Sejahteralah ke atas kamu.... Gambar: Dari laman rasmi Avani Sepang Ini throwback bagi tahun 2022. Pertunjukan api (Fireshow) ni selalunya memang ada di kebanyakan hotel-hotel tepi pantai. Percuma untuk penghuni hotel/resort tersebut dan biasanya diadakan di private beach mereka. Saya belum pernah tengok pertunjukan api secara live, ini kali pertama. Bagi saya, agak gempak pertunjukan api ni. Memang terlopong juga la mulut saya. Dalam hati berkata, woww hebat betul. Kudos team fireshow Avani Sepang Goldcoast Resort. Maaf la, gambar-gambar pertunjukan api yang saya kongsikan di atas ni, tidak begitu berkualiti. Saya screenshot daripada video. Saya tak ambil gambar langsung semasa pertunjukan tu berlangsung. Hanya rekod video je. Avani Sepang Goldcoast Resort ini menyediakan water chalet yang dibina di atas laut. Jika Lexis Hibiscus berbentuk bunga raya, Avani Sepang pula berbentuk pokok palma. Gambar dari laman rasmi Avani Sepang Mendamaikan...