Showing posts with label Pie. Show all posts
Showing posts with label Pie. Show all posts

Friday, April 16, 2010

Apple Pie

Assalamualaikum w.b.k,
 Apple pie mmng pebret kami sefmly. Suka letak serbuk cinnamon sbb suka akan aromanya..wangi je 1 dapur.Rcp best dari CMG dan ambil di MYR..

Apple Pie selepas kebakaran

Apple Pie sblm kejadian


Hasil dibedah siasat..Suka dgn  kulitnya yg rapuh tu..jemput makan smua..
Apple Pie

Bahan-bahan ( 10 orang ke atas )

  • 6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
  • 200 g gula pasir
  • 50 g kismis
  • 20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • UNTUK DOH PIE :-
  • 500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)
  • 200 g mentega (dan as campur sedikit minyak)
  • 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
  • 250 g gula halus(as kurangkan sukatan gula)

Cara-cara

  1. Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
  2. Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.
  3. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
  4. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.
  5. Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
  6. Sejukkan pie sebelum dipotong. Selok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar. Selamat mencuba..

Friday, August 28, 2009

Menu Hijau

Assalamualaikum w.b.k,

Alhamdulillah dah 7 hari kita menjalani Ibadah Puasa, ni menu Iftar merangkumi bersahur tadi.. jgn mabuk tgk semua menu kaler ijau ya.. x plan sebenonya..kebetulan je tu.. arini kami smua jd incredible hulck! ;).. Nasi Lemak Ijo ni dah selalu buat cume baru ni sempat nak posing.. suke ngan aroma & kaler Ijo tu..buat sego mata masa bersahur tadi.. kalau time buka x yah nak sego2 mata..mmng kita tunggu2 waktu tu kan?? he..he.. maap ya..Nasi Lemakku sgt kekurangan eksesorinya.. seadanya ya..

Nasi Lemak Hijau
3cawan beras
1cawan santan pekat + 2 cawan air + pandan paste @ pewarna hijau
1 biji bawang besar -dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
2 hiris halia
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - diketuk
garam secukup rasa

ketika mendidih, masukkan 1 sdb minyak masak utk dptkan nasi yg gebu & cantik

Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :- (ikut selera memasing)
sambal tumis @ apa2 sambal
ikan goreng,ayam goreng,ikan bilis goreng
telur dadar,telur rebus,telur mata lembu
timun yg dihiris
kacang tanah goreng

Cara-cara
Beras dicuci bersih dan masukkan ke dlm rice cooker,masukkan bahan2 yg dihiris,daun pandan dan serai yg diketuk.
Tuangkan santan,air dan pewarna hijau, garam secukup rasa ke dlm periuk nasi tadi dan gaul hingga rata. Ketika nasi mendidih masukkan 1 sdb minyak masak. Biarkan nasi masak.
Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.

sukatan air bergantung pada beras yg digunakan..as guna beras jasmin.
Ini pula, Kuih Talam Pandan, mmng sedap! Rcp best dari Joayee cilok dari Myr..Thanks Joayee, MyHubby memang suka Kuih2 melayu ni.. Bawa berbuka disurau..alhamdulillah semua suke.


Kuih Talam Pandan
LAPISAN BAWAH-HIJAU:*
1 1/2 cwn gula
2 1/4 cwn tepung beras
1/3 cwn tepung gandum
5 1/2 cwn air pandan (10 helai daun pandan)
1 1/2 tbs air kapur
LAPISAN ATAS-PUTIH:**
1/3 cwn tepung beras
3 cwn santan
4 tbs tepung jagung
1 tsp garam
Cara-cara
Campurkan semua bahan *. Kacau hingga tak bergentel. Masak sekejap dgn api sederhana, kacau. Cukup sampai naik wap dan gula hancur
Isikan dalam acuan yg di sapu minyak. Kukus hingga masak . (15-20min) bergantung kepada size bekas.
Campur semua bahan **. Kacau. masak sekejap dengan api sederhana hingga naik wap.
tuangkan atas lapisan hijau, dan kukus lagi hingga masak.
pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain, utk menghasilkan permukaan yg cantik & rata.
Biar betul2 sejuk baru potong

Bubur Kacang Hijau wif derian..den lupo nak letak sagu..kalau ada sagu, lagi best!

Bubur Kacang Hijau
Bahan-bahan ( 4-6 mangkuk )
3/4 cawan gula
1 kotak santan 200ml
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan sagu kecil
Air (ikut kepekatan yang dikehendaki)
250 gram kacang hijau
Cara-cara
300 gm Kacang Hijau - direbus bersama air sehingga empuk (as masak dirice cooker)
1 Gula Merah + 1/2 cawan gula pasir - agak2 sendiri, kalau yg suka manis boleh lah lebihkan
200ml Santan
Sedikit halia - Optional,dihiris
Sedikit Garam
Cara-cara
Rebus kacang, Setelah kacang empuk, halia or daun pandan, gula, santan dan sedikit garam.
Kacau hinggalah sebati dan masukkan santan biakan mendidih seketika. sesiapa yg suka durian, bolehlah masukkan durian.
Ni plk Apple Pie, sebenonya semalam mokcik baru buek.Tapi anak2 punya la suke.. kene la buat lagi. Dak nurin bgtau dah 1 jam sblm berbuka.Ibu kelam kabut buat sampai goreng pun geseng2 dan keim x elok mana..x pe lah..asalkan sodap! jemaah kat surau kata mcm Mcnonal pnye..ermm..kembang idung makcik kejap! kejap je tau x lama pong! aritu pernah cuba rcp kak inahar..kalini as cuba rcp fidadaud plk..mmng best la! ka sini kami x pernah makan kat McD..paham2 je la kan..


Apple Pie
2 biji apple merah - potong dadu (as guna apple ijau)
1/3 cawan gula (jika tak suka manis, boleh kurangkan kepada 1/4 cawan saja)
1/2 sdk serbuk kayu manis
1 sdb perahan jus lemon
1 sdk tepung jagung + 1 sdb air
Bahan Pastri:
2 cawan tepung gandum
1 sdk garam
1/2 cawan butter - beku (sejuk)
1/2 cawan susu segar sejuk
**minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Inti: Dalam sauce pan (periuk @ kuali biasa boleh juga lah), campurkan apple, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.
Campurkan jus lemon. Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung. Gaul dan masak sehingga dapat kepekatan yang ideal.
P/S: Jika anda rasa ada kekurangan pada rasa masam @ inti tersangat manis, bolehlah tambahkan perahan jus lemon bagi menyeimbangkan rasanya.
Pastri: Ayak tepung dan garam. Masukkan butter dan gaul menjadi seperti serbuk roti. (Gaul guna hujung jari)
Masukkan susu sedikit demi sedikit. Jika perlu, bolehlah tambahkan lagi susu. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat.
Canai doh atas papan canai dan potong dalam bentuk segiempat (8cmx4cm).
Masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Kemudian, kelim atau lipat ke belakang. Lebih mudah, tekan dengan garfu.
Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan/keemasan. Jika ingin pastri lebih rangup, simpan dulu dalam peti ais selama 1 jam sebelum digoreng.

Saturday, July 25, 2009

Apple Pie McAs ke Mek As

Assalamualaikum w.b.k,
2 ari lps jenggah dapur kak ina @ dr.inahar ali.. terguda ngan Apple Pie nya iteww.. suke masuk dapo kak ina, walau sibuk ngan tugas sbg dr & anak2, daponya ada pelbagai menu..mmng dah rindu bebenor nak makan Apple Pie ala McD ni.. kat NZ ni mmng kami x makan kat McD. Maka dengan ini terjadi lah Apple Pie McAs.. McAs ke Mek As...mihahahah.. alahai bukan susah pun nak membuatnya cuma belum sampai seru je.. lepaih solat subuh tadi rasa malas nak nyambung tido.. cuaca pun nampak elok, lagi baik jemur kain pagi2.. kalau x karang jd garage sale plk.. ngheee!! pepagi ni ingat nak le prepare awal2 karang ptg2 leh tinggal goreng je.. bila anak2 nampak je.. disuruhnya goreng pagi2 ni jugak.. alahai..layan!! jap lagi Cik Abg mangun.. b'pes Apple Pie & Kue Tiow goreng.. Suke le dia tu.. resipi ni kata kak ina, amik dari dapur dhill..buatnye senang sama cam pastri karipap je! rasa pun sedap. Aik! puji sendirik ke? idok le..kak ina pun dah try, dill pun dah try..ha as pun dah try mmng sedap..tapi pie ku ini kurang jelita lah ya.. kalau bekenan leh amik rcpnya ya.. kak ina ! as cilok dan C&P disini.. dah le cilok C&P lak tu.. :P.. lagi 1 ni..aje kelako tul la.. as x de tepung sagu.. x tau mana nak cekau, sblm ni pun pueh dah pusing2 kat North Island ni.. idok le lagi teman jumpa tepung sagu.. dengan suke2 ati je.. as blend je sagu bijik tu..pas tu ayak2..jd le tepung sagu.. hrmm.. sedap & ranggup.. bau cinnamon pwdr tu.. wat wangi 1 umah pepagi ni.. eh..manyak cerita la plk.. lihatlah Apple Pie McAs sebelum dan selepas kejadian pagi ini.. :D

APPLE PIE
bahan2 utk doh:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung sagu(bg rangup pastrinye)
3 sudu besar butter+ 2sudubesar cooking oil
air + sedikit garam lebihkurang 3/4 cawan
gaul semua bahan hingga jadi doh. boleh adjust yg mana terkurang @ terlebih!

utk filling
3 biji apple (dadukan) - guna epal hijau
1/4 cawan gula perang (klu nak manis lebihkan) gula perang abih lak..as guna gula pasir je..
Sedikit air (dlm 1/4 cawan)
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu besar butter
sedikit parutan kulit lemon beserta jusnye (ni kita tambah sendiri)

Masak semua bahan dlm api sederhana kecuali tepung jagung and butter. Bila dah almost kering masuk bancuhan tepung jagung - kacau lagi sampai pekat, tutup api & masuk butter- kacau dan biar sejuk.
- Apple pie ni boleh dibakar @ goreng.. as goreng je..