Showing posts with label Lain2. Show all posts
Showing posts with label Lain2. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Alhamdulillah.

Assalamualaikum. Dah berabuk ‘dapur’ ni. Tak berkesempatan nak update blog untuk 2- 3 hari ni. Bukan sibuk sangat pun…Cuma sibuk sikit dengan belajar kereta untuk test JPJ semalam. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat kpd Allah SWT kerana dah permudahkan segala urusan hingga lulus test semalam. Lepas je test terus ringan kepala. Tension yg bebulan dah habis. Misi dah selesai. gambar dr google


Masa test semalam saya dapat nombor 4, sesi 1….kira antara yg awal. Mula-mula buat ujian bukit, lepas tu 3 penjuru (yg paling sy risau) dan akhirnya parking. Untuk 3 penjuru ni, sy paling risau sbb dalam latihan pun sy selalu tak menjadi. Tapi Allah punya kuasa, walau pun tak adalah elok sangat tapi sy lulus juga. Untuk ujian jalan raya pun syukur sangat-sangat dapat pegawai JPJ yg baik hati. Walaupun dia banyak bercerita itu ini tapi dengan keadaan santai gitu buat hilang rasa gemuruh saya. Dapatlah 17/20. Markah min lulus 16/20. Alhamdulillah.
Sepanjang belajar kereta ni macam-macam pengalam dapat,pahit, manis dan lucu pun ada. Maklumlah inilah kali pertama saya start enjin dan bawa kereta. Hubby saya memang tak bagi langsung bawa kereta dia dan tak nak ajar pun. Dia suruh belajar sampai pandai dan dapat lesen barulah boleh guna Grand Livina tu. Masa belajar macam-macam kesilapan saya pernah buat, tertekan minyak bila nak tekan breklah, mati enjin kat trafik lightlah dan macam-macam lagi. Cikgu yang ajar pula boleh tahan orangnya...cepat naik angin. Maklumlah dia dah tua. Tapi dia sebenarnya baik hati. Apa-apa pun semuanya dah selesai. Alhamdulillah.
Jumaat ni dapat lessen P. Hubby cakap lepas ni boleh saya hantar dan ambik anak kat sekolah dan dia pi kerja. Mmmmm boleh ke??? Malam tadi hubby dah bagi saya bawa Grand Livina tu sekejap ....huhuhu....slow giler saya bawa....kena banyak berlatih. saya ni memang jenis penakut...sebab tu baru sekarang baru ambil lesen.
Ada beberapa resepi yg sy try nak sy share kat sini....insyaAllah nanti ye...Hubby bawa laptop yg biasa guna ...so tinggal satu je laptop...kena take turn dgn anak-anak ..:)


Friday, August 20, 2010

Iklan....


Bermula 20/8/2010 sehingga 23/8/2010.
Hanya 4 hari.
CEPAT!!!!
Jangan lepaskan peluang ini....

KLIK banner ni



Tuesday, September 1, 2009

Ramadhan Giveaway dr Zu Art Collection.



Tengok barang kat atas ni...cantik tak??... cantik, kan?. Kalau rasa-rasa nak memilikinya boleh join Ramadhan Giveaway dr Zu Art Collection.
Senang je...ikut je syarat-syarat ni :


3 easy ways to win Ramadhan Giveaway:
  1. just leave your comment about this post .. and don't forget to leave ur blog name/email - dah
  2. Make a post about this giveaway in your blog and link back my blog -dah
  3. u may enter as many comment as u want... the last date of entry is on 22nd Sept 2009, and i'll annouce it on 25th Sept

apa lagi, jom kita mencuba...manalah tahu rezeki sempena Ramadhan ni....hihihi. Untuk keterangan lanjut boleh ke blog zu art collection....boleh tengok sekali barangan hasil kraftangan zuyg lain...cantik-cantik belaka.



Sunday, June 14, 2009

Nak Miliki Pouch Sling Percuma???

Hihihihihi...bukan saya yg nak bagi....
tapi kawan kita kat Big Eye Shop, Shais.


Kepada sesiapa yg ada baby atau bakal ada baby atau sesiapa sahaja yg berminat nak dpt hadiah pouch sling, Jom sertai peraduanBig Eyes Pouch Sling GIVEAWAY

Untuk keterangan lanjut klik http://bigeyesshop.blogspot.com/

p/s: kepada mak yung2..Hana, Farah, Sara... cuba2lah, mana satu rezeki hihihi



Thursday, January 22, 2009

Membuat pilihan....

Ni entry my hubby hari ni....
  1. Semalam gua meeting dengan supervisor. Meeting yang kritikal sebabnya sebelum ni kami dok prepare nak tulis untuk techical journal. Bahannya nampak macam untuk dua technical papers tapi tak decide lagi sebab masih dalam rangka. So the last week, gua prepare la dua paper tu. Satu sempat siap jadi draft lagi satu sempat jadi detailed structures. Lepas meeting sejam setengah dengan dua supervisors gua, depa decide boleh jadi 2 papers. Yeaaa... Satu tu definitely akan dihantar ke Journal of Constructional Steel Research. Ahhh... sudah...! yang pertama, supervisors gua kata ada lagi 3 journal papers kena prepare sampai gua habis nanti (Dec 2009 insyaAllah). Nampak memang best la, dapat produce banyak technical papers tapi preparation, Ya Allah!
  2. Ahhh... sudah...! yang kedua, mak mertua gua tak berapa sihat kat kampung. Orang belah wife gua dok tanya bila nak balik, bila nak balik... huhuhu...
  3. Ahhh... sudah...! yang ketiga, petang semalam gua dapat telepon dari tuan rumah. Beliau kata rumah nak kena roboh sebab nak bina rumah baru. So dia bagi masa 2 bulan untuk clear the house. (Sebenarnya tuan rumah gua ni baik, tapi maybe cara gua tulis ni nampak macam brutal... tapi sebenarnya tidak - so maafkan gua)
Gua mesorat dengan wife gua diatas ujian-ujian yang dihantar kepada kami ini. Dan kami pun more or less dah buat initial decision. Tapi kami akan bagi cooling off period untuk pikir dalam-dalam sebelum be firm on that decision... Doakan kami.




Itu sedikit gambaran keadaan kami sekarang...sedang pening membuat pilihan. Pilih yg itu...yg ini kena korbankan...Segalanya berlaku semalam Antara yg sedang kami fikir2kan...

1. Cari rumah biasanya kontrak setahun sedangkan kami nak duk hanya sampai bln 12(tak sampai 1 thn) so, bayaran muka( biasanya 1-1 1/2bln sewa) lesap mcm tu je...biasanya sewa sekarang AUD 1000 sebulan.

2. Cari rumah yg kontraknya 6 bulan je...payah nak jumpa ni...dan balik dalam bulan 8 atau 9. kalau hubby tak siap dia stay sorang2 kat sini(3-4 bln je)

3. Minta belas kasihan tuan rumah utk duk rumah ni sampai blh 4...dah cuti sekolah...dan saya n anak2 balik m'sia dulu. Hubby stay sampai habis study....


utk pilihan 2 dan 3...baiknya bila saya balik awal, boleh jaga mak yg tak berapa sihat tu dan hubby blh tumpu sepenuhnya pada study( tapi blh jadi sebaliknya kata my hubby hihihi)...tapi duk jauh dari hubby satu mujahadah besar bagi saya dan anak2... entahlah...tapi itulah 2 pilihan utama kami sekarang....
kalau kawan2 kat tempat saya macamana ek??...

Friday, July 25, 2008

Selamat Pengantin Baru

zwani.com myspace graphic comments

Selamat pegantin baru buat my sister.....semoga berbahagia ....


Malam tadi majlis akad nikah adik saya (k.ngah)...sedih juga coz tak dpt bersama diaorg. Bermakna mak dah dpt second menantu...dah bertambah ahli keluarga kami. Alhamdulillah semua berjln lancar.
Disamping berita gembira ada juga berita sedih dr kg...nenek tengah tak berapa sihat. Nikah adik dicepatkan pun atas kehendak dia. Dia rapat dengan family kami. Dia yg jaga masa bersalin ke empat2 org anak ni..malah dia dtg Adelaide masa bersalinkan Isa. Iman yg paling manja dengan dia...cicit sulunglah katakan. Harap nenek akan sihat semula. Lagi setahun kami balik..insyAllah.