Skip to main content

Posts

Showing posts with the label breast care

Ketulan Di Bawah Ketiak

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku berfikir panjang untuk buat keputusan sama ada nak cerita benda ni atau pun tidak di blog. Sebab bagi aku, perkara ini sangat personal dan agak tebal muka kalau nak publishkan hal dalam baju kat orang. Tapi aku rasa untuk perkongsian ilmu, boleh la aku share.  Sejak beberapa tahun dulu, aku perasan aku ada ketulan di ketiak (sebelah je). Sejak bujang dulu lagi. Tapi mula-mula kecik dan hanya muncul setiap kali datang haid. Lepas haid habis, ketulan tu hilang.  Sejak aku berkahwin dan kemudian aku mengandungkan anak pertama, ketulan tu semakin membesar dan kadangkala rasa sakit dan ketulan tu memang dah stay kat situ. Tak hilang-hilang dah. Rasa sakit tu macam rasa berdenyut dan macam bisa. Tapi kadang-kadang je sakit. Kadang-kadang tak sakit. Aku perasan waktu sakit tu bila aku period. Ketulan tu dia bukan keras, tapi dia macam lembut je dan tak firm. Agak lama juga la ada ketulan ni. Sehingga la tahun ini semasa bulan Ramadha...