Mengapa warna kuning, puteh dan fluorescence?
Mengapa pilih warna superbike kuning? Mengapa pilih topi
keledar (full face) puteh? Mengapa pilih jacket hijau fluorescence? Mengapa pilih
riding pant puteh (kelabu)?
Kalau 20 tahun dahulu semasa era superbike saya di KL,
pilihan saya ialah warna hitam dan hitam. Kesemuannya hitam dengan motosikal
hitam, jacket hitam, topi keledar hitam dan riding pantpun hitam.
Memang tidak dinafikan warna hitam itu amat menawan!
Walaupun hitam (dan puteh) ada kalanya tidak dikategori sebagai warna!
Mulai awal tahun 2013 ini saya kembali bersuperbike dan yang
pasti saya memilih warna kuning untuk superbike ER6N saya, warna puteh untuk
topi keledar saya, warna hijau fluorescence untuk jacket dan warna puteh
(kelabu) untuk riding pant saya.
Anak lelaki saya seorang itu langsung tidak meminati
warna-warna pada superbike dan aksesori menunggang saya ini. Malah pada masa
yang sama dia berbangga apabila mewarisi kesemua kelengkapan menunggang lama saya
yang hampir kesemunya berwarna hitam!
Saya memilih warna-warna kuning, puteh dan fluorescence ini
semata-mata agak mudah dilihat dari jarak jauh oleh pengguna jalan raya lain
terutama di waktu malam. Dengan usia menghampiri 50 ini, keupayaan fizikal dan
kemahiran mengendalikan superbike sudah tentu jauh bezanya semasa sewaktu saya
berusia 20an dahulu.
Saya memilih warna-warna kuning, puteh dan fluorescence pada
superbike dan aksesori menunggang saya ini untuk menemani saya terutama semasa berulang-alik Taiping-Sintok
bukanlah semata-mata kerana saya seorang pengamal OSH tetapi lebih kepada keselamatan dan kesihatan saya sendiri.
Semoga saya selamat dan sihat dipelihara-Nya, amin!
http://oshthejourney.blogspot.com