Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Saturday, March 26, 2011

Roti Putih Madu Harum Vanila


Dah lama dah buat roti ni, baru berpeluang masukkan kat blog. Sedap dan gebu roti ni. Terima kasih Ros@jintanmanis.com kerana sudi berkongsi resepi.


Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

- kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwish dan 1 acuan petak 18cm.

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)

  • 500gram tepung roti
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 3 sudu besar gula
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
  • 3 sudu besar shortening@lemak sayuran
  • 220ml air suam
  • 6gram yis ( ros guna jenama mauripan)
  • 4 sudu besar water roux
  • 1 sudu kecil garam
  • beberapa titik esen vanila

* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu




Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah. -sy uli pakai mixer, masukkan semua bahan dan uli hingga jadi doh. Kemudian terus ke langkah 3.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 2 bahagian, 1 bahagian di bahagi dua dan bulat-bulatkan setiap satu, masukakan dalam acuan sandwish loaf dan 1 bahagian lagi di bahagi pada 9 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, susun dalam acuan petak 18cm, Biarkan doh naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit ke 1 jam, gliss permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.




ikut suka masing2lah nak filling apa kat roti....kosong pun dah ok dah. yummm.

Wednesday, January 26, 2011

Roti Paun- Resepi Roti Paun Keluarga Diana

Assalamualikum. Dah sarapan ke? Kalau belum jom le sarapan...ada roti paun...org TRG panggil roti paung. Buat petang semalam....ada baki lagi sikit. Sungguh gebu dan sedap roti ini. Cicah teh atau kopi panas huhuhu...lagi sedap. Sekarang mood meroti tangah membara....rasa cam hari2 nak buat roti...tapi karang susah pulak badan pun naik dipam pam...Resepi dr Koleksi Resepi Pilihan Diana. Thanks ye berkongsi resepi.


inilah hasilnya...



Sumber
: Koleksi Resepi Pilihan Diana

Bahan-bahannya
(dpt 18 biji....bergantung pd saiz )
  • 6 cawan tepung gandum - guna tepung roti
  • 1 ¾ cawan susu cair/ susu segar
  • ¾ cawan gula halus
  • 1 paket (11 gm) yis
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan mentega, dicairkan - pakai marjerin je...
  • sedikit pewarna kuning - sy tak letak

Cara-caranya
1. Campurkan susu cair/ susu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.
2. Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.
3. Masukkan tepung kedalam bread machine dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati. - sy pakai mixer
4. Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.
5. Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat.(sy buat doh dlm 60 gm je)
6. Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.
7. Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 – 170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.
8. Keluarkan roti dari ketuhar sewaktu ia panas sapukan lagi dengan mentega. Sedia untuk dihidang.


dah masak...dapat 22 biji...



ingat nak bg jiran tapi tak cukup...lain kalilah pulak. InsyaAllah.



Tuesday, January 25, 2011

Bun Nestum + Milo



Assalamualaikum...ni projek meroti hari Ahad kemarin. Tiba-tiba mood meroti datang setelah sekian lama menghilang. Resepi sebenarnya idea dr resepi Bun Oat Coklat Chip kepunyaan Ros @jintanmanis.com. Oat takde ganti dgn nestum...lagi pun memang nak habiskan nestum. Coklat chip takde jadi tak letaklah....

Bahan-bahanya ( Untuk Doh)

  • 350gram tepung roti
  • 40gram Oats segera ( ros guna jenama quaker oats plastic warna biru tu)- ganti nestum
  • 2 sudu besar water roux
  • 3 sudu besar milo ( dibancuh dengan 2 sudu besar air panas)
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula
  • sedikt coklat chip
  • 2 sudu kecil yis
  • 180 ml susu segar suam@ air suam

* untuk gliss*

  • 2 sudu besar susu segar +beberapa titik madu


*resepi water roux
,
ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air
cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)



Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh kecuali coklat chip dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh kecuali coklat chip di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Masukkan coklat chip dan uli sebentar, selepas itiu bahagi doh pada 14 bahagian kecil , dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat . Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan bancuah madu+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 18 ke 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutannya. Selamat Mencuba.



hasilnya roti lembut...mmmm sedapnya.
happy anak-anak dpt makan roti ibu dia hehehe...


Jemput singgah ke http://comelote75.blogspot.com/

ada update pin kerongsang baru...:)))







Friday, January 14, 2011

Roti Goreng

Assalamualaikum. Semalam saya diuji dengan sakit kepala yg berdenyut-denyut, mirgrain lg kot. Mula dr tengah malam lagi...sudahnya banyak kerja tertangguh dan makan nasi bungkus je masa lunch hehehe. Alhamdulillah belah petang tu dah ok sikit lepas makan ubat dan tidur. Allah SWT uji kita dengan sakit supaya kita bersyukur denga nikmat sihat...kan?

Sebelah petang tu sempatlah masak roti goreng ni untuk minum petang dan ketam masak lada hitam untuk dinner(nanti sy letak resepi kemudian). Resepi roti goreng dr FP Kak Rinn. Terima kasih Kak Rinn berkongsi resepi ye....





Roti Goreng

Sumber: Kak Rinn@rinnchan.fotopage

Bahan-bahan:

  • Beberapa keping roti, dipotong 4
  • 3 senduk tepung gandum
  • 2 biji telur
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak utk menggoreng
  • 1 labu bawang besar - cincang halus - sy tambah.

Cara-cara :
1. Bancuh tepung dengan semua bahan2 lain kecuali roti.
*Jika suka boleh juga dimasukkan hirisan bawang besar.
2. Kacau hingga sebati.
3. Panaskan minyak utk menggoreng.
4. Celupkan roti ke dalam bancuhan tepung dan goreng seperti biasa hingga kekuningan.
5. Sedap dimakan bersama sos cili.



rasa macamjemput-jemput/cucur pun ada...sedap! lagi sedap cicah bila dengan sos.


Thursday, December 30, 2010

Roti Goreng Sosej

Resepi dicuba sebelum cuti-cuti hari tu...sesuai untuk sarapan dan minum petang. Saya masak untuk minum petang....bawa bekal berkelah kat tepi tasik UTP...-:)

Sumber:Resepi Citarasawan

Bahan-bahan
  • 6 keping roti sandwich
  • 6 batang sosej
  • 2 biji telur (asingkan 1 putih telur) - dipukul
  • Breadcrumbs (serbuk roti) secukupnya
  • Minyak untuk goreng terendam

Cara-cara :
1. Gelek roti dengan pengelek hingga nipis.
2. Celup sosej ke dalam putih telur, letakkan diatas roti, kemudian gulung kemas. Gamkan tepi roti dengan telur putih supaya tidak terbuka. Buat hingga habis.
3. Kemudian celupkan ke dalam kuning telur dan golekkan ke atas serbuk roti.
4. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keperangan.
5. Hidang dengan sos cili atau mayonis.


Monday, December 6, 2010

Egg In Toast

Menu sarapan kami pagi ni. Egg in toast, sosej dan red bean. Jom sarapan!



Ramai dah yg buat egg in toast ni. Bahan2nya pun mudah. Buat pun senang.
Klik---->Cik Mat Gebu, Kak Nor, Leen, Mama Fami
Resepi kat bawah sy ambil dr Dapur Cik Mat Gebu. Boleh tengok step2nya kat sana ye. Terima kasih berkongsi resepi!

Bahan-bahan:
  • Roti sandwich secukupnya - 1 set = 2 keping roti
  • Telur gred "C" secukupnya - 1 set = 1 biji telur (sy guna gred B)
  • Mentega secukupnya
  • Serbuk lada hitam
  • Keju jika suka - sy tak letak
  • Cookie cutter saiz besar
Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, ambil satu set roti (2 keping). Satu keping, diterap dengan cookie cutter dan sapu sedikit mentega. Pada kepingan satu lagi, disapu juga dengan mentega dan tabur serbuk lada hitam. Letak roti yang berlubang diatasnya, tekan2 sedikit supaya lekat. Buat hingga habis.
  2. Pecahkan satu biji telur dalam satu bekas. Kemudian tuang perlahan2 dalam lubang tadi.(sy terus pecahkan ke dalam lubang perlahan2) . Buat sama untuk yang lain. Tambah sedikit hirisan keju jika suka.. Tambah sedikit hirisan keju jika suka.
  3. Bakar dalam oven semalam 15 - 20 minit atau sehingga permukaan telur kelihatan 1/2 masak. Kemudian keluarkan dan boleh hidangkan sebagai sarapan. Tabur sedikit lagi serbuk lada hitam jika suka...


Friday, November 12, 2010

Nugget Ayam


Untuk dinner anak-anak semalam. Dia orang memang suka nugget...makan tu pun dah cukup . Bahan-bahan pun main agak2 je...Alhamdulillah licin. Sesiapa yg nak cuba bolehlah klik SINI ada bebrp resepi nugget. Boleh ubah ikut selera masing2...kan?

Bahan-bahan:(A)
  • isi ayam yg dikisar
  • breadcrumbs
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa


Untuk Salutan/'coating'
  • telur secukupnya - dipukul sedikit
  • breadcrumbs

Cara-cara:
  1. Gaul sebati bahan-bahan (A)-isi ayam breadcrumbs, serbuk lada sulah dan garam
  2. Kemudian bentukkan adunan ikut bentuk yg disukai sehingga habis.
  3. Celup nugget ke dlm telur dan lepas itu digolek kedlm breadcrumbs. Ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri breadcrums supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal.
  4. Goreng dgn api perlahan sehingga kekuningan
  5. Sedia untuk dimakan dengan sos kegemaran.




Ni pulak sarapan kami hari ni. Smooked chicken n egg burger/ sandwich. Dua ni untuk sy n hubby. Untukk anak2 takde sayur...sbb kalau letak pun diaorg kutip letak tepi juga....



Tuesday, October 5, 2010

Roti Sardin

Sarapan kami hari ni....setelah sekian lama tak masak untuk sarapan. Asyik beli je... tak pun makan roti je ...Resepi asal dari Kak Nor tapi saya celuk kat dapur Kak Mimi. Terima kasih berkongsi resepi. Saya copy paste ye...


ROTI SARDIN
  • 10 bj bun burger
  • 1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
  • 1 labu bawang besar ~ didadukan
  • 1 bj cili merah ~ dicincang ( mcm biasa sy tak letak ni...demi anak2 hehehe...)
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 2 bj telur
  • minyak

Untuk Inti:
  1. Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
  2. Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
  3. Padamkan api dan kacau hingga sebati.
  4. Ketepikan.

Cara2
  1. Potong dua bun burger.
  2. Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
  3. Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
  4. Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
  5. Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
  6. Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
  7. Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
  8. Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
  9. Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..


Monday, July 5, 2010

Baked Sandwich

Sarapan kami pagi ni...berselera anak-anak saya makan....ala2 pizza juga rasanya... Pernah postkan resepi kat sini dulu, tapi intinya guna ikan mackerel. Boleh klik SINI. Resepi asalanya dulu saya ambil dari Fp Kak Rinn Chan. Terima Kasih.



Antara bahan-bahan untuk inti kali ni ialah,
  • bawang besar - dicincang
  • bawang putih - dicincang
  • sos spaghetti
  • isi ayam - dicincang
  • cendawan butang (dlm tin) - dipotong halus
  • telur
  • Garam & serbuk pati ayam
  • Cheese secukupnya

untuk cara-cara membuatnya dan pilihan inti boleh klik SINI dan SINI dan SINI juga.




Kat bawah ni pulak saje nak kongsi gambar lempeng. Dinner untuk anak-anak sabtu hari tu. Iman suka sangat lempeng, kalau waktu sahur hari-hari mintak masakkan lempeng ...Diaorang makan dengan gula je pun....senang kenja ibu dia hehehe...


Friday, September 11, 2009

Menu 20 Ramadhan dan Persiapan nak balik

Burger Ayam

Mula2 plan nak buat burger ni utk berbuka, disamping makan nasi tapi hubby ckp tak payahlah takut tak termakan pulak sbb dia ada beli donat. Jadinya burger pagi ni baru buat burger ayam tu utk lunch box anak2. Roti tu dah buat semalam. Resepi dr toke roti kat Jepun yg sedang berada di tanahair sbb bali raya, Ros...syoknya dia.... Tq, ros. Untuk daging tu sy cuma gaulkan ayam mince, serbuk roti, bawang putih, garam dan telur serta lada hitam.



Bahan-bahannya

250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) - ('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)


Cara-caranya
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.

2) Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.

3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti mengikut kehendak masing-masing. ros bahagi doh tadi pada 3 bahagian , kemudian ros buat bentuk bulat dan lonjong kecil, pastu letak sosej dan bentuk kan bentuk bunga. letak mix vege, dan paipkan mayonis dan sos cili maggi.

4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega dan disalut dengan sedikit tepung. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

5) Panaskan ketuhar pada suhu 180 degree C. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan ros tabur bijan di atas doh roti sosej mini dan roti burger , akhir sekali bakar selama 15 ke 18 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair. Selamt Mencuba kawan-kawan.

- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.




Jadinya, semalam menu berbuka adalah nasi putih dgn lauk kurma ayam je...


ditambah donat yg hubby beli...kebetulan tengah murah sangat2....


Persiapan nak balik-Corelle

Ni pulak bukanlah menu semalam hihihi..tapi ni antara barang yg disenarai untuk bawa balik ke tanahair tercinta. Tengah ada sale kat sini. Kesian my hubby sampai2 je rumah saya terus suruh pergi beli sbb masa ambil anak kat sekolah kawan cakap baik pergi cepat sebab kawan dia dah pergi beli 9 kotak...huhuhu kenalah cepat kan, nanti habis... Terima kasihlah abg ye...ni yg buat sayang lebih ni hihihi... Corak tu pilihan my hubbylah sbb saya tak ikut...nak siapkan menu berbuka.
Harga dia untuk satu set $75. Bagi yg bulat biasa dalam $43. Ada beberapa barang dalam list yg perlu dibeli....tunggu sale hihihi....





Wednesday, August 12, 2009

Roti telur dan masak2 waktu tak sihat hari tu....

Sarapan hari ni...roti telur berkeju dan roti telur sardin. Simple. Nak resepi boleh klik SINI. Thanks Hana berkongsi resepi....



Saje nak kongsi apa yang kami masak masa kami sekeluarga tak sihat hari tu...inilah antaranya. Layan je lah gambar ni...


sup ayam...makan dengan bubur nasi...





sup ikan bilis dengan fishball... ada yg makan dgn nasi bubur...ada yag makan dgn kue tiaw...


ni dia, sup ikan bilis dan kue tiaw...

roti telur pun pernah buat gak...

yang paling kerap makan segera macam ni hihihi...masa sakit tu barulah kami tahu sekarang ni dah banyak makanan segera yg halal ada kat pasaraya. Kalau dulu kena pergi kedai daging halalbaru blh beli nugget ayam atau burger tapi sekarang dah tahu ada kat pasaraya...senanglah kalau terdesak. Kedai daging jauh sikit...kat city sana.

Tapi bila sakit bukan makan sangat pun...takde selera...kan? Tapi masa tulah terasa rindu sgt kat M'sia. Kalau sakit2 mcm tu tak yah nak kuatkan diri nak masak2...blh beli je...sedih sungguh....sabar jelah....