Showing posts with label word from heart. Show all posts
Showing posts with label word from heart. Show all posts

Thursday, February 13, 2025

Ukhuwwah dan Iman orang-orang tua...

Bismillah~

Ketika masih bersedih dengan pemergian anak saudara tercinta, datang pula perkhabaran pemergian sahabat lama Ustazah Rahimah Harun, dipenghujung 2024... Sama-sama mendidik di SRIH suatu masa dahulu.

Terus memutar steering ke rumah Almarhumah Ustazah, seusai waktu kerja di Bandar Baru Uda. Ramai yang hadir awal, terutamanya sahabat-sahabat almarhumah yang sangat tidak asing. Makcik-makcik yang sangat dekat di hati.

Masing-masing,  sedang meluruskan jari tangan, membersihkan wajah, memusing katil supaya kedua kaki jenazah menghadap qiblat, ketika anak-anaknya semua masih sedang bersedih sambil membantu. Masih suam dan lembut tangan, tubuh dan wajah jenazah ketika disentuh... perlahan-lahan beransur sejuk.

"Di, kita cari bekas untuk sesiapa beri sumbangan ya" sambil menguis bahu Diana.. dah mula ada rakan-rakan yang hadir ingin memberi sumbangan ikhlas kepada keluarga..

Makcik Yasmin mula mencari bekas dan yang lain mula mencari yasin untuk dihulur pada yang hadir. Makcik Suwaibah masih dengan telefon, bertanya van jenazah di Masjid berdekatan. Yang lain masih bertanya tentang status laporan polis untuk membolehkan jenazah bergerak ke masjid dan dimandikan. Semuanya terus terusan disambut wanita-wanita tua ini dengan amat berhemah, dan kami rakan-rakan mentah ini menawarkan diri untuk apa-apa yang perlu. 

Makcik Nailah, Kak Zah, Makcik Su, Mkcik Yah, Ustazah Zurina, Mkcik Yasmin dan Makcik Ija..

Santun dalam perlakuan dan cekap dalam kelembutan. Kami melihat, tersentuh dan belajar tanpa diajar.... sehingga ke tapak pengebumian di penghujung hari... 

p/s: qudwah tanpa perkataan


_________________




Perempuan-Perempuan Berbudi Dalam Al-Quran by Syaari Ab Rahman & Nurul Suhadah Shuib

Monday, May 4, 2020

PKP atau Perintah Keras Paksaan....

Movement Control Order, atau Perintah Kawalan Pergerakan,

banyak mengubah rutin harian kita diluar dan cara kita bertindak balas dalam pelbagai keadaan. 

Tiada salam-salaman lagi
Tiada peluk-pelukan lagi
Tiada sembang panjang lagi
Tiada 'hangout' di mana-mana lagi

Keluar untuk yang penting sahaja

A REAL LIFE-DETOX

A bit frustrating, to reconstruct years of practiced habit, but for the sake of 'breaking the virus chain', it is a social responsibility that we all have to uphold.

Ramadhan tiba...... satu lagi 'school of soul' hadir, sebagai SOUL-DETOX.....

Satu demi satu ujian PEMBERSIHAN HADIR... menyental daki-daki dosa.... 
Entah kenapa, INTIHAN ini, memaksa kepada SEGENAP KEBAIKAN yang sukar kita praktiskan sebelum ini...

Memaksa kepada kebersihan...
Memaksa kepada duduk dirumah jika tiada keperluan diluar...
Memaksa pengusaha industri kecil dan sederhana untuk MEMERANGI ketakutan untuk BERBISNES ATAS TALIAN... kena buat juga

Pelbagai PAKSAAN lain yang TERPAKSA dihadapi.....


Tahun ini, banyak manusia dihantar ke sekolah PAKSA....
PAKSA yang membaiki kita menjadi manusia yang lebih baik...

Allah Maha Penyayang kan?


P/s: Sejak-sejak pakai mask keluar rumah ni, terbayang perasaan muslimah-muslimah yang berniqab keluar rumah. Niat dan tujuan keluar rumah terpandu, lebih fokus. Istighfar dan zikir dibelakang tabir juga nyaman (takdalah mata-mata yang pelik memandang mulut terkumat-kamit macam menjampi)..... rethinking about putting on niqab for good?

satu lagi sekolah PAKSA yang mendidik kita...


Sunday, July 30, 2017

Erruptions...

Amarah....

Nak marah....
Ter-marah...

Marah biasanya ada simptom... 

Dia datang dengan gigilan tubuh, muka merah, jantung kencang, hati menggelegak, fikiran pendek, dan mata hati yang mula kabur dan hampir buta...

Sabar biasanya ada bersama-sama marah.... cuma bila isi hati mula dimuntahkan keluar dengan lahar kata-kata kasar nan maha membara, sabar akan pergi tak kembali......

Sabar hanya kembali semula.....

Sehingga lahar kemarahan habis dimuntahkan dan tubuh mula sejuk semula...

Cuma, kali ini, sabar tidak kembali berseorangan.... dia kembali membawa sekali rakan yang tidak disenanginya.... 


'penyesalan'....



Tammat, drama jam 7 petang bertajuk, "pinggan tak dingin, nasi tak retak" dengan lagu soundtrack drama "Ayam Mee"..


I know....

Merapu right?
 
Just ignore this entry....

p/s: fingers have to type, what the heart wants to say.....

Friday, June 30, 2017

Bayan Linnas and La Tahzan, of Ali-Imraan

Bismillah,

Eid Mubarak,
Felt cheerful to share. Might sound mundane, but still, I am enthusiast to type it all out...

So a book written by Dr.Aidh Al-qarni was one of the best selling copies in the world when I was doing my degree. It was called La Tahzan. I was and is, still, one of the forever fan of it. The book was thick, so don't ask about the price. But still, it was the best selling books for quite some time. Up to an extent, the publisher break it into a mini thin numbered-encyclopedic version, to make it more affordable for every ‘sengkek student’ like me to own one. 

 
I would call it a master-heart-piece. Touching the sinners hearts with beautiful words. I was quite obsess with the word ‘La Tahzan’ in those old days, and spent quite some time to look up in the Quran to seek which verse consist of that particular word and manage to happily memorized it until today. Sound silly, but it becomes my personal  soul-treating verse that cures the sadness in my heart. I bet it affect others whom read it in the Holy kitab as well. 

It was Suratul Ali-Imran verse number 139


ÙˆَÙ„َا تَÙ‡ِÙ†ُوا ÙˆَÙ„َا تَØ­ْزَÙ†ُوا ÙˆَØ£َÙ†ْتُÙ…ُ الْØ£َعْÙ„َÙˆْÙ†َ Ø¥ِÙ†ْ ÙƒُÙ†ْتُÙ…ْ Ù…ُؤْÙ…ِÙ†ِينَ
So do not weaken and do not grieve, and you will be superior if you are [true] believers.

I came across it again this morning, and started writing as all the previous eight year’s memories flashes back. But this time, I was pleased, even more with what I read.


You know, I often curious about where ‘Bayan Linnas’ words came out from, too. In which surah and verse. I am a non Arabic speaker whom in love with some unique articulations of beautiful words in the quran.  

So I dig in the quran and web, to seek ‘Bayan Linnas’ and it’s meaning .... just like what I did previously with ‘La Tahzan’(childish grown ups huh? lol). 

I couldn’t find it, or I must have missed it out... 

So this morning, I came to notice that the verse that consist of ‘Bayan Linnas’ was there right before ‘La Tahzan’.  It was Ali-Imran verse 138. 



Ù‡َٰØ°َا بَÙŠَانٌ Ù„ِلنَّاسِ ÙˆَÙ‡ُدًÙ‰ ÙˆَÙ…َÙˆْعِظَØ©ٌ Ù„ِÙ„ْÙ…ُتَّÙ‚ِينَ

This [Qur'an] is a clear statement to [all] the people and a guidance and instruction for those conscious of Allah .


What a cheerful, small, but precious present....

Note to self: We missed out small things, not because it is small....  It’s simply because we aren’t looking for it...

Monday, January 23, 2017

Penyembuh Kesedihan~

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun,

Yang mengizinkan kami berada di dalam ujian samada kecil mahupun besar. Kagum melihat orang yang susah, namun bahagia. Namun agak pelik juga melihat orang yang senang, tetapi memilih untuk hidup di dalam rumah yang kecil, berkenderaan sederhana dan keluar melihat masyarakat dalam keadaan berpakaian sama seperti mereka yang kurang berkemampuan. Ajibtu~

Memilih untuk tidur di lantai, tetapi mempunyai tilam....
Memilih untuk menjahit pakaian sendiri, tetapi punya isteri....
Memilih untuk bercampur-gaul dengan masyarakat, tetapi kurang masa dengan diri sendiri,
Memilih untuk berkongsi makan dengan golongan asnaf/ fakir, tetapi tidak punya banyak wang untuk makanan sendiri....
Memilih menghabiskan wang lebihan untuk berinfaq, padahal boleh berbelanja mewah....


Merasa berada dekat dengan Allah

Terkadang memilih hidup yang bersederhana itu yang memudahkan kita rapat dengan Allah. Wallahi, jauh lebih rapat.....

Pilih untuk tidur diatas lantai, supaya mengejutkan diri lebih mudah untuk bertahajjud....
Pilih untuk makan nasi dicampur air, lebih menginsafkan diri terhadap kesusahan saudara yang ketiadaan makana...
Pilih untuk berpuasa walaupun mampu menghidang makan nan mewah, untuk menambah keimanan dan ketaqwaan...
Memilih untuk berusaha lebih dalam kehidupan, bukan untuk kemewahan dunia, tetapi mencari perhatian Allah.....

berusaha menundukkan hati pada akhirat, 
berusaha meyakinkan diri bahawa dunia ini hanya tempat bersusah payah untuk bercucuk tanam sahaja.... 

mereka yang bergitu memahami sifir kehidupan......

Cinta perlu pengorbanan bukan? 
Dan pengorbanan demi cinta itu pahit, akan tetapi buat sang pencinta ianya manis bukan?

Ya, manis..... Hanya pada yang menyerahkan cintanya pada yang Maha Sempurna~

Terjawab sudah rahsia pelik kebahagiaan mereka.... inilah asbab mereka gembira bukan?
Kayanya jiwa~
Knock Knock Heart~ Is Imaan There?
Jazzak~

Thursday, December 15, 2016

Air Mata Akhir Zaman.................

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم


Akhir-akhir ini kita digemparkan dengan bom-bom dan kesengsaraan Aleppo di Syria. Kemudian tangisan Rohingya (sebenarnya dah lama), dan suatu masa dahulu, dengan tamparan kesengsaraan warga Somalia yang kurang bekalan makanan dan genocide umat Islam di Tak Bai. Allahu....................

Merentap jiwa dengan dua soalan viral ini. Terkesan....pilu....sedih....luka hati, jiwa, emosi, kemanusiaan...

Dahulu, kita digemparkan dengan kezaliman Taksin di tanah Tak Bai dengan kematian saudara kita diperkampungan Thailand. sudah lah dianak tiri, dibuli, dibunuh pula dalam bulan ramadhan beramai-ramai. Saya masih berada disekolah menengah ketika itu, turut terkesan dengan kezaliman yang memenuhi dada-dada akhbar ketika itu... sayu

Kemudian, pada ramadhan ketika berada di pengajian ijazah, direnggut pula dengan soalan yang diviralkan di post-post facebook, dimana datang soalan daripada seorang warga Somalia tentang ibadah puasa mereka di sana....

 "Apakah sah puasa kami disini yang tidak makan sahur, dan tidak pula berbuka ketika waktunya kerana ketiada makanan di sini............"






Dan tahun ini, gugur airmata melihatkan soalan seorang bapa yang mencari jawapan para ulama tentang,
Apakah dibolehkan bagi mereka di tanah Syria untuk membunuh isteri atau anak mereka sebelum mereka dirogol rejim Assad yang dilakhnat, dihadapan mata khalayak keluarga?!!!



Wallahi......seharian saya termenung meletakkan diri ditempat si isteri dan anak perempuan saudara-saudara kita disana.....

Bagai sampah maruah saudara kita diinjak-injak!!

***tiada kesimpulan.... hanya mendung tangisan yang berterusan*****


If there's anything you could do.... then do it... even just by sending prayers....


mungkin nampak sedikit, namun besar nilainya pada mereka...

Moga Allah memberi sebaik-baik tempat buat para pejuang, dan mereka yang syahid....
Kita yang aman, masih boleh menjadi syahid juga....


Note to self: Paling sedikit yang boleh kita lakukan...... jangan jauh dari agama, supaya kita faham sifir dunia....

Tuesday, November 8, 2016

Kita semua mungkin ‘Mardhiyah’ masa dulu….





Bismillah~

Tersentuh dengan bekal makanan seorang pelajar darjah Empat Bukhari hari ni di madrasah…

“Mardhiyyah, bawa bekal apa tu?
     “Mee segera je cikgu…”
“Mak masak ye?”
     “Saya yang masak. Bekal adik yang darjah satu tu pun saya siapkan…” sambil menjuih bibir bawahnya tanda kurang gembira

………kagum saya untuk tanggungjawab anak dara yang baru darjah empat……………………………………

“Apa lagi yang Mardhiah pandai masak?”
      “Nasi goreng, mi goreng…. Ala biasa-biasa je cikgu…. Saya kan anak sulung, semua kena buat. Tak suka jadi anak sulung…” sambil mata melorot ke bawah melihat bekalnya

…………….tergumam pulak dua saat……………..

“Pandai Mardhiyah. Anak sulung la bagus, banyak dapat tolong mak dan arah adik-adik..”
     “ Tak lah cikgu. Susah jadi anak sulung. Rumah sepah, mak marah saya. Adik tak siap barang sekolah, saya kena marah. Tak jaga adik kena marah. Bosan la cikgu. Jadi adik lagi best Tak kena marah lansung…..” hampa bunyinya…

…………………saya tersenyum………………………..

Allah tu sebaik-baik perancang. Mungkin Mardhiyah tak suka dengan sekolah kehidupan yang Allah beri hari ini, tetapi yang pasti apa yang Mardhiyah lalui hari ini sebagai anak sulung, adalah seampuh-ampuh latihan untuk kehidupan yang akan mendatang yang telah Allah susunkan kelak, sama seperti kita semua…
Tak rancang nak nasihatkan dia dengan heavy wisdom words macam ni, for sure, she’ll discover it later on… just like we all did…..once upon a time…

Kita semua pernah jadi Mardhiyah dulu……. 

Walaupun saya anak bongsu…. Namun tetap pernah react sama macam Mardhiyah, but in a different way~


By the way…. minggu lepas Mardhiyah bawah chocolate moist cake BUAT SENDIRI…

sedap gilaa… ~



Jazzak~ 

Friday, September 16, 2016

Perginya Lagi Sebutir Permata

Bismilah~

Pergi lagi sebutir permata,
Sungguh, bukan siapa-siapa dia kepada kita,
Tiada keturunan mahupun darah mengikat hubungan,
Pemergiannya, tetap mendatangkan rasa sayu dihati segenap lapisan masyarakat yang mengenali Tuan Guru Haron Din..

Hubungan sayang bertaut melalui
Ilmunya..
Pekertinya...
Perjuangannya...
Semangatnya...

Moga Allah Merahmati rohnya....
Memberkati amalannya...
Memperpanjang jariah ilmu dan sedekahnya...
Memperluas pembaringannya...
Memberi segenap kerehatan dari medan juang dunianya....
Tenanglah disana..........

Image result

Al-fatihah


Mom again, with her jokes

Bismillah....

Alhamdulillah, lepas rindu balik Melaka Sabtu lepas untuk Raya Haji. Mak, abang, kakak all in one roof at Jasin.

The wind blows gently, the air is way cleaner and fresher than JB, its simple kampung food somehow tend to taste incredibly tastier than the best chicken chops in town.....

ada potensi macam Shakespear Abdullah tak?

Gempak kan aura kampung? Nature invites tranquility you know... calm and fresh... increasing the happiness scale~

One unforgetful afternoon,
 mom came up with this funny situation where, when we were laying down and watching tv like a typical common kampung-er did in the afternoon.....where she asked...
 "Dik, mak lupa la maksud jamak dengan qasar.... jamak tu apa? qasar tu apa?"
      
          "Jamak tu, maknanya gabung waktu solat. Ada musafir yang suka gabung, tapi tak mau qasar. Ada yang suka qasar, tapi tak mahu gabung, yang paling senang jamak dan qasar...." sambung aku macam ustazah Bahiyah manis kurma

"Qasar tuuuu...?........................................" mak sambung sambil pandang muka aku..

             "Qasar tuuu.............." mak masih pandang lagi....
             "Qasar tuuu....... qasar ke halus?.....
......mak senyum......
...... aku senyum......

   Ok mak gave me that funny look again and burst into laughter
 ~hahahahhaha~

" Ok mak Qasar tu pendekkan solat yang 4 rakaat sahaja jadi 2"...... ending it up quickly sebelum berterabur memory......


there she goes.... my super cute baby, walking down from my sister's house..

...........................................

I often thought that I'm not a good daughter once, sebab masa teenager selalu bantah pendapat. Manja, tapi kurang sehaluan. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur, sempat tempuh alam matang dan dewasa...
Makin matang, makin kita hargai dia.... sebab, thinking level tu somehow, dah reach dan, kita dah mula faham isu tanggungjawab sama macam mak kita.... same tune kata orang jawa...

Hope, you all matang jugak.... dalam hidup I mean... not tua, but mature... lately macam allergic denag perkataan tua~
peace!

Jazzak~

Tuesday, July 2, 2013

Quality times with Allah..... don't blame His test

Bismillah....
In the name of Allah....The most merciful...
Its been a while since I've last posted my previous entry.....
Lots of time wasted.... unnoticed....
So less the test that Allah has given me that I've taken His ni'mat for granted....
O Allah.... still have mercy on me....
When He tested His weak slave like me, I'd panicked.... Unknowingly my tears rained down in my prayer and sujud.... that is the time when I realized that those test that Allah given me was the way of giving me space to spend a quality time praying, and begging for His mercy..... and to always know that He is the creator and the Almighty that never leaves me although this world dissapoints me....
P/s: always remember... This dunya was created for akhirah..... strive for akhirah and you will never be dissapoint by this world.... InsyaAllah ♡
That is Madiha, my 4 years old niece wearing her prayer attire upside down... 
[monologue: anything looks cute on kids....]