..huhu..rindu pulak..=)
salam dik
cantik gambar2..rindu bangat bila tngok gambar2.. apa2pun, doakan mga kita smua thabat..
*nisa' yg baik adalah untuk arrijal yg soleh:)
salam dik
rindu bangat bila lihat gmbar2 ni..
doakan mga kita smua mmpu thabat dalam perjuangan, cukup berat ujian, tp itulah ketentuan.
salam sayang buat semua.
k.yue sayang jie fillah:)
Post a Comment