Oleh: Unit Media, Luj IT
Alhamdulillah dengan izin Allah XPDC 4x4 offroad 2009 pemuda bakri & pagoh ke Bekok pada 8.8.09 yang lepas telah berjaya dijalankan. Hasrat ini sudah 3 tahun dibincangkan namun kerap tertunda di atas sebab-sebab yang pelbagai. Bahkan t pada tahun ini sahaja tarikh yang dicadangkan telah 3 kali tertunda. Namun pada 8.8.09 lepas, segalanya terubat. Seramai 7 pickup track menyertai XPDC ini. Kawasan Bakri dengan Ford Hurricane, Ford Ranger, 2 Nissan Frontier dan 1 Mitsubishi STORM manakala Pagoh menampilkan Toyota Hilux dan Ford Extreme.
Bendera PAS menyinari perjalanan konvoi ini dengan setiap kenderaan memasangnya. Konvoi ini bukannya untuk mengiringi piminan tetapi kibaran bendera itu mendapat sokongan dari pemandu-pemandu jalanraya yang lain. Ini menunjukkan sokongan masyarakat kepada PAS masih tidak luntur bahkan meningkat dari masa ke semasa. Perjalanan sejauh hampir 193km dari Markaz PAS Bakri mengambil masa sekitar 3 jam melalui Pagoh- Lenga-Bukit Kepong-Labis- Bekok. Di Pekan Labis kami berhenti seketika bagi membeli umpan memancing. Aku yang tidak biasa memancing ni carilah sauk kecik. Kata kawan-kawan mana boleh dapat ikan dengan sauk tu. Tak pelah, tak dapat ikan dapat udang pun ok. Selepas itu perjalanan di teruskan. Cabaran 4x4 bermula apabila merentasi perkampungan pertama orang asli.
Liku-liku jalan yang berselekoh dan tidak rata adalah permulaannya. Selepas melalui perkampungan yang ketiga, kami terpaksa masuk 4 wheel gear. Keadaan jalan yang tidak rata, berlubang-lubang dan maniaki lereng bukit serta berlecak tidak mungkin dapat dilalui dengan kereta kancil. Ditakdirkan terdapat sebatang pokok tumbang melintangi perjalanan.
Alhamdulillah gergaji pokok yang aku bawa tidak sia-sia. Sdr Esa dengan kudratnya telah berjaya memotong pokok tersebut dengan bantuan kawan-kawan. Dapat juga pahala kebajikan mengalihkan pokok di tengah jalan. Kalaupun orang tak lalu, mudahlah Gajah nak berjalan.
Sdr Azmi selaku mas’ul konvoi telah berhenti di tempat yang sesuai untuk kami jadikan port berehat dan melaksanakan activit memancing. Kawan-kawan yang kaki pancing tu cepat aje terus ke jeram untuk mengambil posisi yang sesua. Aku,azmi,ilhan, ust afifuddin & ownie memulakan aktiviti memasak. Masakan simple aje. Sambal tumis Azman dah bawak.
Banyaknya boleh tahan untuk seminggu makan. Lain-lain tu adalah telur, kobis, bawang2 dan beras. Ikan memang tak bawak pasal nak makan ikan sungai yang depa pancing. Tengah-tengah siapkan peralatan masak dan kopek-kopek bawang, ust ishak dan esa dah dapat hasil pancing. Apa lagi, ikan tu di siang dan di gaul dengan serbuk kunyit ler. Ringkas cerita dah masak kami pun makan dulu. Lepas tu aku bawak ler sauk aku mencari udang. Hampehh betul tak dapat udang. Betulah kata kawan sauk aku tu sesuai untuk tangkap ikan mas dalam akuarium. Awang pulak bawak balik berketul-ketul batu sungai.
Yang besar, yang kecik semuanya dipunggah ke dalam Hilux Esa. Entah apa nak dibuatnya dengan batu tu. Kecewa tak dapat ikan aku pergilah mandi dan main gelongsor air. Gedemus... bila terjun dari batu. Seronoknya jadi macam remaja kejap. Aku terasa nikmat dengan anugerah tuhan yang menjadikan alam ini. Suasana yang tenang, keindahan falura dan fauna ciptaan Tuhan ini tiada tandingannya. Kesibukanan suasana berada di dalam bandar ditambahi dengan wabak H1N1 secara automatik dilupakan bila berada di sini. Setelah selesai solat jamak taqdim, dan balas makan nasi, kami bersiap-siap untuk turun ke port yang lebih baik untuk berenang.Di port ke dua ni adalah anak sungai yang dalamnya kira-kira 1 kaki setengah. Pasirnya agak jerlus. Hurricandan STORM senyum aje melepasai anak sungai itu. Hilux terpaksa di tolak dengan kawan2. Macam tak percaya Hilux kena tolak.
Mungkin batu-batu sungai yang penuh dekat belakang tu telah menambah beban kenderaan. Tapi Frontier nak masuk dah gagal. Mungkin lepas 3 picuk dah masuk, tanah itu makin lembik. Di tempat ini ada tapak kaki gajah dengan najisnya sekali. Jakun sekejap aku nampak bendalah ni. Sekitar pukul 6.30ptg kami akhiri XPDC dengan mengambil gambar peserta. Insya’Allah kami bercadang untuk XPDC yang lebih mencabar pada masa akan datang.
Dah ada cadangan-cadangn tempat yang lebih menarik. Bagi aku nilah kali pertama aku lanyak Hurricane yang memang inilah tempat sebenarnya kenderaan ini bukannya di atas jalan tar grade A. Farid pun sengih aje dari mula. Syok betul...Sekian.