Adun Permatang Pasir Meninggal Dunia - al-Fatihah



Ustaz Hamdan Abdul Rahman telah meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh nya dan menempatkan beliau di kalangan para syahideen dan muttaqeen. Amin.Saya antara yang bernasib baik dan diberikan rezeki oleh Allah SWT kerana sempat berguru dengan YB Hamdan Abdul Rahman dalam ilmu bagaimana hendak menambat hati pengundi.
Sedar atau tidak, di saat PAS mendapat keputusan yang amat mengecewakan pada tahun 2004, di mana PAS kalah di semua kerusi yang pernah dimenangi di Pantai Barat Semenanjung Malaysia pada 1999, YB Hamdan masih mampu mengekalkan kerusi Permatang Pasir ( tidak termasuk Kedah dan Perlis).
Di saat PAS hilang semua kerusi di Selangor dan Perak dan hilang Terengganu, PAS masih dapat mengekalkan kerusi Permatang Pasir. Di saat populariti Pak Lah begitu tinggi sewaktu itu, YB Hamdan tetap kekal sebagai YB Permatang Pasir.Saya sempat bertanya kepada beliau apa rahsia beliau. Dan beliau bermurah hati telah berkongsi rahsia mengapa rakyat Permatang Pasir sayang kepada beliau. Siapa sahaja yang pernah ke Permatang Pasir akan nampak dengan jelas. Hatta, orang-orang UMNO di Permatang Pasir juga menghormati serta tidak berani menyerang pribadi YB Hamdan secara berdepan. Ditakuti akan ”back-fire”.
Saya bertanya kepada arwah YB Hamdan, bagaimana beliau daapt menjalankan ”service”kepada penduduk Pengkalan Pasir dalam keadaan kerajaan negeri berada di bawah BN( selepas 1999).Beliau berkata beliau berjumpa terus dengan pekerja-pekerja kerajaan di peringkat pekerja terus dan bukan di peringkat pentadbiran.
Misalnya, ada kes di mana sampah diangkut lambat oleh Majlis Daerah Seberang Perai. YB Hamdan turun terus kepada pekerja-pekerja yang mengangkut sampah tersebut. Dan apabila berjumpa, YB tidak mengherdik serta menengking mereka, tetapi bercakap lembut dan meminta dengan baik.Hasilnya, pekerja-pekerja ini menjadi malu alah dengan beliau. Ini kerana sebelum ini tidak pernah mana-mana YB yang sanggup turun berjumpa dengan mereka terus dengan cara YB Hamdan. Dan YB Hamdan telah menggunkan kata-kata yang sopan untuk meminta mereka melakukan tugas mereka.Akhirnya, masaalah pengangkutan sampah itu selesai dan pekerja-pekerja Majlis Daerah tersebut melakukan kerja dengan tidak disuruh. Dengan masyrakat Cina pula lebih mudah. Masyarakat Cina peka politik. Mereka tidak seperti pengundi Melayu. Pengundi Melayu apabila berjumpa YB mereka, tidak lain hanya untuk meminta duit. Pengundi Cina berjumpa YB untuk menyelesaikan masalaah birokrasi mereka dengan kerajaan.
Dan mereka faham bahawa YB Hamdan adalah YB pembangkang. Apa yang YB Hamdan buat hanyalah menunjukkan surat yang beliau buat kepada kerajaan bagi pihak penduduk di kawasan beliau. Itu sudah cukup untuk menyakinkan pengundi Cina di kawasan beliau bahawa beliau adalah YB yang bertanggungjawab.YB Hamdan adalah seorang yang sangat rendah diri dan peramah. Sesiapa yang biasa sarapan dan makan tengahari di restoran2 berdekatan pejabat Harakah di Seberang Jaya, pasti akan terserempak dengan YB Hamdan. Dan biasanya beliau yang menegur kita dan bukan sebaliknya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Tapi yang lebih penting adalah ahli-ahli dan penyokong PAS seharusnya mengamalkan ilmu yang ditinggalkan oleh beliau.
erangai Buruk Pengundi MelayuMemang pengundi Melayu mempunyai perangai yang buruk, terutamanya pengundi2 Melayu yang pro UMNO. Mereka mahu YB mereka menjadi bank duit untuk mereka. Dilaporkan rata-rata orang UMNO ini akan meminta wang dari YB mereka dengan tiada segan silu. Dan mereka akan meminta wang untuk segala hal hatta sampai ke tahap untuk memperbaharui cukai jalan serta insuran kereta mereka. Itulah tahap pemalas dan muka tidak malu pengundi-pengundi UMNO ini.
Oleh sebab itulah mereka benci pada Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat sudah tidak mahu membela biawak-biawak hidup di dalam bentuk pengundi, ahli serta pendokong UMNO yang hanya tahu hidup dengan menghisap darah kerajaan negeri sahaja.
Sebab itu jugalah, walaupun ada DEB, tapi 70% wang yang dibelanjakan kerajaan bagi Rancangan Malaysia ke 8, pergi kepada bisnes dan syarikat milik kaum Cina. DEB sebenarnya adalah program yang disukai oleh UMNO dan MCA.UMNO dapat duit senang dan semua kontrak kerajaan di ”sub-con” pada tokeh-tokeh MCA. Sebab itulah MCA tak pernah komplen pasal DEB. Kerana mereka juga jadi buncit disebabkan DEB.Di bawah PR, kita akan wujudkan usahawan2 Melayu dengan DEB dan usahawan2 ini akan menyumbang kepada ekonomi negara, bukan menjahanamkan ekonomi negara seperti yang sedang dilakukan oleh orang-orang UMNO sekarang ini.
Tulang Besi
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors