Sejahteralah ke atas kamu... Beberapa tahun dulu, sebelum aku berkahwin aku pernah membuat pengakuan kepada tunang aku (sekarang suami la), bahawa aku ni malas menyapu (sampah, habuk, semua la). Aku tanya dia, betul-betul ke nak kahwin dengan aku ni? Confirm ke ni? Muktamad ke? Muktamad 100% ke dah keputusan ni? Taknak guna talian hayat dah ke? Then tunang kata, takpe, demi aku, kalau aku malas menyapu, dia sanggup menyapu. So, nanti lepas dah kahwin, rumah biar dia sapu. Eh, ni serius tau. Aku, dalam banyak-banyak kerja rumah, aku paling tak suka menyapu. Berbeza kan dengan kebanyakan perempuan lain. Biasanya orang perempuan malas atau paling tak suka lipat baju betul tak? Atau pun iron baju, kan? Kan? Aku pulak lipat baju aku suka je. Cuma sama ada sempat dengan tak sempat je nak lipat sekarang ni. Bagi 4 tambun baju pun, insyaAllah aku sanggup je lipat asalkan ada orang jaga anak dan kena bagi aku fokus dok diam2 lipat baju-baju tu, jangan ada interruption. Takde entertainmen...