Keperluan Susur Tangga (Hand Railing) pada Anak Tangga
Antara topik keselamatan sama ada di tempat kerja atau di kediaman
(rumah) yang sering saya sentuh di dalam kelas pembelajaran atau di mana-mana
saya berkesempatan ialah “keselamatan tangga”. Perundangan Undang-Undang Kecil
Bangunan Seragam 1984 (Uniform Building By Law 1984) perlu digunapakai
untuk keselamatan tangga ini. Walaupun UBBL 1984 ini dipertanggungjawab kepada
arkitek yang merekabentuk bangunan, pemilik atau penghuni bangunan juga perlu
mengetahui keperluan yang sedia ada.
Sebagai contoh dalam Bhg. VI, 107 Susur Tangan yang jelas menyatakan
tangga yang mempunyai 4 atau lebih anak tangga memerlukan sekurang-kurangnya
satu anak tangga. Manakala anak tangga yang lebarnya lebih dari 2225 milimeter (87.5 in) perlu
disediakan susur tangan tengah.
Untuk
mengetahui lebih lanjut mengenai peraturan berkaitan tangga ini boleh dirujuk
di bahagian bawah posting ini.
Saya merasa
amat bangga apabila Masjid Kampung Ekspo (gambar di atas) yang berhampiran
dengan rumah saya ini telah memasang susur tangga di awal tahun 2013 ini. Rasa
tenang di hati apabila melihat mereka yang datang mengimarahkan masjid ini menaiki
anak tangga ini sambil memegang susur tangga. Bulan sahaja golongan tua atau
yang kurang berdaya menggunakan susur tangga ini malah dimanfaatkan oleh semua
penghujung Masjid Kampung Ekspo ini.
Saya berpeluang
berbincang dan meminta pandangan mengenai Susur Tangga ini daripada dua Pengarah
DOSH Negeri iaitu Kedah dan Perlis pada Selasa lepas semasa makan tengahari di
Cherengin Resort & Spa, Janda Baik. Kebetulan saya dijemput untuk
membentangkan satu kajian di kursus retreat pegawai kanan DOSH Malaysia itu.
Sebenarnya
pada tahun 2008 semasa saya dijemput membentangkan kertaskerja bertajuk OSH in
Mosque untuk satu seminar Imam-imam dan Bilal-bilal Negara Asean anjuran UUM
dan JAKIM, perkara yang sama turut saya sentuh.
Bulan lepas
semasa mengendalikan bengkel di Kolej Jururawat Pulau Pinang, saya turut
menyentuh keselamatan tangga ini. Anak tangga dari paras bawah ke tingkat satu
lengkap dengan susur tangga. Malah anak tangga di antara larian tangga yang
hanya mempunyai 4 anak tangga turut dilengkapi dengan susur tangga. Rujuk
gambar di atas.
Bulan lepas
semasa mengendalikan bengkel di Kolej Jururawat Pulau Pinang, saya turut
menyentuh keselamatan tangga ini. Anak tangga dari paras bawah ke tingkat satu
lengkap dengan susur tangga. Malah anak tangga di antara larian tangga yang
hanya mempunyai 4 anak tangga turut dilengkapi dengan susur tangga. Rujuk
gambar di atas.
Bagaimanapun
sebagai peluang untuk penambahbaikan (room for improvement), anak tangga dari
tingkat satu ke Dewan Ceramah tidak dilengkapi dengan susur tangga. Rujuk
gambar di atas. Mungkin ketiadaan susur tangga di sini tidak menjadi masalah
kepada pelatih-pelatih Kolej Jururawat Pulau Pinang ini yang berusia awal 20an
tetapi agak bermasalah kepada tenaga pengajar malahkepada saya juga yang
berusia hampir 50an ini.
Bagaimana dengan
anak tangga di tempat kerja anda atau di kediaman anda?
UNDANG-UNDANG
KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984
BHG. VI - KEHENDAK-KEHENDAK PEMBINAAN
(UNDANG-UNDANG KECIL 81 - 132)
106. DIMENSI TANGGA
1) Bagi sesuatu tangga, tinggi sesuatu
anak tangga itu hendaklah tidak lebih daripada 180 milimeter (7 in) dan jejaknya tidak kurang daripada 255
milimeter (10 in) dan dimensi-dimensi
ketinggiannya dan jejaknya tangga yang dipilih hendaklah seragam dan bersamaan
seluruhnya.
(2) Lebar sesuatu tangga hendaklah
mengikut Undang-undang Kecil 168.
(3) Lanjar pelantar hendaklah tidak kurang
daripada lebar anak tangga itu
107. SUSUR TANGAN
1) Kecuali bagi tangga yang mempunyai
kurang daripada 4 tetingkat, semua tangga hendaklah disediakan dengan
sekurang-kurangnya satu susur tangga.
(2) Tangga yang lebarnya lebih daripada
2225 milimeter (87.5 in) hendaklah disediakan dengan susur tangan tengah bagi
setiap 2225 milimeter daripada lebar yang dikehendaki itu dan mempunyai jarak
yang hampir-hampir sama.
(3) Bagi bangunan lain daripada bangunan
kediaman, susur tangan hendaklah diadakan pada setiap sisi tangga itu jika
lebar tangga itu adalah 1100 milimeter (43 in) atau lebih.
(4) Semua susur tangan hendaklah mengunjur
tidak lebih daripada 100 milimeter (4 in) daripada permukaan dinding kemas dan
hendaklah ditempatkan tidak kurang daripada 825 milimeter (32.5) dan tidak
lebih daripada 900 milimeter (35,5 in) diukur daripada anjur jejak tangga
dengan syarat bahawa susur tangan bagi pelantar hendaklah tidak kurang daripada
900 milimeter daripada paras pelantar itu.
108. LARIAN TANGGA MAKSIMUM
(1) Bagi bangunan kediaman, suatu pelantar
yang tidak kurang daripada 1.80 meter
(6.0’) lanjurannya hendaklah diadakan bagi tangga pada jarak-jarak tegak
yang tidak lebih daripada 4.25 meter (14.0’) dan bagi tangga-tangga dalam semua
bangunan lain hendaklah tidak lebih daripada enam belas tetingkat di antara
setiap pelantar itu.
(2) Tiada mana-mana bahagian dalam sesuatu
larian mana-mana tangga boleh mempunyai kurang daripada dua tetingkat.
109. ANAK TANGGA TIRUS
(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan
Bahagian VII dan VIII Undang-Undang Kecil ini tangga keliling boleh dibenarkan
sebagai tangga kedua dalam bangunan di mana tingkat paling atas sekali adalah
tidak lebih daripada 12.2 meter (40.0’) tinggi.
(2) Tangga pilin boleh dibenarkan jika ia
digunakan sebagai jalan keluar yang dikehendaki.
110. TIADA HALANGAN PADA TANGGA
(1) Maka hendaklah tidak ada apa-apa
halangan pada sesuatu tangga di antara yang paling tinggi sekali dengan tempat
keluar di tingkat bawah.
(2) Maka hendaklah tidak ada apa-apa
unjuran, selain daripada susur tangan pada tangga-tangga, dalam sesuatu
koridor, laluan atau tangga pada paras yang rendah daripada 2 meter di atas
lantai sesuatu tangga.
111. PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN TANGGA
Semua
tangga hendaklah diterangi dan diganti udara dengan sempurna mengikut
kehendak-kehendak pihak berkuasa tempatan.
112. KEPUNGAN TANGGA DALAM KEDAI
Bagi
sesuatu kedai, larian sesuatu tangga yang mempunyai akses terus daripada jalan
hendaklah dikepung dengan dinding daripada bahan tak boleh terbakar.
113. PENGGUNAAN TANGGA KAYU
(1) Tangga-tangga kayu boleh dibenarkan
bagi jenis-jenis bangunan berikut yang tidak lebih daripada tiga tingkat
tingginya:
(a) bangunan kediaman berasingan;
(b) bangunan kediaman berkembar;
(c) rumah teres;
(d) di tingkat atas rumah kedai lain
daripada tingkat bawah ke tingkat pertama dengan syarat bahawa ia ditempatkan
dalam kawasan terlindung bagi segenap tingginya; dan
(e) bangunan jenis serupa yang lain yang
risiko kebakarannya terhad mengikut budi bicara pihak berkuasa tempatan.
(2) Semua tangga lain hendaklah mempunyai
kadar ketahanan api yang tidak kurang daripada 2 jam.