Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Kerajaan Barisan Nasional (BN) harus menyiasat terlebih dahulu dakwaan yang dibuat terhadap Felda sebelum menuduh pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, selepas dakwaan Felda bankrap akibat penyelewengan yang berlaku, tiada sebarang siasatan dilakukan terutamanya dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Adakah mereka mereka telah melakukan penyiasatan terhadap dakwaan-dakwaan yang dibuat selama ini? “Saya tidak nampak SPRM menyiasat semua dakwaan yang dibuat di Parlimen dan media alternatif," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, adalah sesuatu yang menghairankan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuduh demikian sedangkan tiada penyiasatan terhadap dakwaan penyelewengan yang cukup besar itu. "Adalah sesuatu yang pelik apabila dia (Najib) menuduh orang lain yang cuba membangkitkan isu Felda ini sebagai pengkhianat. Sepatutnya mereka harus melakukan satu penyiasatan. Ini soal penyelewengan yang sangat besar," katanya. Menyentuh mengenai dua kes saman terhadap akhbar alternatif yang dimenangi Felda, beliau berkata, ianya tidak membuktikan dakwaan terhadap Felda itu salah selagi siasatan tidak dilakukan. "Kerajaan hanya menang saman terhadap akhbar tapi adakah siasatan dilakukan? Segala artikel akhbar berkenaan mengneai Felda memerlukan satu siasatan. Tidak guna mennag saman tapi tiada siasatan dilakukan," tegasnya. Sementara itu, bercakap mengenai isu sama dalam sidang media di lobi Parlimen, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, dakwaan najib bahawa Felda mempunyai pendapatan sebanyak RM4.3 bilion tidak boleh dijadikan ukuran memandangkan ianya bersifat subjektif. "Nilai aset ini subjektif, cuma atas buku. Mungkin dia tulis RM4 bilion tapi bila nak dijual mungkin orang nak beli RM2 bilion sahaja," katanya. Beliau juga mempertikaikan kenyataan Najib yang sewenang-wenangnya menuduh pihak-pihak tertentu sebagia pengkhianat. “Penggunaan istilah pengkhianat digunakan dengan mudah oleh Umno BN kerana dia nak naikkan semangat Melayu dan patriotisme. Kalau nak kata orang yang kata Felda bankrap sebagai pengkhianat, apa pendirian dia terhadap Idris Jala yang kata negara akan bankrap? Itu bukan sekadar Felda tapi satu negara," katanya. Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar pula berkata, tugas utama Felda ialah memastikan nasib peneroka dan generasi mereka terbela, bukan membuat pelaburan korporat. Pertama kali semalam kita dengar dia sebut Felda ada saham dalam korporatlah dan sebagainya. Adakah ini kerja Felda melabur dalam saham?Ini benda baru. Yang kita pentingkan kedudukan peneroka dan anak-anak mereka serta kehidupan mereka," katanya. Najib ketika merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010, di Putrajaya semalam menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap, sebagai pengkhianat bangsa, kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat. Jun lalu, sebuah akhbar alternatif dikenakan tindakan undang-undang kerana mengeluarkan artikel 'Felda Bankrap'. Sumber: Harakahdaily |
Jangan tuduh pengkhianat, siasat dulu dakwaan Felda bankrap
Felda: Kos Tanam Semula
Pertamanya, terima kasih di atas kajian yang dibuat Malaysianinsider. Kajian ini menunjukkan dakwaan kononnya RM2.4 billion dibelanjakan untuk penanaman semula adalah bohongg semata-mata. Minta Najib dan Ahmad Maslan jawab:
Mengapa Sime Darby cuma perlu berbelanja RM497 juta sahaja (untuk 530k hektar) sedangkan Felda berbelanja RM2.4 billion (untuk 767k hektar)?Dengan kata lain, bagi satu hektar, FELDA berbelanja RM3,151 sedangkan Sime Darby:RM936 dan IOI:RM596.
JELAS, Najib dan Ahmad Maslan telah menipu rakyat Malaysia dan orang Melayu. Malahan, percubaan Malaysianinsider untuk mendapat penjelasan dari FELDA pun tidak berjaya. Jelas ada udang di sebalik batu. Patutlah Ahmad Maslan bachul tak berani berdebat denan Mazlan Aliman.
Saya cabar Najib Tun Razak dan Ahmad Maslan untuk MEMBENARKAN pihak ketiga yang bebas untuk mengaudit akaun FELDA. Saya mencadangkan pihak Commonwealth atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dijemput untuk membuat audit tersebut.
Dasar UMNO, kalau tak menipu tak sah.
Mazlan Aliman dihalang masuk ke Felda kerana takut belia berpaling
Menurut Mazlan, terdapat permintaan khusus daripada pihak Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) kepada Felda supaya memberi perhatian kepadanya kerana telah berjaya menarik sokongan belia yang berumur 41 tahun ke bawah.
Tambahnya, perkara tersebut telah diberi perhatian oleh Felda dan usaha serta tindakan untuk menghalangnya masuk ke tanah rancangan Felda diberi kerjasama oleh pihak keselamatan seperti polis dan Rela.
“Saya nak beritahu bahawa tindakan tidak membenarkan saya memasuki kawasan Felda bukanlah kerana mengetui pertubuhan haram dan sebagainya, sebaliknya wujud rasa bimbang di kalangan pihak kerana perjuangannya selama ini mendapat sambutan anak-anak peneroka.”
“Felda merupakan talian hayat terakhir kepada Umno dan BN, sebab itu mereka menjadi panik apabila kita dedahkan pelbagai kepincangan lalu melalui MBFM mereka meminta
saya dihalang daripada menemui warga peneroka terutama generasi kedua.”
“Perkara ini bukan direka bahkan saya telah diberikan salinan minit mesyuarat tentang hal itu termasuk dalam pertemuan tertutup mereka di Hulu Selangor baru-baru ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Pada 9 Mac lalu Mazlan ketika mengadakan majlis dialog di rumah seorang peneroka di Felda Lembah Klau, telah dikepung dan dilarang berada di situ oleh beberapa orang polis Felda (Felsco) dan pengurus rancangan. Pengurus Felda berkenaan telah membuat laporan polis dan Mazlan kemudiannya ditahan di Balai Polis Raub. Selepas itu direman sehari oleh Mahkamah Magistret dan disiasat dibawah Seksyen 441 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebehi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM3,000.00 atau kedua-duanya sekali dibawah Seksyen 445 Kanun yang sama. Pada 28 April lalu pula Mazlan yang hadir ke Majlis Dialog dengan peneroka-peneroka Felda Jengka 23 dikatakan cuba ditangkap oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan Felda berkenaan tetapi tidak berjaya.
Derita dan tangis peneroka
Oleh MAZLAN ALIMAN
Maka penerokanya dijanjikan untuk mendapat (pampasan) keluasan tanah 8 hektar yang dijual dengan harga lebih kurang 1.2 juta. Seluruh Malaysia tahu, apa yang telah dirasai, derita, tangisan, air mata penduduk-penduduk di Felda Sungai Buaya.
Sampai hari ini, mereka yang bertanggungjawab menipu dan menindas peneroka Felda Sungai Buaya masih belum membayar pampasan kepada penduduk sungai buaya, bakinya masih ada lagi 853,000 ringgit setiap seorang. Daripada RM1.2 juta dan mereka telah menanti lebih kurang 15 tahun lamanya.
Felda sungai buaya dibuka pada tahun 60-an. Sekarang ini, yang masih hidup hanya sekitar lebih kurang 45 orang sahaja. Yang lain-lain telah meninggal dunia.
Saya masih ingat dalam satu majlis dialog di Sungai Buaya apabila seorang makcik tua berumur hampir 80 tahun dalam keadaan berjalan menggigil memegang tangan saya, dia kata, “anak, makcik ingat kerajaan ni betul. Nak ambil tanah, nak majukan felda di tempat ini. Penerokanya dijanjikan nak jadi jutawan, tetapi umur makcik dah hampir 80 tahun,” dia kata.
“sama ada makcik boleh hidup lagi atau tidak untuk menerima baki pampasan 850,000 lagi yang dijanjikan.” Makcik ni bagitahu saya dan saya jadi sebak apabila dia memaklumkan kepada saya pendapatan tak ada.
Saya tanya makcik ni, bagaimana makcik nak menyara hidup? Dia mengatakan apabila pokok getah dia tak ada, tanah dia diambil oleh kerajaan, maka dia kata, anak pokok getah hidup di dalam paya. Anak pokok itu hidup dan makcik menoreh di atas anak pokok tersebut 8 tahun kemudian.
Maknanya, pokok getah yang hidup tu, atas paya tu la yang ditoreh dan saya tanya berapa dapat? Sebulan dia kata paling banyak pun RM100. 100 ringgit nak bayar bil eletrik, bil air, telefon dan sebagainya. Dan kalau ada masa pergilah ke Felda Sungai Buaya, boleh tengok sendiri peninggalan-peninggalan kerajaan BN, rumah-rumah yang daif, apabila berlakunya penipuan kepada peneroka yang dijanjikan untuk menjadi jutawan segera.
Dan nasib peneroka Felda Sungai Buaya hampir sama dengan Felda Cahaya Baru di Johor yang berlaku di zaman (Tan Sri) Muhyiddin Yassin sebagai menteri besar Johor. Kalau (peneroka) di Sungai Buaya dijanjikan RM1.2 juta, (peneroka)di Felda Cahaya Baru dijanjikan RM1.3 juta.
Saya hairan, bagaimana Muhyiddin Yassin datang ke Sungai Buaya menjanjikan, dia umum dalam ucapannya dia kata, kerajaan pusat akan menangani isu Felda Sungai Buaya. Muhyiddin tak perlu berlagak untuk menjadi ‘Santa Claus’ tak perlu berlagak nak menjanjikan yang indah-indah kepada penduduk Sungai Buaya, sedangkan dia sendiri terlibat apa yang telah berlaku kepada peneroka Felda Cahaya baru ketika dia menjadi menteri besar Johor
Kalau peneroka (Felda) Sungai Buaya 15 tahun (dizalimi), peneroka di Felda Cahaya Baru, tuan-tuan, zaman dia jadi MB, hampir 17 tahun, daripada 1.3 juta, penerokanya hanya baru dapat RM120,000 sahaja. Dan nasibnya sama, sama merempat peneroka Felda Cahaya Baru dengan peneroka di Felda Sungai Buaya.
Apa Umno dah buat: `joli' dengan wang peneroka Sungai Buaya
Hari aku layar portal berita Tranungkite terjumpalah artikel dari blogger eraadin (http://eraaddin.blogspot.com), seperti tajuk diatas cuma untuk memudahkan blogger lain atau pembaca lain untuk mencari dalam engin pencarian, saya letak dihadapan tajuk "Apa Umno dah buat". Pada label pun elok diletakkan.
Balik pada kisah diatas, yang diinaya peneroka Felda berbangsa Melayu di dalam negeri bermenteri besarkan Melayu.
Ini saya cuba ambil sebahagian dari artikel Eraaddins:
Felda tersebut yang sudah bertukar Kampung Sungai Buaya apabila ladang mereka diarah jual kepada syarikat pemaju yang ditandatangani pada 23 Disember 1994 dengan janji menjadi jutawan kerana ditawarkan hampir RM1.2 juta seorang.
"Kami orang Umno amat percaya dengan janji manis kerajaan negeri, malah semasa menandatangani perjanjian pun kami tidak diberi peluang baca sebabnya perjanjian tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris.
Oleh kerana mempercayai pemimpin Umno... masakan mereka mahu tipu kita. Maka kami yang disuruh sign pun kami ikut. Bila kes sudah jadi macam ni (pemaju tidak bayar baki) kami tunjuk perjanjian kepada peguam... peguam soal balik kita kenapa kamu sign?
kalau nak tahu lebih lanjut klik disini
PAS Kutuk Penahanan Mazlan, Felda Talian Hayat Umno
PAS melihat bahawa beliau menjadi mangsa atas daya usahanya yang memimpin peneroka Felda dalam Persatuan Anak yang berjuang untuk mempertahankan hak para peneroka. Penahan ini juga dilihat sebagai usaha untuk menakut-nakutkan para peneroka lain agar tidak memberikan kerjasama atau menyertai Anak ini.
Felda-Talian Hayat Umno
Felda sebenarnya menjadi ‘anak emas’ Presiden Umno yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan mempunyai lebih dari 113,000 orang peneroka (Tidak termasuk keluarga mereka), Felda merupakan talian hayat terakhir bagi Umno dibeberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada Pilihanraya lalu.
PAS berjaya menembusi Pahang di DUN Semantan dan Berserah, dimana kedua-duanya bukanlah kawasan Felda dan Umno masih boleh menang selesa di Pahang kerana bantuan pengurusan Felda yang menyekat masyarakat Felda menerima informasi yang betul.
Kezaliman Felda
Felda yang dulunya adalah satu projek perladangan untuk menjana ekonomi rakyat dibawah program DEB kini diuruskan oleh Syarikat milik Kerajaan iaitu FELDA Holdings yang memiliki lebih 60 buah anak syarikat yang beroperasi di dalam dan luar negara. Pada tahun 2008 jumlah hasil perniagaannya mencecah jumlah RM15.4 bilion.
Walaupun pendapatan Felda Holding begitu besar, namun peneroka menjadi mangsa bila mana Peneroka tidak dibenarkan menanam semula sendiri kelapa sawit. Mereka diberikan hutang untuk membayar semua kerja ini yang diswastakan kepada anak syarikat Felda Holding iaitu Technoplant.
Selain itu, Felda melakukan pelbagai strategi bagi memaksa peneroka menyerahkan tanah mereka. Felda Plantations menawarkan mereka untuk menjadi pemegang saham dengan kadar bayaran pulangan bulanan adalah RM 1,500-RM 2,100 tanpa perlu bersusah payah bekerja diladang seperti dahulu. Namun mereka yang bersetuju dipaksa membuat pinjaman kos menanam semula kebun dan membina rumah baru. Jumlah hutang ini sekitar RM70,000-RM 90,000 sedangkan mereka yang menolak masih mampu hidup tanpa hutang dengan hasil sekitar RM 4,000-RM 7,000 sebulan.
Itu adalah sebahagian kecil fakta yang menjadi rintihan peneroka Felda. Namun, usaha membongkar lebih banyak penindasan semakin cuba dihalang. Umno juga dilihat mempergunakan sentimen Melayu bagi menghasut peneroka menolak Anak, walhal Pengerusinya sanggup ke penjara untuk perjuangkan masa depan mereka.
PAS menyokong perjuangan Anak dan mahu hak peneroka Felda untuk bersuara tidak disekat. Peneroka Felda bukan banduan, mereka adalah rakyat yang merdeka dan berhak untuk bertemu sesiapa yang mereka suka. Jadi tidak ada salahnya jika Mazlan ingin bertemu mereka. Dan sebagai Pengerusi Anak, beliau berhak untuk meninjau ahli-ahlinya disemua kawasan kerana hak untuk berpersatuan dijamin oleh perlembagaan negara ini.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
CERITA LAMA YANG TAK SELESAI
Felda, dulunya adalah agensi kerajaan dibawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wiayah kini diletakkan sepenuhnya dibawah Timbalan perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Razak.
Perubahan polisi negara daripada pertanian kepada Industri turut mengubah strategi Felda terutama dibawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad apa ia mahu Felda mencari sumbar sendiri. Dasar korporat yang ambil Felda memberi pulangan hasil lumayan tetapi ia mengikis hak peneroka dan mungkin menjadi malapetaka kepada peneroka.
Felda berkembang pesar dan menjadi agensi kerajaan kedua terkaya selepa petronas, Ia menjadi umpama bank yang menawarkan pelbagai skim pinjaman dengan kadar Faedah yang tinggi kepada peneroka.
Beliau menyebut antaranya itu ialah perjanjian pinjaman perumahan peneroka – Felda, didalamnya terdapat satu fasa yang sangat berbahaya iaitu jika peneroka gagal mengemukakan penjamin pemohon hendaklah menandatangi perjanjian penyerahan kuasa kepada Felda untuk menguruskan kebunya.
Ini bermakna jika peneroka gagal membayar balik pinjaman kepada Felda, berkemungkinan kebun milik peneroka boleh bertukar tangan kepada angensi tersebut.
“ini sangat berbahaya dan saya minta semua pihak mengkaji semula fasa ini demi kepantingan masyarakat peneroka keseluruhanya,” kata beliau.
Katanya, Felda sudah tergelincir jauh daripada landasan asal penubuhannya sebagai agensi kerajaan. Sekarang sudah menjadi entiti bisnes. Justeru Felda sebagai agensi kerajaan, ia menerima banyak peruntukan daripada wang rakyat. Sehingga tahun 1997, kerajaan telah menyalurkan RM7.8 billion kepada Felda ini tidak termasuk pinjaman daripada Bank Dunia berjumlah RM4 billion yang telah dilangsaikan pembayaranya pada tahun 1996.
Saya bersetuju dengan pandangan saudara Mazlan yang ‘menyifatkan perjuangan generasi baru Felda masih jauh dari sasaran.’ Ini kerana generasi baru Felda, seperti peristiwa yang emak dan saya alami, sedang berdepan dengan cabaran dan pelbagai masalah yang paling asas seperti perumahan, peluang pekerjaan , gejala sosial dan sebagainya. Masalah keperluan asas mereka pun masih belum selesai oleh Felda dengan sebaiknya.
Kejatuhan harga komoditi dibimbangi bawa implikasi buruk pada peneroka
TEMERLOH 30 Okt (Hrkh) - Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman bimbang kejatuhan mendadak harga getah dan kelapa sawit akan memberi implakasi buruk kepada masyarakat peneroka yang bergantung kepada kedua-dua komoditi itu.
Difahamkan harga komoditi getah dan kelapa sawit telah merosot sehingga 70 peratus sejak Mac lalu dan semakin merudum akibat krisis ekonomi dunia.
"Kerajaan belum mengumumkan apa-apa langkah untuk menghadapi krisis kejatuhan komoditi tersebut," katanya.
Mazlan berkata, masyarakat peneroka yang berhutang di antara RM50,000 ke RM150,000 dengan Felda akan menghadapi masalah besar sekiranya kejatuhan harga komoditi itu ke tahap serius sehingga Felda tidak boleh memotong hutang mereka.
Jika ini berlaku, Felda boleh bertindak terhadap peneroka terbabit dengan menggunakan Fasa 17 (B) perjanjian peneroka-Felda yang membolehkan agensi berkenaan 'kaveat' tanah-tanah peneroka untuk melunaskan hutang mereka.
Felda juga kata Mazlan, boleh menggunakan 'Surat Penyerahan Kuasa' untuk mengambil alih tanah peneroka yang tidak menjelaskan hutang kepada agensi berkenaan.
"Dengan harga komoditi yang jatuh menjunam, sudah tentu peneroka tidak akan mampu melunasi hutang masing-masing dan Anak bimbang Felda akan menggunakan kedua-dua kuasa ada kepada mereka sebagai jalan mudah untuk mendapatkan wangnya," katanya.
Sementara itu, kebanyakan peneroka tidak menyedari kuasa yang telah diberi kepada Felda itu. Peneroka terbabit mendakwa mereka tidak tahu menahu adanya peruntukan seperti itu yang ditandatangani dengan Felda sebelum ini.
"Jika ada saya tidak akan bersetuju, mana boleh serah tanah begitu mudah kepada Felda," kata seorang peneroka yang enggan disiarkan namanya.
Menurut Mazlan lagi, lebih mendukacitakan sebarang pertikaian antara peneroka?Felda itu tidak boleh dibawa ke mahkamah untuk diadili.
Warga Felda tuntut janji pilihan raya BN
KUALA LUMPUR, 3 April (Hrkh) - Pilihan raya umum ke-12 sudah selesai, BN masih diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir kerajaan bagaimanapun sehingga kini warga Felda terus menanti janji-janji manis BN untuk dikotakan.
Warga Felda sememangnya menjadi pengundi setia BN dan ternyata mereka mendapat habuan yang cukup banyak dan dikatakan 'anak emas' kerajaan semasa berkempen dalam pilihan raya lalu.
Daripada Timbalan Perdana Menteri Dato' Mohd Najib Tun Razak; Pengerusi Kumpulan Felda, Pengarah Besar hinggalah ke Pengurus Felda turun padang mencurahkan habuan dan janji kepada peneroka.
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman, dalam kenyataannya berkata, banyak janji yang belum diselesaikan kerajaan pemerintah ke atas nasib peneroka.
10 janji-janji yang pernah dilontarkan kerajaan kepada peneroka antaranya, penyelesaian pampasan peneroka Felda Cahaya Baru Masai di Johor dan Felda Sungai Buaya di Selangor, pemberian tanah kekal kepada peserta Felda Plantation, mengembalikan caruman Wang Tanam Semula kepada peneroka yang mengusahakan kebun mereka secara persendirian dan menambah kuota pengambilan generasi kedua dalam anak syarikat Felda.
Selain itu peneroka juga menuntut agar, mengkaji semula peranan Techno Plant Sdn Bhd di atas ketidaksempurnaan menyelia kebun peneroka, memastikan pembayaran pampasan yang setimpal ke atas tanah peneroka Felda gugusan kerteh yang diambil kerana pembinaan Lebuh raya Pantai Timur, pembayaran dalam tempoh 48 jam kepada peneroka yang ditimpa musibah di bawah Skim Insurans Berkelompok, dan menyelesaikan isu hak milik tanah bagi peneroka yang telah selesai bayaran kembali.
Mazlan juga mengingatkan kerajaan BN agar menunaikan janjinya, jika tidak mungkin dalam pilihan raya ke-13 nanti mereka tidak lagi meletakkan kepercayaan kepada BN.
"Generasi kedua Felda sudah terdedah kepada dunia luar yang penuh bermaklumat, kalau mereka hanya disogokkan dengan doktrin hanya BN sahaja yang boleh buat pembangunan tetapi hidup mereka tidak berubah, BN mungkin akan berputih mata pada pilihan raya ke-13 nanti," katanya.
Justeru, beliau turut menasihatkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang ada penempatan Felda seperti Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah supaya tidak meminggirkan peneroka Felda.
"Gunakan kuasa kerajaan negeri untuk jadi contoh yang baik, warga Felda akan menilai prestasi kerajaan yang telah dipilih dalam pilihan raya," katanya. - mr/mks
For Palestine
WebTV
WebTV (Auto Channel) |
|