Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PPUM

Pengalaman Tinggal Di Wad PPUM

Sejahteralah ke atas awok.... Terdahulu aku ceritakan pengalaman bersalin di PPUM. Kali ni nak cerita pula pengalaman aku menginap di wad bersalin PPUM selepas bersalin. Secara jujurnya aku katakan, duduk di wad bersalin PPUM, tidaklah seteruk mana. Atau boleh aku katakan, memang tak teruk langsung. Nurses baik belaka. Tak ada pulak aku jumpa dengan nurse yang menyakitkan hati. Semuanya lemah lembut dan sangat membantu. Ini pujian ikhlas tau. Sikek dok nawok. Wad bersalin tu dalam satu bilik ada 4 orang. Sewaktu aku dimasukkan ke dalam wad, hanya ada 3 orang termasuk aku. Semuanya baru lepas melahirkan. Kalau di dalam labour room, sebarang gadget adalah dilarang sama sekali, berbeza pula di dalam wad. Gadget dibenarkan bawa. Lega la sikit aku rasa sebab boleh bawak henfon, tak la mati kutu sangat dok dalam wad tu. Dah petang sikit baru la pesakit ke-4 masuk. Menurut pesakit ke-4 tu, dia bersalin pagi. Waktu lebih kurang macam waktu aku bersalin juga. Tapi dah petang baru d...

Pengalaman Bersalin Di PPUM

Sejahteralah ke atas kamu... Sudah hampir 3 tahun berlalu, baru sekarang terbuka hati aku untuk kongsikan pengalaman aku bersalin di PPUM. Saja je malas nak cerita sebelum ni sebab aku rasa pengalaman tu tak menarik sangat. Macam biasa-biasa je. Tapi bila aku teringat, boleh buat aku tersengih sorang-sorang so aku fikir mungkin pengalaman tu kelakar juga kot. Tak tau la kot orang yang baca tu rasa tak kelakar. Kot-kot aku je yang fefeeling sendiri. Sebenarnya mula-mula aku plan nak bersalin di hospital swasta kat Kuantan, tapi bila aku fikir sedalam-dalamnya, kalau aku bersalin kat Kuantan, bila masa yang sesuai aku nak balik Kuantan? Lepas tu, kalau aku bersalin kat Kuantan, siapa nak hantarkan aku gi hospital? Suami aku dah tentu la kerja. Takkan nak tunggu dia balik dari KL untuk hantar aku? Lagipun aku ni bukan orang kaya pun. Kalau duit untuk bersalin di swasta tu hanya mampu bayar untuk bersalin normal. Aku ni takut juga kalau tetibe doktor kata aku kena bersalin melalui...