Showing posts with label Persekitaran. Show all posts
Showing posts with label Persekitaran. Show all posts
Saturday, January 28, 2017
Friday, January 27, 2017
Monday, November 14, 2016
Tuesday, April 21, 2015
DOE Guidelines For Packaging, Labelling and Storage of Scheduled Wastes In Malay
DOE Guidelines
For Packaging, Labelling and Storage of Scheduled Wastes In Malaysia
Saturday, November 29, 2014
Above Ground 500 Gallons Diesel Skid Tank and Dyke
No regret ! - itulah boleh saya katakan apabila bekerja di Kilang Simen di Ipoh selama 2 tahun (2006-2007). Saya menganggap di Kilang Simen ini sebagai "universiti alam sekitar" pada saya, dengan DOE Perak sebagai "examiner" nya walaupun persekitarannya amat mencabar. Banyak yang saya pelajari di sini. Lebih membanggakan lagi apabila hampir tiada saman yang dikeluarkan oleh DOE semasa tempoh perkhidmatan saya di sini jika dibandingkan sebelum dan selepas tempoh perkhidmatan saya itu.
Apabila hari ini seorang Construction Manager yang terlibat dengan mega-project di KL menghubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai skid tank dan dyke, semuanya masih lagi dalam ingatan terutama saya terlibat dalam satu modification dyke (atas arahan DOE) untuk "mengubah" ketinggian dinding dyke dari 5' ke 4'. Lebih mencabar lagi apabila keluasan dyke tersebut sudah maksimum (tidak boleh diluaskan lagi untuk mencapai isipadu 110%) kerana bersempadankan sungai dan jalan keretapi.
Saya berharap pelajar dan peserta kursus saya dalam topic environment control engineering masih ingat solution untuk real case study ini.
Thursday, November 20, 2014
Friday, January 3, 2014
Diesel Generator
Diesel Generator
Kongsi ilmu – tahukah tangki simpanan diesel (dan bahan
bakar berasaskan petroleum lain) di tempat kerja ada perlu mendapatkan lesen
penstoran dari KPDNKK?
KPDNKK hanya akan mengeluarkan lesen ini setelah mendapat
surat sokongan dari Bomba. Selain dari keperluan kebombaan (fire safety),
tangki simpanan diesel tersebut juga perlu ada “secondary containment”.
Akta 302 Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984
BAHAGIAN VI PENGENDALIAN DAN PENSTORAN PETROLEUM
Lesen penstoran petroleum dan pengendalian petroleum
19. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiada seorang
pun boleh menstor atau mengendalikan apa-apa petroleum melainkan jika dia ialah
pemegang lesen penstoran petroleum yang sah atau lesen pengendalian petroleum
yang sah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diberi di bawah Akta ini yang
membenarkan penstoran atau pengendalian petroleum dan memperuntukkan bahawa petroleum itu hendaklah distor atau dikendalikan mengikut
apa-apa syarat, jika ada, sebagaimana yang terdapat pada lesen itu.
Penalti (i) < RM 10K + RM 2K/hari + barangan
disita/dilucut hak
Akta penuh dboleh di-download di sini.
Saturday, November 17, 2012
Mula dengan langkah pendek – panjangkan dengan label
Mula dengan langkah pendek – panjangkan dengan label
Perhatikan perbezaan pada 2 tong sampah di atas. Satu milik saya sekeluarga dan satu lagi milik jiran.
Bukan untuk dibanggakan, saya amat berpuas dengan projek penyediaan jaring tong sampah ini dan cuti panjang Deepavali/Maal Hijrah minggu ini pula dimanfaatkan dengan penambahbaikan dengan perlabelan pada badan tong sampah dan juga penutup tong sampah.
Sama ada pemunggut sampah atau orang lain, mereka tahu tong sampah tersebut adalah kepunyaan penghuni rumah bernombor 249.
Langkah kecil bermula dari sini.
lukmanw@gmail.com
Labels:
Keselamatan Di Dalam Rumah,
Persekitaran
Monday, April 9, 2012
Wajarkah latihan air di PLKN ditamatkan?
Wajarkah latihan air di PLKN ditamatkan?
Seketika dahulu pernah ada usulan latihan air di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dihentikan akibat kemalangan pelatih yang lemas semasa mengikuti latihan air ini. Usul ini tidak berpanjangan dan difahamkan pihak pentadbir PLKN menambah baik latihan air ini dengan beberapa langkah keselamatan.
Tindakan “corrective action” oleh kerajaan yang membatalkan semua jenis latihan air di PLKN di seluruh negara susulan kematian seorang pelatih di Kem PLKN Terkok, Sungai Siput, Perak pada 12 Mac lepas dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus (Leptospira), mampu mengurangkan kebimbangan ibubapa dan penjaga kepada anak-anak mereka yang sedang dan bakal mengikuti PLKN ini.
Bagaimana pula dengan “preventive action” untuk mengelakkan terjadinya lagi jangkitan virus kencing tikus ini? Adakah kerajaan akan berterusan membatalkan semua jenis latihan ini? Timbul pula pertanyaan bagaimana dengan kes yang sama berlaku di pusat latihan pegawai polis di ibukota pada tahun lepas? Adakah selepas ini kesemua jenis latihan air yang membabitkan PLKN, badan beruniform dan malah anggota bersenjata (polis dan tentera?) juga dikecualikan dari latihan air? Jangan pula arahan ini meliputi latihan air kepada anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia!
Seperti dalam posting saya sebelum ini, punca penyakit akibat jangkitan virus kencing tikus ini perlu dikenalpasti. Jika ia berpunca dari kealpaan manusia terhadap kebersihan dan higen, maka pihak yang berwajib perlu membetulkan keadaan dan mengambil tindakan sewajarnya.
“Corrective action” boleh diambil serta-merta tetapi “preventive action” perlu mengambil kira punca kemalangan, langkah-langkah pengenalpasti, penilaian dan pengawalan risiko.
Rundingan (consultation) dari pihak luar boleh membantu pihak pentadbir PLKN untuk menentukan “preventive action” ini. Malah saya pasti NIOSH sebagai juruaudit keselamatan kepada PLKN juga mampu memberi tunjukajar dan rundingan mereka.
Sebagai contoh jika lokasi latihan air di luar seperti sungai dan tasek dikenalpasti sebagai punca merebaknya jangkitan virus kencing tikus ini, mengapa tidak diadakan latihan air di lokasi dalaman (in house) seperti di kolam renang atau sebagainya. Sekarang ini banyak institusi pengajian awam dan swasta mempunyai kolam renang yang boleh disewa untuk latihan air sebegini. Malah di kem-kem PLKN yang berhampiran dengan lokasi taman-taman tema air yang banyak di Malaysia hari ini boleh menggunakan kemudahan di sana.
Janganlah kerana nyamuk, kelambu dibakar! Sesungguhnya latihan air adalah elemen yang penting untuk keselamatan seseorang itu. Dengan mengambil contoh diri saya sendiri yang tidak tahu berenang dan pernah hampir maut lemas akibat terjatuh di dalam sungai sekitar pertengahan 80an di kawasan perkelahan di Lebuhraya Timur Barat, kekurangan pengetahuan berenang ini amat terasa.
Semoga “preventive action” yang bakal diambil oleh pentadbir PLKN dalam isu latihan air ini tidaklah sehingga membatalkan terus sesi latihan air.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
Sunday, February 26, 2012
7 diiktiraf doktor pokok
7 diiktiraf doktor pokok
Harian Metro 26 Feb 2012
PUTRAJAYA: Tujuh pegawai Perbadanan Putrajaya (PPj) diiktiraf sebagai arborist (doktor pokok) bertauliah daripada International Society of Arboriculture (ISA), yang berperanan memastikan pengurusan atau penyelenggaraan pokok dilaksanakan dengan baik untuk menjamin keselamatan awam.
Pengiktirafan itu menjadikan PPj pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama mempunyai arborist bertauliah bagi memastikan semua taman dan dan pokok di Putrajaya diselenggara dengan berkala bagi memastikan aspek risiko dan keselamatan diuruskan dengan lebih berkesan.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan berkata, arborist yang dilantik menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran berhubung penyelenggaraan setiap pokok yang memerlukan perhatian atau rawatan khusus.
“Pada masa ini lebih 650,000 pokok perlu diselenggara secara berkala di Putrajaya. Kebanyakannya mencapai usia lebih 10 tahun, di mana saiz batang melebihi 300 milimeter (mm).
“Keadaan ini memerlukan perhatian dan analisis terhadap setiap pokok teduhan oleh arborist bertauliah, justeru PPj merasakan perlu untuk mempunyai pegawai yang pakar atau profesional dalam bidang ini.
Catatan pemilik blog - MPT Taiping perlukan Doktor Pokok kerana Pokok Hujan-hujan di Taman Tasek Taiping berusia lebih 150 tahun.

Sunday, November 27, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)