Harga minyak naik.
Saya suka membaca artikel dari laman Beritasemasa.com. Sila klik: Minyak nak naik
Pada posting saya yang terdahulu suka untuk saya katakan tentang kemerosotan matawang Ringgit berbanding dengan Dollar Amerika. Pada tahun 2008, ekonomi Amerika Syarikat mengalami kemerosotan yang teruk hingga banyak syarikat-syarikat besar mengalami kerugian dan muflis.
Cuma apa yang dimusykilkan mengapa ketika itu (2008) matawang kita masih tidak berubah walhal ekonomi mereka teruk terjejas.
Tujuan saya memaparkan faktor kemerosotan matawang Ringgit berbanding Dollar Amerika ialah kerana setiap kali kenaikan barang-barang kerajaan Umno/BN menyatakan ia (kenaikan) adalah berpunca dari kenaikan harga dipasaran dunia.
Matawang Ringgit berbanding matawang asing
Sekarang kita ingin tahu apakah langkah-langkah kerajaan Umno/BN untuk mengukuhkan matawang Ringgit??
Harga Minyak Baru September 2009
When the RON95 petrol is introduced from Sept 1, RON97 petrol will cost RM2 per litre.
Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the fact that RON97 will be at a higher price has raised concern among the public but what most did not understand was that RON95 would become the grade of petrol that everyone would use.
“For many, even luxury and high-powered cars, RON95 is good enough. Malaysian consumers are currently using petrol which is of higher quality that what consumers get in other countries,” he said.
“And the best thing is, RON95 petrol, which is almost similar in quality to RON97, is cheaper. Meaning, consumers will be paying less for good quality fuel compared to now.
Sumber: Klik Sini
Harga selepas september 2009 seliter:
RON97 RM2.00 [sebelum: RM1.80] naik 20 sen
RON95 RM1.78 [sebelum: nil ] turun 5 sen
Baiklah, rakyat Malaysia menggunakan minyak yang berkualiti tinggi (baca pautan diatas) maka perlukah dikurangkan tahap kualitinya?.
Harga, jika sekarang harga Ron 97 ialah RM1.80 seliter selepas September 2009 harga baru menjadi RM2.00 seliter.
Agaknya bila hendak naikkan pasti tinggi harganya tetapi bila turun begitu sedikit sahaja.
Harga minyak dunia jatuh lagi....$86.84 Dolar setong
Shabery Hairan Kat Rakyat, Rakyat Lagi Hairan Kat Shabery
Shabery patut malu mengeluarkan kenyataan seperti ini.
"Duit raya sekupang", inflasi naik 8.5 peratus
Abdul Aziz Mustafa Wed Sep 24, 08 9:10:09 pm MYT
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) - Walaupun kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan penurunan sebanyak 10 sen lagi harga minyak berkuatkuasa esok tetapi kesan dari tindakannya menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1 pada 4 Jun lalu mengakibatkan cengkaman inflasi semakin ganas memangsakan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah
"Tidak ada jaminan inflasi akan berkurangan walaupun harga minyak diturunkan 10 sen lagi kerana harga barangan tetap tinggi.
"Sebagai contoh mudah, adakah esok harga minyak turun 10 sen, lusa adakah harga makanan di pasar-pasar Ramadhan akan turun?
"Apa pun, terima kasihlah kerajaan Pak Lah bagi duit raya sekupang kepada rakyat," kata Mahfuz dengan sinis.
Ahli ekonomi dari Kenanga Investment Bank, Wan Suhaimi Saidi, menyifatkan kadar inflasi 8.5 peratus itu lebih tinggi daripada yang dijangkakan, tetapi Bank Negara tidak akan menaikkan kadar faedah untuk memastikan pertumbuhan.
"Ianya tinggi sedikit daripada jangkaan saya. Saya jangka 8.4 peratus. Saya tidak fikir kerajaan akan menaikkan kadar faedah penting. Ia akan dikekalkan pada kadar 3.50 peratus sehingga akhir tahun untuk menyokong pertumbuhan," katanya kepada AFP.
Jabatan Perangkaan telah menyemak semula dengan menurunkan angka inflasi bagi bulan Julai kepada 8.3 peratus. Ia sebelum ini meletakkan kadarnya pada 8.5 peratus.
Menurutnya, kos makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 11.7 peratus dalam bulan Ogos, berbanding dengan setahun yang lalu. Kadar inflasi yang tinggi sudahpun menjejaskan pengguna dan mendorong ramai rakyat Malaysia mengurangkan perbelanjaan mereka bagi makanan.
"Peningkatan (kadar inflasi bagi bulan Ogos) ditunjukkan dalam kumpulan-kumpulan terpilih utama, iaitu makanan dan minuman bukan alkohol," katanya dalam satu kenyataan.
Data bulan Ogos menunjukkan peningkatan harga bagi kebanyakan kategori, termasuk pengangkutan yang melonjak 21.8 peratus, dan restoran dan hotel yang meningkat 6.5 peratus.
Kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 41 peratus dalam bulan Jun, sebagai langkah untuk mengurangkan peningkatan kos subsidi, tetapi telah membayangkan bahawa kadar harga boleh diturunkan tidak lama lagi.
Inflasi kekal tinggi
Selepas mengumumkan Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Ogos, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beliau tidak menjangka CPI bagi bulan September akan lebih rendah.
"Walaupun, kesan sepenuhnya pengurangan harga petrol dalam bulan Ogos dan sekarang belum diambilkira sepenuhnya, CPI bagi bulan September mungkin tidak lebih rendah.
"Harga petrol yang rendah dijangka dijangka akan diimbangi oleh peningkatan perbelanjaan semasa cuti hari raya dan 30 surcaj bagi pengangkutan awam," kata Shahrir.
Bagaimanapun, beliau tidak menjangka CPI telahpun sampai ke paras puncaknya.
Shahrir berkata, kadar inflasi nampak telah stabil ekoran peningkatan bulan ke bulan hanya 0.2 peratus.
Bagaimanapun, kadar purata inflasi bagi tahun ini dijangka di sekitar 4.8 peratus._
Harga minyak - rakyat bagi subsidi ke KERAjaan???
Harga minyak turun lagi........ 100.92 Dolar
Kesan kenaikan minyak kian parah....
5 Sept 2008
Walaupun penurunan harga minyak sebanyak 15sen, harga keperluan asas seperti beras, tepung, ayam, telur ayam dan lain-lain masih kekal mahal. Kemudian ditambah lagi keperitan dengan peningkatan tarif bekalan elektrik sehingga ~18%. Kehidupan rakyat makin terhimpit.
Sepanjang kenaikan minyak dibawah Pak Lah jumlah keseluruhan sebanyak RM1.08 iaitu 30sen + 78 sen tetapi penurunan amatlah perlahan berbanding dengan kenaikan pertama. (Rujuk kepada harga petrol).
Pada masa penulis menulis harga minyak di dunia telah turun ke USD106.70 sebarrel.
Apa yang saya nak ceritakan ialah kesan kenaikan harga minyak yang mendadak meningkatkan kadar inflasi. Rakyat akan cuba mengurangkan perbelanjaan dan berjimat yang mana perlu. Kesannya mungkin aktiviti ekonomi menjadi lembab seterusnya memarahkan lagi ekonomi domestik.
Saya bukanlah pakar ekonomi, namun bagi rakyat biasa peningkatan harga barang keperluan membuatkan kurang daya beli (purchasing power).
Bagi penulis, beban walaupun sederhana tetapi terpaksa berjimat cermat kerana saya bukan kakikatangan kerajaan iaitu bila bersara nanti tiada pendapatan.
Cuba bayangkan rakyat yang berpendapatan didawah RM1000.00 (malah ada yang lebih rendah dari itu).
Kepada siapakah hendak kami mengadu.....?
Ulasan yang diambil dari youtube
skooldesauza (2 months ago) : all this sudden price by BN govt is some kind we can say govt no think wisely..they only put this burden to people..
or great leader Iranian President said,today oil price only a fake one..becoz they never slow oil producing..oil price is increased by USA because their dollar falling down..
so...pak lah shudn't do sumting immediate which effect 100% to people..pak lah promised oil price only increasing oil price after august..but,as we thought,pak lah is a crap liar..
marudu2 (2 months ago): siapa kata hg naik x penting,mcm mana nak menabung kalo prbelanjaan lebi tinggi dari pendapatan..cuba kite lihat skrang ni blnje lebi tinggi dri pendaptn,kalo org kaya tak pe tpi kalo golongn berpndapatn rendah mcm mana? ini la namanya driskrminasi,demokrasi spatutnya bukan seperti ini,langsung tidak memikirkan kesan lain,hg mnyak naik smua barang naik,sungguh mendukacitakan..undilah kerajaan seperti ini,semoga hg naik lagi RM4.00/liter..bolehlah kita berjimat cermat,makan ubi kayu jgn mkn nasi!
Ahmad Shabery patut umum Letak Jawatan, Tewas KO
Seluruh pimpinan Kerajaan UMNO/BN menanggung aib dan malu yang besar di atas KEKALAHAN dan KEGAGALAN beliau dalam berdebat, berhujah dan mengemukakan fakta, bukti dan angka.
Sebaliknya, apa yang terjadi beliau hanya menyerang peribadi DSAI sahaja.
Secara prinsip dan moralnya, tanpa perlu didesak untuk meletak jawatan, beliau secara tegas dan tetap dengan pendirian, mesti meninggalkan pejabatnya di Bangunan Angkasapuri, dalam masa 24 jam.
Tidak perlulah beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri, untuk mempertimbangkannya, samada menerima atau menolak perletakan jawatan tersebut.
Selepas dariapda ini, rakyat tidak mahu beliau memberikan sebarang alasan, dalih, hujjah, komen dan sebab, bagi tidak meletak jawatan.
Alasan apakah lagi yang beliau cari selepas ini ? Sama – sama kita tunggu dan lihat. RUMUSAN, hujah DSAI
Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja Putrajaya diambil alih.
Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya.
Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP
Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta
RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kimia
RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan sebanyak RM 6 Billion.
Maka selesailah masaalah
Pengerusi TNB, tahun 90-an, Tan Sri Dr Ani Arof, meletak jawatan kerana TIDAK BERSETUJU dengan syarat dan terma perjanjian diantara IPP dengan TNB yang berat sebelah, yang merugikan TNB.
Kenaikan minyak sebanyak RM0.78 yang dumumkan baru – baru ini mirip ‚PRISKRIPSI’ IMF.
Adakah kerajaan UMNO/BN telah mengambil nasihat IMF, bagi menghukum rakyat Malaysia yang telah menolak UMNO/BN ?
Malaysia akan menjadi NET IMPORTER pada tahun 2015, sekiranya pengeluaran Petronas adalah pada tahap sekarang, dan tidak ada telaga baru ditemui.AHMAD SHABERY
Maaf tidak ada fakta dikemukakan dan sepanjang perdebatan tersebut tidak ada angka – angka diperolehi, serta hujah dan ulasan yang diberikan tidak bersangkutan dengan tajuk iaitu „ HARI INI MEMERINTAH, ESOK HARGA MINYAK DITURUNKAN“
Semua jawapan yang dikemukakan oleh beliau adalah tidak menepati soalan yang dikemukakanTAMBAHAN SIKIT
Panel Tan Sri Dr Nordin KardiSoalan yang dikemukakan agak janggal, iaitu cuba untuk TIDAK mengaitkan IPP dengan tajuk debat. Tangkas dipancung oleh DSAI. Ini memalukan taraf seorang Naib Canselor bagi sebuah universiti yang ternama di negara ini.Ada tuduhan sedikit masa dulu, katanya adaNaib Canselor sebuah universiti di Malaysia yang menciplak tajuk presentasi ilmiah. Siapakah dia itu ?
Zukifli SulongSoalan yang ditanya sangat bernas, iaitu soal penjimatan minyak hasil kenaikan tahun 2006 sebanyak R0.30 sebanyak RM4.13 Billion, hanya dibelanjakan sekitar RM700 juta sahaja. Bakinya ke mana pergi ?Begitu juga kewarasan kerajaan untuk membelanjakan sebanyak RM13 Billion, yang bakal dijimatkan, hasil kerajaan UMNO/BN menaikkan minyak sebanyak RM0.78 baru – baru ini. Ke manakah wang sebanyak itu akan dibelanjakan ?NOTA
DSAI akan bertanding dalam pilihanraya kecil, dalam masa se singkat – singkatnya
Adakah di Permatang Pauh ?
WHAT IS NEVER MENTIONED IN Mainstream Media
Rakyat asing diberi tempoh tapi rakyat sendiri kurang dari 12 jam.
Mengapa rakya asing diberi kelonggaran meikmati subsidi rakyat Malaysia? Soalan ini menteri berkenaan perlu jawab.
Di Thailand lebuhraya ada tapi tiada tol.
No to UMNO/MCA/Gerakan/MIC and BN alliance.
Minyak Malaysia 'Termurah' Berbanding Negara Pengeluar Minyak Lain
Dari Tranungkite
Barisan Rakyat Menang Lagi....
Krisis kehakiman negara yang kritikal, rasuah jutaan ringgit sesama pemimpin BN,kenaikan harga bahan bakar dan barang-barang keperluan harian telahpun menjadi resepi & rencah pembangkang untuk menyemarakkan amarah rakyat kepada pemimpin BN yang benar-benar menipu rakyat.
Pengumuman dari Pak Lah dalam ucap utamanya pada Persidangan Pelaburan Malaysia 2008 menghuraikan perancangan bagi melegakan keresahan rakyat berhubung kenaikan kos sara hidup yang menjadi isu dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.
* Mengurangkan impak kenaikan harga minyak dunia bagi golongan berpendapatan rendah dengan mengurangkan pembaziran dan kerugian kesan daripada subsidi.
* Kerajaan akan terus bekerja ke arah mengurangkan jurang pendapatan antara kumpulan-kumpulan etnik, dan pada masa yang sama memastikan keadilan untuk semua rakyat.
PASJB berpandangan pengumuman ini adalah tindakan terdesak buat BN untuk meraih kembali sokongan dan simpati rakyat. Walau bagaimanapun setiap yang baik dari sesiapapun kita akan terima tetapi penuh dengan hati-hati.
Siapa yang tak kenal UmnoBN, kalau tak tipu bukan UmnoBN namanya, takkanlah kali ini rakyat nak percaya bulat-bulat pasal 12 kali pilihanraya umum inilah agenda sama yang dibawa oleh BN apabila semakin terdesak untuk kekal berkuasa.
Langkah ringankan beban rakyat-Harga minyak, kekal harga gas, tarif elektrik tidak naik,pembaziran subsidi ditangani adalah janji pertama Pak Lah kepada rakyat.
Makanya sekali lagi rakyat mesti menilai sepenuh perhatian supaya tidak terjatuh dalam lubang yang sama....Hidup Rakyat...AllahuAkbar
Tinjauan tentang harga minyak
.
.
Kaji selidik tentang harga minyak selepas BN Menang
Salam sejahtera buat semua bakal-bakal pengundi,
Pas Bakri ada membuat kajiselidik tentang harga minyak jika BN (Barang Naik) memenangi PRU-12 yang akan datang.
Berikut adalah statistik:
93% percaya harga minyak akan meningkat jika BN memenangi PRU-12
7% pula sebaliknya.
Seperti yang kita ketahui, pemimpin-pemimpin BN memberikan kenyataan tentang kenaikan harga minyak tidak dapat dibendung kerana ia adalah fenomena global.
Sekarang cuba kita lihat kadar tukaran matawang Ringgit berbanding dengan Dollar Amerika dan peningkatan harga minyak.
Jika
1997 1 Dollar = RM 2.20 harga setong USD40.00 (katalah harga minyak tidak berlaku peningkatan)
Harga import minyak = 40 x 2.20 bersamaan RM88.00
2005 Dollar = RM 3.80 harga setong USD40.00 (katalah harga minyak tidak berlaku peningkatan)
Harga import minyak = 40 x 3.80 bersamaan RM152.00
Jadi di sini faktor matawang juga dapat membantu mengurangkan harga minyak.
Siapa yang menguruskan negara sehingga matawang ringgit suatu masa dahulu kukuh berbanding sekarang?
For Palestine
WebTV
WebTV (Auto Channel) |
|