Followers

Sunday, January 3, 2010

"Hijab Memelihara Kesucian Wanita Muslimah"


Masyarakat tidak bermoral pada hari ini, khususnya para pengikut dan penganjur kebudayaan barat, telah berusaha untuk mengembalikan zaman jahiliyah pada zaman ini. Mereka berusaha mereka pelbagai fesyen pakaian wanita yang terkeluar daripada landasan yang disyariatkan oleh Islam sehingga merangsangkan nafsu syahwat kaum lelaki. Kesan daripada fenomena ini maka tersebar wabak fahsya' dan mungkar sehingga tidak dapat dibendung lagi.

Islam adalah contoh agama yang terbaik untuk menjaga kesucian dan memelihara moral masyarakat, dengan cara melarang pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram. Kesan daripada pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram cenderung kepada godaan syaitan dan fitnah yang besar, terbukti pada masa masyarakat jahiliyah terdahulu dan masyarakat jahiliyah sekarang. Justeru itu Allah s.w.t telah berfirman di dalam Al-Qur'an secara khusus agar para wanita memakai hijab, tidak bertabarruj, tidak mendedahkan aurat dan tetap tinggal di rumah.

Purdah atau hijab pada masa kini dipakai oleh sebahagian wanita muslimah, sebenarnya berfungsi sebagai jilbab sebagaimana kebiasaan wanita-wanita muslimah yang suci sejak zaman permulaan Islam. Namun ketentuan ini telah ditinggalkan oleh orang-orang yang telah dipengaruhi oleh pemikiran Barat. Untuk mencapai maksud tersebut, mereka (kaum orientalis) menterjemahkan Al-Qur'an dan Hadith menurut hawa nafsu mereka sendiri. Dengan demikian mereka menyesatkan diri mereka sendiri dan membawa orang lain kepada kesesatan.

Buku "Hijab Memelihara Kesucian Wanita Muslimah" ini mengupas hakikat kebenaran ayat-ayat Al-Qur'an dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Yang berkaitan dengan hal tersebut dengan mengemukakan pendapat dari beberapa ahli tafsir salafus soleh terkemuka, agar kita terhindar daripada tersalah faham dan terikut dengan pemikiran kaum orientalis yang menyesatkan.

sufygirl: salah satu koleksi buku yang dibeli semasa international bookfair di pwtc april tahun lepas.

No comments: