Showing posts with label Perubatan. Show all posts
Showing posts with label Perubatan. Show all posts

Sunday, December 20, 2015

Rawatan Percuma di Masjid Nabawi Madinah



Rawatan Percuma di Masjid Nabawi Madinah

Alhamdulillah, saya hanya berkerusi roda sehari sahaja di Mekah. Saya diuji-Nya sekali lagi di Madinah. Semasa melawat Masjid Quba di Madinah, semasa menurui bas, saya pening dan urat belakang tengkok saya tegang. Saya tahu ini adalah simptom tekanan darah rendah yang selalu saya alami terutama di waktu tengahari di panas terik.

(Masjid Quba, masjid pertama nabi bina semasa di Madinah. Saya terlepas peluang untuk Solat Sunat di sini).

Kembalinya ke hotel penginapan semasa selepas Solat Zohor, saya ternampak ada sebuah klinik di perkarangan Masjid Nabawi. Ditemani dengan anak dan mutawif, saya berkunjung ke klinik ini.

Prosedur daftar pesakit ke klinik amat mudah dan perkhidmatan pemeriksaannya juga amat cepat. Kos perkhidmatannya percuma tidak mengira sama ada penduduk tempatan atau luar. Saya difahamkan dua tanah haram ini (Madinah dan Mekah) memang perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan perubatannya percuma tetapi bukan di tempat lain di Arab Saudi yang amat tinggi kosnya.

Alhamdulillah, bacaan LBP sekitar 110/60, saya pasti semasa di Masjid Quba seelumnya adalah sekitar 90/50 atau mungkin lebih rendah.

Alhamdulillah dengan diuji-Nya, saya berpeluang mengetahui ada lagi tempat yang kos perkhidmatan dan perubatannya percuma.

Friday, January 24, 2014

Perundangan berkaitan




Perundangan berkaitan

SHO perlu tahu perundangan yang berkaitan. Penggunaan (salahguna) berkaitan "daun" ini bukan dalam Akta Dadah tetapi dalam Akta Racun.

(Dua hari lepas singgah rumah penjual bahulu di Alor Setar, terjumpa "daun ubat" ini. Ada yang panggil Daun Biak kegunaannya untuk mengubat binatang ternakan seperti lembu, kambing yang sakit atau kembung perut. Khabarnya yang urat merah lagi "bagus" dan lagi "mahal" jika dibandingkan dengan urat puteh pada daun).

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/



Thursday, April 7, 2011

The 4th Regional Conference on Occupational Health


Click here for pamphlet/form


The 4th Regional Conference on Occupational Health


Organized by : The Society of Occupational and Environmental Medicine, Malaysian Medical Association




Date : 23 June 2011 - 25 June 2011


Time : 0800 am - 1730 pm


Venue : Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia


Conference fees is 'HRDF Claimable'


CPD points for MMA and CEP points for SHO registered with DOSH


For further details and registration, refer to attachment or contact


RCOH2011 SOEM-MMA Secretariat (Attn: Ms Hema)

MMA, Society of Occupational & Environmental Medicine,

4th Floor, MMA House, 124 Jalan Pahang,

53000 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603 4041 1375

Fax: +603 4041 8187 / +603 4041 9929

E-mail: admin@rcoh.org.my

Sunday, September 27, 2009

Ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur bawah dua tahun


Ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur bawah dua tahun

Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun, demikian penemuan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Berikutan penemuan kajian semula penggunaan produk ubat batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak itu, PBKD membuat keputusan untuk mengambil tindakan kawal selia untuk mengehadkan penggunaan produk untuk batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman dalam satu kenyataan Rabu.

Beliau berkata amaran keselamatan iaitu "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun", wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan.

Produk-produk yang terlibat adalah sediaan cecair oral yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.

Eisah berkata produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Eisah berkata apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Ini kerana pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan sekiranya diberi melebihi dos yang dicadangkan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih daripada satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama.

"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati," katanya.

Beliau juga berkata, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

"Selesema dari jangkitan viral boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," kata Eisah.

Bagaimanapun, katanya, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih ataupun disertai dengan demam, mukus yang pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor.

Sumber:

Unit Promosi Kesihatan
Pusat Kesihatan Universiti
Universiti Utara Malaysia
TEL : 04-9284444/5912
FAX : 04-9285921
TALIAN KECEMASAN 24 JAM 012-4774311
Email Pusat : medic@uum.edu.my
Email Staf : medicnet@uum.edu.my
Website : www.medic.uum.edu.my
Blog : http://pkuuum.blogspot.com

Wednesday, July 8, 2009

Klinik Kesihatan Taiping prihatin!




Klinik Kesihatan Taiping prihatin!

Saya tidak pasti sama ada penambahbaikan oleh Klinik Kesihatan Taiping di Tupai itu dengan memasang ”anti-slip padding” pada laluan kerusi roda adalah merujuk kepada
posting saya sebelum ini, ataupun akibat kesedaran dan keprihatinan pihak pengurusan Klinik Kesihatan Taiping sendiri.

Saya sedia maklum terdapat beberapa pegawai kesihatannya sering mengunjungi blog OSH saya ini. Malah mereka pernah menghubungi saya bertanyakan sesuatu.

Kunjungan saya pada bulan Jun lalu untuk mengambil ubat ayah saya, ”anti-slip padding” ini belum dipasang. Kunjungan saya Isnin lepas mendapati ianya telah dipasang.

Apapun penambahbaikan ini amat dialu-alukan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Thursday, June 18, 2009

Klasifikasi, Pembungkusan dan Perlabelan


Klasifikasi, Pembungkusan dan Perlabelan

(Di Malaysia, Peraturan Klasifikasi, Pembungkusan dan Perlabelan (untuk bahan-bahan kimia ini) lebih dikenali dengan CPL - Occupational Safety and Health (Classification, Packaging and Labelling of Hazardous’ Chemicals) Regulations 1997.)


Semasa di Jakarta dan di Bandung dua minggu lepas, saya mengalami batuk yang amat sangat. Batuk ini menjadi-jadi terutama di waktu malam dan berada di dalam bilik ataupun kenderaan yang berhawa dingin. Sebenarnya beberapa bulan lepas saya mengalami gejala yang sama. Kata Doktor yang merawat saya ini adalah tanda-tanda penghidap lelah. Saya tidak pernah menghidap lelah sebelum ini. Mungkin faktor umur yang semakin meningkat dan antibodi yang sudah lemah mendedahkan badan saya terhadap penyakit lelah ini.

Saya mengunjungi sebuah farmasi di Bandung dan menyatakan kepada pegawai farmasi yang bertugas mengenai batuk saya.

Pegawai farmasi yang bertugas mengesyorkan saya mengambil OBH Combi yang mengandung Paracetamol, Ephedrine HCL dan CTM serta menerangkan kepada saya fungsi-fungsi bahan tersebut.

Antara fungsi-fungsinya ialah mengeluarkan kahak, mengurangi gejala hidung tersumbat dan bersin serta menurunkan suhu badan.

Beliau juga mengingatkan saya OBH Combi tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah sakit jantung dan juga diabetes.

Bukan sahaja maklumat-maklumat yang penting itu saya perolehi dari pegawai farmasi tersebut, kotak pembungkus ubat batuk ini juga lengkap dengan semua maklumat-maklumat tersebut. Malah terdapat juga amaran kesan akibat pengambilan dos berterusan yang boleh menyebabkan kerosakan hati di samping maklumat mengenai kesan-kesan sampingan semasa menggunakannya.

Saya rasa belum pernah menjumpa maklumat-maklumat yang sebegitu banyak dan berguna sebegini tertulis pada kotak pembungkus ubat. Sememangnya ada maklumat yang ”terlalu teknikal” untuk difahami dalam selitan kertas di dalam kotak pembungkus. Tetapi maklumat yang ringkas dan lengkap sebegini pada kotak pembungkus adalah lebih mudah dibaca dan difahami oleh bakal pengguna.

Adakah amalan sebegini di Indonesia atas dayausaha dan kesedaran pihak pengeluar ubat-ubatan ini ataupun sememangnya ada peraturan (seumpama CPL) yang mewajibkannya?

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/