Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.
Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

Tuesday, 17 November 2015

MUSHROOM SOUP WITH GARLIC BREAD


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Mushroom soup homemade yer resepi untuk hari ini. Resepi yang memang terkenal dan ramai kawan-kawan telah mencubanya. Review yang sangat baik di laman My Resipi.



MUSHROOM SOUP
Tried by : Nadz @ovenkecil.blogspot

Bahan-bahan :
  • 1 keping dada ayam 
  • 1500 ml air (1000 ml + 500 ml)
  • 500 ml susu segar
  • 1 ketul kiub ayam (Nadz guna 2 kiub)
  • 1 tin kecil cendawan butang~dihiris 
  • Garam
  • Secubit ajinomoto (Nadz tak letak)
  • 1 cawan tepung gandum (next time boleh guna 1/2 cawan saja sebab likat sangat mushroom soup Nadz)
  • 1-2 tsp serbuk lada hitam (Nadz tambah)
Cara penyediaan : 
  1. Potong ayam kecil-kecil. Bersihkan.
  2. Masukkan 1000 ml air dan ayam ke dalam periuk. Rebus hingga masak.
  3. Masukkan susu dan kiub pati ayam. Masak guna api yang perlahan.
  4. Masukkan cendawan. 
  5. Bancuh tepung gandum dengan baki 500 ml air. Masukkan bancuhan tepung ini ke dalam periuk. Masukkan garam dan perisa. Masak dan kacau-kacau sup hingga pekat.
  6. Tutup api dapur.


GARLIC BREAD
Recipe by : Nadz @ovenkecil.blogspot

Bahan-bahan :
  • Apa-apa jenis roti yang sesuai (Nadz guna roti dari resepi INI)
  • 4 ulas bawang putih (boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa)
  • 1/2 cawan butter (lembutkan pada suhu bilik)
  • Sedikit garam halus ikut keperluan
  • Daun parsley~dicincang (kalau ada yg fresh lagi bagus. Kalau tak ada guna parsley flake je)
Cara penyediaan :
  1. Tumbuk atau cincang bawang putih hingga lumat.
  2. Campurkan dengan butter, garam dan daun parsley. Gaul sebati.
  3. Belah ketulan roti tetapi jangan sampai putus dan sapukan garlic spread/ garlic butter tadi di celah-celah potongan roti.
  4. Panaskan oven 175°C. Bakar dalam oven selama 10-15 minit. 
  5. Sekiranya inginkan garlic bread yang lembut, balut roti yang telah disapu butter tadi dengan aluminium foil sebelum membakar. Tapi sekiranya suka garlic bread yang sedikit rangup, susun roti yang telah disapu butter tadi di atas loyang dan terus bakar begitu saja.
SELAMAT MENCUBA.

Sunday, 21 July 2013

SWEDISH MEATBALL ala IKEA



Assallamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Tiba-tiba macam ada kerajinan pula untuk mengupdate blog ye..heheee.. Okey, rajin pun tak lah rajin sangat. Disebabkan tak berapa rajin tu, makan dipendekkan sessi membebel-bebel. 

Resepi SWEDISH MEATBALL ala IKEA ni rasanya memang dah terkenal lama dulu. Nadz je yang tak ada kerajinan nak membuatnya. Dulu Nadz pernah makan Sweedish Meatball original di IKEA ni masa keluar bersama SIL. Waktu tu Nadz tinggal di rumah SIL sebab bertugas di Bukit Jalil. Then, baru-baru ni ada sekali tu ikut encik hubby outstation ke KL. Anak-anak pun ikut sekali. Kebetulan adik ipar(belah suami) yang sama-sama tinggal di Kelantan tu pun ada di KL juga masa tu. Shopping barang-barang hantaran kahwin dengan tunangnya. Dia ajak kami makan Swedish Meatball ni di IKEA. Tak sangka pula anak-anak suka sangat dengan meatball ni. Jadi disebabkan dah ada peminat menu ni, Nadz pun buatlah sendiri bila dah kembali ke rumah. So, resepi yang dah lama famous ni, Nadz tepeklah ke dalam blog ini pula. Cara penulisan resepi Nadz ubah suai sedikit untuk pemahaman Nadz sendiri.

SWEDISH MEATBALL ala IKEA
RECIPE BY : Faa Rosli

Bahan-bahan :

  • Meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak atas api sederhana. Pastikan selalu dibalik-balikkan agar tidak hangus (Nadz guna jenama FUSIPIM sebab ini saja yang dijumpai)
  • Fries aka kentang goreng secukupnya.
  • 1 sudu besar jem strawberry/ blueberry/ mixed fruit

Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 sudu besar butter (I used marjerin)
  • 1 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji bawang besar - didadu kecil
  • 2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
  • 1 1/2 cawan air sejuk
  • 100 ml susu segar ATAU susu cair
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu sos lada hitam ATAU serbuk lada hitam 
  • 1 kiub pati ayam (I used only 1/2 kiub pati ayam)
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 kiub pati daging ATAU serbuk gravy segera (I used only 1/2 kiub pati daging)

Cara penyediaan :
  1. Cairkan butter menggunakan api perlahan. Tumis bawang hingga layu dan warna kecoklatan tapi jangan sampai garing.
  2. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit kecoklatan dan masukkan tomato. Biar hingga tomato layu.
  3. Masukkan air sejuk, susu segar. sos tomato, soso tiram, kicap manis, soso lada hitam, kiub pati ayam, gula dan kiub pati daging. Kacau rata hingga mendidih.
  4. Sentiasa kacau agar tidak berketul. Perasakan garam (Nadz tak letak langsung garam sebab dengan kiub pati ayam dan daging tu pun dah masin). Dapatkan kepekatan kuah mengikut keinginan. Kalau terlalu pekat, tambah sedikit air dan jika terlalu cair boleh tambah sedikit air tepung jagung (actually masa makan di IKEA tu, gravynya tak likat pun, so Nadz tak tambah apa-apa pun). 
  5. Bila dah puas hati dengan rasanya, tutup api. Kisar gravy tadi hingga halus dan tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. Tutup api dan bolehlah dicurahkan ke atas meatball beserta fries dan jem strawberry yang dihidangkan bersama.
Nadz letak jem strawberry di dalam pinggan tu. Yang ini untuk Husna. Kami yang lain makan dengan gravy dan sos cili.

SELAMAT MANCUBA!

Thursday, 3 November 2011

BAKED MACARONI & CHEESE


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Baked macaroni and cheese ni dah lama anakanda Haris request. Membuatnya pun bukannya susah sangat pun tapi ummi dia ni yang kemalasan. Lagi pun setiap kali pergi membeli barang-barang keperluan rumah, selalu tercicir item makaroni ni dari senarai barang-barang yang nak dibeli. Tapi Alhamdulillah kali ini berhasil juga memasak makaroni & cheese ni untuk Haris. Satu bekas kaserol yang Naz buat ni, Haris sorang jer yang makan. Tapi bukanlah makan sekali dah habis. 4 kali makan dalam masa yang berlainan, habis licin semuanya. Sebab dia makan habis, ummi dah janji akan buatkan lagi tapi versi lain pulak makaroni & cheese ni.


BAKED MACARONI & CHEESE

Bahan-bahan :
  • 200 gm macaroni atau elbows macaroni (1 1/2 cawan)
  • Keju parut secukupnya
~ Rebus macaroni 1/2 masak dan toskan.

Bahan Inti Daging :
  • 1 cawan daging cincang
  • 1 batang lobak merah - Hiris halus atau sagat
  • 1/2 labu bawang besar - Potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - Cincang
  • 1 tsp serbuk lada hitam
  • 5 Tbsp sos spagetti atau sos tomato (nak lebih sedap, gunalah sos spagetti)
  • Garam
  • Sedikit minyak masak
Cara-cara :
  1.  Panaskan minyak.
  2.  Tumis bawang besar dan bawang putih hingga sedikit layu.
  3.  Masukkan lobak dan biar layu.
  4.  Masukkan daging cincang dan biar hingga kecut dan perang.
  5.  Masukkan sos spagetti atau sos tomato serta lada hitam dan garam. Sesuaikan rasanya. 
  6.  Tutup api dan ketepikan.

Bahan Sos Putih (White Sos) :
  • 2 Tbsp mentega atau majerin
  • 2 Tbsp tepung gandum
  • 2 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Lada sulah
  • 125 gm keju mozzarela atau cheddar (diparut)
  • 2 biji telur - dikocok sikit 
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega di dalam periuk.
  2. Masukkan tepung gandum dak kacau hingga tidak berketul-ketul.
  3. Kecilkan api daput atau boleh terus tutup dulu. Masukkan susu segar dan kacau rata. Buka semula api dapur dengan api yang sederhana. Terus mengacau hingga sos kelihatan sedikit pekat.
  4. Masukkan keju parut dan kacau hingga keju cair. Masukkan garam dan sedikit lada sulah. Tutup api.
  5. Masukkan telur yang dikocok tadi dan kacau-kacau rata-rata.
CARA MENYEDIAKAN BAKED MACARONI AND CHEESE
  1. Di dalam bekas caserol atau bekas lain yang bersesuaian seperti loyang kek, gaul makaroni yang telah direbus tadi bersama inti daging dan sos putih.
  2. Ratakan di dalam bekas caserol. Taburkan permukaan makaroni dengan parutan keju parut rata-rata. Sekiranya suka, boleh taburkan bread crumb di atas keju parut tadi.
  3. Bakar pada suhu 175 C selama 15 minit atau hingga keju parut di permukaan makaroni cair sepenuhnya.
SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 5 May 2011

KENTANG PUTAR DAN SOSNYA


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Kentang putar memang kegemaran kebanyakan orang. Membuatnya pun bukanlah susah cuma sos untuk kentang putar yang kebanyakan orang tidak tahu cara membuatnya.

Resepi sos kentang putar ini, Naz ambil dari My Resepi kepunyaan daunpandan. Baca komen dari orang yang dah mencubanya, semuanya memuji kesedapan sos ini. Tak tahan pula tu tengok si Mas ni asyik tayang kentang putar dia beberapa kali di blognya. Jadi Naz pun ambil keputusan mencuba sos dari daunpandan ini. 

Anakanda Haris di rumah ni memang suka sangat dengan kentang putar. Kalau pergi KFC, harus beli kentang putar. Sebelum ini, Naz memang pernah membuat kentang putar tapi tanpa sosnya..heheheee.. Ni kes tak taulah nak buat sos tu. Selalu makan dengan  sos cili je. Sekarang dah lengkap kentang putar bersama sosnya sekali.


KENTANG PUTAR

Bahan-bahan :
  • Beberapa biji kentang (ikutlah banyak mana nak)
  • Sedikit susu segar
  • Serbuk lada hitam atau lada hitam yang ditumbuk
Cara-cara :
  1. Kupas kulit kentang, basuh dan potong 8. Rebus hingga empuk.
  2. Toskan kentang yang telah empuk. Lenyek hingga halus atau boleh kisar di dalam food processor sambil memasukkan sedikit demi sedikit susu segar dan lada hitam sehingga mendapat texture yang anda inginkan.
  3. Scoopkan ke dalam mangkuk dan tuangkan sos ke atasnya sebelum dimakan.

SOS KENTANG PUTAR
Sumber resepi : daunpandan (My Resipi)


Bahan-bahan :
  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam pekat (dalam botol kaca)
  • 1 biji bawang besar -dicincang
  • 1 batang saderi - dicincang (Naz guna 2 rumpun saderi)
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum (Naz guna 2-3 Tbsp tepung gandum)
  • 1 Tbsp sos tomato
  • 1 Tbsp sos tiram
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Beberapa titis kicap pekat (untuk memberi warna)
  • Garam (Naz tak letak pun)
Cara-cara :
  1. Masak air bersama stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Kecilkan api dan renih selama 10 minit. Tutup api dan tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega di dalam periuk di atas api sederhana. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga tidak melekat di tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau agar tidak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titis kicap pekat(sebagai pewarna). Masukkan serbuk lada hitam.
  5. Masak hingga mendapat kepekatan yang diingini. Untuk garam, rasa dulu sos kentang putar tu sebab stok ayam dan sos tiram pun dah masin. Naz tak letak pun garam..  
Inilah rupa stok ayam pekat di dalam botol..


Satu lagi gambar..close up punya..

SELAMAT MENCUBA!


Sunday, 13 February 2011

BEEF LASAGNA


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Dah beberapa hari bertangguh nak buat lasagna ni. Anak-anak pun dah berapa kali bertanya bila ummi nak buat lasagna ni. Siap sport check barang-barang untuk buat lasagna dah ada ke belum di dapur.. Akhirnya masing-masing tersenyum puas bila dapat makan lasagna ni terutamanya Haris anak sulungku.

 
Lasagna setelah keluar dari oven..
Anak-anak selalu request supaya taburkan shreeded cheese tebal-tebal di lapisan atas tu.


Lasagna setelah dipotong..
Nampak tak lapisan-lapisannya.

Resepi lasagna ni dah pernah letak dulu beserta dengan caranya sekali. Boleh rujuk di SINI kepada yang berminat.

SELAMAT MENCUBA!

Monday, 4 January 2010

LASAGNA

Salam semua. Hari ni nak simpan resepi Lasagna ke dalam blog ini. Gambar-gambar ni diambil semasa proses membuat Lasagna di rumah mak cuti sekolah tahun lalu. Kebetulan anak-anak dan anak-anak buah berkumpul di sana dan ada request dari mereka, tu yang buat ni. Sebelum ni kalau buat tak pernah ambil gambar.
Dan lasagna ni bila dah siap dimasak, tak sampai 1 jam dah licin. Memang lasagna ni menjadi kegemaran mereka termasuklah mak dan ayah mereka serta adik beradik Naz sendiri. Cuma tak bolehlah nak buat selalu sebab kosnya boleh tahan jugak tapi still lebih berbaloi dari beli yang dah siap tu.
Naz first time belajar dan buat Lasagna ni semasa merantau ke Perth dulu. First time makan terus jatuh hati. Cuma sos daging tu, kalau ikut resepi asal menggunakan tomato puree dan juga diced tomato. Naz ubah untuk lebih senang menyediakannya.

LASAGNA
Bahan-bahan
:
1 kotak instant Lasagna sheet
Shreeded cheese

Sos daging :
400 - 500 gm daging cincang (guna daging cincang Ramly burger je)
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
1 batang carrot (hiris/cincang halus)
2 sudu besar minyak masak
1 botol atau 1 tin sos spagetti(any brand, naz guna kimball or Preggo)
Lada sulah
Garam

Sos putih/sos keju :
2 sudu besar mentega/margarine
2 sudu besar plain flour
2 cawan susu segar
Garam
2 sudu besar shredded cheese

Cara Membuat Sos Daging :
1. Panaskan minyak masak. Masukkan bawang putih, bawang besar dan carrot. Biar hingga naik bau dan layu.
2. Masukkan daging cincang dan biar hingga perang.
3. Masukkan sos spagetti, lada sulah dan rasakan garamnya. Biar hingga kering sikit tapi jangan terlalu kering kerana kita memerlukan kelembapan dari sos daging untuk melembutkan kulit lasagna semasa proses membakar di dalam oven.

Cara Membuat Sos Keju :
1. Di atas api perlahan, masukkan mentega ke dalam periuk. Biarkan cair.
2. Masukkan plain flour dan kacau dengan ballon wisk hingga sebati. Tutup api.
3. Masukkan susu dan gaul hingga sebati. Kemudian letakkan semula periuk di atas api sederhana dan terus kacau hingga adunan menjadi likat. (Jangan terlalu likat/lama sebab apabila sos keju telah sejuk, ia akan menjadi lebih likat daripada ketika panas). Tutup api.


Cara Melapis Lasagna :
1. Buat satu lapisan nipis sos daging di dalam loyang.


2. Tuang sos keju ke atas lapisan sos daging tadi.


3. Lapiskan pula dengan instant lasagne sheet menutupi permukaan daging dan sos keju.
4. Buat beberapa lapisan sos daging, sos keju dan lasagne sheet lagi lebih kurang 2-3 lapisan lagi.


5. Pada lapisan terakhir selepas lapisan sos keju, taburkan shreeded cheese rata-rata.


6. Inilah rupa lasagne sebelum di bakar.


7. Bakar di dalam oven sehingga keju kelihatan mencair dan masak. Suhu 180 C selama 35-40 minit atau hingga keju mencair sepenuhnya.
8. Sejukkan seketika sebelum dipotong dan dihidangkan…Makan semasa masih suam lebih sedap sebenarnya.

NOTA :
Ada jugak orang yang bertanya, kulit lasagna tu tak perlu direbus dulu ke sebelum digunakan? Naz memang tak pernah merebus kulit lasagna tu sebab dengan kelembapan dari sos daging dan sos keju yang dibuat, teleh cukup menjadikan kulit lasagna itu lembut selepas proses membakar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...