Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Tuesday, November 15, 2016

Occupational Health – perundangan berkaitan dalam FMA 1967


Occupational Health – perundangan berkaitan dalam FMA 1967


Factories and Machinery (Safety, Health and Welfare) Regulations 1970 (Revised – 1983)


Factories and Machinery (Lead) Regulations 1984


Factories and Machinery (Asbestos Process) Regulations 1986


Factories and Machinery (Noise Exposure) Regulations 1989



Factories and Machinery (Mineral Dust) Regulations 1989

Saturday, September 5, 2015

Tuesday, August 11, 2015

Perlu ada Smoking Room





Perlu ada Smoking Room

Saya tidak merokok. Saya tidak menyokong dan mengalakkan amalan merokok. TETAPI saya sentiasa mengalakkan organisasi menyediakan Bilik atau Ruang Merokok untuk pekerja mereka yang merokok.

Ada dua maksud larangan di papan tanda DILARANG MEROKOK . Larangan dari segi kesihatan dan juga larangan dari segi keselamatan (bahaya kebakaran).

Kebanyakan orang hanya melihat dari larangan merokok dari segi kesihatan. Memang dari kesihatan sudah dibuktikan melalui penyakit (kronik dan akut) yang dikesan akibat dari amalan merokok ini.

Posting kali ini saya ingin menyentuh larangan merokok dari segi keselamatan bahaya kebakaran dan keperluan mengadakan Bilik Merokok.

(Saya tidak berhasrat menyentuh larangan merokok dari segi hokum. Biarlah mereka yang arif lagi alim menyentuhnya).

Di organisasi atau premis yang tidak ada Bilik Merokok akan menyebabkan perokok tegar  ini “mencuri-curi merokok” atau “terang-terangan merokok” di  tempat yang tidak sepatutnya. Pilihan (sasaran?) mereka ialah Bilik Air/Tandas, Bawah Tangga, dan Bilik Kawalan (contoh AHU Room dan sebagainya). Malah ada yang merisikokan diri dengan merokok di Bilik atau Stor Kimia atau di Stor Bahan Boleh Terbakar (flammable).

Bilik Merokok yang direka dengan baik dan sesuai akan berupaya mengekang hazard dan risiko kebakaran ini.

Saya ingin berkongsi scenario Bilik Merokok di dua organisasi yang saya pernah bekerja.

Di kilang tayar, Ruang Merokok disediakan di luar banggunan (open air) yang dilengkap dengan payung, meja bulat dan kerusi. Organisasi yang saya bekerja ini berharap kedudukannya agak jauh dari tempat kerja akan menyebabkan perokok ini tidak atau jarang keluar untuk merokok.

Sebaliknya tiada masalah untuk perokok tegar ini pergi ke ruang merokok itu. Malah “harapan” pihak pengurusan menyukarkan perokok ini bermasalah lain pula. Jika hari hujan, perokok-perokok ini (selepas merokok) agak keberatan untuk bergerak masuk ke kilang menyambung kerja mereka semula.

Di kilang elektronik yang saya bekerja kemudiannya menyediakan Bilik Merokok Telus Cahaya (transparent) di dalam bangunan. Kedudukannya pula di lokasi perjalan kaki dan berdekatan dengan bilik pihak pengurusan tertinggi syarikat.

Peralatan yang disediakan di dalam Bilik Merokok ini agak ringkas. Hanya beberapa bangku palang besi (bench) tanpa meja. Jumlahpun terhad. Bilik ini juga dilengkapi dengan system aliran udara keluar. Turut diletakkan beberapa pasu tumbuhan hijau.

Bilik Merokok sebegini secara dasarnya memberikan keselesaan minimum kepada perokok tetapi secara tidak langsung Bilik Merokok sebegini tidak begitu “menyenangkan” pandangannya kepada orang ramai yang berjalan berhampiran.

Ada banyak sumber rujukan di internet yang boleh dijadikan panduan dalam merekabentuk Bilik atau Ruang Merokok ini.


Apapun pesanan saya kepada perokok tegar, kurang-kuranglah amalan merokok itu. Kalau boleh berhenti merokok adalah pilihan terbaik. Kepada mereka yang tidak merokok terutama kepada remaja, usahlah mencuba-cuba hendak merokok.

Tuesday, July 28, 2015

Monday, July 27, 2015

Promosi guna tangga




Promosi guna tangga
Naik tangga ke tkt 3 akan bakar (hilang) 0.21 kalori. Mcmana nak kira kalau aku turun tangga? Adakah sama juga kadar kehilangannya.
Kalau tukar tulis berapa berat kilogram yg hilang setiap kali naik tangga lagi memberangsangkan rasanya.

Monday, November 3, 2014

Food Safety (Food Healthy?)


Food Safety (Food Healthy?)
Timun dengan Telur Rebus adalah sinonim dengan Nasi Lemak. Manakala Kacang dan Parpadom adalah optional.
Ini adalah cara terbaik untuk menghidangkan Nasi Lemak terutama Nasi Lemak Bungkus jika hendak disertakan dengan Timun. Timun diasingkan malah lebih baik jika diambik dari fridge.

Saturday, July 5, 2014

Aedes – bolehkah kita saman “pihak berkuasa tempatan”?


Aedes – bolehkah kita saman “pihak berkuasa tempatan”?

Semasa saya bekerja di kilang elektronik di Kulim Hi-tech pada awal tahun 2000, kilang saya bekerja tersebut telah menerima saman dari pihak berkuasa tempatan kerana didapati terdapat tempat pembiakan nyamuk aedes. Sebagai SHO ketika itu, agak sukar saya untuk menjelaskan kepada pihak pengurusan hal ini kerana tempat pembiakan tersebut adalah di celah dahan pelepah pokok palma di hadapan kilang. Pihak berkuasa tempatan menegaskan kedudukan pokok palma tersebut masih di kawasan premis kilang.

Beberapa tahun selepas itu, semasa bekerja di kilang simen di Ipoh pula, kilang yang saya bekerja ini telah menerima saman dari pihak berkuasa tempatan kerana didapati terdapat tempat pembiakan nyamuk aedes di lopak kain tarpaulin canvas penutup karung guni simen.

Sumber air dalam kedua-dua kes ini adalah dari air hujan.

Persoalannya, kalau di tempat kerja, occupier” atau “employer” boleh disaman oleh pihak berkuasa tempatan, bolehkah kita pula saman “pihak berkuasa tempatan” yang bertanggungjawab terhadap kebersihan jika dapat dibuktikan adanya tempat pembiakan aedes di persekitaran perumahan yang kita tinggal akibat kegagalan pihak berkuasa tempatan ini?


Sekadar persoalan.

Tuesday, November 26, 2013

Suntikan Vitamin C Tidak Pernah Didaftarkan oleh KKM


Di luar sana ada salun2, klinik2 kecantikan, klinik2 perubatan, orang perseorangan yang menjual dan menjalankan perkhidmatan suntikan Vitamin C - KETAHUILAH BAHAWA PRODUK SUNTIKAN VITAMIN C TIDAK BERDAFTAR DENGAN KKM! Sanggupkah anda memperjudikan nyawa anda dengan menggunakan ubat yang tidak berdaftar?

Wednesday, July 17, 2013

Kedai nasi kandar meloyakan


Kedai nasi kandar meloyakan
Siti Nadiah, 16 Julai 2013, Kosmo

BAYAN LEPAS - Selamba saja si tukang masak sebuah restoran nasi kandar di sini memakai singlet serta berkain pelekat yang diikat tinggi, sambil memasak lauk pauk untuk dijual kepada pelanggan.

Tepung yang digunakan untuk membuat roti canai dan pelbagai jenis roti lain pula hanya diletakkan di sebelah tandas sahaja.

Bukan itu saja, si tukang masak yang juga dipercayai pemilik restoran berkenaan mengejutkan pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) ketika membuka peti sejuk tempat menyimpan bahan mentah.

Di dalam peti tersebut didapati kuah kari meleleh di segenap ruang dalam peti sejuk yang terdapat di dalam restoran yang terletak di kawasan Bayan Lepas itu.

Operasi mengejut yang bermula seawal jam 8.30 pagi semalam turut mendapati darah haiwan bertakung di atas lantai di bahagian dapur belakang.

Tidak basuh sebelum masak

Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamed kemudiannya bertanya kehairanan bagaimana telur yang dimasak untuk pelanggan dipecahkan dalam keadaan yang mengotorkan.

“Saya tahu telur-telur ini memang tidak basuh kerana lihatlah bagaimana keadaan kamu gunakannya, kamu basuh atau tidak?,” katanya.

Kemudian selamba sahaja lelaki yang penuh dengan jambang itu mengaku kepada penguat kuasa telur ayam yang dimasaknya langsung tidak dibasuh sebelum dimasak.

Ketika ditegur supaya mencuci peti sejuk, lelaki berkenaan dengan nada ceria menjawab, ‘hari-hari saya cuci encik’.

Jawapannya hanya disambut dengan senyuman daripada anggota penguat kuasa sedangkan kacang dal yang berada di dalam peti sejuk sudah mula tumbuh akar.

Pemeriksaan kebersihan itu kemudiannya beralih ke sebuah lagi restoran nasi kandar yang terletak di hadapan lokasi restoran yang sama.

Ketika melangkah ke satu ruangan yang dipenuhi bekalan tepung dan gula dalam restoran itu, didapati lipas dan pelbagai jenis serangga memenuhi kawasan tersebut.

Akibatnya, kedua-dua restoran berkenaan diarahkan tutup oleh JKNPP selama dua minggu.

Operasi setiap bulan

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,  Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, operasi hampir tujuh jam itu mengakibatkan 22 premis makanan ditutup di seluruh Pulau Pinang.

Menurutnya, sebanyak 34 premis diperiksa dan hampir 50 peratus daripadanya melibatkan kedai nasi kandar.

“Kesemua premis yang ditutup mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, sekiranya didapati bersalah, pemilik premis boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Sekiranya dalam tempoh dua minggu ada antara pemilik premis yang berdegil, kami tidak akan teragak-agak dan akan mengambil tindakan pendakwaan di mahkamah,” katanya.

Operasi yang turut melibatkan Bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan pejabat Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu turut mengeluarkan sebanyak 57 kompaun dan enam notis amaran dari KPDNKK.

Bermula Januari 2013 hingga Julai ini, sebanyak 96 premis ditutup atas kesalahan terlalu kotor di seluruh negeri ini sementara 3,288 telahpun diperiksa. Ku Nafishah berkata, pihaknya akan menjalankan risikan selama lima hari untuk melihat premis yang mana perlu diperiksa.

“JKNPP kami akan menjalankan operasi kebersihan ini setiap bulan sehinggalah memastikan premis makanan di Pulau Pinang mencatat tahap kebersihan yang sepatutnya,” katanya.



 Selamba saja si tukang masak bersinglet dan berkain pelekat diikat tinggi ini menyediakan bahan masakannya di tepi tandas dengan pintu terbuka.

 Sudah tumbuh akar, begitulah rupa kacang dal yang disimpan dalam peti sejuk sebuah restoran nasi kandar

Pegawai kesihatan mengesan lipas yang begitu banyak dalam stok tepung dan gula di sebuah premis nasi kandar

Monday, November 28, 2011

Man vs Food – tolong! Jangan ada versi TV Malaysia!


Man vs Food – tolong! Jangan ada versi TV Malaysia!

Secara jujur saya katakan, antara kegemaran saya ialah “makan”. Kegemaran ini boleh dilihat dengan banyak posting saya dalam blog Orang Kecil Orang Besar adalah berkaitan dengan makanan.

Secara jujur juga saya katakan, tabiat ini (dengan kurangnya exercise!) mempengaruhi kesihatan saya hari ini.

Selain makan, saya gemar membaca dan melihat bahan bercetak serta menonton rancangan tv yang berkaitan dengan makanan termasuklah siri rancangan tempatan iaitu Jalan-jalan Cari Makan.

Ketika saluran dan penerbit tv berebut-rebut menerbitkan rancangan realiti dewasa ini, saya berharap agar rancangan Man vs Food yang dihostkan oleh Adam Richman ini tidak akan dijadikan versi Malaysia.

Mulanya saya terhibur dengan rancangan ini. Setelah beberapa episod menontonnya, saya merasa mual!

Kebetulan bulan lepas saya berpeluang berbual dengan seorang warga British yang sudah 12 tahun menetap di Malaysia yang terbabit dengan projek landasan berkembar. Beliau dengan seriusnya membantah rancangan seumpama itu dari ditayangkan kepada umum.

Agak kagum (kemudiannya bertukar mual!) melihatkan Richman berjaya melahap makanan tertentu (biasa berasaskan daging) dalam setiap episode. Saya difahamkan Richman menjalani beberapa peraturan kendiri sebelum melahap ataupun menganggapkan “a bit on the husky side”. Ini termasuklah exercise tertentu sebelum dan selepas melahap serta mengamalkan diet khas.

Apapun persediaan Richman atau alasan “selamat dan sihat” yang bakal dikemukakan oleh bakal penerbit Man vs. Food versi Malaysia, rancangan makanan sebegini tidak sesuai diadakan dan ditayangkan di Malaysia.

Begitu juga harapan saya sebagai pengamal OSH terhadap rancangan tv Jalan-jalan Cari Makan yang kini dihostkan oleh Qushairi Razali (sebelum ini oleh Maria Tunku Sabri dan kemudiannya Serina Redzuan), janganlah ada elemen-elemen ke arah “pelahap” Richman ini.

Berikut adalah beberapa komentar mengenai rancangan Man vs. Food ini yang dipetik dari Wiki.

In the Star-Ledger, television critic Alan Sepinwall wrote, "It ain't deep, and it certainly ain't healthy (I could feel my arteries clog just from watching), but it's fun."

CityPages Minneapolis/St. Paul describes the show, "...like the food version of Jackass, with host Adam Richman as its very own Steve-O."

Charlie Brooker, also of The Guardian, was largely critical of the show's celebration of excess, stating "if food is the new porn, this is an all-out orgy between wobbling gutsos and farmyard animals – a snuff orgy, no less, since the latter end up sawn in half and smothered in BBQ sauce."

Alton Brown, host of the food science show Good Eats, was also critical of the show, calling Man v. Food "disgusting," stating: "That show is about gluttony, and gluttony is wrong. It's wasteful. Think about people that are starving to death and think about that show. I think it's an embarrassment."

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Thursday, July 21, 2011

Tisu Tandas bukan tempatnya di atas meja makan


Tisu Tandas bukan tempatnya di atas meja makan

Ada 2 perkara yang amat saya kesali kalau makan di gerai. Pertama peniaganya meletakkan Tisu Tandas di atas meja makan sama ada dalam bekas khas ataupun segulung tanpa bekas. Kedua ialah peniaganya menggunakan satu tuala kecil (kain buruk?) untuk semua jenis kerja bermula dengan mengelap meja yang bersisa makanan kemudiannya tuala yang sama digunakan mengelap pinggan atau mangkuk (mengeringkan) dan seterusnya ada yang menggunakannya untuk mengelap peluh!

Perbuatan ini bukan sahaja tidak higen malah menjijikkan.

Hari ini akhbar melaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam(MPKB-BRI) mengenakan kompaun RM 500.00 terhadap peniaga yang menggunakan Tisu Tandas ini untuk pelanggan mengelap tangan dan mulut akan dianggap melanggar peraturan yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Kecil Establishment Makanan.

Saya berharap langkah ini dicontohi dan dituruti oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain.

Ingat, Tisu Tandas tempatnya di dalam tandas dan bukan di atas meja makan atau kaunter pembayaran.

Seterusnya PBT juga perlu memastikan penggunaan Tuala Kecil yang khusus untuk kerja-kerja mengelap meja, mengelap (mengeringkan) pinggan mangkuk dan kegunaan peribadi (mengelap peluh dan sebagainya).

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Thursday, February 3, 2011

Kepimpinan OSH mestilah melalui teladan dan bukannya semata-mata arahan

Posting asal pada 30 Okt 2007 di sini

Kepimpinan OSH mestilah melalui teladan dan bukannya semata-mata arahan

”Do as I say, not as I do”, adalah satu bentuk kepimpinan yang berkuasa-veto. Dalam perlaksanaan OSH, bentuk kepimpinan ini hanya berjaya untuk masa yang singkat. Apabila pemimpin yang berkuasa-veto ini kehilangan kuasanya atau pemimpin ini sendiri yang ”hilang”, perlaksanaan OSH itu dengan sendirinya akan merundum kembali ke keadaan asal.

Tetapi bentuk kepimpinan berkuasa veto ”do as I say, not as I do” ini juga kadang-kadang dapat menjayakan perlaksanaan OSH dengan jayanya sekiranya pengikut-pengikut pemimpin ini (atau pekerja-pekerjanya) dapat memahami kesan-kesan buruk implikasi yang akan timbul sekiranya mereka (pengikut atau pekerja) ini masih mahu melakukan apa yang perkara negatif yang masih diamalkan (atau dilakukan) oleh pemimpin mereka ini.

Saya ambil satu contoh mudah. Ayah saya seorang perokok dan dia dengan garangnya memberi amaran kepada saya semasa saya masih bersekolah rendah lagi agar tidak menjadi seorang perokok.

Saya rasa pendekatan ayah saya ini melarang saya merokok menjadi lebih berkesan apabila dia tidak dengan secara terang-terangan merokok di hadapan saya. Ayah begitu teliti menyimpan kotak rokok di dalam rumah, mahupun abu rokok dan bekas abu rokok. Jauh sekali dia hendak menyuruh atau memesan kepada saya untuk membelikannya rokok jika saya hendak ke kedai runcit yang berdekatan rumah kami semasa saya berusia belasan tahun. Malah seingat-ingat saya dia tidak pernah menyuruh saya mengambil rokok untuk diberikan kepadanya.

Minggu lepas di sebuah kedai runcit berdekatan rumah saya di Kamunting, pemilik kedai tersebut merunggut panjang tetapi masih juga menjual sekotak rokok kepada seorang kanak-kanak perempuan yang usianya saya pasti belum lagi menjangkau umur 10 tahun. Manakala ayah kepada anak perempuan itu menunggu di atas motosikal di luar kedai.

Saya teringat kejadian yang hampir sama beberapa tahun lepas di sebuah kedai yang lain apabila pemilik kedai tersebut enggan menjual rokok kepada seorang kanak-kanak belasan tahun walaupun beliau tahu kanak-kanak tersebut anak kepada tetangga yang berhampiran dan rokok yang hendak dibeli itu adalah untuk ayahnya.

Kata pemilik kedai tersebut kepada kanak-kanak; ”Cakap kepada ayah awak kalau pakcik jual rokok ini kepada awak, pakcik boleh kena tangkap dengan polis!”.

Mungkin disebabkan pendekatan ayah saya itu, saya bukan seorang perokok sehingga hari ini dan saya pasti dalam hal merokok ini saya boleh berkata kepada anak saya; ”do as I say, and as I do”.

Kesimpulan mudah dari siratan kali ini ialah walaupun anda seorang perokok, jangan sama-sekali anda merokok secara terang-terangan di hadapan anak kecil anda. Apatah lagi cara anda merokok seolah-olah membayang ”dunia ini anda yang punya” dan tanpa mempunyai sedikitpun rasa bersalah. Jangan sekali-kali menyuruh atau memesan anak kecil anda itu membelikan rokok untuk anda walaupun ketika itu sekadar anda berada di dalam kereta di hadapan kedai.

Jangan sekali-kali dengan sengaja atau tidak sengaja memberitahu atau membayangkan kepada anak kecil anda bahawa perbuatanb merokok hanya dilarang kepada kanak-kanak dan tidak kepada orang dewasa. Seterusnya ialah memberi kesedaran kepada anak kecil anda tentang keburukan rokok dan implikasinya kepada kesihatan. Langkah yang terbaik ialah berhenti merokok dengan sendirinya atau sekurang-kurang mencuba untuk mengurangkan bilangan rokok yang anda hisap.

Kalau langkah-langkah di atas tidak juga berjaya, dapatkan pertolongan atau nasihat khidmat runding. Kerajaan melalui Kementerian kesihatan telah memperkenalkan perkhidmatan secara percuma melalui hospital-hospital kerajaan kepada perokok-perokok untuk membuang tabiat buruk ini. Bukan sahaja dengan khidmat runding secara kauseling, mereka juga menyediakan beberapa alternatif material kepada perokok-perokok ini.

Dapatkan bantuan ini dan saya pasti seketika kelak, anda boleh berkata; ”do as I say and as I do”, kepada anak anda.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com

Apa minuman kesukaan anda?

Wednesday, January 19, 2011

Water based vs oil based chemical (Aedes fogging)


Water based vs oil based chemical (Aedes fogging)

Kamunting (serta Taiping) di mana tempat saya tinggal dikenalpasti kawasan berisiko denggi. Dalam minggu ini dilaporkan seorang lagi penduduk di kawasan perumahan yang sama telah disahkan sebagai pesakit denggi.

(Untuk rekod kematian akibat denggi masih lagi merupakan ancaman utama penyakit di Malaysia jika dibandingkan dengan Selsema Burung dan epidemik lain)

Sebentar tadi Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama telah menghantar kakitangannya membuat fogging di kawasan perumahan yang saya menetap ini.

Sebelum ini ramai penghuni agar keberatan membenarkan kakitangan Pejabat Kesihatan ini masuk ke dalam rumah untuk membuat fogging kerana bahan kimia yang diguna oleh mereka ini akan meninggalkan kesan minyak pada dinding, lantai, perabut dan pakaian yang terdedah.

Bagaimanapun untuk proses fogging hari ini, Jabatan Kesihatan menggunakan dua jenis fogging. Fogging pertama iaitu menggunakan water based chemical khusus untuk fogging di dalam rumah. Manakala fogging kedua iaitu menggunakan oil based chemical khusus untuk fogging di luar rumah, longkang dan kawasan persekitaran.

(Ada juga penduduk yang bertanyakan mengapa fogging yang menggunakan water based chemical ini amat kurang asapnya jika dibandingkan dengan fogging yang menggunakan oil based chemical).

Syabas Jabatan Kesihatan atas pendekatan sebegini. Bagaimanapun masih ada penambahbaikan OSH kepada kakitangan yang mengendalikan mesin fogging ini. Walaupun menggunakan penutup mulut, mereka tidak menggunakan sarung tangan.

CSDS? Mungkin dalam masa terdekat ini saya akan cuba dapatkan CSDS kedua-dua bahan kimia water based dan oil based yang digunakan.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Water based fogging - dalam rumah

Oil based fogging - luar rumah

Wednesday, April 7, 2010

Tong Sampah berbumbung


Tong Sampah berbumbung

Jauh berjalan, luas pengalaman. Perpatah ini memang saya amat yakini kebenarannya. Cuma mata kita perlu cepat menghantar gambaran imej untuk otak berfikir selanjutnya.

Mulanya saya menyangka gambar di atas ialah gerai tolak yang disimpan pada waktu siang di mana hanya akan dibuka pada malam. Rupa-rupanya gambar yang diambil menggunakan telefon bimbit ini adalah pondok mudah aleh (boleh aleh) untuk Tong Sampah. Gambar ini diambil di belakang
Restoran Manli di Miri. Kebetulan saya ke sana kerana dijemput menjamu selera dengan Sup Sapi.

Dengan adanya pondok berbumbung sebegini, sudah tentu air hujan tidak akan memasuki (dan membasahi/melembabkan) sisa-sisa buangan di dalam Tong Sampah ini. Pada masa yang sama, dinding pondok ini juga melindungi Tong Sampah dari pengelihatan ramai. Sekurang-kurangnya tiadalah pemandangan yang menjijikan.

Pihak berkuasa tempatan boleh jadikan pondok ini sebagai ikutan mereka.

Jauh berjalan, luas pengalaman. Ambil iktibar. Elok dijadikan teladan. Kurang atau tidak elok dijadikan sempadan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/