Skip to main content

Posts

Showing posts with the label make up

Aplikasi Shopping Online Yang Paling Aku Suka

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku yakin, sekarang ni, boleh dikatakan semua orang dah suka membeli belah melalui Online. Kalau ada yang masih belum terjebak tu, aku ucapkan tahniahlah kepada dia. Syabas bettey! Siapa sangka, Pejabat Pos kembali sibuk selepas pernah mengalami kemerosotan apabila e-mail dan SMS mula digunakan secara meluas dan orang dah semakin jarang pos surat guna setem. Sekarang Pejabat Pos dah bersinar kembali. Aku rasa terharu. Eh. tetibe. Padahal aku takde kaitan pun dengan Pejabat Pos. Terus, aku nak mengaku bahawa aplikasi shopping online yang paling kerap aku gunakan ialah Shopee. Sebelum Shopee, Lazada. Lazada aku banyak beli barang-barang besar seperti rak, almari, kerusi dan peralatan rumah (iols rakyat marhaein, beli perabot pun online je.) Shopee pula, aku banyak beli make up, baju cap China walaupun kat tajuk tulis Korean Style, tapi sebenarnya datang daripada China. Sama macam tasbih yang dijual di Mekah tu. Ko faham kan? Kan mula-mula ak...

My Beauty Regime

Sejahteralah ke atas kamu... Tajuk tu mesti la taknak kalah. Walaupun aku bukan instafemes mahupun hijabistas, tapi aku nak share juga la mekap yang aku pakai. Okay sebelum tu nak declare dulu, aku ni bukan kaki mekap. Tak reti mekap. Dan tak kisah dengan jenama mekap. Aku beli sekadar untuk, 'asal boleh je', janji ada. Alat make up yang aku ada pun hanya bedak/compact powder, cushion foundation, lipstick, blusher(ni pun orang bagi) dan eyebrow-liner. Sahaja. Aku ada eye shadow tapi warna hijau dan bronze je, jarang sangat pakai. Lipstick pun aku ada 2 je. Satu jenis glossy, satu lagi jenis ikut warna darah. Jenama pun yang biasa-biasa je beli kat Watson/Guardian. Maybelline. SilkyGirl. Tu je la.  Dalam post ni, aku nak share pasal cushion foundation yang aku pernah beli dan pakai. But still, jenama biasa-biasa je. Ye la. Aku ni bukan orang kaya. Rakyat marhaein je.  Ada 5 jenis cushion foundation yang aku pernah guna; 1. Bio Aqua France Snow BB Cream...