Saturday, May 17, 2014

Upcoming Safety and CEP Programme May / June 2014


Upcoming Safety and CEP Programme May / June 2014

Nazliza Kamaldin
FMM Institute
Fax: 04-6302054

Saturday, April 12, 2014

Berapa kerap anda periksa tekanan angin tayar?








Berapa kerap anda periksa tekanan angin tayar?

Antara sebab mengapa pemilik/penunggang motosikal "MALAS" memeriksa tekanan angin tayar (menambah atau mengurangkannya jika perlu) ialah kesukaran untuk berbuat demikian kerana kepala injapnya yang pendek.

Penyelesaiannya ialah menukar/mengantikan dengan kepala injap berbentuk-L (L-type Valve).

Hari ini (setelah sekian lama) saya menyuruh anak saya menukar kepala injap skuter Honda Click kami.


Harap-harap selepas ini anak saya ini tiada alasan lagi "MALAS" memeriksa tekanan angin tayar.

Tiang gol karat ragut nyawa budak


Tiang gol karat ragut nyawa budak

Pelajar (oleh kerana tiada elemen (i) kontrak dan (ii) gaji dan upah) tidak disenaraikan dalam skop pekerjaan Jadual 1 OSHA 1994 TETAPI, TETAPI hak pelajar dinyatakan dengan jelas dalam Seksyen 17, tanggungjawab majikan terhadap mereka selain dari pekerja termasuklah PELAJAR, pelawat, supplier, vendor, kontraktor dan sebagainya,

Sunday, April 6, 2014

Buku Pemeriksaan Tapak Kerja



Buku Pemeriksaan Tapak Kerja

1.Amat berguna untuk lokasi kerja di Oil & Gas plant serta Offshore platform dan juga construction / kilang.
2.Amat berguna kepada Safety Officer, Safety Supervisor, Work Leader, Work Superviasor, Projek Manager, Safety Engineers serta Management Team.
3.Sebagai "supporting document" untuk permohonan Green/Yellow book.
4.Senang dibawa kerana ringan dan berukuran 3.5" x 6.6"
5.Buku ini mengandungi 50 helaian pemeriksaan dan 20 helaian nota pelbagai guna.
6.Harga pasaran RM 12.00/ sebuah tidak termasuk postage charge.

Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi -
abe8ent@gmail.com



E-Book SHO Examination Workshop


E-Book SHO Examination Workshop = RM150

Author : zariman zainuddin zariman@gmail.com

Bahasa : Inggeris
Bil M/S : 87
Format : MS Word

BERMINAT? Sila E-mail shoebookmy[at]gmail.com (shoebookmy@gmail.com)

Monday, March 17, 2014

Risiko berkasut tumit tinggi


Risiko berkasut tumit tinggi

Pengarah DOSH Pulau Pinang; En. Mohamad Anuar bin Embi selalu menyentuh tentang keselamatan diri dalam siri-siri ucapan santainya berkaitan OSH. Antara topik yang sering disentuhnya adalah risiko berkasut tumit tinggi yang ada kaitan dengan ergonomik dan struktur tubuh badan pemakai.

Rasanya artikel ini "menguatkan" lagi hujah beliau :-)

Thursday, March 13, 2014

Incident Commander (IC) dalam ICS (ERM/ERP)


Incident Commander (IC) dalam ICS (ERM/ERP)

Petikan dari Q. & A.: Cmdr. William Marks of the U.S. Navy 7th Fleet on the Search for the Malaysian Jet. Link di sini.

Dalam ERM/ERP, lead organizer atau Incident Commander (IC dalam ICS) mestilah terdiri dari orang yang ariff dalam situasi (lebih tepat/sesuai Tuan Rumah). Dalam industri (merujuk American Company), IC biasanya Facility Manager (bukan SHO!) kerana keariffan mengenai sistem-sistem facilities dan utillities dalam organisasinya.



Dalam MKN Arahan 20 telah dinyatakan organisasi crisis sama ada di peringkat daerah, negeri atau negara - siapa yang akan mempengerusinya. Crisis MH370 di peringkat mana? Siapa yang layak mempengerusinya? Apapun hanya 11 contoh crisis di bawah scope MKN Arahan 20. Ada pengecualian termasuklah kemalangan yang membabitkan penerbangan. Adakah crisis MH370 diecualikan dari scope MKN Arahan 20?

Rujuk gambar di atas, MKN Arahan hanya meliputi scope kemalangkan
kapalterbang di atas kawasan pendudukan tinggi dan juga bangunan sahaja.

Apa yang perlu anda tahu mengenai MKN?

Insiden 13 Mei 1969 telah membawa kepada pengisytiharan Darurat oleh DYMM YDP Agong pada 15 Mei 1969 di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Pengisytiharan tersebut telah memberi kuasa kepada Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang telah ditubuhkan untuk membantu YAB Perdana Menteri merangkap Pengarah Gerakan Negara bagi mengukuhkan keselamatan awam, pertahanan negara dan memelihara ketenteraman awam, bekalan-bekalan dan perkhidmatan-perkhidmatan penting negara dalam usaha memulihkan negara kepada keadaan aman dan harmoni.

MAGERAN telah dibubarkan pada tahun 1971. Walau bagaimanapun, ancaman pengganas komunis yang masih berterusan dan bagi mengelakkan berulangnya insiden perselisihan kaum pada masa hadapan, Jemaah Menteri yang bersidang pada 23 Februari 1971 telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)secara rasminya pada 7 Julai 1971. Jemaah Menteri dalam mesyuarat Bil. 83/750/71 pada 31 Julai 1971 telah menghuraikan peranan MKN seperti berikut:

“Since the future racial peace in this country depends on how well the government handles the sensitive issues, it is suggested that the NSC shall be the body to look into the matter”.

Oleh yang demikian, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan secara langsung di seluruh negara di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. MKN juga menjadi badan bertanggungjawab membantu Majlis Tindakan Negara (MTN) dalam perkara-perkara berkaitan keselamatan.

Sejak penubuhannya, sebanyak 21 Arahan MKN telah dikeluarkan bagi menangani pelbagai ancaman-ancaman keselamatan semasa seperti kebanjiran pelarian Vietnam dan pendatang asing tanpa izin, kerjasama dua hala keselamatan dan pembangunan sempadan, penyeludupan, kawalan keganasan, ketenteraman awam serta pengurusan krisis dan bencana.

MKN adalah sebuah agensi peneraju yang menyelaras dasar berkaitan keselamatan sejak penubuhannya pada 1971. Punca kuasa kepada MKN adalah Arahan MKN No. 1 yang bersandarkan kepada Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 yang menjelaskan pembentukan dan tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara. Pada asasnya, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar yang berkaitan untuk keselamatan negara dan arah tuju hal-hal keselamatan. Struktur dan mekanisme keselamatan ini juga diguna pakai di peringkat negeri, daerah dan kampung.

Pada 11 Mac 1982, Arahan MKN No 12: Pemerintahan dan Kawalan Perkara-Perkara Keselamatan dikeluarkan bagi menggantikan Arahan No.9 dan Arahan MKN No 1: Mengenai Penubuhan Majlis Keselamatan Negara. Arahan MKN No. 12 ini adalah Arahan induk terpakai sehingga sekarang dengan disokong oleh beberapa arahan lain bergantung kepada keperluan semasa.

Pelbagai jawatankuasa telah ditubuhkan bagi membantu MKN dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya. Jawatankuasa-jawatankuasa ini meliputi semua aspek keselamatan negara. Sebagai contoh, jawatankuasa keselamatan dan pembangunan untuk sempadan Malaysia-Thailand (KESBAN). Matlamat jangka panjang KESBAN adalah bagi melindungi keselamatan dan mengekalkan kestabilan sosio-ekonomi dalam kawasan sempadan Malaysia dan Thailand. Jawatankuasa-jawatankuasa lain adalah Jawatankuasa Perisikan Negara, Jawatankuasa Perancang Gerakan, Jawatankuasa Geraksaraf dan Perangsaraf, Jawatankuasa Kawalan Ketenteraman Awam, Jawatankuasa Am Sempadan (Malaysia-Thailand dan Malaysia-Indonesia) dan Jawatankuasa Kawalan Keganasan.

Tanggungjawab terhadap jawatankuasa-jawatankuasa ini dijalankan oleh sepuluh bahagian yang ditubuhkan di bawah MKN. MKN diketuai oleh Setiausaha dan dibantu oleh Timbalan Setiausaha. Struktur pengurusan atasan ini disokong oleh Penasihat Undang-Undang, Juruaudit Dalaman dan Setiausaha-Setiausaha Bahagian. Satu lagi unit khas MKN adalah Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk Sabah dan Labuan (PPKP S/L) yang ditubuhkan khusus bagi pengurusan pendatang asing tanpa izin di sana. Bagi memastikan keselamatan negara adalah dikendalikan secara holistik, setiap negeri di Malaysia mempunyai Majlis Keselamatan Negara peringkat negeri yang diketuai oleh Setiausaha Keselamatan Negeri dan Setiausaha Keselamatan Daerah (SKD) bagi daerah-daerahnya. Mekanisme ini akan menyediakan MKN dengan kapasiti yang efektif bagi menangani apa jua isu berkaitan keselamatan daripada peringkat akar umbi.

Terdapat 21 arahan dikeluarkan oleh MKN sejak tahun 1971. Arahan yang kerap digunakan adalah Arahan MKN No. 20 yang menggariskan dasar dan mekanisme pengurusan dan bantuan bencana negara. Arahan ini digubal berikutan beberapa peristiwa bencana termasuk tragedi Highland Towers pada Mei 1994.

Antara arahan MKN yang terbaru adalah Arahan MKN No. 21 yang menggariskan mekanisme pengurusan ancaman ketenteraman awam. Ancaman-ancaman ketenteraman awam boleh menjadi pemangkin kepada sesuatu yang lebih berbahaya dan mengancam kestabilan dan keselamatan negara. Dalam arahan ini, ancaman ketenteraman awam adalah ditakrifkan sebagai insiden atau rusuhan-rusuhan sama ada dirancang atau dengan spontan yang dicetuskan oleh kumpulan agama, politik, perkauman, ekonomi atau sosial.

Arahan MKN yang baru akan dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi menghadapi ancaman dan cabaran keselamatan pada masa kini dan mendatang seperti ancaman non-traditional antaranya hak asasi manusia, pemanasan global, ancaman ekonomi dan jenayah rentas sempadan.


Kajian dedahan bahan kimia di kalangan pesawah padi


Kajian dedahan bahan kimia di kalangan pesawah padi


Sekarang saya dengan satu pasukan penyelidik sedang dalam kajian dedahan bahan kimia (pest, fungus dan baja) terhadap pesawah dgn dibantu oleh OHD dan assessor CHRA dari NRG-SHE. Untuk pilot test dan tinjauan awal, kami sudah pergi ke Kuala Selangor, Seberang Perak dan Kota Setar. Semalam kami baru balik dari Jerteh.



Agak menakutkan apabila mendapat tahu ada kes-kes kematian yang melibatkan pesawah semasa meracun dan juga bukti-bukti mangsa dedahan kronik racun yang masih hidup. Menakutkan lagi dengan maklumat adanya kawasan padi yang "bebas" dari binatang seperti tikus, serangga perosak lain malah ikan sekali akibat penggunaan racun "haram" dari luar negara dengan dos yang tinggi. Hasil padinya tinggi dan kualiti (saiz dan rupa) beras nya terbaik tetapi kesan terhadap pemakan belum pasti!

Ada juga berita mengembirakan dengan perkenalan (diperkenalkan semula?) langkah-langkah alternature nature farming seperti pengunaan (i) daun durian belanda, (ii) pokok mambu (utk burung hantu hinggap dan memburu tikus), (iii) ekstrak juice labu kayu dan (iv) air jeruk jering, yang mampu menghalau/mengurangkan binatang perosak ini terutamanya tikus.

Kajian dijangka selesai Nov 2014 dan semoga memberi manfaat kepada semua.



lukmanw@gmail.com

http://oshthejourney.blogspot.com