PEWARIS SEEKS PAS' HELP TO STOP PIG REARING PROJECT



Al-Bakri fil Muar,
30 Dis 2008

Apabila ana terbaca dalam yahoo news tajuk diatas, terasa semacam ada sesuatu agenda tersembunyi. Persoalannya mengapa tidak hantar memorandum kepada kerajaan negeri Melaka pimpinan Umno yang diterajui oleh Dato Ali Rustam.

Yang berkuasa ialah kerajan BN bukannya Pas. Kami tak tahu apa agenda memorandum tersebut dihantar ke Pas hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui.

Sila baca berita dibawah.

KUALA LUMPUR, Dec 29 (Bernama) -- About 300 members of a non-governmental organisation, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), gathered in front of the Bandar Baru Bangi Stadium, near here tonight to hand over a memorandum seeking PAS' assistance in efforts to stop the pig farming project in Masjid Tanah, Melaka

Selanjutnya klik disini
[Read More...]


ISA: GMI cabar Pewaris, Dr. Maamor



Al-Bakri fil Muar,
24 November 2008

Komen sikitlah tentang komen kenyataan Pewaris inilah, ana memang hormati s/u PPIM ini kerana perjuangan dan peranan beliau untuk memastikan hak-hak orang Islam dijaga. Tetapi apabila keluar kenyataan "Yes to ISA", ana dah kurang "respect" kerana Islam tidak pernah sesekali membenarkan menahan seseorang tanpa dibuktikan kesalahan.

Memang betul mencegah adalah lebih baik tapi bukan dengan cara menahan tanpa alasan atau bukti. Mungkin mereka-mereka ini tidak merasai apa yang dialami oleh tahanan ISA ini. Keluarga hilang mata pencarian, anak-anak membesar tanpa bapa (bapa mereka telah di"ISA"kan).

Ingatlah kita hanya hidup seketika sahaja dibumi Allah ini, apakah dosa anak-anak ini dipisahkan dari bapa-bapa mereka? Ini menggalakkan lagi perasaan benci dan dendam dikalangan anak-anak ini terhadap perbuatan pemimpin-pemimpin ini.

Ana nak sarankan kepada Dr. Maamor, ada lebih banyak lagi perkara yang patut Dr. perjuangkan antaranya bab makanan halal, peratus kuota rumah untuk bumiputera, penganggur, peluang pekerjaan dan sebagainya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ISA: GMI cabar Pewaris, Dr. Maamor

Intan Abdullah
Foto Wan Zahari Wan Salleh Mon
Nov 24, 08 2:28:57 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mencabar Majlis Permuafakatan Ummah atau Pewaris untuk bersemuka bagi membincangkan isu-isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA.

Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh berkata, GMI terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakapnya, Dato' Dr Maamor Osman yang tidak mendapat maklumat tepat mengenai Akta drakonian itu.

"Mungkin maklumat tersebut tidak tepat, hanya mendapat info daripada sebelah pihak sahaja. Sepatutnya mereka kena pergi bertemu sendiri dengan tahanan ISA dan keluarga mereka," katanya.

Tambahnya, Pewaris perlu menyemak terlebih dahulu sesuatu kes sebelum mengenakan tindakan ISA bagi menjamin keadilan dan hak semua bangsa terpelihara.
"Saya juga sedih dengan penglibatan Presiden Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dalam Pewaris yang memperjuangkan isu yang menindas masyarakat umum melalui akta yang zalim ini," katanya.

Dalam Islam, tidak ada sesiapa yang bersalah sehingga dibuktikan ianya bersalah yakni menerusi siasatan dan perbicaraan bagi memberikan haknya untuk seseorang membela diri, kata Syed Ibrahim.

Terdahulu, Maamor yang juga merupakan Setiausaha Agung PPIM mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan supaya mengekalkan penggunaan ISA bagi menjamin keharmonian negara ini daripada diganggu-gugat oleh anasir-anasir jahat.

"ISA masih relevan dan melalui ISA, keharmonian negara dapat dikekalkan, dan dalam prinsip Islam pencegahan adalah lebih baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pewaris di Wisma Sejarah semalam.

Selepas mesyuarat itu, Maamor dan 100 anggota Pewaris berarak dari Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak menuju ke Balai Polis Jalan Tun Razak, di Jalan Ampang untuk membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak yang memainkan isu-isu perkauman.

Maamor bagaimanapun enggan memberikan nama-nama individu yang didakwa mereka memainkan isu perkauman yang dinyatakan dalam laporan polis itu.

Dilaporkan kekecohan juga tercetus pada awal perhimpunan apabila peserta perhimpunan bertindak memukul beberapa individu yang lalu lalang di kawasan perhimpunan iaitu di Wisma Sejarah.

Pihak polis didakwa hanya duduk berehat di perkarangan jalan bangunan Bernama yang terletak berhampiran bangunan Wisma sejarah itu.

Insiden tersebut menimbulkan rasa kurang senang apatah lagi sepanduk dan kain rentang yang dipamerkan menyebabkan mereka yang melalui kawasan tersebut bertindak mengeluarkan kata-kata yang tidak sesuai.

Antara kata-kata pada sepanduk tersebut yang mengundang provokasi adalah 'Bubarkan Majlis peguam', 'Yes to ISA', 'bebaskan Dato' Ahmad Ismail' dan 'tanah Malaysia tidak perlukan babi import sahaja babi daripada luar'.

Selain itu turut kelihatan sepanduk 'pengkid haram : bukan Islam jangan masuk campur hal Islam', 'jangan sentuh ketuanan melayu', 'surau dan masjid dirobohkan atas kesan pembangunan - kenapa kuil tidak?' dan jangan gadaikan maruah melayu demi kepentingan politik peribadi.
Terdapat juga sebuah kain rentang yang paling besar berbunyi:'kekalkan ISA demi keamanan, keselamatan dan kemakmuran' dipasang menutupi bangunan Wisma Sejarah.


Kebanyakan peserta yang berarak memakai kemeja-t berbunyi yes to ISA dan kain pengikat dahi berwarna kuning bertulis 'hidup melayu, hidup Islam'.
Sumber:
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors