Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.
Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Thursday, 11 October 2012

KARI TELUR PECAH


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Harap semua sahabat dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Kari telur pecah resepi cilok dari blog Mas Duniaku ni, amat mudah disediakan. Sebaik terpandang menu ni di blog Mas, terus je buat hari tu. Cuma sekarang baru berkesempatan masukkan resepi ni ke dalam blog. Terima kasih Mas. Akak kongsikan di sini pula ye. 

KARI TELUR PECAH
RECIPE BY: Mas Duniaku

Bahan :
  • 4 biji telur
  • 8 biji bawang kecil - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 tangkai daun kari - dikisar
  • 3 sudu makan serbuk kari 
  • sedikit bahan penumis - (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga)
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 1 biji cili merah - belah 2
  • 3 cawan air @ lebih
  • garam secukupnya
  • 1 kiub ayam
  • Sebiji kentang - dibelah 8 (Ni Naz tambah)
  • 1 keping asam gelugor (Ni Naz tambah)
Cara :

1. Tumis bahan kisar, bahan penumis dan serbuk kari hingga pecah minyak dengan api perlahan ( sentiasa kacau supaya tak hangit).
2. Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih.
3. Bila kuah mula mendidih, masukkan tomato, cili, garam dan kiub ayam dan biarkan seketika.(Oleh sebab Naz menambah kentang di dalam resepi, selepas kuah mendidih, Naz masukkan kentang dan tunggu hingga kentang empuk dulu, baru masukkan bahan-bahan lain seperti dalam resepi ini).
4. Pecahkan telur satu persatu ke dalam mangkuk kecil, dan tuangkan perlahan2 ke dalam kuah yang mendidih tadi.
5. Kacau perlahan2 dan biarkan seketika dalam 2 minit dan boleh tutup api.
6. Sedia dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 3 May 2012

SAMBAL TUMIS TELUR AYAM REBUS


ASSALLAMULALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Hari ni tayang lauk sempoi je. Telur rebus tu bukan hasil dari menghadiri kenduri kahwin tau. Telur tu juga bukan dengan sengaja direbus untuk buat lauk sambal tumis ni. Actually telur rebus tu sebenarnya telur separuh masak yang dah jadi telur seluruh masak..hahahaha..

Di rumah ni my laling encik hubby memang suka makan telur separuh masak. Kalau buat telur separuh masak, dia lebih suka masak atas api dapur yang perlahan daripada direndam dalam air panas mendidih jer. Tu la ada kerja senang, saja nak buat kerja susah..hihihi.. Jadinya, kadang-kadang tu terlupa tengah merebus telur nak buat half boil. Terus telur tu jadi whole boil..hehehehe.. Bukan I tau yg rebus. Ni my encik hubby yang rebus sendiri. Tu dah 3 kali terover rebuslah tu sampai dapat 6 biji. Tapi dalam gambar tu 5 biji jer ye sebab sebiji anakanda Husna dah makan sebelum masuk dalam sambal.

Jadi bila dah banyak telur rebus tu, Naz buat jer la sambal tumis. Mula-mula tu encik hubby cadangkan buat telur sambal goreng tapi Naz suka sambal yang sedikit basah. Jadi pilihannya tentulah sambal tumis. Resepi yang semua orang pun tau membuat nya.


SAMBAL TUMIS TELUR AYAM REBUS

Bahan-bahan kisar :
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh belacan
  • 15-20 sudu besar cili kering kisar (ikutlah banyak mana nak sambalnya)
Bahan-bahan lain :
  • 6 biji telur ayam - direbus dan dikupas kulitnya
  • 1 biji bawang besar - dimayang
  • 1 sudu besar asam jawa + 1/2 cawan air - ambil airnya sahaja
  • 1 kuib pati ikan bilis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara penyediaan :
  1. Panaskan minyak masak di dalm kuali. Tumis bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan bawang besar dan biar sedikit layu.
  3. Masukkan air asam jawa dan kiub pati ikan bilis. Gaul rata.
  4. Masukkan telur rebus, garam dan gula. Gaul rata dan rasakan masin dan manisnya. Tutup api.
  5. Boleh dihidang dengan nasi lemak atau nasi putih.
SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, 23 August 2011

TEUR MASAK GERAU ASAM


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ni adalah lauk yang Naz masak untuk digandingkan dengan Nasi Kuning untuk dinikmati semasa berbuka puasa. Resepi ini Naz tengok cara memasaknya di dalam rancangan "Ketuk-ketuk Ramadhan" yang disediakan oleh Linda Onn.

Asalnya resepi ini menggunakan ikan sebagai bahan utama tapi Naz tukarkan kepada telur mata kerbau. Seperti biasa, resepi dari rancangan ini tidak dinyatakan dengan terperinci jumlah bahan-bahan yang digunakannya. Jadi jumlah bahan yang ada pada resepi di bawah adalah hasil olahan Naz sendiri.

Sedap juga lauk ni. Rasa pedas yang menyengat dan sedikit masam tu memang membuka selera.

TELUR MASAK GERAU ASAM
Idea Asal : Linda Onn dari rancangan "Ketuk-ketuk Ramadhan"
Olahan Resepi Oleh : Naz@CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
  • 4 biji telur ayam - digoreng telur mata kerbau
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 labu bawang merah - dimayang
  • 3 ulas bawang putih - dimayang
  • 1/2 cawan cili kering kisar
  • 2 biji cili merah - dihiris
  • 2 biji cili hijau - dihiris
  • 3-5 biji cili padi - dihiris halus
  • 1 1/2 cawan air asam jawa + 2 tsp belacan
  • Minyak masak
  • Garam dan gula

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis serai serta bawang merah dan bawang putih. Biar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering dan biarkan garing sedikit.
  3. Masukkan cili merah, cili hijau dan cili padi. Gaul rata.
  4. Masukkan air asam jawa yang telah dicampur belacan. Biarkan menggelegak.
  5. Rasakan masin dan manisnya.
  6. Masukkan telur goreng tadi dan gaul rata. Matikan api.
SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 27 January 2011

TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI PADI


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ini salah satu lauk kegemaran Naz juga.  Kalau buat pedas-pedas dan ada rasa masam-masam sikit..best oooooooo....  Resepi ni belajar daripada bonda di Melaka.  Belajar masa anak dara dulu lagi.  

Masak lauk ni lebih sedap kalau ada belimbing buluh yang kecil-kecil tu.  Nanti rasa lauk ni masam-masam sikit disamping rasa cili padi yang menyengat tu.  Tau tak belimbing buluh tu macam mana rupanya?

Inilah rupa belimbing buluh.  Sedapnyaaaaaa... 
(gambar dari Google) 

Tapi kali ini, Naz masak tak letak belimbing buluh ni sebab dah puas cari tapi tak jumpa. Kebetulan di rumah ada buah kundang (banyak orang panggil biji kundang) yang dibeli di pasar borong.  Ada pulak tu dalam 3-4 biji yang masam sangat rasanya.  Tak boleh nak gigit... Bantailah letak buah kundang ni dalam lauk.  Sedap jugak..  Boleh juga diganti belimbing buluh dengan asam gelugor(asam keping).  Okey seperti biasa selepas sesi membebel-bebel, baru resepi menyusul..

TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahan :
6 biji telur itik (yang belum dijerukkan tau)
Segenggam cili padi (tambah atau kurangkan mengikut kepedasan yang diingini)
2 inci kunyit hidup (boleh ganti dengan 1/2 tsp serbuk kunyit)
2 batang serai (dititik)
2 helai daun kunyit 
10 biji belimbing buluh (dibelah dua) 
Santan secukupnya
Garam

Cara-cara :
1.  Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat.  Masukkan ke dalam periuk bersama santan dan juga serai serta garam.
2.  Masak di atas dapur hingga mendidih menggunakan api sederhana.  Sambil tu kacau-kacau santan di dalam periuk agar tidak membuak atau berbintil-bintil(pecah minyak).  
3.  Bila telah mendidih, kecilkan api.  Pecahkan telur dan masukkan ke dalam periuk satu per satu.  Lebih elok kalau dipecahkan telur ke dalam mangkuk dahulu untuk mengelakkan dari terguna telur yang rosak/busuk (hehehe...sebab dah terkena dulu..membazir jer santan tuuuu..).  Kacau sesekali perlahan-lahan agar telur tidak hancur.  Tunggu sehingga telur telah mengeras.
4.  Masukkan daun kunyit yang dikoyak dua bersama belimbing buluh.  Rasakan garamnya.  Tutup api dan sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 6 January 2011

SAMBAL GORENG TELUR REBUS


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Menu yang simple je tapi makan boleh bertambah-tambah.  Sambal goreng, sambal tumis, sambal belacan dan apa-apa sambal lah memang menjadi kegemaranku.  Perlu ada menu yang pedas, baru boleh membuka selera.  Kalau nak berdiet, tak boleh masak makanan yang pedas-pedas ni.  Sebab nanti makan bertambah-tambah tak ingat diri...kikiki...

SAMBAL GORENG TELUR REBUS


Bahan-bahan :
3 biji telur rebus
3 biji kentang 
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6 Tbsp cili kisar
2 inci belacan
1 biji bawang besar (dimayang)
Sedikit air asam jawa
Garam
Gula
Minyak masak

Cara-cara :
1.  Kisar bawang merah, bawang putih, belacan dan cili kisar bersama.
2.  Kupas kentang dan basuh.  Potong dua dan hiris.  Goreng dan ketepikan.
3.  Kelar-kelar sikit telur rebus dan goreng sambil golek-golekkan telur agar sekata untuk mendapat satu lapisan nipis kulit pada telur rebus (jangan lama sangat).
4.  Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan mesin serta bawang besar yang telah dimayang hingga pecah minyak.  Masukkan air asam jawa dan terus menggoreng hingga kelihatan garing. Rasakan garam dan gulanya.
5.  Masukkan kentang dan gaul rata.  Kemudian masukkan telur rebus tadi dan gaul sempurna.  Okey siap untuk dihidang.

Thursday, 25 November 2010

TELUR MATA KERBAU MASAK KICAP



Agaknya sebab dah banyak sangat makan daging semasa raya Haji minggu lepas, anak-anak minta lauk telur goreng kicap jer.. Hati-hati!! Resepi yang simple macam ni selalunya membangkitkan selera.. Lebih-lebih lagi kalau dimakan ketika nasi panas-panas. Ditambah pula ada sambal belacan. Emmmmm.. tak terkata..

TELUR MATA KERBAU MASAK KICAP
Bahan-bahan :

Beberapa biji telur ayam
1 labu bawang besar (dimayang)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Sedikit air asam jawa atau beberapa titis cuka
Kicap manis
Air

Cara-cara :
1. Telur digoreng satu per satu.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan juga halia (kalau nak dihiris-hiris halus je pun boleh).
3. Panaskan sedikit lebihan minyak menggoreng telur tadi di dalm kuali. Tumis bahan tumbuk hingga layu. Masukkan bawang besar. Gaul hingga bawang besar layu.
4. Masukkan kicap manis dan juga air asam jawa (kalau guna cuka, letak beberapa titis je..nanti masam lak kuah tu jadinya..). Masukkan juga air kosong. Part ni, agak-agaklah letak bahan-bahan tu ye.. Ikut banyak mana nak kuahnya.
5. Bila menggelegak, masukkan telur yang telah digoreng tadi dan gaul biar sebati dengan kuahnya.
6. Okey dah siap untuk dihidang.

NOTA :
Kalau suka, sewaktu menumis tadi boleh masukkan 2 inci kulit kayu manis.

Untuk menambah bahan dalam masakan, bolehleh masukkan sekali kentang yang dihiris-hiris dan digoreng dulu ke dalam lauk ini. Masukkan sekali dengan telur goreng pada langkah 5.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...