Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Do It MySelf

DIY: Langsir Raya Baru Siap

Sejahteralah ke atas kamu.... Dah nak masuk Raya Haji, langsir Raya Aidilfitri aku baru je siap semalam. Tihtih. Itu pun aku terpaksa ambil cuti semalam semata-mata nak jahit ke budak langsir ni.  Ada lagi ke orang guna langsir jenis tape ni ye? Kekekeke. Adaaaa... aku lah orangnya. Belum mampu nak tukar pakai langsir trend terkini, eyelet. Padahal murah je nak tukar rel dia tu. Cuma aku fikir, kalau aku tukar yg macam tu, langsir lama-lama ni nak buat apa? Sayang. (Otak kedekut sedang berhubung.) Jahit langsir ni walaupun dari segi teknik jahitan memang la nampak senang. Walau jahitan macamana buruk sekalipun, tingkap takkan komplen yang langsir tu tak sedap dipakai. Ko takkan dengar tingkap merungut ketiak sempit ke, bahu jatuh ke, dart terlalu ketat ke. Sebab jahitannya memang jahit lurus je semua. Cuma cabarannya nak menjahit langsir ni, sebab dia besar. Perlu kesabaran sebab lama gile nak tunggu habis jahit untuk setiap sisi. Ko bayangkan ye, setiap keping lang...

Tudung Buatan Sendiri

Sejahteralah ke atas kamu... Sebenarnya ianya hanyalah sehelai tudung. Tapi dah cukup untuk membuatkan aku terasa genius sebab berjaya buat shawl yang santek dan sesuai dengan wajahku yang kembang setaman ini.  Agak melampau watermark aku. Harap-harap korang mahapkan la aku ye di atas water mark yang dah macam graffiti kat sarang drug addict je kaedahnya. Sebab yang aku nak bangga-banggakan melalui gambar ni hanyalah shawl tu je.  Tudung ni aku potong ikut potongan tudung Cik Lopa-lopa kita yang jelita bertahik lalat di pipi tu. Harap-harap beliau tak saman i. Sebab i hanya buat untuk kegunaan sendiri je. Cantik tak? Cantik tak? (Soalan ni merujuk kepada tudung sahaje ye. Orangnya dah sedia maklum cantik rupawan sejak di Luh Mahfuz lagi. Hakhak. Gelak golek golek.). Fabric pulak dull satin. Lepas potong, jahit tepi halus. Terus, belit sapp..sap..sap... dan tadaaaaa........ Terserlah ke'anggum'an cik lidi yg dah tak selidi namanya. Nanti kalau aku buat giveaw...

Cara Membuat Sendiri Kentang Goreng Sejuk Beku

Sejahteralah ke atas kamu... Aku suka sangat makan fast food walaupun aku tahu itu adalah makanan yang sangat tak sihat. Aku masih tergamak lagi makan burger dan kentang goreng yang aku beli dari restoren makanan segera. Biasanya aku makan fast food masa hari bekerja. Aku memang jarang sangat beli fast food jika Luth ada bersama aku. Pernah sekali tu, husband aku cuti. Dia bawak Luth datang ofis aku. So, petang tu sebelum balik, kami sempat beli set burger di Burger King. Sebab masa tu ada promotion kupon yang berharga RM6 dapat beli belian bernilai RM20. Aku beli burger yang setnya ada kentang goreng. Aku harap-harap Luth tak suka, tapi jangkaan aku silap. Aku tengok anak aku makan beriya sangat kentang goreng tu. Pegang tangan kiri dan kanan. Lepas tu suap laju-laju, then tadah tangan mintak lagi. Waktu tu rasa macam nak luruh hati aku sebab rasa bersalah, bagi dia makan makanan yang tak sihat. Well, ko tahu la kan. Kentang goreng daripada restoren makanan segera, dengan bah...

Sewing Tools Kit Pattern

Sejahteralah ke atas kamu... Ini contoh sewing tools kit yang aku buat sendiri. Tujuannya adalah untuk menyimpan alatan menjahit aku dengan lebih kemas dan tersusun. Mutu jahitan memang la 'out'. Tengok warna benang pun terlampau contra dengan warna fabric. Tapi macam biasalah, asal boleh je aku ni. Aku gunakan fabric daripada shopping bag. Malah, memang shopping bag tu la yang aku potong untuk buat sewing tools kit ni. Senang bila ada beg peralatan menjahit macam ni. Senang nak usung bawak pergi-balik ofis. Kadang-kadang ada masa rasa nak menjahit waktu rehat kat ofis. Siapa nak tempah angkat tangan? Okay, tempahan ditutup. Hewhewhew.

Cara Mudah Membuat Playdoh Atau Plasticine Di Rumah

Sejahteralah ke atas kamu... Saje nak share resepi membuat playdoh di rumah. Kalau korang ingat lagi masa kita kecik dulu, main plasticine atau nama kampungnya tanah liat, bau dia, Allahurabbi, macam nak pitam. Bau macam cat yang kuat sangat kan? Itu sebenarnya toksik. Eh cemana mana eja dia? Toksid? Toksin? Tokmoh? Ahh tak kisah la, yang penting in English dieja toxic.  Banyak je non-toxic plasticine dijual kat pasaran. Cuma nak membelinya tu, mampu ke? Beli sekali memang la mampu. Beli banyak kali boleh mampu[s]. *plural*. Meh sini aku nak ajar cara korang berjimak berjimat dengan membuat sendiri playdoh untuk anak-anak yang baru nak up ni. Ramai dah tahuk rasanya, tapi kalau yang tak tahu, silalah baca.  Pertama sekali ingin aku pesan, untuk membuat playdoh ni ada banyakkkkkk resepi. Tak semestinya apa yang diajar oleh seorang tu adalah paling betul dan takleh tukar-tukar ingredients. Be creative and open your mind. Ni salah satu resepi paling mudah dan se...

Hasil Jahitang Sendiri

Sejahteralah ke atas kamu... Bukanlah niat aku nak mengexpose sangat paras rupa aku yang terlebih jelita ni. Serius, takde niat pun. Aku sedar la aku sape. Aku hanya wanita yang perasan cantik di alam blogger je. Wahwah. Namun, [eceh, bila guna je pekataan 'namun'  aku terfeeling macam wartawan majalah 3 yang tgh buat liputan pasal ikan pari] niat aku hanyalah nak menunjukkan hasil jahitan baju aku. Yer. Ianya masih berniat untuk menunjuk-nunjuk. Kalau bukan kepada korang, nak tunjuk kat sape lagi kan? Korang je la yang selalu puji dan impress dengan hasil seni aku. Hakhakhak. Jangan la korang terasa nak terbluwek plak kat sini. Sungguh, memang niat aku sengaja nak puji diri sendiri ni. Sebab di alam nyata, tak de orang nak puji haku. Hian hat haku han? Baju ini blouse. Jangan tanya saiz apa. Kalau nak tahu, tanya la mak mentua aku. Kehkeh. Nampak kat bahagian pinggang tu macam tied-in sikit. Itu memang pesen. Aku jahit getah kat tengah-tengah baju tu, so, bila aku...

Mesin Jahit Ku.... Brother NV950

Sejahteralah ke atas kamu... Perkenalkan... Inilah mesin jahit sulam aku. Aku beli dah lama. Bulan 6 dulu. Tapi aku baru je buka kotaknya dan cuba menggunakannya bulan lepas. Macam pelik je kan bila dapat barang baru tapi tak excited pun nak terus cuba. Aku sebenarnya kaget bila fikir cemana nak kendalikan mesin jahit yang computerized macam ni. Takut otak aku terlampau beku nak faham cara gunanya. Buku manual tu aku usung bawak pergi balik ofis konon nak baca kat ofis, padahal buka je muka surat pertama aku dah mengantuk. Kecik besar je tulisan dalam manual tu aku tengok. Beli sendiri ni hasil titik hingus sendiri. Nampak tak betapa rajin dan sibuknya aku bekerja sampai keluar hingus. Kalau korang nampak, belakang mesin jahit tu ada bekas sudu, ada bekas kuih semperit dan juga biskut panjang-panjang. Sebenarnya inilah meja makan kat rumah aku. Aku guna untuk menjahit. Jadinya, sekarang kalau aku nak makan secara berjemaah dengan suami dan anak, aku akan bentang kain ala...

Nak Bercuti, Tapi.....

Sejahteralah ke atas kamu... Aku ni penat. Kadang-kadang rasa tak cukup rehat, kadang-kadang tak cukup tidur. Kadang-kadang terlebih rehat pun ada, pun boleh menyebabkan penat. Aku perlukan cuti. Maksud aku pergi bercuti ke mana-mana. Cuma kekangan yang paling besar untuk aku ialah..... masa yang ada untuk pergi bercuti tu hanyalah bermula Sabtu petang dan perlu balik hari Ahad. Semalaman saje.  Bagi aku, cuti ni ada 2 kategori.  1. Cuti untuk berehat serehat-rehatnya dan tidur terpukang - Kalau untuk berehat semata-mata, hanya perlu cari tempat yang dekat, cari hotel yang mahal dan bilik yang sangat-sangat selesa. 2. Cuti untuk berjalan-jalan tengok tempat orang dan bershopping - Boleh pergi ke mana-mana sahaja dan cari hotel budget pun takpe sebab tujuannya nak berjalan dan bukan nak duduk dalam bilik sangat. Kalau duduk hotel mahal pun buat rugi je sebab tak gunakan sepenuh masa. Yang aku perlukan sekarang ialah cuti jenis pertama iaitu tidur terpukang....