Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

Macaron dan Coklat

Assalamualaikum. Waduh....dah lama tak update blog. Apa sudah jadi? Takde apa-apa. Cuma mungkin sebab mood takde kot. Apa-apa pun, terima kasih kepada yang masih sudi singgah.
Hari ni nak bercerita sikit pasal macaron dan coklat. Buat sendiri ke? Oh! tidak. Semuanya di order online. Mudahnya zaman sekarang ye, nak shopping pun pakai jari je...klik sana...klik sini...



Duk baca cerita kawan-kawan pasal macaron, teruja sungguh nak merasa. Lagi-lagi tengok warnanya yg colourful, perasa pula yg macam-macam. Terliur sungguh. Nak membuatnya renyah, maka saya pun orderlah dari kawan kita yg dah jadi tokey macaron sekarang ni cikmin.

Tu dia macaron yg diorder, sampai dalam masa 2 hari je. cikmin pos Khamis petang, Jumaat petang sampai. Dalam keadaan baik, cuma retak sikit-sikit je. Adatlah...kan. Pakai pos. terima kaish ye cikmin...


Semuanya sedap-sedap tapi manis. Sekali makan saya takleh nak makan banyak-banyak...sekeping .Saya suka yg hijau, Ismail pulak yg kuning.
Kata cikmin, lagi sedap sebelum makan letak kat petiais, nak makan baru keluarkan dan tunggu 10 minit. Minum pulak black coffee....


Sesiapa yg turut tergoda atau yg nak merasa macamana rasa macaron ni boleh ke blog cikmin untuk order. Pilihlah apa perasa yang nak. Macam-macam ada. Harga pun berpatutan. Servis pun bagus.



**************************************************




Coklat ni pula saya order dari Semaniz Chocolate. Khas untuk my hubby yg baru dapat berita gembira mengenai tesis PHDnya. Boleh baca kisahnya di sini.


Coklat dihantar by hand ke ofis my hubby. Terkejut my hubby. Siapalah hantar coklat 'love' kat dia...hehehe. Sedap coklatnya. Bila buat balik rumah, licin dikerjakan anak2.-:)

Sesiapa berminat nak order coklat, terutama yg berda di Tronoh, Seri Iskandar dan sekitarnya boleh ke blog Semaniz Chocolate ni. Macam-macam bentuk dan warna coklat ada.


Monday, January 10, 2011

Makan-makan: Sri Anjung Ikan Bakar Teluk Kumbar.

Sabtu 8/1 kami ke Penang...ikut my hubby ada buat show bersama Space Gambus Experiment kat pembukaan "Passage to the Future: Art from a New Generation from Japan" Exhibition. Sebelah malam tu kami di bawa oleh kawan kami masa Adelaide dulu, Sara/Halim makan kat Sri Anjung Ikan Bakar kat Telur Kumbar...jauh juga.... Tapi berbaloi. Katanya tempat ni memang terkenal. Ikan Bakar dia memang sedap. Patut pun glamer.

ikan bakaq....dan antara menu lain yg diorder, sotong goreng tepung, telur dadar, kailan dan tom yam. menyandar kekenyangan....Alhamdulillah.

.Terima kasih kepada 'tuan rumah'....Sara/Halim.

budak-budak ni kenyang minum air je...mak dan ayah diaorg yg berselera makan...hehehe

Nak tengok antara menu-menu yg ada kat restoran Sri Anjung Ikan Bakar tu boleh klik SINI




Ni pula pau wholemeal yg dibeli kat R&R Gunung Semanggol ke Selatan. Sedap! Gebu dan lembut.


my hubby suka sangat...

Tuesday, November 23, 2010

Makan di TKK

TKK = Taman Kanak Kanak, satu food court yg terkenal kat Ipoh. Selalunya orang Ipoh mesti tahu punya. kalau tak tahu tak blh jadi orang Ipoh (ye ke?). Makanan kat sana pun boleh tahan sedap dan terkenal. Dulu2 sebelum ke Adelaide hampir setiap minggu kami makan kat sana. Cukup suka, sup ayam mamaknya (sup darus)....sayatynya pun sedap. Satay Endut rasanya.
Hari tu kami makan kat sana. Anak-anak , biasalah protes... sebab keadaannya tak berapa selesa...ye lah gerai...bukan restoran. Mengeluh aje diaorg. Kalau ikut diaorg, diaorg lg suka makan kat Mc Donald, KFC atau Pizza Hut. Tapi jemulah asyik ikut selera diaorg je...kan?
Sampai kat sana terus kami menuju gerai feveret kami...hubby dah awal cakap nak makan sup. Bila kami duduk je, kakak dari satu gerai tu datang nak ambik order dan tanya kami, lama tak nampak....ke mana? Terharu juga dalam ramai-ramai pelanggan, kakak tu masih ingat kami. Memang dulu2 selalu je makan kat situ. Atau nampak sangat kami ni pengujung setia TKK hehehe...
Jom jamu mata tengok apa yg kami makan malam tu...


unutk hubby dan saya....nasi goreng dan sup ayam. Sedap betul sup ni...



Nasi ayam dan satay untuk anak2. Gambar satay tak sempat ambik hehehe...


Alahai Isa...banyak juga dia makan satay....


Sumaiyyah tergaru2...gatal sebab panas dan berpeluh ...hehehe...