Showing posts with label Homemade. Show all posts
Showing posts with label Homemade. Show all posts

Friday, April 23, 2010

Mee Kuning Sihat Homemade

Assalamualaikum w.b.k,

Mee Kuning sihat lagi ditanggung halal.InsyaAllah...Harini masing2 x nak makan nasi. Nak mee goreng mamak lak..Kebiasaannya utk buat mee goreng kat NZ ni, as lbh suka guna spagheti je, sbb ringkas. Tapi sbb En.suami as lbh suka pd mee kuning sbb anak tekak berasal dari Msia.akekekekk
Kebetulan hari ni as x berapa sibuk, jd merajinkan diri buat Mee Kuning sihat home made ni.. kenapa disebut sihat? sbb tidak menggunakan air kapur atau air abu ya puan2..ekekekekkk.. kalau rasa2 nak cuba boleh refer rcp spt dibawah ya.. rcp dari ikhlasniaga dan as ceduk dari Myresipi




Mee Kuning Sihat

Bahan-bahan ( sekilo atau lebih)

  • 500gm tepung gandum
  • 1 biji telur + air = 200ml
  • *Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit(as guna pewarna kuning)
  • Sedikit minyak masak
  • *Tips 1: Untuk hasilkan mee "hijau" dan lebih berkhasiat, gantikan air dengan air perahan(blender) daun bayam dan abaikan pewarna kuning
  • *Tips 2 : Untuk hasilkan mee "merah" dan lebih berkhasiat, gantikan air dengan perahan carrot dan abaikan pewarna kuning

Cara-cara

  1. Masukkan tepung gandum ke dalam pasta maker (as uli dlm bread maker)
  2. Bancuh air dengan telur dan masukkan pewarna. Pukul sedikit dengan garfu.
  3. On kan pasta maker untuk mod menguli (mix). Perlahan-lahan masukkan air bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit sampai habis.
  4. Bila nampak adunan seperti serbuk roti..(adunan jangan biar lama digaul sebab kita tak nak jadi macam ketulan adunan doh). Proses gaulan ini cuma ambil masa lebih kurang 5-7 min sahaja.
  5. Hentikan pasta maker ini sekejap. Tukar ke mod untuk keluarkan adunan melalui acuan mee. Tunggu hingga selesai...atau kalau nak pi buat kerja lain pun boleh ditinggalkan.
  6. Rebus air hingga mendidih, masukkan sedikit minyak (supaya mee tidak melekat sesama sendiri) dan masukkan mee tadi. Masak hingga agak empuk...jgn terlalu lembik sebab nanti kita nak buat hidangan lain lagi, ia akan jadi lebih empuk.
  7. Angkat dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak. Siap! dalam masa lebih kurang 15min sahaja. Lepas ni boleh buat pelbagai hidangan mee yang SIHAT dan sungguh enak kerana tiada sebarang asid borik atau air abu atau air kapur yang dimasukkan. Tahan hingga 3-4 hari dan perlu disimpan di dalam peti sejuk.
  8. Nota : 500gm tepung gandum boleh menghasilkan 1kg mee. Dengan bantuan mesin pasta ini, proses membuat mee hanya ambil masa lebih kurang 15min. Ianya juga boleh diguna untuk membuat laksa, maruku etc. Jumpa di lain resepi ya! Selamat mencuba :-) 
Tempat kejadian .. (as guna pasta maker yg biasa jer)
Mee goreng udang..semua org pandai buat kan..kan..kan.. x yah ler rcp yer..

Wednesday, April 14, 2010

Seri Kaya Karemel

Assalamualaikum w.b.k,

Lama la sudah nak wat Kaya nih..cuti2 sek ni, koje lapo je anak2 ni kan, alhamdulillah anak2 as makan x cerewet sgt, kalau Ibu dia kena Virus M, sapu aje le kaya ni kat roti..keh3.. Suka dgn rcp ni, simple dan sedap. as ada kurangkan sket sukatan gula, alhamdulillah rasanya ngam la.. tenkiu ya CMG sbb kongsikan rcp di MyR nun..


Sapu2..tepek2 kat roti benggali homade ku..adeh ternifis la plk.. layan...

Seri Kaya Karemel
Resipi dari CMG
Sumber dari Myresipi

Bahan-bahan ( Menghasilkan kurang lebih 2 cawan )

  • 3 biji telur Gred A
  • 300 ml pati santan (guna santan kotak pun ok)-as guna 1 tin santan pekat  400ml
  • 240 g gula pasir (as guna 200gm gula)
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • UNTUK KAREMEL:-
  • 60 g gula pasir
  • 125 ml air panas 
  • (as tambah 1sdb tepung custard & 1sdk tepung gandum)

Cara-cara

  1. Satukan telur, gula dan pati santan dalam satu bekas, kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Tapis adunan ke dalam periuk.
  2. Masukkan gula pasir ke dalam periuk lain dan tenggekkan atas dapur. Masak hingga gula mencair, kacau selau. Bila guna menjadi perang, perlahan2 masukkan air panas dan terus mengacau. Matikan api.
  3. Kacau adunan no 1, dgn wisk dan masukkan karemel tadi sambil terus mengacau. Masukkan daun pandan dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau dengan wisk sehingga adunan menjadi pekat. Berhati2 kerana adunan yg pekat akan memercik semasa proses memasak. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas botol.

Monday, July 27, 2009

Roti Pita Kebab

Assalamualaikum w.b.k,

Jom wat Pita Kebab sendirik.. best taw.. rcp ni as C&P dari MyR..rcp dari erna... sejak dok sini mmng kami x pernah beli kat mana2..disebabkan My Hby suke sgt makan kebab cam kat Msia tu.. jdnya mmng kena wat selalu..Pita kebab & Tortilla mmng kena selalu ada stok kat umah ni.. fillingnya ikut suke nak letak ape ya.. kalau paling ringkas & nak mudah, guna je daging burger tu dan isi salad kesukaan masing2 ya.. kdg2 x sempat dikebabkan..panas2 tu terus je cicah ngan kari, atau kuah ape2..mmng pueh ati ngan rcp ni.. x de BM pun x pe..uli je guna tangan.. as guna BM lps ON boleh nyambil wat koje lain..

Ini kes nak cepat makan.. x sempat letak salad.. memasing dah nunggu je tu.. yg ni as ltk filling grill Lamb BP,cili sos & mayonaise..

Suke tengok time dia kembong2 tuh!

Bahan-bahan ( 8 biji )
200g tepung roti
50g tepung gandum ( as tukar kpd wholemeal flour)
150g air
5g gula
5g garam
15g olive oil/minyak masak
2.5g dry yeast

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit
*** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya.

Friday, July 10, 2009

Keropok Lekor

Assalamualaikum w.b.k,
Cuti2 sekolah ni, ngan cuaca sejuk cenggini keja lapo je bebudak dlm umah ni.. alhamdulillah mmng best rcp Jiya ni..tapi as adjust2 suke2 ati.. ikut bahan ape yg ada..yg x ada x yah nak pening2 carik.. Mekasih wat 14sept aka Jiya, as C&P dari MyR. Maaf ya Jiya, akak susah nak dapat Ikan yg Jiya guna tu, akak guna Makeral In Oil dlm tin tu je..alhamdulillah mmng best la.. menjadikkk .. syukur dpt gak makan kopok lekor kat NZ nih.. yg bestnya, x liat & x keras.. elok je,akak wat 1/2 dari rcp asal.. memasing suke ..kena wat lagi nih.. anak2 komplen, x puas makan dek kerana mok & pok dia yg lelebih.. sape la mok & pok derang tu ekk! tak agok2.. ekekekkk... kebetulan ada tamu dtg tadi..siap tanya fmly post dari msia ke?? mana ade.. dak jiya post rcp dari Msia ade la..pekena plk ngan kopi O panas..pergh!! Jemput makan semua!!




Bahan2
1kg ikan selayang/ kembung (as guna 1 tin Makeral In Oil 425gm)
5-10 ulas bawang putih (as guna 1 sdk crush garlic)
1kg tepung ubi/kanji (as guna lebih kurang 400gm tepung ubi)
2 cawan tepung gandum ( as guna 1 cawan tepung gandum)
1 sudu kecil baking powder
Garam secukup rasa
Perasa
Air
Cara-cara
Asingkan isi ikan dari tulang. Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas. (as kisar makeral in oil tu..kisar kasar)
Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli...
Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut (kalo ada yang nak release tension bleh la sambil²... Hehehehe). Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer...
Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.
Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.



Saturday, March 21, 2009

Kerisik Perantau & Rendang Perantau

Salam di pagi Sabtu.. pepagi ni teringin lak nak buat rendang, kerisik lak dah abis..sib baik stok kelapa keringku masih ada kalau x parah gak dah ler laling x ada, sape nak dapatkan kelapa keringku itewww... kelebihan buat kerisik guna kelapa kering ni bukan ape.. cepat ketika disangar & tetap mengeluarkan minyak dan yang best tu tahan lama. Lepas ni buat sesapa yg merantau ke yg tak merantau ke jgn risau2 bab x ada kerisik.. bukan satu alasan ya utk tidak memasak menu yg mengandungi kerisik.. contohnya rendang,laksa,kurma dan mcm2 lagi.
Rendang


Kerisik

Resipi kerisik ini ada juga as kongsikan di Myr.. atau as kongsikan disini sahaja..

Bahan-bahan ( 1 Mangkuk kecil )
500 gm Kelapa kering @ kelapa parut
Kalau nak banyak doublekan resipi..ikut suka
Cara-cara
Sangai kelapa kering hingga keperangan..gunakan api yg kecil kerana kelapa kering mudah hangit..
Setelah kelapa perang kecoklatan, kisar hingga keluar minyak - guna pengisar kering..
Sedia digunakan sebagai bahan masakan seperti rendang,kurma,kari dsbnya..
Boleh disimpan di peti sejuk & tahan lama.. Selamat mencuba! ^_^


Ini lah ropenya kelapa kering yg biasa as guna kan utk membuat kerisik, inti pau,inti ketayap,serunding, puteri ayu dll..ekekekkk permisi ya.. tumpang posing jap..

Wednesday, January 21, 2009

Tortilla,Potato Puri & Chocolate Roll Cake

Assalamualaikum w.b.k

Menu bf & lunch yg simple..eiii..diet ke ape as??? emmm x ada istilah diet dalam kamus hidupku.. nak naikkan sikit berat badan ni ada la.. saje nak tukar selera ni..

So..nak kongsilah cara2 nak buat flour tortila ni..resipi yg as sendiri cuba di MyR..


Pizza Parlor

Flour Tortilla

Bahan-bahan ( 12 keping )
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar vegetable shortening (boleh juga diganti dgn 3 3/4 sudu vegetable oil kalau tak ada shortening)
1 1/4 cawan air suam

Cara-cara
- Campurkan bahan-bahan kering dalam mangkuk.
- Masukkan minyak/shortening dan gaul hingga sebati.
- Masukkan air suam sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.
- Bahagikan doh kepada 12 bahagian, bulatkan setiap bahagian dan rehatkan selama 10 minit.
- Canaikan doh hingga menjadi nipis (seperti buat chapati/paratha)
- Goreng tanpa minyak menggunakan non-stick pan, lebih kurang 1-2 minit utk each side.
** Inti utk fajitas - grilled beef/chicken. lettuce, salsa (tomato), guacamole (avocado), shredded cheese. sour cream.



B'fast tadi, bangun agak terlewat..ni lah layan mata lepas solat subuh..ha..amik bagun lambat!!so layan puri kentang ni ngan Kari Sardin.. resipi dari kak fida MyR


Puri Kentang

Bahan-bahan ( 8 keping )
- 125 g kentang - rebus empuk dan lecek halus
- 120 g tepung gandum
- 1 sk garam
- 50 ml air hangat
secukup minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara
- Kentang lecek dicampur dgn tepung dan garam dan digaul rata.
- Tuang air hangat sedikit2 ke dlm adunan kentang dan uli hingga tak lekat ditangan.Tambah tepung jika adunan terlembik.Tutup dgn plastik atau kain lembap dan perap 30 min.
- Doh di bahagi 8 dan dibulat2kan menjadi bebola kecil.
- Canai bebola doh tadi sebesar tapak tangan,buat hingga habis dan dibiarkan 10 min. sementara minyak dipanaskan di dalam kuali.
- Goreng doh yg dicanai sekeping2 dlm minyak terendam.Sambil dibalik2kan dan disiram2kan minyak pd kedua2 belah puri.
- Goreng puri hingga kecoklatan,angkat dan toskan minyaknya.

Kari Sardin (tak yah la kongsi resipi mudah ni ya..semua tau buat kan???)

So..bila dah semua menu dah simple2..lps2 lunch, Mr.Hubby pun dah gi keja..try2 la wat Chocolate Roll Cake ni pulak.. resipi dari Yani..1st time buat ni.. dah jatuh Cinta pulak ngan kek ni..


Chocolate Roll Cake

Bahan-bahan ( 30x30 cm )
4 biji telur
35g tepung gandum
15g serbuk koko
50g gula halus

>>krim
125g cream cheese
150g fresh cream/ whipping cream
30g gula halus
1 sudu besar lemon jus

Cara-cara
- Alaskan oven plate dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Panaskan oven sehingga 180C.
- Pukul telur putih sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sikit-sikit sebanyak 3 kali sambil dipukul. Pukul sehingga kembang/bertanduk.
- Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul dengan perlahan-lahan.
- Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Kacau dengan spatula. Tuang adunan ke dlm dulang oven dan ratakan.
- Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.

Sementara itu sediakan krimnya. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi lembut. Kemudian masukkan fresh cream dan lemon jus. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim.
Sapukkan krim ke atas kek tadi. Kemudian gulung. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong.

Hrmm... cuti2 sekolah ni lapo je...
Hungryx abis2 pikir nak masak ape!!

Jemput makan semua!!

Pizza Parlor 2