Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.
Showing posts with label Tauhu. Show all posts
Showing posts with label Tauhu. Show all posts

Saturday, 2 January 2010

TOFU TELUR BERKUAH


Hai teringin pulak nak makan tauhu lembut nie.. Selalu tengok ada di kedai-kedai makan. Tapi tak pernah cuba memasaknya.. Ni la yang mencuba ni..

TOFU TELUR BERKUAH
Bahan-bahan
:
1 paket tofu telur
4 keping nenas bulat dalam tin – dipotong kecil
Sedikit capsicum hijau – dipotong dadu
Sedikit carrot – dipotong dadu
1 biji bawang putih – diracik halus
1 inci halis – diracik halus
1 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Tepung jagung utk memekatkan kuah
1 sudu besar minyak utk menumis
Minyak untuk menggoreng tofu

Cara :
1. Potong tofu kepada 4 bahagian. Goreng dengan lemah gemalai agar tofu tidak pecah. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak utk menumis dan tumis bawang putih serta halia.
3. Masukkan sos cili, sos tomato dan air. Biar mendidih.
4. Masukkan sayuran dan biar seketika.
5. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, dan masukkan ke dalam kuali.
6. Kacau kuah dan biarkan pekat sikit. Tutup api dan curahkan kuah ke atas tofu telur yang telah digoreng tadi.

Friday, 1 January 2010

TAUHU SUMBAT


Tauhu sumbat...Emm boleh dimakan bersama nasi atau dimakan begitu sahaja. Biasanya tauhu dan sayurannya lebih kurang sama saja orang buat, cuma mungkin yang berbeza adalah kuah cilinya.
Ada orang membuat kuah cilinya daripada cili kering dan ada juga orang yang suka menaburkan kacang tanah tumbuk pada tauhu sumbat. Tapi bagi Naz ini lah cara biasa Naz sediakan tauhu sumbat untuk dimakan. Simple jer..


TAUHU SUMBAT
Bahan-bahan
:
Beberapa keping tauhu lembut
Sebatang timun
Sedikit taugeh

* Tauhu digoreng dan dibelah dua menjadi segitiga.
* Timun dibasuh dan dipotong halus memanjang.
* Taugeh dibuang ekornya, dibasuh dan disiram air panas.

Bahan-bahan untuk kuah :
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
2 TBSP gula pasir(boleh adjust untuk seimbangkan dengan kepedasan)
1 TBSP cuka masakan
2 TBSP sos tomato
Sedikit air masak untuk proses mengisar


Cara :
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender.
2. Kisar hingga halus.
3. Rasa dan adjust kuah cili mengikut citarasa sendiri.
4. Boleh dihidangkan bersama tauhu sumbat tadi.

Cara menghidang :
1. Belah di bahagian tengah tauhu yang telah menjadi segitiga tadi.
2. Sumbat dengan campuran timun dan taugeh tadi.
3. Sudukan kuah cili ke dalam tauhu dan sedia untuk dimakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...