Hari tu ada beli sotong...kecil je saiznya tapi try gak buat ketupat ni. Lebih elok kalau guna sotong besar. Ambil resepi drpd hanieliza fotopages. Tq k.liza. Hasilnya...oklah kot sebab anak2 berselera je makan walaupun first time makan. Saya pun dah lupa rasa ketupat sotong yg sedap. Kecil2 dulu je biasa makan. My hubby lagilah...tak pernah makan pun.
Bahan-bahannya:
1 kg sotong
400 gm beras pulut [dikukuskan dgn 400 gm santan cair]
5 cm halia(dimayang)
3 biji bawang merah(dimayang)
15 gm halba
500 ml santan
Lidi kelapa dipotong 2 inci - pakai lidi pecungkil gigi je
Gula & garam(secukup rasa)
Cara-caranya:
1. Sotong dibasuh sehingga bersih.
2. Terlebih dahulu beras pulut dibasuh dan direndam. Kukuskan separuh masak.
3. Kemudian beras pulut dimasukkan kedalam perut sotong sehingga 3/4 badannya.
4. Tutup ruang terbuka badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong tadi supaya beras pulut tidak terkeluar.
5. Selepas itu rebus sotong tersebut dengan santan sehingga masak dengan api sederhana.
6. Masukkan halia, bawang, halba, gula & garam.
7. Masakkan ia sehingga mendidih dan agak pekat.