Showing posts with label ~some story~. Show all posts
Showing posts with label ~some story~. Show all posts

Thursday, February 20, 2025

Raudatus Sakinah dan Nowseeheart

 One random but significant thing about songs is that, they flip memories...

And this one particular Nowseeheart song stroked out a sad one. 

Raudatus sakinah bukanlah suatu institusi yang pencapaiannya ditunggu-tunggu perkembangannya. Unlike business, rumah ini bukanlah tempat yang menginginkan penambahan penghuni apatahlagi penambahan rumah ke dua atau ke tiga.

Menghabiskan lebih kurang setahun, menjalankan aktiviti berkala dengan adik-adik ini, seronok dan sedih dalam masa yang sama. Mereka mencari jalan pulang. jalan pulang kepada Allah. Ada yang ber ibu dan ayah dan ada juga yatim, ada yang kaya, susah, lembut, kasar... berwarna warni karakternya...

Ada yang berjaya bertemu jalan pualng, dan ada juga yang mungkin kembali atas ujian yang sama..

Melihat wajah-wajah bersih adik-adik ini dan ujian mereka menjadi ibu pada usia yang amat muda, mendatangkan sebak. Ujian kita mungkin tidak serupa, tapi kita tetap diuji...

Dan ujian mereka besar... dan kejayaan mereka juga amat besar sekiranya, mereka berjaya KEMBALI kepada Allah dengan sebenar-benar kembali...

-seorang gadis-

Siapa kita untuk menilai...?
Hate the action, but not the agent.... 

-anonymous forever repenting sinner-

Thursday, February 6, 2025

Telling your age, without telling your age...

Owning a Facebook,
is like confessing your aging age..
Instagram, would minus a few years or so, of your age..

To NOT own a TikTok account, on the other hand, means...
You live deep in the jungle alongside one of those long-lost ancient tribes..

lol 

p/s: if you have blogs, add 10 more years of whatever age people predicted, when they know you have facebook!

sheeshhhhhhh!

This was NINE freaking years ago with Kak Aina back in Shah Alam.... gosh.. I am that OLD!!



___________________________





Teruntuk Langit Yang Bercanda by JIWA

Thursday, January 30, 2025

Bertemu bahu dengan perempuan tua...

Rejab semakin menghujung,
Syaban melambai-lambai,
Ramadan mula mengintai-intai,


Masih segar wajah seorang wanita tua.. bersolat bersebelahan pada tahun yang lalu.

Bersalaman, tangannya wangi, bila senyum dia juga membalas,

'Kamu duduk mana?' sapanya
          
       'Belakang surau ni je Makcik...'

Manis senyum simpulnya. Sebelah kirinya tersusun keperluan asasnya. Sebotol minyak angin, kain putih dan botol air. 

Kemas. 

Baliknya pula berjalan kaki, tidak mahu pula di hantarkan pulang.
Hadirnya penuh disiplin setiap malam...

Tapi,
Tidak bertemu lagi keesokan malamnya. 
Bukan kerana wanita itu tiada, tetapi
kerana diri sendiri tidak istiqamah ke sana... 

p/s:
Gagah yang muda berdiri beribadah dengan nikmat kekuatan,
Gagah yang tua berdiri dengan berkat keimanan...

__________________________





Perempuan-Perempuan Berbudi Dalam Al-Quran by Syaari Ab Rahman & Nurul Suhadah Shuib



Thursday, January 23, 2025

Jagar

 Bismillah~

Tugasan menjadi pengawal keselamatan adalah antara tugasan asas penting yang perlu ada dalam setiap bangunan yang besar, macam sekolah. Oleh kerana mereka ni berada di barisan hadapan, watak mereka adalah imej pertama pelawat dan staff yang bekerja di bangunan yang dijaganya. 

Macam-macam watak-watak yang susah nak di sorokkan.

Pakcik Adnan, rajin mengopi...

Pakcik Bahar, berjenaka tapi tak ketawa..

Abang Khai, rajin mengusung kunci di pinggang kesana sini..

Pakcik Nuar, rajin melambai..

Kak Ani, rajin main kutu..

My own sister, back in melaka, suka mukbang video call, waktu rehat makan..

Tapi,

Semuanya baik... 


Mungkin jawatannya tidak besar, tugasnya tak dilihat, wajahnya jarang di pandang....

Itu tidak mengurangkan nilainya, pada sesiapa pun..


p/s: orang paling miskin dalam dunia ni, pun masih ada haq untuk masuk syurga.. 

hanya amalan kita sahaja mengubah darjat kita di mata pencipta...





_________________

Buku Pilihan..

 

Jangan Ganggu Lepas Waktu Kerja, Boleh? Bagaimana Mengurus Kerjaya Agar Kehidupan Tidak Dirasakan Sia-sia




Thursday, January 9, 2025

SIAPA RAFEAH?


Alkisah....

Suatu hari, sedang mencari murid, terjumpa penyapu patah di pagar pra skolah. Dalam perjalanan nak membuang batang penyapu, nampak pula pakcik petugas pembersihan sekolah.


"Pakcik, penyapu ni saya jumpa belakang pagar sana, kepalanya patah" mengadu bersungguh ni..

”Tu Rafeah kan aje… cikgu kenal kan Rafeah?”

”Tak pakcik, saya tak kenal… Nama penuh makcik Yah ke tu?”   memikir nama makcik-makcik pembersih sekolah pulak ni… cikyah, cik ani, cik mah…. Takda pula bunyi Rafeah

“La tak kan lah cikgu tak kenal RAFEAH?”… pakcik ketawa..  ketawa dan ketawa..

pendekkan cerita, dia nak suruh

BUANG



Note: malas nak habiskan kisah sebab malu tak kenal Rafeah.. kan dah kena bahan🚮

memikir, bila nak membahan semula pakcik ni🙃

Bye


__________________________________

Iman Shoppe:



Jangan Ganggu Lepas Waktu Kerja, Boleh? Bagaimana Mengurus Kerjaya Agar Kehidupan Tidak Dirasakan Sia-sia

Saturday, March 31, 2018

Vague Objectives....

Zakwan main kiub jenuh nak selesaikan... susah katanya

Afiqah kata, dia berjaya lengkapkan warna satu sisi sahaja.... dah taknak buat dah...

Amyra cakap dia boleh siapkan cepat... cabut semua dan pasang ikut warna....


Okay Einstein!


............. masing-masing punya objektif berbeza...... dan pasti skill nya juga berbeza....

Jika zakwan berjaya, dia dapat skill yang amat baik dalam problem solving dan technique... walaupun lambat, effort dia akan jadi module yang boleh diguna pakai... berbaloi....

Afiqah give up di tengah jalan. Umpama mendaki sampai checkpoint pertama, dan turun balik... tak sempat nikmati cabaran seterusnya...

Amyra tak dapat skill bermain terus....

Tapi, jika matlamat bermain cube ini, hanya untuk menyusun warna pada tempatnya sahaja...... amyra sangat bijak.


Haha.

So, apa objektif hidup kita?

 
Kalau tak faham, silalah risau sekarang!

Kerana bahaya yang datang mungkin lebih menyeramkan daripada Kaiju....


Soalan KBAT: 

Tidak mahu makan Mc Donald Malaysia sebab  fast food itu tidak berkhasiat, atau untuk boikot sahaja.....

Jika Mc D sudah isytihar berdiri sendiri dan berkecuali dalam menyumbang kepada zionist? 

Macamana.....?

............................................................................

Buka poket iman, simpan prinsip baik-baik, jangan sampai poket kotor...

Jzzk~