Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.
Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts

Monday, 27 October 2014

SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI


Assallamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Sambal tumis, mestilah semua orang tahu cara memasaknya ye tak. Tapi nak masukkan juga resepi ni ke dalam blog untuk rujukan anak-anak bila mereka mula belajar memegang sudip dan kuali satu masa nanti.

SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI
Oleh: Nadz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg udang
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan sebesar ibu jari
  • 1-1/2 cawan cili kisar
  • 1 biji bawang besar-dimayang kasar
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 papan petai-ambil isinya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:
  1. Udang disiang dan dibersihkan. Toskan.
  2. Kisar cili kisar bersama bawang merah, bawang putih dan belacan.
  3. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga garing dan terbit minyak.
  4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biar menggelegak.
  5. Kecilkan api dan masukkan udang, petai serta bawang besar. Biar mereneh hingga mendapat kepekatan sambal yang diingini. Perasakan garam dan gulanya. Adjust ikut your taste buds. Tutup api. 
SELAMAT MENCUBA!

Friday, 14 June 2013

UDANG MASAK TEMPOYAK

Assallamualaikkum dan salam sejahtera.

Dah lunch ke semua? Mesti masing-masing dah kenyang kan. Sambil tu mata pun kian layu dan kuyu..hehehe.. Haippp...siapa yang kerna kerja dan masuk ofis tu, segar-segarkanlah mata anda ye. Bagi yang boleh melayan mata yang kian layu tu, dipersilakan..heheheee..

Okey, menu ringkas je nak share hari ni. Udang masak tempoyak. Buat pekat-pekat dengan kepedasan yang "kick", perghhhhhh...sedap makan bersama nasi panas. Tak ingat-ingat dah tambah nasi berapa kali..huhuhuuu... Resepi simple dan ramai pun yang pandai membuatnya kan..

UDANG MASAK TEMPOYAK

Bahan-bahan :
  • 20 ekor udang sederhana besar
  • 1-2 papan petai
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3-5 sudu besar tempoyak (ikut selera masing-masing)
  • 5-10 biji cili padi (adjust ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
  • Air mengikut tahap kepekatan kuah yang dikehendaki
  • 1 inci kunyit hidup atau 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 helai daun kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :
  1. Kupas kulit udang, basuh dan toskan.
  2. Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan juga kunyit hidup.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tempoyak dan juga air. Biar hingga menggelegak dan kuah likat mengikut tahap yang anda gemari.
  4. Kecilkan api dan masukkan udang, petai, garam dan gula sekiranya perlu. Masukkan juga daun kunyit yang telah dibasuh dan telah dihiris nipis atau disiat dua sahaja. Biar mereneh seketika.
  5. Rasakan masam dan manis gulai anda. Tutup api.


SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 12 January 2012

MASAK LEMAK CILI PADI UDANG DENGAN CENDAWAN


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Harap semuanya sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah SWT hendaknya..
Amin..

Lauk atau gulai yang always menjadi kegemaran dan kepantangan Naz. Gemar sebab memang suka sangat masak lemak cili padi. Lebih-lebih lagi kalau pedasnya menyengat. Tapi jadi kepantangan tu sebab pantang jumpa, habis rosak dietku....huhuhuhu.. 

Sudahlah masa makan lauk ni, Naz gandingkan dengan fresh tempoyak yang digaul dengan cili padi tumbuk. Memang tak boleh control menambah nasi. Lagi pedas, lagi meleleh air hidung, lagi laju menambah nasi...hehehe.. Tolong!!! Tolong!!! Siapa nak ikut pergi berjoging???? Sape? Sape? Tak pelah. I jogging sorang-sorang jer.. Gumuks biar beramai-ramai tapi slim biar sorang-sorang..hahaha... Boleh gitu?? hahaha.. Tak..tak..tak.. Marilah kita bersenam beramai-ramai agar kesihatan terjaga..hehehe..
Anyway, gulai ni agak pucat sikit warna kuningnya sebab kunyit hidup yang Naz guna tu, macam tak berapa kuning je. Patutnya tambah sikit serbuk kunyit biar kalernya lebih cantik.

Udang.
MASAK LEMAK CILI PADI UDANG DENGAN CENDAWAN

Bahan-bahan :
  • 500 gm udang sederhana besar - dibersihkan dan dibasuh
  • 400 gm cendawan tiram - dibersihkan dan disiat-siat 
  • 20 biji cili padi (adjust ikut kepedasan sendiri)
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa
Cendawan tiram.
Cara-cara :
  1. Tumbuk cili padi bersama kunyit hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk bersama santan cair dan serai. Kacau-kacau hingga mendidih.
  2. Masukkan udang dan cendawan tiram serta daun kunyit. Biar seketika sambil sesekali mengacau hingga cendawan dan udang masak.
  3. Masukkan garam dan santan pekat. Kecilkan api dan biar hingga mendidih sambil mengacau agar tidak pecah minyak. Tutup api dan boleh dihidangkan.
 SELAMAT MENCUBA!

Saturday, 24 September 2011

SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Lama sungguh rasanya tak beli udang segar di pasar. Jadi bila dah beli tu terus je dimasak sementara udang tu masih terasa manisnya. Encik hubby siap belikan 3 papan petai bersama udang ni. Haiii...faham-faham jer la nak dimasak apa dengan udang tu kalau dah ada petai. Masak sambal tumis udang lah.. apa lagi kan.

Naz kalau masak sambal tumis, memang letak banyak cili kering sebab encik hubby suka sambal tumis yang banyak sambalnya. Jadi resepi yang mudah ini ada di bawh ye.

SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI
Oleh : Naz COSK @ ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahan :

  • 500 gm udang segar - dibersihkan
  • 2 - 3 papan petai - ambil isinya
  • 15 sudu besar cili kering kisar - tambah lagi untuk sambal yang lebih banyak
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 tsp belacan
  • 1 labu bawang besar - dimayang kasar
  • 1 sudu besar asam jawa - dibancuh dengan sedikit air
  • Garam dan gula
  • Minyak masak untuk menumis

Cara-cara :
  1. Tumbuk lumat bawang merah. bawang putih dan belacan. Kemudian campurkan dengan cili kering kisar. Boleh juga kalau dikisar bawang merah, bawang putih dan belacan bersama cili kering di dalam pengisar.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk/ bahan kisar hingga garing dan wangi.
  3. Masukkan bawang besar. Biar seketika sambil dikacau-kacau. 
  4. Masukkan air asam jawa, udang dan petai. Biar sehingga udang masak sepenuhnya dan petai sedikit layu.
  5. Masukkan garam dan sedikit gula. Rasalah ikut lidah masing-masing yer.
SELAMAT MENCUBA!

Monday, 31 January 2011

SAMBAL TUMIS UDANG


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Masak sambal tumis udang untuk makan tengahari tadi. Waktu menumis cili mesin tu yang tak tahan.. Hidung dah lah memang tengah perit. Bau tumisan cili kering mesin yang memenuhi ruang dapur tu mencucuk-cucuk hidung ni.. Tapi sebab sambal memang kegemaran orang di rumah ni, ku tahankan jua..

SAMBAL TUMIS UDANG

Bahan-bahan :
500 gm udang segar (siang, basuh dan toskan)
1 cawan cili kering yang telah dikisar*
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
(*dikisar bersama)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 Tbsp asam jawa (dibancuh dengan 1/2 cawan air)
Garam
Gula
Minyak masak

Cara-cara :
1.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis bahan-bahan kisar sehingga masak dan harum.
2.  Masukkan bawang besar. Kacau.
3.  Masukkan air asam jawa dan kacau sebati. Biarkan hingga mendidih.
4.  Masukkan udang dan kacau sesekali hingga udang masak sepenuhnya.
5.  Masukkan garam dan gula mengikut citarasa sendiri. Tutup api.

SELAMAT MENCUBA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...